Tuesday, July 31, 2012

Popiah Goreng II


You dah makan?
Yeah.
Berbuka apa tadi?
Biasa-biasa je.
I belikan you popiah goreng. Nak rasa siket?
No, thanks. I’m still full.

Gua kilas jam digital pada dashboard sudah pukul 8:30. Kami perlu tiba di KLIA sebelum pukul sepuluh. Member gua check-in pukul sepuluh malam. Gua sudah janji gua akan datang. Flight kawan gadis ini ke Rusia pada pukul 1 pagi. Beliau masih punya banyak masa. Kereta mula bergerak meninggalkan pump station PETRONAS. Gua tak sedap hati.

I don’t want to be with you anymore.
Huh? Kenapa ni?
I don’t know. I just don’t think I can be with you anymore.
Eh, takkan tiba-tiba je?
This is not tiba-tiba.

Mula gua dan gadis tadi berbalah. Gua mula rasa tak puas hati. Tak puas hati yang teramat. Gua jadi marah. Gua jadi bengang. Dan gua mula jadi bangang. Gua mula kerut dahi. Gua memang tak mampu untuk tersenyum. Gua campak kasar plastik merah berisi popiah goreng tadi ke seat penumpang belakang. Gua mula menghadapkan pandangan gua pada gadis tadi yang masih tenang memandu. Lagi gua hangin.

Okay, kejap, kejap. Ni sempat ke tak nak sampai ni?
I don’t know. It’s almost 9.
I know. I takut tak sempat.
Why don’t you give him a call?

Gua keluarkan henset gua dari poket kiri jeans. Gua cari nama member gua dan gua tekan butang call. Gua tanya pada member gua pukul berapa beliau check-in. Beliau bilang, jam sepuluh. Gua katakan pada member gua, kitorang on the way. Gua pinta member gua tunggu. Gua tekan butang end call. Gua terdiam. Tapi hati gua masih panas. Gua panas. Dan gua teringat text seorang teman perempuan gua malam tadi. Malang sekali gua tak reply sebab gua sudah tidur.

Bro,if u really love her,pls cut ur hair.it means a lot to her.pls.

Gua baca text beliau hanya pabila Mak gua kejut sahur. Gua tak reply. Tapi itu siang, ada gua tanya pada adik gua jika salon yang selalu beliau pergi buka pada hari Ahad. Beliau jawab, tak bukak lah bang. Kesudahannya, gua kekal berambut panjang hingga ke saat gua terdiam selepas on the phone dengan member gua.

Sepanjang perjalanan, gua banyak berdiam. Tapi ada ketika gua bertanya itu dan ini. Serupa gaya orang yang tak puas hati. Memang, gua perasan, semalam kami tak berapa nak text sangat. Gua sibuk melayan movie dalam laptop. Tetapi Jumaat malam Sabtu, selepas terawikh, ada kami meluangkan masa di Lepak Café Kelana Jaya; farewell member gua yang bakal berangkat ke Amerika.

Perdana kelabu itu gua sarankan parking di luar kompleks parking sahaja. Jimat. Lagi pun bukan ada JPJ mahu pun polis yang mahu menyaman malam-malam ni. Memang kebiasaan gua jika ke KLIA, di situlah port parking gua. Cepat-cepat kami berjalan. Jam di henset yang gua pegang sedari tadi menunjukkan 9:55. Gua katakan pada beliau gua mahu mula berlari. Beliau anggukkan kepala tanda mengizinkan. Dan gua terus memecut berlari mendapatkan member gua.

Pabila gua sampai ke eskalator check-in, member gua sedang berpelukan dengan ibu beliau. Terbit jelujuran halus peluh pada dahi gua. Gua peluk erat member gua dan gua ucapkan good luck dan jangan lupa semayang. Beberapa orang gadis yang salah seorang merah mata beliau memerhati kami dari tepi. Gua cuba senyum pada member gua. Gua tahu, memang fake habis. Gua bersama famili member gua dan gadis-gadis tadi memandang member gua luput dari pandangan sambil melambai-lambai dari kejauhan.

Kenapa you tak potong rambut you? Tegur teman perempuan gua.
Gua terdiam.
Nanti I pujuk dia okay? Janji gua.
I’ve tried my best. Balas teman perempuan gua.

Geng gadis tadi makin meramai. Gadis yang datang bersama gua tadi buat tak endah pada gua. Gua. Entah. Gua tak tahu apa gua rasa. Gua blah. Gua menghala ke arah satu area di mana lu boleh memerhati kapal terbang yang keluar masuk KLIA. Pada sisi kanan gua dapat perhati monorail yang akan membawa penumpang ke lapangan. Gua pilih kerusi yang agak terasing dari orang lain. Gua tekad mahu pulang. Gua mahu pulang. Gua mahu berambus dari tempat ni. Tapi sudah tengah malam. Gua pasti rate cab dari KL Sentral ke rumah Mak Abah gua mahu juga cecah puluhan ringgit. Gua matikan tekad gua tadi di situ.

Sepanjang perjalanan pulang, gua masih banyak berdiam. Sesekali gua bertanya itu dan ini pada gadis tadi. Beliau bilang pada gua, this is it. Ini yang penghabisan. Gua pinta beliau hantar pulang hingga ke rumah Mak Abah gua. Tiada siapa yang boleh pick up gua di KL Sentral. Kejap-kejap, gua kemaskan rambut gua ke belakang. Setiba di perkarangan rumah gua, gua katakan pada beliau,

You bawak lah balik popiah tu.
It’s okay. You bawak balik.

Gua buka dan tutup pintu Perdana kelabu itu kembali. Gua tinggalkan popiah goreng yang baru gua jamah sebiji tadi di seat penumpang belakang. Perdana kelabu itu di-reverse dan gadis itu berlalu memandu tanpa menolehkan muka. Dan gua masih tetap berdiri di situ sehingga lenyap Perdana kelabu itu dari pandangan. Dalam sendu malam, bisik gua halus yang hanya dapat ditangkap pendengaran gua sendiri. Goodbye.

Sejak tika dan momen itu, gua menjadi peminat tegar The Goodbye Song oleh kugiran Handle With Care.

Tuesday, 31 July, 2012, 4:43 AM

Popiah Goreng I


Ahad. 2 Ramdhan. 5.45 petang. Gua gerak ke Bazar Ramdhan berdekatan masjid berhadapan rumah Mak Abah gua. Dengan menunggang basikal GT adik lelaki gua tentunya. Tanpa membuang masa, terus gua tuju stall menjual popiah goreng dan popiah basah. Gua memang tak makan sayur, lagi-lagi taugeh. Tapi pengecualian gua berikan hanya pada popiah goreng, popiah basah dan juga burger. Kekadang pabila ada kawan-kawan yang bertanya kenapa, skema jawapan yang acap kali gua berikan, entah. Malas gua nak explain.

Tika itu, gua memang tengah into popiah goreng. Gua berkecimpung dengan scene popiah goreng/popiah basah ni tak lah lama mana. Salam perkenalan gua dengan popiah goreng/popiah basah ni bermula tika gua bersekolah di Seremban. Gua ingat lagi, kami diberikan kelepasan ke Bazar Ramdhan Ampangan yang memang legend. Lalu menapaklah gua dengan dua, tiga orang member gua lebih kurang lima kilometer semata-mata mahu membeli aneka kuih-muih buat berbuka. Gua memang gila kuih-muih sejak kecil.

Gua pinta pada abang penjual popiah goreng/popiah basah itu popiah goreng 2 Ringgit. Gua memang jenis malas ke pasar malam atau Bazar Ramdhan. Gua pasti mati kutu. Kekadang, rambang mata gua mahu memilih. Kekadang, gua jadi menyampah. Situ nasi tomato, sini nasi tomato. Takde variety langsung. Usai akad jual beli, sapa member-member lama, gua terus kayuh pulang ke rumah Mak Abah gua.

Patutnya gua drive hari ni. Malang memang tak berbau. Gua kemalangan di Federal Highway sebelum exit Hilton PJ Khamis malam Jumaat. Sumpah, memang gua tak pandu laju walaupun di lane kanan. Hujan renyai-renyai. Gua tahu kurang grip tayar pada tar. Kemek teruk bahagian belakang MyVI SE hitam Mak gua. Tercalar sedikit kredabiliti gua sebagai seorang laki-laki yang bercita-cita mahu menjadi racer. Hilang kepercayaan Mak Abah gua selama beberapa ketika. Nahtijahnya, hari ni gua terpaksa menggunakan perkhidmatan Komuter yang super lambat.

Gua mandi. Gua kenakan persalinan terbaik dalam koleksi gua. Sambil-sambil berborak dengan Mak gua yang sedang memasak di dapur, gua keringkan rambut panjang gua. Settle setting rambut sikit-sikit, gua pinta jasa baik Abah gua menghantar gua ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Gua capai plastik merah berisi popiah goreng di atas meja makan. Selepas salam dan peluk cium Mak gua, sempat gua perhati jam pada dinding rumah Mak Abah gua. 6.45 petang.

Queue agak panjang daripada kebiasaan hari ini. Kejap-kejap, gua perhati landasan Komuter. Takut terlepas train. Selesai pembelian tiket berharga 1 Ringgit di kaunter, laju-laju gua berjalan dan menuruni tangga jejantas stesen. Gua tuju ke bahagian hadapan yang tak berapa nak ramai orang. Train lambat. Makin ramai yang menunggu. Pabila train sampai lebih kurang 10 minit selepas itu, berpusu-pusu orang masuk tanpa memberi laluan pada yang perlu keluar.

Gua perhati tiap-tiap orang di dalam train. Memang kebiasaan gua. Gua suka memerhati perilaku orang. Gaya pemakaian misalannya. Gua pasti dah nak berbuka. Malas gua mahu keluarkan henpon gua. Henset cikai. Gua segan sebenarnya. Gua memang kurang gemar memakai jam tangan. Jadi gua hanya perhati jika ada orang yang sudah start makan. Alhamdulillah. Gua alas perut dengan sebiji popiah goreng. Sekadar cukup syarat.

Tiba di KL Sentral, tergesa-gesa gua ke surau berdekatan 7E. Selesai doa ala kadar, ada seorang abang datang menyapa. Kata beliau, beliau dalam kesusahan. Mahu pulang ke kampung halaman tapi tiada biaya mencukupi. Gua jujur katakan pada beliau gua masih belajar, gua pun mana lah nak ada duit sangat. Bisikan halus yang pastinya bukan dari syaitan kuat mengatakan brader ni mahu tipu gua. Ini bukan yang pertama. Dan ini pasti bukan yang terakhir. Gua cuba berperasangka baik, tetapi gagal.

Gua terus tuju bench berhadapan Meridien Kuala Lumpur. Gua duduk. Gua keluarkan henset gua dan gua mula menaip.

Wht time r u comin?
Im still at home.can u get a train to petaling?
Yeah,sure.
Okay.

Gua bangun dan gua tuju kaunter tiket. Gua dapatkan tiket ke Stesen Petaling. Gua duduk di bench menghala ke Pelabuhan Klang. Selera gua mati. Gua tak tahu kenapa. Gua baru jamah sebiji popiah goreng. Masih berbaki lima. Lima minit kemudian, train tiba. Gua berdiri di belah pintu yang gua masuk tadi. Sebab pintu yang sebelah lagi itu pastinya kejap buka, kejap tutup pabila tiba di mana-mana stesen. Gua malas mahu beralih. Lawa Kuala Lumpur malam ni.

Gua tiba di Stesen Petaling. Lengang sepeti biasa. Gua panjat tangga dan merentas jejantas stesen. Mesin tiket ni setahu gua memang tak berfungsi. Gua simpan tiket tadi buat kenang-kenangan. Hobi. Gua lalui lorong gelap bersebelahan flat empat tingkat terus ke pump station PETRONAS. Gua malas mahu berdiri. Gua duduk di kaki lima berhadapan dengan Mesra tapi pada sisi yang lebih gelap mengelak diperasan orang. Gua keluarkan henset gua kembali.

I dah sampai.

Satu minit kemudian, Im on my way.

Gua perhati kereta-kereta yang keluar masuk. Besar-besar. Gua tahu Bukit Gasing ni kawasan yang agak mewah juga. Walaupun sepanjang landasan Komuter tadi jelas kelihatan deretan flat empat tingkat. Gua pandang plastik merah berisi popiah goreng gua tadi. Ah, apahal gua takde selera ni? Gua bingung. Gua perhati jam pada henset gua. Gua risau sebenarnya kalau gua tak sempat sampai. Paling busuk pun gua perlu sampai pukul 10. Ni dah 8.15. Apasal lambat sangat ni?

Dari kejauhan gua perhati sebuah Perdana kelabu datang mendekat. Gua senyum pada gadis di belah seat pemandu. Tiada balasan. Terus gua buka pintu dan melolos gua masuk ke dalam perut kereta. Gua katakan hye. Dan gadis tadi balas kembali hye. Plastik merah berisi popiah goreng tadi gua letakkan elok-elok di atas peha gua.

Tuesday, 31 July, 2012, 4:01 AM

Tulisan


Insan memang,
Suka pada yang indah-indah.

Yang gorgeous;
Bermata bundar.
Beriris perang.
Double eyelashes.
Berhidung mancung elok terletak.
Berbibir nipis nan pink.
Berkulit putih mulus.
Berparas Arab.
Bermadah bunyian euphonious.
Dan bersusok lampai.

Yang molek;
Terserlah pesona,
Bak perempuan Melayu terakhir.
Ah, ini yang paling mengasyikkan.
Fasih sekali bertutur Inggeris.

Aduhai.

Cantik itu subjektif.
Mungkin.
Boleh juga objektif.

Siapa mengagung yang cantik itu cantik?
Dan siapa menghukum yang kurang cantik itu kurang cantik?
Siapa?

Bagaimana kalau yang cantik itu kurang cantik?
Dan bagaimana jika yang kurang cantik itu cantik?
Bagaimana?

Ah, ini semua pointless sebenarnya.
Macam kau, kau dan kau,
Aku insan juga.
Tapi kesukaan aku pada
Gadis yang bertulisan lawa.

Ala.
Persis Cinta.
Lakonan Dian Sastrowardoyo.
Itulah gadis yang bertulisan lawa.

Monday, 30 July, 2012, 4:26 AM

Monday, July 30, 2012

Jumpa


Bila gua dah mula merepek


Jumpa tempat biasa. – Shahbinar, 2012.

Tagline wajib antara gua dengan seorang member perempuan gua pabila tiba ketika perlu kami ber-rendezvous secara rahasia di depan mart saling bertukar material.

Ah, macam bertemu puspa di Tower Records (sekarang Maybank) Suria.

Sunday 29 July, 2012, 10:09 PM

Sunday, July 29, 2012

Yang Paling Pondan

Lu tahu apa yang paling pondan?
Bila dua, tiga senior henjut sorang junior pada loker.
Sebab salah sorang dari dua, tiga kaki henjut tadi.
Tergolek bangang bermain bola padang.

Lu tahu apa yang paling pondan?
Bila si kaki-kaki henjut tadi hanya tua setahun.
Di sekolah laki-laki yang hanya ada dua form.

Lu tahu apa yang paling pondan?
Bila lepas sekolah.
Si kaki henjut ni.
Yang kantoi fly ke overseas.
Buat-buat friendly dengan junior yang dihenjut tadi.

Lu tahu apa yang paling pondan?
Si kaki henjut dua, tiga orang ni lah.
Hah, tu yang paling pondan sebenarnya.

Saturday, 28 July, 2012, 10:18 PM 

Saturday, July 28, 2012

Parasit

Stesen Komuter Petaling


Menjadi parasit itu seni.
Punya kehalusan tersendiri.
Ada dua spesies.
Spesies pertama, memilih (refleks minda bawah sedar mungkin) untuk menjadi parasit.
Dan spesies kedua, terpaksa memilih untuk menjadi parasit.

Saat dan tika ini, gua spesies yang kedua.
Terima kasheh yang tak terhingga kepada member-member.
Yang telah gua parasitkan.

Gua memang pokai habes bro.

Saturday, 28 July, 2012, 7:01 PM

Friday, July 27, 2012

Si Perantau


Aidil Adha


Ah, kau perantau. Lame tak nampak.
Haha, ade je ni bang.
Ayam, telur je?
Biasaleh bang. Merantau. Lauk beli. Nasi masak sendiri.
Kau raye balek?
Tengok lah bang. Mak abah panggil balek, saye balek. Kalau tak, saye dok sini je mengaji.
Kau ni, tak payah balek lah. Cakap merantau.

The Abang CafĂ© knows me as ‘Si Perantau’. Hilarious.

Thursday, 26 July, 2012, 6:40 PM

Thursday, July 26, 2012

Yang Mengharap


Kekadang,
Ada yang sentiasa mengharapkan kepulangan kita.
Jadi,
Pulanglah.

Thursday, 19 July, 2012, 6:17 PM

Wednesday, July 25, 2012

Seru

Semua suku Seri Melenggang. Tapi yang paling power yang suku Mungkal tu.

Gua time sekolah dulu pernah bercita-cita mahu bernikah pada usia 21. Kemudian, perancanaan itu berubah dengan menamatkan pengajian tertiary terlebih dahulu. Fasa berikutnya apabila gua kepingin mahu bertunang ketika belajar di sebuah top engineering school di luar negara dan bernikah ketika pulang cuti summer. Impian itu terkubur di situ. Bersambung pula dengan harapan baru mahu bertunang ketika tahun akhir pengajian dan bernikah selepas setahun bekerja dengan first world oil and gas company. Celaka, tak jadi jugak.

Akhirnya gua dengan member gua yang sorang ni berpakat membawa berkat mahu bernikah hanya pabila member-member lain yang kami ajak lepak di mamak memberi respon berbunyi sama ada:
(i)      Bhai, bini aku dah sarat sangat dah ni. Lepas baby ni dah kuar, kita lepak la puas-puas heh?
(ii)     Maap sesangat la bro, orang ghumah aku bising la keluar memalam buta ni.
(iii)    Aku bawak wife aku lepak sekali korang tak kesah hal kan? atau
(iv)    Anak-anak aku malam ni takde orang jaga. Isteri aku ada dinner Puteri UMNO. Aku angkut sekali lah anak-anak aku malam ni. Tapi aku tak boleh lelama sangat. Esok bebudak ni sekolah.

Memang ramai member lama bilang gua dengan awek kanan gua tu memang cocok

Dah tiba seru. Bru.

Thursday, 19 July, 2012, 10:29 PM

Dimple


Kaisa Kamilla


You know what. Dimple is a birth defect.
No hun. It’s a beauty.

And she smiled sweetly.

Thursday, 19 July, 2012, 3:58 AM

Tuesday, July 24, 2012

Inevitable


Empat senario.

Senario Satu:
Aku nampak kau. Kau nampak aku. Tetapi sengaja aku buat-buat tak nampak kau. Dan aku berlalu pergi serupa aku tak perasan kau.

Senario Dua:
Aku nampak kau. Dan kau nampak aku. Aku tak mahu sapa kau. Dengan memastikan kau nampak ekspresi yang aku kenakan pada muka aku (dengan sengaja) yang masih ingat perihal lepas yang berlaku antara kau dan aku, aku berlalu pergi, sekali lagi.

Senario Tiga:
Aku nampak kau. Aku pasti kali ini, kau pun nampak aku. Aku malas mahu mendekat. Dari kejauhan, aku anggukkan kepala sedikit, kecilkan mata aku seperti Tiffany SNSD tengah tersenyum dan aku ukirkan kuntum senyum paling ikhlas yang pernah aku berikan. Okay, dah dua saat. Aku blah.

Senario Empat:
Aku nampak kau. Untuk kali penghabisan, kau nampak aku. Aku berjalan menuju ke arah kau. Aku tak peduli apa rasa kau. Sambil berjalan, aku tersenyum dengan menampakkan gigi pada kadar sederhana. Lalu aku tanyakan pada kau, apa kau sudi meluangkan sedikit masa bersama merasa ice blended kesukaan aku, Belgium bersaiz medium tanpa whipped cream sambil berborak panjang?

Thursday, 19 July, 2012, 4:10 AM

Monday, July 23, 2012

Terkekeh-kekeh


Gua pasti terkekeh-kekeh mengenangkan borak-borak mak gua dengan bini gua perihal keletahan dan kecomelan gua time kecik-kecik dulu.

Thursday, 19 July, 2012, 6:58 PM

Semalam

Batrisyah, 19 Ramdhan 1431H

semalam
2 Ramdhan
aku selusuri kembali
satu per satu
jejak-jejak masa lepas

semalam
tulisan-tulisan
tulus itu
kembali hidup
tiap bait itu
masih tetap
dekat sekali
dengan sukma aku

semalam
hari mengenang
sukma
yang dahulunya
pernah sekali gemilang
kini gelita
tak mungkin
lagi terang

semalam
tulisan itu hidup kembali

dan

selamanya
tetap
tulisan itu hidup

Kuala Lumpur
Sunday, 22 July, 2012, 1:27 AM

Sunday, July 22, 2012

Kentut


Kalau kentut, batal puasa.
Eh, yeke?
Iye, emak aku yang cakap.

Jam di tangan sudah 6.30 petang. 45 minit lagi berbuka. Tak boleh jadi ni. Sikit je lagi.

Prottt.

Cibai. Batal puasa aku hari ni.

Friday, 20 July, 2012, 10:44 PM

Saturday, July 21, 2012

Kalau Aku Tahu

Pijar badan gua kena sental dengan kapur barus. Seminggu jugak nak hilang.

Kalau aku tahu aku akan mati esok hari,
Akan aku kelamkan kamar aku. Langsir biru itu aku tutup rapat-rapat mengelak masuk sinar mentari simbolik hari esok yang pasti tiada lagi untuk aku. Dua biji bantal pada perbaringan bujang itu aku tepuk-tepuk dengan tangan kanan aku menaikkan partikel-partikel halus kekabu ke udara. Kebiasannya, partikel-partikel halus kekabu itu akan terlihat dipanah cahaya rembulan atau matahari yang masuk menerusi bukaan sedikit celahan langsir. Dalam gelita itu, naikkan partikel-partikel halus kelabu itu hanyalah menerusi janaan minda aku. Aku baring dengan dua biji bantal tadi yang kini mengalas kaki-kaki aku. Aku kenakan headphone berjenama Sonic Gear dengan performance bass yang terbaik dalam kelasnya pada kedua-dua belah telinga aku. Aku cari lagu If I Die Tonight oleh Too Phat (bukan versi asal oleh Tupac Shakur) dalam pemain MP3 hitam aku berjenama Creative Zen Stone yang aku beli di Low Yat Plaza pada harga RM180 beberapa tahun lalu dan aku setkan lagu itu pada butang repeat. Blanket itu aku tarik menutup kesemua inci badan aku kecuali leher dan kepala aku. Aku tutup rapat kedua–dua kelopak mata aku lalu biji mata itu aku bawakan ke atas. Serupa bangkai di perbaringan dicium diratap seisi keluarga dan handai.

Kalau aku tahu aku akan mati esok hari,
Akan aku tuliskan dua pucuk surat. Aku tidak mahu memberitahu secara bersemuka atau on the phone disebabkan kemampuan otak manusia yang masih punya limitasi. Yang bisa menangkap tiap patah butir bicara aku, tona suara aku, emosi aku dan ekspresi muka aku hanyalah sub-conscious mind, bukan conscious mind manusia. Dan untuk memanggil data itu kembali dari sub-conscious mind merupakan suatu kerja yang leceh dan hampir mustahil. Aku mahu mesej itu kekal. Alzheimer lagi, darah beku lagi, nyanyuk lagi. Payah, payah. Tulisan itu, selagi tak dimamah ulat kertas atau minta dielak, terbakar dek konspirasi jahat Zionis, kekal selama sifatnya. Dan sebab itu aku mahu mesej itu dalam bentuk tulisan.

Satu aku tujukan kepada Mak aku. Aku mahu meminta maaf atas segala salah silap aku. Maaf kerana aku punahkan harapan-harapan beliau. Maaf kerana aku pergi terlebih dahulu sebelum beliau. Maaf kerana aku tidak sempat berikan beliau seorang menantu perempuan yang paling cun dan yang paling baik dan cucu-cucu yang paling comel dan yang paling montel (sihat). Harapan terakhir yang aku pinta daripada beliau juga hanya satu, bangkai aku minta dihanyutkan ke lautan lepas yang tidak dilalui kelasi, biar dibaham oleh jaws, bersebati dengannya yang lalu mati membusuk di dasar laut yang paling dalam. Aman. Lalu segala benda yang bersangkut-paut dengan aku minta dibakar (jika dalam bentuk fizikal yang boleh disentuh) dan di-delete (jika dalam bentuk data di dunia maya). Abu tadi, sama juga seperti bangkai aku, minta dihanyutkan ke lautan lepas yang tidak dilalui kelasi.

Satu lagi aku tujukan kepada gadis yang paling aku berkenan. Aku mahu meminta maaf kerana aku menulis yang ini. Maaf kerana tidak menulis lebih awal. (Atau) maaf kerana aku menulis. Maaf jika membuat kau traumatize. Tetapi aku tidak kira. Apa yang mahu aku katakan, aku sudah lama memerhati. Aku segan. Okay, itu tipu. Sebenarnya aku tidak berani mendekat. Senyum, menganggukkan kepala, menyapa ‘hye’ atau whatsoever. Aku mahu kenal kau. Dan aku mahu kau kenal aku. Okay, itu pun tipu. Aku mahu bercinta dengan kau. Dan aku mahu kita bertunang, tentunya, rasionalnya hanya pada satu cuma, period bertunang itu bagi aku, sweet sungguh. Tetapi aku tidak mahu kita bernikah. Okay, yang ini betul. Sebab aku tidak mahu jalan cerita ini bercanggah dengan jalan cerita yang aku sampaikan kepada Mak aku tadi. Lalu aku tutup tulisan aku pada gadis yang paling aku berkenan tadi dengan, “We need no single reason to like (in my case, love, ahaks) someone.” Deodorant pada ketiak kiri itu lalu aku gosokkan secukup rasa pada muka surat yang punya tulisan. Dengan harapan kau akan dekatkan hidung mancung kau menghidu surat itu yang mengeluarkan bauan wangi Dashing Speed.

Thursday, 19 July, 2012, 11;18 PM

Friday, July 20, 2012

Budak


Teringat gua pada satu kesah lama. Nak dijadikan cerita, gua dijemput menghadiri keraian doa selamat sempena pemergian seorang teman (perempuan) gua ke bumi Rusia menyambung pengajian dalam jurusan perubatan. Alang-alang gua tiada tentatif lain pada hari berkenaan, gua tanpa fikir banyak terus pacu kereta abah gua ke Shah Alam. Walaupun teman (perempuan) gua ini anak lord, tapi malang sekali beliau bukan taste gua. Kalau tak, memang dah lama dah gua pikat.

Teman (perempuan) gua ini menghabiskan lima tahun zaman persekolahan beliau di sebuah sekolah semua-perempuan di Seremban. Jadi, kaum laki-laki yang turut sama datang dengan lengkap berbaju melayu (kecuali gua seorang) boleh dikira dengan sebelah jari tangan kanan saja. Memandangkan rambut yang gua simpan sejak tamat sekolah sudah menampakkan hasil yang agak memberangsangkan, gua kira saham gua agak tinggi juga jika nak dibandingkan dengan laki-laki lain di keraian tersebut yang berambut skema atau digayakan serupa David Beckham.

Suka untuk gua sebutkan di sini, gua dengan suksesnya telah menamatkan dua tahun terakhir pengajian gua di sebuah sekolah semua-lelaki, juga di Seremban. Jadi pada mulanya, agak susah juga untuk gua menyesuaikan diri kembali dengan kehidupan di luar yang punya gadis-gadis sebaya. Lebih-lebih lagi di keraian tersebut yang rata-ratanya, gadis-gadis. Tetapi gua play cool saja, gua dalam diam tahu gadis-gadis free hair di keraian doa selamat ini semua tengah cuba sehabis baik nak ambil hati gua.

Macam mana gua tahu? Hah, ini yang gua nak kesahkan sebenarnya. Gua perasan ada dua orang gadis yang agak cun, bukan, bukan, agak hot tengah mendepakan kedua-dua belah tangan mereka ke hadapan sambil memujuk rayu seorang budak lelaki yang gua kira baru tiga tahun datang kepada mereka. Budak lelaki ini rambut beliau boleh tahan juga, panjang melepas bahu, tetapi belum boleh challenge rambut gua lagi. Firasat gua kuat menyatakan laki-laki yang berambut panjang memang pesen jual mahal, sebab budak lelaki tadi buat dek je walaupun dua orang gadis tadi beriya-iya memanggil.

Teman (perempuan) gua tika itu tengah sibuk ya amat melayan tetamu. Laki-laki lain berambut skema/David Beckham pula tengah bajet cool (gua play cool, lain) bergebang entah apa-apa dengan dua, tiga orang gadis. Gua serius mati kutu. Jadi gua mengambil keputusan mahu test power. Gua adjust duduk gua menghadap budak lelaki tadi. Gua tepuk tangan dua kali (tarik perhatian), lalu gua depakan kedua-dua belah tangan gua ke hadapan serupa dua orang gadis tadi. Dan gua anggukkan sedikit kepala gua dua, tiga kali mengajak budak lelaki itu datang ke mari.

Terkedak berlari-lari budak kecil itu terus memeluk gua. Lantas gua cium pipi kanan kemudian pipi kiri budak lelaki itu dan gua dudukkan dalam pangkuan gua. Terkesimalah kesemua gadis seisi keraian terutamanya dua orang gadis tadi. Dari kejauhan, seorang gadis yang tadinya sopan duduk bersimpuh perlahan-lahan bangun dan menuju ke arah kami. Tanpa segan silu, si gadis tadi terus duduk bersimpuh rapat-rapat bersebelahan dengan gua. Si gadis tadi menghulurkan henset beliau kepada seorang gadis lain yang gua kira member beliau, lalu dipinta beliau untuk ditekan punat capture mengabadikan potret kami bersama.

“You didn’t tell me you’re good with kids,” monolog si gadis tadi.
“Laa, dah you tak pernah tanya,” jawab gua selamba.

Tika momen di-captured, hati gua sudah berpunya. Celaka.

Thursday, 19 July, 2012, 9:57 PM

Thursday, July 19, 2012

Bila Gua Dah Mula Annoyed


Hello.
Aa.
Aku takde kat UTP ni. Balek Kolumpo.
Saje je balek. Celebrate puasa, haha. Takde lah, esok ngan lusa aku ada interview.
Esok Schlumberger. Lusa Shell.
Yang Schlumberger tu interview kat area Bukit Bintang. Shell tu pulak aku kena gerak refinery PD ah nanti.
Eh, masyuk gak. Tak silap aku Schlumberger USD300, Shell mau cecah seribu dua jugak ah.
Haha, thanks bhai. Eh ni, nak mintak tolong kau sikit. Ahad malam amek aku kat Batu Gajah boleh? Kete aku ada kat Jawa. Kalau kau nak pakai, kau pakai la.
Okay, okay, pape roger ah. Chow, chow.

Bila gua dah mula annoyed dengan dua orang mamat sebelah gua yang bergebang entah apa-apa di dalam Komuter semalam malam, gua pun keluarkan henset besi purple gua dan memulakan konversesyen gua secara solo bergebang entah apa-apa juga untuk mengisi masa lapang yang sedia terluang. Celaka.

Thursday, 19 July, 2012, 3:29 AM

Wednesday, July 18, 2012

Where You At?


Where are you?
Ada depan you ni.
Where?
Betul-betul depan you.
I don’t see you pun.
Now nampak?

GSC Mid Valley. Tersenyum anggun si gadis tika butang merah pada henset ditekan. Seorang budak lelaki tercongok betul-betul menghadap si gadis, tersenyum besar menampakkan susunan gigi teratur yang tak berapa nak putih melambai-lambaikan tangan kiri dengan penuh eksaited. Dipisahkan oleh ring besi yang berbentuk segi bulat tepat.

Si budak lelaki berjalan dengan tenang (padahal hati dub dab dub dab hanya Tuhan sahaja yang tahu) membuat putaran lawan arah jam sambil tangan kiri sengaja diseret pada ring besi sejuk yang memisahkan pada radius kira-kira 5 meter.

Si budak lelaki kini berdiri betul-betul berhadapan dengan si gadis. Pandangan seorang yang agak kecil matanya dan seorang yang memang besar matanya bertaut. Sempat berbalas senyuman besar kedua-duanya (salam perkenalan pada mulanya disebabkan mereka punya senyuman besar yang sama). Senyum besar penuh makna orang kata.

Jom?

Pasangan si budak lelaki dan si gadis yang kini berubah menjadi sepasang merpati dua sejoli terkedek-kedek berjalan menghala ke box office untuk membeli tiket couple seats menyaksi tayangan film Cinta.

Tersengih seorang laki-laki yang memerhati jauh dari McDonald’s aras atas.

Pandangan dihalakan kembali pada kerusi di hadapan yang kosong sedari tadi.

Dengan keluhan kecil yang sedikit kedengaran pada public, si laki-laki bangun malas menuruni stairway meninggalkan McD.

Kah kah kah hilai kuat si laki-laki serupa orang gila lagaknya menuruni eskalator tanpa punya arah tuju yang spesifik. 

Coffee Bean mungkin? Boleh pekena Belgium Ice Blended bersaiz medium tanpa whipped cream.

Wednesday, 18 July, 2012, 1:50 PM

Tuesday, July 17, 2012

Di Kala Hujan


UiTM Shah Alam Law Foundation Dinner 2008


Kawan datang dan pergi

Ada tika bermonolog aku sendiri
Ke mana menghilang kau kawan?
Sebelum ke Amerika dulu
Kata kau, Let’s hang out! I’m going to America less than a month.
Kemudian
Entah
Aku tak ketemu sebab munasabab
Kau menyisih jauh-jauh dari aku
Tiga tahun kawan, tiga tahun
Kau diam tanpa perkhabaran
Sebab cerita lama itu kau menyepi?

Aku tahu aku degil
Aku tahu yang itu
Maafkan aku kawan

Andai kau terbaca yang ini
Aku mahu kita seperti enam belas dulu
Dua kawan on the phone
Berborak lama
Perihal crush kau dan aku

Tuesday, 17 July, 2012, 8:00 PM

Monday, July 16, 2012

Di Mana Kan Ku Cari Ganti - Sheila Majid


(Sebuah tulisan yang dialih bahasa dari karya asal saya dalam Bahasa Inggeris beberapa tahun lepas)

Semua orang punya kisah. Punya cerita. Begitu juga dengan saya. Tetapi ini bukan cerita saya. Ini sebuah kisah duka yang tetap menjadi inspirasi saya sehingga ke hari ini. Cinta sejati memang tidak boleh dibeli. Sungguh, wang ringgit tidak akan pernah mampu membeli cinta. Cuba hayati sebuah karya agung bertajuk “Money Just Can’t Buy Me Love”, dendangan The Beatles yang ditulis puluhan tahun lepas oleh duo terulung sepanjang zaman, John Lennon & Paul McCartney, anda pasti akan faham maksud saya. =)

Ceritera cinta antara Marwan dan Maureen. Bagaimana salam perkenalan kami? Itu saya kisahkan kemudian. =) Al-Kesah bermula 11 tahun lepas. Tika itu, mereka bagaikan dua merpati sejoli yang lain; sering bertemu, meluangkan masa bersama, menaut janji dan sebagainya. Pada usia 21 tahun, dua merpati sejoli yang saling menyintai ini memilih untuk mengikat tali pertunangan. Agak awal, tetapi inilah yang dikatakan kismet (takdir dalam Bahasa Turki), ianya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Meromantiskan lagi cerita cinta mereka, Marwan adalah cinta pertama Maureen, begitu juga dengan Maureen yang merupakan cinta pertama Marwan. Orang kata, kita akan sentiasa ingat pada cinta pertama kita hingga hembusan nafas yang terakhir. Orang juga kata, walaupun kita sudah ketemu dengan cinta sejati kita, cinta pertama kita akan tetap punya tempat teristimewa dalam hati kita. Haha, saya kurang arif perihal ini, saya tinggalkan pada anda untuk menilai.

Oh, terlupa pula. Mereka mengikat tali pertunangan sekitar bulan Februari atau Mac pada tahun yang sama Marwan didiagnos dengan leukimia. Marwan cinta pertama Maureen, dan beliau tidak tergamak sesekali untuk membiarkan Marwan terbaring tidak berdaya tanpa ada yang meneman di sisi. Biasa dengan ungkapan “Saya akan tetap di sisi awak?” Ramai yang akan berbuat apa sahaja untuk merasai kemanisan cinta, ada juga yang terus menunggu dan menunggu, dan ada juga tanpa mengenal penat dan lelah tetap terus mencari dan mencari. Tetapi untuk melihat seorang yang dicintai menunggu mati tanpa mampu untuk melakukan apa-apa, pasti, itulah penyeksaan yang paling tidak tertanggung.

Keadaan Marwan semakin buruk dari hari ke hari. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan. Kata doktor, segalanya sudah terlambat, leukimia yang dihidapi oleh Marwan sudah pada fasa terakhir. Maureen tidak putus-putus berdoa pada Tuhan dikurniakan ketabahan hati dan diberikan kekuatan untuk tersenyum di kala Marwan terjaga dari lena. Bukan Maureen sahaja, Marwan juga pada tika yang sama terpaksa menabahkan hati beliau mengenangkan ada insan yang turut sama berkongsi derita yang dilalui.

Perancangan awalnya, mereka akan diijabkabulkan pada awal tahun berkenaan. Atas suratan yang tidak dapat dielakkan, Marwan pergi dalam lena pada November setelah berbulan-bulan menderita leukimia. Pemergian Marwan buat selama-lamanya pasti meninggalkan duka yang paling dalam pada sisi Maureen. Melihat yang tersayang menunggu mati merupakan suatu penyeksaan yang tersangat perlahan. Untuk bersedia menerima takdir bahawa yang tersayang sudah pergi menyahut seruan Illahi merupakan suatu perkara yang pasti sukar sekali untuk dilakukan. Dan ketidaksampaian untuk bernikah dengan seorang yang dicintai sepenuh hati kerana dipisahkan ajal, pasti, meruntun sukma ke teras yang paling dalam. Dalam suatu tika yang sama, Maureen terpaksa menghadapi kesemuanya. Anda dan saya. Kita tidak akan sesekali faham rasa hati Maureen. Kerana bukan letak duduknya kita untuk berkata apa-apa.

Tiga tahun Marwan tetap ada dalam hati Maureen. Tiga tahun. Lama. Boleh anda bayangkan tiap saat dan ketika insan yang tersayang dikenang, dirindui, walhal insan itu sudah pergi buat selama-lamanya? Tiga tahun diperlukan sebelum Maureen terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup beliau kembali. Empat tahun lagi sebelum beliau bertemu dengan Haikal. Ada kala dan ketika, jodoh itu tidak kekal sifatnya. Maureen akhirnya menamatkan penantian yang terlalu lama untuk sebuah cinta abadi sebelum menamatkan zaman bujang beliau dengan Haikal. Pada ketika ini, pasangan ini sedang menantikan kehadiran orang baru (sudah lahir ketika tulisan ini dihasilkan kembali). Penantian Maureen sudah berakhir. Dan Maureen memilih untuk terus ke hadapan dengan meninggalkan kenangan-kenangan lepas, yang tentunya penuh dengan momen yang tidak mungkin dilupakan dan saat yang terindah yang terlipat kemas dalam catatan lepas kehidupan beliau.

Kisah ini disampaikan sendiri oleh Maureen ketika saya bermalam di duplex apartment beliau di Damansara Damai beberapa tahun lepas. Ketika itu, saya merupakan krew tunang beliau, Haikal, yang memberikan saya peluang keemasan untuk bertugas di beberapa buah negeri di Semenanjung tanah air. Pertemuan kami yang singkat itu saya kira kena tepat pada ketika saya memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Saya begitu tersentuh sekali dengan perkongsian beliau dan derita yang beliau lalui.

Patah hati. Putus cinta. Namakan. Mungkin kita rasa kita lah orang yang paling berpatah hati dalam dunia ini. Tetapi kita perlu selalu ingat, “Tuhan takkan menguji hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak tertanggung.” Hidup penuh cubaan, dugaan, pastinya. Tetapi semua ini buat kan kita kuat, tabah. Supaya kita tahu, ini adalah persediaan sebelum kita ketemu yang terbaik untuk diri kita. Kita kena senantiasa percaya, mungkin benda yang terjadi ada hikmah di sebalik, kita pun tidak tahu, tiada siapa pun yang tahu. Tetapi pasti ada suratan yang sudah tertulis untuk kita. Patah tumbuh yang hilang kan berganti. Usah gundah gulana, heh?

Jika ada kesempatan, akan saya kisahkan pemberian Maureen sempena perkenalan singkat kami. Dedikasikan khas untuk anda, “Di Mana Kan Ku Cari Ganti”, dendangan Sheila Majid dari karya asal Allahyarham P. Ramlee. Nikmati rasa hati yang cuba disampaikan menerusi bait liriknya, keindahkan susunan melodinya dan kemerduan lenggok suara Sheila Majid. Pastikan tiada air mata, pastikan. \m/

Monday, 16 July, 2012, 5:15 PM

Friday, July 13, 2012

Mini Cooper Biru Muda Beratap Union Jack


Korang ada?


Al-Kesah reinkarnasi sebiji kek menjadi sebuah mobil pada skala sebenar.

Bikin karya pendek tajuk serupa ni cara jugak.

Friday, 13 July, 2012, 2:00 AM