Saturday, March 31, 2012

Dengan Mata Kita Melihat


Malam bintang terang. Selalu kami bertelagah, yang mana bintang, yang mana satelit. Apa yang berkelip sekejap-sekejap tu satelit atau yang bercahaya terang-benderang tu bintang. Entah lah. Malas nak ambil pusing. Tak kan habis. Yang pasti, langit malam ni memang memukau.

Rengit, Johor

Mata. Mata ciptaan agung Sang Pencipta. Dengan mata, kita melihat ciptaan agung Sang Pencipta.

Mata bagaikan kamera. Merakam. Yang cantik mahu pun yang kurang cantik. Terpulang pada penilaian masing-masing. Terlalu subjektif. Elok di mata kita belum tentu elok di mata orang. Yang pasti, merakam lebih baik dari kamera.

Orang cakap, di Hari Perhitungan, akan ada tayangan imbas kembali. Segala yang dirakam mata akan dimainkan buat kali yang terakhir. Kalau cukup baik, diganjarankan Firdaus. Kalau tidak, alamat ke Jahannam lah.

Pasti, segala yang ada di Firdaus adalah yang terbaik dapat dirakam mata. Sigh. Itu pun kalau kita cukup baik.

Thursday, 29 March, 2012, 10:22 PM

Friday, March 30, 2012

Burger Hunting


Ini kisah obsesi. Burger stall di tepi jalan.

Burger di Malaysia ni ada karekteristik tersendiri. Kalau nak dibandingkan dengan burger mat saleh. Saiz lebih comel, bagus sebab tak cepat muak. Daging yang dibelah tengah, bonus, daging lebih garing. Layan lagi kalau roti ditabur bijan. Campuran hirisan halus timun, kubis bunga, bawang dan kadang-kadang salad atau lobak merak yang tak kedekut. Sos cili botol besar. Formula seasoning, ‘dadah’. Harga pun berpatutan. Dan yang paling best, macam-macam jenis ada.

Zine Rokes isu 1 ada temu ramah sorang brader burger berkenaan scene burger di era awal 90-an. Kata beliau, burger dulu ada je yang dijual seawal jam 11 pagi bawa ke petang. Tak macam sekarang, memang tak jumpa langsung lah. Menu burger pun terhad, takat burger daging, ayam, special, hotdog dengan benjo.

Jackson’s Burger, PJ

Penemuan burger ni di sekitar tahun 2007. Dibawa oleh seorang teman ketika itu. Kata beliau, kewujudan burger ni dikesan sejak zaman ayah beliau bersekolah lagi. Lokasi, berdekatan dengan SMK(P) Sri Aman. Senang je nak cam, diorang berniaga dekat lori depan rumah diorang, sempoi. Penjual, pasangan suami isteri berbangsa Tionghua. Jujur aku cakap, aku tak pernah nampak Melayu makan situ selain aku, yang ada pun Cina dengan Pak Arab. Since Pak Arab pun layan, aku sebat je la, haha. Harga memang berpatutan, last aku pergi, RM2.80 for beef burger. The best part, beef tu diorang homemade. Kalau pergi, jangan take away. Duduk situ, makan time tengah panas. Tapi the reason aku lepak situ biasanya sebab satu burger je memang tak cukup, haha.

Ijan's Burger, Paroi Jaya

Ijan’s Burger, Paroi Jaya

Burger ni dekat je dengan Stadium Paroi Jaya. Memang famous dalam kalangan warga Seremban. Jangan tak percaya, aku pernah drive dari KL semata-mata nak layan burger ni. Kalau nak buat burger ni juadah berbuka puasa, disarankan tak payah sebab itu langkah kurang bijak. Pernah sekali aku dari KL nak balik kampung sebelum raya puasa, drop by nak beli buat juadah berbuka, berkesudahan, berbuka Gardener je, haha. Stall ni berkongsi dengan mamak di corner shop lot. So, senang, burger beli dekat Ijan's, air macam biasa, mamak. Dari pukul 11 pagi lagi diorang start beroperasi. Menu, macam-macam. Sumpah, besar gila menu yang diorang tampal.

Burger Terbaik, Batu Gajah

Since aku mengaji di Perak, jarang-jarang balik KL. Nak tak nak, kena cari port burger baru, nak jugak layan sekali-sekala punya pasal. Cari punya cari, dikhabarkan member-member tentang kewujudan burger terbaik di pekan Batu Gajah. Lokasi, berdekatan dengan the one and only KFC di Batu Gajah, betul-betul berhadapan dengan sebuah pusat tuisyen. Tak pernah tak ada orang stall ni, memang padu. Walaupun agak jauh nak drive, dalam 10 km jugak dari universiti, tapi apa ada hal. Roti ditabur bijan, campuran sos yang dinamik; sos cili pedas-pedas dengan sos tomato masam-masam dikesan reseptor di hujung lidah. Tak belah tengah, tapi daging memang dimasak garing. Formula seasoning yang mengancam dan tak kedekut sayur. Rasa keikhlasan dalam penyediaan makanan gitu.

Orang cakap, kalau kita masak ikhlas nak bagi orang makan, orang yang makan tu memang boleh rasa keikhlasan kita. Salut aku untuk brother-brother and uncle, auntie burger stall di tepi jalan di seantero Malaysia!

Thursday, 29 March, 2012, 4:09 PM

Thursday, March 29, 2012

Stesen LRT Masjid Jamek (Sambungan)


Lama betul tak jumpa. Weekend pun susah. Apatah lagi weekdays, busy. Kalau lepak Suria pun belum tentu boleh jumpa. Aleh-aleh, terserempak pulak dekat sini. Aku pulak jenis percaya tiap benda berlaku mesti bersebab. Kismet orang Turki cakap.

Hye, lama tak jumpa. Mana perasan I?
Turun train tadi nampak orang gaya macam you. Gaya jalan malas tu.
Haha, penat merayap tadi. Asal balik lambat ni?
Pegi gym tadi. Tu lambat sikit ni.

Train hala Sri Petaling. Patutnya aku naik hala ni, tapi kereta aku park dekat stesen hala Ampang. Baru nak borak. Potong stim betul. Dia gerak masuk. Menghadap aku. Dipisahkan pintu automatis. Sebelum train berlalu, aku mengisyaratkan, text me.

Happy. Mana tak happy, jumpa dia. Punyalah lama tak jumpa. Berapa sangat lah probability terserempak dia dalam lautan manusia tengah-tengah KL ni.

Balik tu, member aku sentuh pasal Stesen LRT Masjid Jamek tadi. Member aku cakap, aku punyalah happy terserempak dia, tapi member aku perasan dia macam biasa je.  Tak se-happy aku.

Aku pernah dengar orang cakap, kadang-kadang orang di sekeliling kita nampak lebih jelas benda yang terpampang terang-terang depan mata kita. Kadang-kadang kita sendiri tak nampak. Dan kadang-kadang kita perlukan orang di sekeliling kita untuk cover blind spot yang kita sendiri tak nampak tu.

(P/S: Terima kasih sebab tolong coverkan blind spot aku selama ni.)

Monday, 26 March, 2012, 11:29 PM

Wednesday, March 28, 2012

Hilaian Sinis kepada yang Terkena



Saya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku Tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
Dosa dan pahalaku Tuhan saja
Tuhan saja yang tahu

Lagu: Tentang-tentang
Album: Selamat Tinggal Dunia (2005)
Orang Seni: Butterfingers

Salute aku kepada insan-insan yang tak hirau apa orang kata. Persetan semua kata nista mereka.

Salute aku kepada insan-insan yang percaya dosa dan pahala biar kau dan Sang Pencipta saja yang tahu. Belum pasti mulia mereka di sisi Sang Pencipta.

Salute aku kepada insan-insan berminda terbuka. Semua perspektif kau ambil kira tanpa prejudis dan curiga.

Pesan seorang kawan, muliakan semua insan dalam dunia lebih dari diri kau. Insan tu bermakud pelupa. Mereka tak boleh selalu betul, mereka bukan selalunya mulia. Itu yang membezakan kau, aku, mereka dengan Sang Pencipta.

Tuesday, 20 March, 2012, 2:56 PM

Tuesday, March 27, 2012

Stesen LRT Masjid Jamek

Boring. Cuti panjang sangat. 4 bulan. Gerak KLCC care gak ni. Aku drive ke Stesen LRT Cempaka. Parking free. Parking Stadium Nasional kena bayar, RM2 per entry. Lagi pun, member aku menyewa sini, karang malam nak merayap lepas dia kerja senang.

Lagi 3, 4 stesen nak sampai KLCC, aku roger member aku. Lunch date. Haha. Lunch port biasa, malas nak gerak BSN, fourt court atas Suria dah la. Milo ais sini memang terbaik, terbaik lepas milo lori sukan tahunan sekolah. Sambil-sambil tu, macam biasa, usha awek KLCC. Vibe diorang ni lain sikit, member aku cakap.

Aku malas nak bagitau dia aku ada dekat Suria. Takut dia buzy. Kacau pulak nanti. Tak apa lah.

Aku macam biasa hasut member aku ponteng kerja. Haha. Member punya pasal, apa ada hal. Dari Suria, kitorang menapak ke BB Plaza lalu Aquaria, Pavilion dan KL Plaza (tak sure dah tukar nama apa sekarang). Window shopping sikit kat Buntil. Tak beli apa-apa pun. Kering.

Lepak punya lepak, Mahgrib dah. Memang kitorang nak bagi lepas peak hour, takde lah sesak sangat dalam train nanti. Settle solat, cergas kitorang ke stesen. Member aku ada monthly pass, senang, aku pulak terpaksa beratur panjang beli token. Efisyen, tapi sebab sistem baru, terkial-kial sikit orang nak beli.

Stesen LRT Masjid Jamek. Pancit aku hari ni. Lama tak keluar peluh. Jauh pulak tu menapak ke hulu ke hilir. Tengah leka aku tengok ragam orang sambil borak kosong dengan member aku, ada kelibat orang berjalan laju-laju sebelah aku. Aku toleh. Terkejut. Oh, dia rupanya.

Nanti sambung. Cerita tak habeh lagi.

Monday, 26 March, 2012, 11:01 PM

Monday, March 26, 2012

Aku Harap Kau Biar Aku Kenal Kau

Orang cakap, dari mata turun ke hati.

Januari 2010. Orang cakap, dari mata turun ke hati. Ah, aku orang baru kat sini. Aku rumpun Melayu. Melayu tu santun. Kena ada adab. Lagi pun, kau... Tak kan nak sailang.

Januari 2012. Orang cakap, dari mata turun ke hati. Kali ni nak tak nak mesti jadi. Tak perlu taktik menyailang. Tapi aku tak pernah biar kau kenal aku. Ah syal, tak boleh jalan jugak benda ni. Haha.

Pasar Siti Khadijah, Kelantan Darul Naim

Aku tahu aku tak semulia mana. Tapi, aku harap kau biar aku kenal kau. Memang orang cakap, dari mata turun ke hati. Tapi orang pun cakap, tak kenal, maka… tak kenallah.

Sigh.

Aku harap kau biar aku kenal kau.
Supaya aku biar aku kenal kau.

Sunday, 25 March, 2012, 11:48 PM

Sunday, March 25, 2012

Title

Individu 1: Boleh saya nak jumpa dengan Encik Sekian-Sekian?

Di Malaysia, orang sanjung gelaran. Pelbagai. Datuk, Dato’, Dato’ Seri, Tan Sri, Tun, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat dan macam-macam lagi. Ini baru gelaran si politikus, belum academicians lagi.

Alangkah sedih rasa hati
Selama kau pergi

Seniman Agung P. Ramlee dapat title Tan Sri selepas beliau meninggal dunia. Ini menyebabkan rage anak beliau, Dian P. Ramlee beberapa ketika dulu. Perhargaan sewajarnya tidak diberikan kepada yang sepatut menerima. Sila tonton History Channel: P. Ramlee.

Individu 2: Bukan Encik, Doktor!

Ini kelakar. Haha. Aku senyum sinis. Apa kau tahu Tuhan sikit pun tak kisah apa gelaran yang kau sandang? Moga dijauhkan Tuhan dari perasaan takabbur. Amin.

Tuesday, 20 March, 2012, 7:18 PM

Saturday, March 24, 2012

Kadang-kadang

Tanjung Piai, the Southernmost Tip of the  Mainland Asia

Kadang-kadang, Tuhan tak bagi apa yang kita nak.
Dia bagi;
Apa yang kita perlu.

 seorang kawan di kala patah hati

Thursday, 22 March, 2012, 11:52 PM

Friday, March 23, 2012

Spark

4 tiket Butterfingers. Live at Istana Budaya! Slot petang, 2.30 bawa ke 5. Sesi gitar karen. Aku masuk kerja shift petang, dari jam 5 sampai closing 2 pagi hari tu. Rapid KL dari Balai Seni Lukis Negara hala ke KLCC baru 5 minit. Menapak lalu Aquaria ke Pavillion 10 minit. Barista outlet Coffee Bean luar Pavillion. Aku pun bukan pernah masuk lambat selama ni.

Member foundy aku nak lepak dengan 2 awek SPM leavers ni. Dulu time foundy kami ke sekolah diorang, program. Segan la laki sorang lepak dengan dua awek, member aku cakap. Ajak aku lepak sama. Tak banyak fikir. Layankan aje. Aku pun dah hantar notice one week. Nak sambung belajar.

Lepak Burger King. Lapar beb, diri 2 jam setengah tak duduk-duduk. Aku duduk menyebelah dengan member aku, ngadap 2 awek ni. Borak-borak pasal show tadi. Pergh, memang padu! Butterfingers main kat Istana Budaya tu. Penghormatan pada darjah tertinggi. Rule tetap sama, jeans koyak tak boleh masuk. Kalau tak, melayang tiga puloh lapan ringgit.

Aku pandang mata kuyu dia. Dia pun sama. Spark. 5 saat.

Sebelum blah, exchange phone number. Ye lah, mana tahu nak lepak-lepak lagi kan. Padahal, aku minta sebab nak tanya pasal yang tadi tu. Ala, yang spark tadi tu lah.

Aku : Hey, do you mind if I ask u something?
Dia  : Yeah?
Aku : Did you feel that 5 sec thingy tadi?
Dia  : Em… yea?
Aku : Spark tu?
Dia  : Haah, spark tu.

Benda ni jarang jadi actually. Aku pun tak sangka. Selama ni sumpah aku ingat benda ni karut. Kena kat batang hidung sekali, hah, amek kau. Haha. Aku tanya dia kalau benda ni means something. But she did not feel it that way. Damnnn. Time tu aku budget, she might be the one, confirm. Haha. Sign Tuhan, kau mana tahu.

Beliau bukan Cik Yunalis Zarai
Mocca 10th Anniversary Show, Laman Budaya, 2009

(P/S: Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang tidak saya ketahui di Britain. Harapan saya, jika suatu hari nanti ditakdirkan bersua, moga diperkenan Tuhan dengan spark yang sama sekali lagi.)

Thursday, 22 March 2012, 11:06 PM

Thursday, March 22, 2012

Penceritaan Berkesan

Penceritaan berkesan. Penceritaan berkesan menginjak penonton untuk berfikir. Walaupun selepas tamat tayangan.

Pengilustrasian babak yang kaya dengan sentimental dan mesej. Dapat ditangkap maksud tersurat dan tersirat oleh penonton.

Kelompok sasaran berfokus. Pemaparan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat kebanyakan.

Penonton tidak diperbodohkan dengan humor picisan dan dicelarukan dengan susun atur plot yang kelam-kabut.

Mainan kamera dititikberatkan untuk penghasilan sinematografi terbaik. Experimentasi berani dalam mencari kelainan.










Terima kasih daun keladi atas penceritaan berkesan kalian.

Thursday, 22 March, 2012, 6:55 PM

Bila Awek Lalu, Apa Kau Buat

Sem break 4 bulan, banyak tempat aku merayap. Ke hulu ke hilir. Biasanya lepak dengan member-member tengah intern tak pun yang tengah cuti. Ah, adik kecik aku sekali, Form Five tahun ni.

Nampak awek cun lalu sikit, cuit-cuit member.

Compliment Part: Pergh, cun bhai. Ini torbayek. Barang baik punya ni. Pergh, iras-iras Rozith (Rozita Che Wan) pun ada. Taste aku gila ni bhai.

Mangsa Si Pemacu Lensa (i) at Ikea - Malaya Road Trip

Mangsa Si Pemacu Lensa (ii) at Taiping - Malaya Road Trip

Suggestion Part: Pe lagi, approach ah, mintak number. Cakap hye ke apa.

Dialog biasa. Bukan aku je. Member-member, dengan adik kecik aku pun sama. Part terakhir yang tiap-tiap kali jadi, usha awek tu lepak sampai dia blah. Habeh.

Gebang je la mampu bro. Buat nye dok, haha.

(P/S: Kami insan-insan pengagum ciptaan Tuhan)

Tuesday, 20 March, 2012, 7:39 PM

Tuesday, March 20, 2012

Orang Muda Usah Fikir Apa Orang Kata (Salute to a Friend)

Scene Satu (Beberapa Hari Sebelum)

Aku nampak kau berbual mesra dengan si pembancuh teh tarik aku di café. Kau friendly mungkin, sebab tu kau kenal dengan si pembancuh teh tarik aku. Aku pula, hanya sekadar mampu mengucapkan terima kaseh kepada si pembancuh teh tarik aku, sebagai tanda penghargaan.

Scene Dua (Beberapa Hari Selepas)

Lunch time. Panas. Layan juga pekena aiskrim soda F&N. Aku gapai setin. Aku menunggu di kaunter hendak membayar. Terlihat kau sedang menarik. Lengkap beruniform sekali dengan beret. Aku pandang kau. Harapan, mengharapkan balasan dari kau. Segan mungkin. Kau tidak membalas. Jangan risau, aku tak kan bertanya itu dan ini.

Sebab, orang muda usah fikir apa orang kata.

Ini salute untuk seorang kawan.

Ijan's Burger, Paroi Jaya, Negeri Sembilan


(Salam perkenalan dengan kawan ni dua tahun yang lepas. Beliau pelajar foundation dan aku pelajar undergrad. Cerita beliau, bahana kerap tuang kelas, beliau terkucil foundation. Repeat. Tajaan pelajar cemerlang ditarik. Terpaksa meminjam dari Legal Ah Long (PTPTN). Untuk duit saku tambahan mungkin, beliau bekerja sebagai pembancuh air di café. Hah, dia pembancuh teh tarik aku yang baru. Tapi, apa ada hal, ye dok?)

Monday, 19 March, 2012, 11:49 AM 

Monday, March 19, 2012

Berparti kepada Sang Bangau

Tempoh hari, aku ke Teluk Intan, teman member wedding sepupu. Lalu jalan lama, apa barang highway, tak boleh layan scenery lawa. Seingat aku, last time aku lalu jalan lama lalu Teluk Intan dari Tronoh ke Kuala Selangor hujung tahun 2010, road trip keliling satu Malaya selama 10 hari. Kitorang siap stop photo shoot kat tepi sawah padi lagi, berlatar belakang kan matahari terbenam. Cun wa cakap lu!

Malaya Trip 2010

Aku memang suka tengok sawah padi menghijau. Sejuk mata memandang orang cakap. Bukan usha awek je boleh buat sejuk mata memandang kau tahu. Member aku cakap, orang yang duduk sini dengan view torbayek macam ni mesti hidup tenang, aman dan sentosa. Aih, lagi-lagi kalau ada gadis kampung berbaju kurung pedal basikal petang-petang. Cair beb!

Tapi tak syoknya, tengah aku drive sambil menikmati panorama rumah kampung sebiji-sebiji di tengah bendang, berkibar-kibar bendera sebuah parti politik di pacak tinggi mencecah awan. Spoil.

Haih bang, nak pancing undi sang bangau ke?

(Aku nampak bangau je masa lalu area tu, sebab tu tajuk entry ni bukan Berparti kepada Sang Bangau dan Sang Kerbau)

Monday, 19 March, 2012, 2:09 AM

Sunday, March 18, 2012

Mana Satu Bahagia Yang Kau Cari

Lokasi: Entrance ke Suria KLCC dari Jalan Ampang
Masa: Waktu puncak di pagi hari, sekitar 7.30 ke 8.00 pagi


Jalan Ampang


Ada satu kisah member aku surahkan. Tengah internship di sebuah syarikat minyak internasional di belakang Pavilion. Merantau dari negeri pantai timur ke ibu raya Kuala Lumpur. Key Yell katanya. Haha. Kejadian berlaku setibanya beliau di stesen LRT KLCC. Memang, LRT lebih efisyen dari Komuter. Apa kejadah perempuan naik coach non-ladies sedangkan pihak KTM susah payah sediakan ladies coach. Takpe, ni aku surahkan kemudian.

Dua situasi berbeza beliau surahkan.

Situasi Satu

Si isteri membonceng si suami menaiki Honda EX5. Si suami berhenti di stesen bas berhadapan Avenue K. Si isteri turun. Si isteri membuka helmet lalu diberikan kepada si suami. Si isteri tersenyum. Si suami membalas. Tangan si suami dicapai. Dikucup kejap 2 saat. Pipi si isteri dikucup si suami. Salam diberi. Si isteri berlalu pergi. Si suami menunggang kembali. Tamat satu kisah.

Situasi Dua

BMW S5 hitam. Elegan. Confirm produk berjaya DEB. Kot. Pelik kereta tak di-tinted gelap macam kereta-kereta besar yang lain. Jelas kelihatan si suami di belah pemandu, si isteri di sisi belah penumpang. Si isteri buka pintu. Pintu ditutup. Tiada senyuman. Tiada kucupan. Tiada salam diberikan. Si isteri berlalu pergi. Si suami sempat usha awek promoter sebelum menekan pedal minyak kembali. Tamat satu lagi kisah.

Persoalannya sekarang, mana satu bahagia yang kau cari?

Sunday, 18 March, 2012, 7:27 PM

Monday, March 5, 2012

Penang

Penang. First time aku ke Penang entah berapa tahun lepas. Wedding sepupu. Maju, lebih kurang macam KL. Member aku cakap Penang macam Singapore sebenarnya. Benda paling aku ingat, the best Nasi Kandar dalam hidup aku. Simple wedding meal, nasi putih, ayam goreng terbaik dari ladang dengan kuah campur. Aku pun tak sure diorang hidang Nasi Kandar sebab memang tu typical wedding meal atau pun sebab wife sepupu aku keturunan mamak. Siapa kisah, asal sedap.

Penang. Second time. Surprise weekend escape. Birthday aku. Semua dia tanggung. Happy bukan kemain aku time tu. Lagi-lagi aku memang teringin sangat nak gerak Penang ambil train malam, siap katil. 2 tiket pukul 8 malam dari Sentral Kuala Lumpur ke Butterworth. Celaka traffic jam KL. Kitorang terlepas train malam tu. Tapi sebab kaseh, 11 malam tu juga kitorang gerak ke Penang, naik bus, dengan birthday cake home-made mini cooper biru beratap Britian flag. Walaupun aku tahu dia kecewa terlepas train, RM76 melayang, ticket train untuk 2 orang. Terima kaseh, kaseh dia aku kenang.

Penang. Third time. Sepuluh hari jelajah Tanah Melayu dengan 9 lagi member.

Penang. Kali keempat. Road trip dengan school mate time Form 4, Form 5 dulu. Singkap balik semua kisah lama, kisah aku dan dia. Ahhh, lagi-lagi cerita ni.

Penang. Recently. Free vacation sekali lagi. Teman member, ada meeting buat slide show untuk customer time menunggu giliran di farmasi kerajaan katanya. Berteman Kekaseh yang baru, sebatang rokok Winston. Orang cakap, rokok ni peneman di kala sunyi. Sekali lagi aku di sini, di Penang. Tiada siapa yang menyingkap kisah lama, kisah aku dan dia. Cuma aku je yang terkenang. Apa kau, atau memori yang aku kenang.

Sigh, bukan kau yang aku kenang. Memori sebenarnya. Sama macam watak Dev dalam Mann, biar aku pergi dengan seribu kenangan. Untuk kesekalian kalinya aku ke Penang, biar aku kenang memori Chinta aku dan dia, sekali lagi dengan sebatang rokok Winston, peneman di kala kesunyian.


Bukit Bendera, Penang 2009

Let’s cherish the moment that we have. Itu kata dia yang aku pegang. Tak salahkan?

Monday, 5 March, 2012, 1:01 AM