Monday, November 26, 2012

Barah


Gelita malam tanpa sang bulan dipagari bintang-bintang bergemerlapan gemilang. Di dalam ruangan kokpit pemandu sebuah jentera garang Satria R3 Second Stage dengan nombor unit 141 (edisi terhad dengan bilangan total 150) keluaran tahun 2005, berjantung model 4G93 dengan sesaran enjin 1.8 liter yang didatangkan khas bersama tempat duduk semi-bucket Recaro padanan rona merah dan hitam, tali pinggang keselamatan berona merah, steering sukan Momo, rim sukan berbilah lima dan spoiler dari gentian karbon dengan talaan istimewa dari divisyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton; Race, Rally, Research (R3), ruang fikiran aku kosong lagi lompong.

Di kompaun parkir berhadapan dengan mahallah siswi International Islamic University Malaysia kampus Kuantan, laungan lunak muazzin dari corong-corong pembesar suara Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang menandakan masuknya waktu Isyak bagi Bandar Kuantan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tenggelam dalam keasyikan petikan gitar si genius Jimmy Page, projektor suara emas Robert Plant, feel seorang bassist John Paul Jones dan ketukan set drum agresif John “Bonzo” Bonham menerusi lagu Stairway to Heaven. Dan aku pasti ketika itu, minda bawah sedar aku secara total di bawah pengaruh subliminal message oleh sebuah superband paling legend di abad ini; Led Zeppelin dari Britain.

Di bawah remang cahaya romantis jingga kekuning-kuningan pos lampu, terlihat susuk seorang gadis yang mengenakan busana gorgeous seorang Muslimah. Pintu penumpang bahagian belakang sebuah Perodua MyVI SE generasi kedua dengan kemasan putih mutiara yang diparkir betul-betul bersebelahan dengan pos lampu tadi dibuka. Sebelum meloloskan figura ke dalam mobil itu, kelihatan si gadis tadi berbicara sebentar dengan seseorang di ruang kokpit penumpang bahagian hadapan. Dengan palitan romantis pada profil tiga per empat si gadis itu tadi, terlukir sebuah senyuman yang paling tulus di dalam dunia dengan lambaian santai – pada aku.

Dan suara Jason, karektor Yasmin Ahmad dalam sebuah karya garapan beliau, Sepet terngiang-ngiang pada pendengaran aku seorang. You’re my poetry from God. Aku paling ke kanan. Aku paling ke kiri. Aku lihat refleksi cermin sisi belakang. Sumber datangnya kalimah suci itu gagal aku kesan. Momen itu aku rasakan magis sekali. Penuh dengan elemen supranatural. Track Stairway to Heaven tadi berhenti secara mengejut pada minit ke 6:66 dan pemain cakera padat mula memainkan lagu Feeling Good oleh Nina Simone.

Keberadaan aku di sebuah medan sunguh berselera di pinggir Bandar Kuantan itu ditemani dengan kehadiran lima individu yang lain. Seorang teman lelaki edisi jelajah dari bumi Tronoh, dua teman lelaki ketika program matrikulasi beberapa tahun sebelum, seorang teman rapat perempuan dan si gadis tadi. Elemen romantis tadi menjadi bertambah romantis dengan pelukan halwa angin malam dan renyai halus titisan hujan. Aku menjadi speechless. Kuil aku mula berteori nakal. Apa bisa butir-butir bicara dalam bentuk lisan itu terzahir hanya coma dengan renungan mata antara aku dan si gadis tadi? Ah, hopeless romantic.

Bhai, asal diam je?
Aku tak tau nak cakap ape.

Monolog pada kadar decibel rendah antara teman lelaki aku dan aku.

Aku mula mengatur bicara. Si gadis tadi mula membalas bicara.

Momen itu aku rasakan bagaikan hanya punya aku dan si gadis tadi. Dan bait-bait lagu kumpulan gitar rancak Mocca dari Indonesia, You and Me against the World mula mengisi ruangan latar. Bagai Adam dan Hawa. Umpama Laksamana Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Persis John Lennon dan Yoko Ono. Seperti Krishna dan Radha. Saling melengkapi. Dan untuk kali yang pertama dan penghabisan, aku menyaksikan secara live, perfection in imperfection. Seorang gadis yang menjadi kejadian Tuhan yang paling sempurna di sisi aku. Dan paparan pada mata aku memainkan babak dialog pembuka filem antara Rahul dan Pooja di dalam sebuah filem Hindi, Dil To Pagal Hai.

Dan malam itu aku didiagnos dengan sebuah barah yang paling berbahaya sejak kelahiran Adam alaihissalam.

Angau.

Monday, 26 October, 2012, 12:24 AM

Sunday, November 25, 2012

Kembali ke Petak Pertama


Shah Alam.

Wilayah yang paling mengasyikkan bagi seorang aku.
Dan kemudian menjadi suatu taboo yang terlalu taboo.
Lalu aku menjauh.
Tidak akan aku sesekali.
Kembali.

Dan akhirnya.
Aku kembali.
Back to square one.

Dan di deretan rumah kedai Majlis Agama Islam Selangor.
Aku melepak di Mamak bersama kau, kawan.
Mengungkap kembali.
Ceritera bahgia seorang kau dan seorang aku.

Perempuan datang dan pergi.
Yang kekal;
Tetap kawan-kawan dan famili.

Andai suatu masa nanti.
Aku sudah tiada.
Sebati mati dengan bumi.

Aku mahu korang tahu.
I’m happy for you guys.
No, no.
I’m so proud of you guys.

Dan aku mahu korang tahu,
Aku simpan member-member dalam kocek uniform kerja aku.
Simbolik korang yang dekat sekali di hati aku.

Joned

Sunday, 25 November, 2012, 10:14 PM

Tuesday, November 20, 2012

Gundah

Dora: u ni sweet lahh joned
         i'll pray that one day a girl will see this side of you and appreciate it 
         =)
Joned: amin to that
           thank you weh
           sorry byk menyusahkan

Tuesday, 20 November, 2012, 10:32 PM

Sunday, November 18, 2012

Momento


Joned, akak die cun giler weh. – Sharon

Momen itu, aku pasti, secara automatis topeng muka yang aku kenakan bertukar menjadi ‘Tanpa Sebarang Ekspresi’. Bendalir merah pekat pengangkut O2 yang menyelusup senyap-senyap ke segenap sel-sel di dalam jasad aku secara mengejut terburu-buru mengepam organ jantung aku secara lebih agresif. Tempo cool dub dab dub dab tadi kini menjadi sedikit canggung dengan rentak sumbang persis seorang pengetuk set drum yang maha noob. Aku jadi sedikit bengap, seketika, implikasi catuan tanpa notis awal darah merah ke kuil aku.

Lek bro. Kau play cool je. – Tawakal bangang seorang aku

Aku kilas ke belakang. Aku kenal benar figura perempuan yang berada nun jauh di sana. Bersusok lampai (aku lebih selesa dengan seorang perempuan yang sedikit lebih tinggi dari aku), berparas descendant Arab (berkening tebal dengan geometri muka yang sedikit lonjong) dan fasih sekali bertutur Inggeris. Umpama seorang nabi Tuhan yang dikurniakan wahyu dari langit, momen-momen lampau antara perempuan itu dan aku meresap perap ke dalam jiwa aku yang paling seni at that very moment.

Keberadaan aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau lebih glamour dengan ungkapan manja KLIA itu disedari oleh perempuan yang berada nun jauh di sana itu. Iris-iris perang aku memaparkan satu babak yang paling romantis; seorang perempuan yang sedang menjengketkan kedua-dua belah kaki, dengan sedikit dongakan kepala pada sudut selesa dan tangan kanan yang terkinja-kinja melambai - pada aku. Perempuan inikah Chenta Agung aku? Getus sukma aku dari teras yang paling dalam. Nakal.

Aku hadiahkan perempuan itu kuntum senyum aku yang paling menawan. Dalam sela masa kurang daripada 0.2 saat, aku buntu di persimpangan sebuah konflik. Perlu aku menghampir atau buat dek je? Tanpa sempat dikawal oleh organ otak aku yang tadinya baru dicatu bekalan oksigen berisi hemoglobin, kaki-kaki aku mula melangkah perlahan-lahan, kiri, kanan, kiri, kanan. Benar kata orang. Chenta itu bukan ditangkap oleh minda bawah sedar oleh sebuah organ manusia yang bernama otak, tetapi sebenar-benarnya ditangkap oleh sebuah organ imaginari; ‘hati’.

Sebagai seorang proletar dalam hierarki kelas pekerja, menjadi resam aku untuk mengenakan uniform lengkap ini, lima hari seminggu (Isnin hingga Jumaat), dari jam 9 pagi membawa ke jam 5 petang. Hari ini Rabu, maka seleksi wajib aku tentunya sepasang boxer merah jambu bercorak kotak kain pelikat, sehelai kemeja plain berona ungu dengan lipatan lengan hingga ke atas paras siku, sepasang seluar slack hitam dengan potongan lurus dengan padanan tali pinggang kulit dan but Doc Mart low cut rona maroon. Oh, dan rambut digaya macho ala-ala Farrah Fawcett.

Hye. How are you?
Hey. I’m fine. You?
I’m doing great. Long time no see kan?
Yea. Oh, you’re going also?
Aa.
Laa. My sister. She didn’t mention pon. For real you’re going?
Yelah. Pakai smart-smart macam ni.
Really?
Haha, no lah. I baru balek keje.
Oh, patut lah. Ish, you ni.
Lame you diam. Sombong dengan I sekarang eh.
Mane ade. I’m busy. Really busy. If I free pun, I dudok rumah je.
We should hang out sometimes, you know. Like old times.
I malas la. I’m sorry.
It’s okay. Eh, give me your number.
I think I still have yours.
Haha, I’m really sorry. I ter-delete your number.
See. I still have your number.
So, lepak?
Facebook chat? Okayh?

Ketika aku sedang memacu laju Volkswagen model Super Beetle keluaran tahun ’71 dengan talaan Rauh Welt Begriff pada 180 km/j persis seorang racer melalui Lebuhraya Utara-Selatan, aku terkenangkan Deeper Conversation antara perempuan itu dan aku empat tahun dulu,  juga berlatarbelakangkan ruang tertutup yang sama dengan Mating Season oleh Butterfingers sebagai muzik latar.

Ey, your know what. When we were in high school, I pernah ade crush dekat you kot.
I know. Why?
Nah, nothing.

Jika aku gantikan skema jawapan itu dengan suara 'hati' aku yang paling tulus, mungkin, ketika momen ini, kami sedang berada di Paris bercumbu Perancis berlatarbelakangkan Menara Eiffel dengan foto kami ditangkap secara sembunyi-sembunyi di balik pohon-pohon rendang oleh seorang paparazzi bangsat.

Sunday, 18 November, 2012, 9:55 PM

Saturday, November 17, 2012

Saiyyidul Ayyam


Jelas ya amat pada penglihatan aku si pengemis tua yang berkopiah senget dengan tompokan-tompokan parut luka pada kedua-dua belah kaki itu dengan penuh cermat mengeluarkan sesuatu dari sebuah beg vintaj di sisi beliau. Sepuntung rokok yang aku kira dikutip di sudut kotor kaki lima atau dihidup dan dimatikan berkali-kali sebagai langkah berjimat cermat.

Aku berhenti di hadapan si pengemis tua itu. Aku keluarkan dari poket seluar sisi kanan depan aku sepaket Winston merah yang aku baru beli sebentar tadi. Aku carek plastik bukaan pada belah atas paket itu. Aku keluarkan sebatang rokok. Aku cangkung dan pada masa yang sama aku suakan sebatang rokok dengan tangan kanan aku pada si pengemis tua itu.

Dan sebatang rokok dengan filter berona coklat kekuning-kuningan bertatah tulisan merah Winston pada balutan kertas putih itu beliau gapai. Tetapi malang sekali, dengan tangan kiri beliau.

Lalu aku berlalu pergi tanpa punya sebarang rencana dan propaganda berawang-awangan di dalam kotak pemikiran aku. Oh ya, dan hari ini aku pasti sepasti-pastinya aku punya kelepasan multak untuk tidak ke Masjid as-Syakirin menyelitkan secara terbuka kepingan not biru RM1 ke dalam tabung bergerak masjid tepat pada jam 1 petang lebih sedikit.

Saturday, 17 November, 2012, 11:05 PM

Friday, November 16, 2012

Kegampangan

Aku makin gampang.

Friday, 16 November, 2012, 11:31 AM

Wednesday, November 14, 2012

Working Class

It's New Year
And I'm still at KLCC
Working my ass off

How sad it can be huh?

Happy New Year

Wednesday, 14 November, 2012, 7:12 PM

Tuesday, November 13, 2012

Sepuluh

Bang, duet nak balek Tronoh ade tak?
Ade, ade.
Berape ringgit?
Ade la dalam sepuluh.

Gua menganut sekolah pemikiran yang berpegang teguh kepada satu basis bahawa helaian kertas berkepuk-kepuk tidak akan boleh di bawa bersama masuk ke dalam liang lahad. Apatah lagi ke dalam lembah neraka yang paling dalam.

Tuesday, 13 November, 2012, 5:41 PM

Saturday, November 10, 2012

People from the Past


Joned.
Hye. Sarah.
This is my boyfriend. Daniel.
Joned. Long time no see kan? How are you?
I’m doing great. Where are you now?
Schlumberger. I baru je join.
Oh really? Me too. U dekat which floor?
10th. You?
Oh, I dekat 8th. Which department?
Err, Peninsular Malaysia Projects. You?
Oh, I Drilling.
I saw you the other day at BSN. But I segan nak tegor.
Laa, ye ke. Tu lah, I tengok tadi. Macam kenal.
Haha, tadi pun I segan nak tegor actually.
Hehe. Finally you cut your hair heh?
Haha, I have to. My big boss bising. Okay, you guys enjoy your breakfast. See you guys around.
Yea, you too.

I lost my appetite. And I left my Roti Canai Kosong untouched.

Chinta oleh Monoloque (the original version with Gamelan)

Saturday, 10 November, 2012, 12;28 PM

Tuesday, November 6, 2012

Superman


You Superman ke?
Tak lah.
Then you Super ape?
Superwan!

Friday, 26 October, 2012, 2:50 PM

Sunday, November 4, 2012

Age

A lawyer once said to me after our self-destruction session,

Age before beauty Wan.

And I nodded with my sincerest smile in confusion.

Sunday, 4 Novermber, 2012, 3:39 PM

Saturday, November 3, 2012

Taste

She went to TKC.
She went to a Convent.

That's just my taste in women, mate.

(When a Man Loves a Woman by Michael Bolton)

Saturday, 3 November, 2012, 8:06 PM

Thursday, November 1, 2012

Obsession

People like me
We need obsession in our life
To keep us sober
In this crazy world 
That we’re living in

So please
Just try your hardest
To bear with us
Mate

Thursday, 1 November, 2012, 2:20 PM