Thursday, November 7, 2013

Apa Perlu Punya Teman (Kekasih Hati)

Apa perlu punya teman
Jika mahu di ajak berbicara
Akan di cari teman
Menikmati cangkir kopi
Dan hisap hembus rokok
Mengisi selang-seli
Hilai tawa geli hati
Di kafe Pak Li

Apa perlu punya teman
Jika mahu pasang menari
Akan di cari teman
Beraksi ligat di atas pentas dansa
Di Zouk Kuala Lumpur
Sehingga Subuh mengetuk pintu hari
Mengikut rentak dan irama
Yang dipacu padu Disk Jockey
Dengan deret gelas kaca
Bergelimpangan di muka meja

Apa perlu punya teman
Jika mahu menghangat sepi
Akan di cari teman
Di Brickfields, Champion Club
Jalan Pudu mahu pun Hotel Armada
Bergelinjang sejam bersama China Doll
Yang mulus, montok dan gebu
Di atas hampar katil nipis yang kepam
Dengan cahaya merah yang berbalam-balam
Di balik putar ghairah kipas siling
Memandu jalan senggama

Apa perlu punya teman
Jika mahu di kongsi duka
Akan di cari teman
Buat mendengar segala
Keluh, kesah dan resah
Dengan bayu laut yang manja
Menampar-nampar muka
Dan bunyi lambung ombak malam
Yang mengasyikkan
Mengubat hiris parut luka semalam
Di pantai halus Sepang Gold Coast

Apa perlu punya teman
Jika mahu merasa cinta
Akan di cari teman itu
Di manakah?
Di Pak Li kah?
Di Zouk Kuala Lumpur kah?
Di Brickfields, Champion Club
Jalan Pudu mahu pun Hotel Armada kah?
Di Sepang Gold Coast kah?

Di hati

Di syurga dunia


Thursday, 7 November, 2013, 10:18 AM

No comments:

Post a Comment