Monday, April 30, 2012

Briyani Ayam Madu Mahbub


Briyani Ayam Madu Mahbub
Gambar tibai, belum lagi ada dalam Private Collection


Restoran Mahbub. Bersebelahan dengan CIMB Bangsar, betul-betul berhadapan dengan Bangsar Village. Landmark berdekatan selain adalah showroom Brabus dan Masjid Bangsar. Briyani Ayam Madu Mahbub. Begitu significant dan dekat sekali dengan gua satu famili. Panjang berjela kalau nak disurahkan perkenalan dengan Briyani Ayam Madu ni. Ni gua kesahkan versi kompak.

Gua ingat lupa sejak bila Mahbub ni wujud. Tapi kalau tak silap gua lah, berdasarkan papan utama terpampang besar di kepala restoran, sejak 70-an lagi. Mak gua terjebak dengan scene Briyani Ayam Madu ni semenjak beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Era 80-an, ketika beliau masih lagi bekerja di Angkasapuri, ala, yang Wawasan 2020 tu.

Selepas Mak gua bernikah dengan Abah gua, Abah gua pulak start layan. Dah dua orang dah. Lepas itu, semangat Briyani Ayam Madu ni disambung legasi oleh gua tiga-beradik. Cerita Mak gua, Briyani Ayam Madu Mahbub dulu takde lah mahal mana, baru RM6, tapi tu kesah era 80-an. Kali terakhir gua layan, dah cecah RM12 jugak lah. Sekarang tak tahu lah kalau dah naik harga lagi. Bukan selalu sangat pun gua pergi layan, kekadang. Sedap lagi pun.

Kebiasannya, hidangan Briyani Ayam Madu Mahbub, having here style, pengunjung akan dihidang dengan sepinggan Nasi Briyani yang berpatutan kuantitinya. Kemudian, seketul besar Ayam Madu torbayek yang ada kala diletakkan bersama nasi atau diasingkan, bergantung kepada permintaan. Kuah dal kuning oren sepinggan. Dan lagi satu, gua kurang mahir bab sayuran ni, tak sure panggil apa. Tapi ada lah lagi satu hidangan.

Sensasi kunyahan pertama Briyani Ayam Madu Mahbub payah gua nak bayangkan. Serius. Lu nak tahu, lu kena pergi layan sendiri, gua dah bagi lokasi spesifik, harga semua. Personally, gua lebih suka bungkus bawak balik layan bersama famili. Sebab dalam tiga empat tahun belakangan ni, baru gua start layan having here style. Lagi satu, paling best kalau bungkus bawak balik, kuah Ayam Madu yang terlekat, secara automatisnya akan bercampur dengan Nasi Briyani. Sensasi dia, makan situ pun tak dapat beb.

Saranan gua, kepada peminat makanan Malaysia, yang rajin mecari kelainan, lu kena kasik try dua kali. Sekali makan situ, sekali bungkus bawak balik. Lu tengok, betul ke tak betul cakap gua. Selingan, satu malam yang hening 3 tahun lepas, gua bersama dua member dengan confidentnya drive dari Cyberjaya ke Bangsar semata-mata nak layan Briyani Ayam Madu Mahbub. Hampeh, Briyani Ayam Madu sebelum Maghrib lagi dah licin. Lu jangan buat kerja bodoh macam gua dengan member gua. Haha.

Monday, 30 April, 2012, 12:44 PM

Sunday, April 29, 2012

Momen yang ter-Captured


(Sentimental tulisan ini bertambah indah lagi jika dihayati bersama dengan Kotak Hati oleh kugiran Hujan sebagai latar.)


Kesah chinta si budak lelaki kepada seorang gadis. Oh, indahnya dunia, bagai si budak lelaki yang empunya. Apabila si gadis sudi akhirnya menerima kaseh, bermula sebuah dongengan chinta yang tiada tanding. Lain daripada yang lain. Karena harapan si budak lelaki dan si gadis, biar ditulis sendiri apa rasa hati, dongengan chinta yang pasti berbeda, yang ke akhir hayat tetap ada sebati mati dengan darah merah.

Potret lama. Dua merpati sejoli.

Si budak lelaki berambut panjang ikal melepasi bahu. Segak tampak dengan baju Melayu hitam berbutang biru satu. Lengan baju dilipat sehingga ke atas paras lengan. Dipadan dengan jeans biru pudar kesukaan, sopan bersebelahan duduk dengan si pujaan hati. Muka, aduhai, bagaikan bulan jatuh ke riba. Tersenyum malu tika momen di-capture, kepala disendeng sedikit ke kiri, mendekati yang empunya hati.

Ah, apa yang boleh dikata. Ayu si gadis bersebelahan si budak lelaki. Tampak anggun dengan sepersalinan baju kurung merah jambu. Terserlah santun Melayu. Bertambah molek lagi dengan padanan tudung putih yang digaya biasa. Muka dipalingkan sedikit menampakkan sisi kiri muka. Tersenyum bahgia si gadis menampakkan susunan gigi putih bersih. Senyuman penuh keikhlasan, penuh kejujuran, pasti, senyum itu yang meruntun hati si budak lelaki.

Yang memandang pasti terpana. Yang tersirat pun jelas di mata, apatah lagi yang tersurat. Kilau terang-benderang pada mata si budak lelaki dan si gadis mencerita segala. Bagai dunia hanya milik mereka berdua. Semoga berbahgia hendaknya kalian berdua. Titipan doa moga dikabul Tuhan yang Maha Esa, tidak di duniya, bersama selama kalian di sana. Potret lama, menginterpretasi segala, ingatan terhadap sebuah dongengan chinta.

Saturday, 28 April, 2012, 10:31 PM

Saturday, April 28, 2012

Ingatan pada Kaisa II


Ada orang khabarkan pada saya tempoh hari awak sudah makin besar. Wah, sudah makin pandai. Ada dua, tiga butir perkataan betah awak sebutkan.

Private Collection: Kaisa I

Lama sungguh kita tidak ketemu ya. Windu saya pada awak. Windu Kaisa. Bukan Windu Defrina. Itu White Shoes & the Couples Company. Ini Windu Kaisa. Dendangan saya sendiri, untuk awak.

Private Collection: Kaisa II

Dulu kita sekadar berbahasa hati. Jika kita ketemu lagi, ingin saya berbahasa manusia pula dengan awak. Mahu saya ajarkan pada awak Tepuk Amai-amai. Kantuk awak, saya dodoikan dengan Tidurlah Sayang. Bukan yang Siti Nurhaliza, Innuendo. Lagi sedap.

Private Collection: Kaisa III

Kita berkonspirasi mahukah? Petang minggu, kita ketemu di tasek kesukaan awak. Tasek yang itulah. Yang ramai orang taburkan cebis kecil roti berfungus di tengah jambatan kecil itu. Hah, yang ini pasti awak tahu. Lagenda Si Biawak Pembaham Ikan Kecil. Yang suka ya amat awak saksikan itu.

Private Collection: Kaisa IV

Mahukah?

Saturday, 28 April, 2012, 5:51 PM

Friday, April 27, 2012

Nasi Ganja Ipoh


Private Collection: Pukul 4 petang Yong Suan dah tutup


Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan. Jangan melatah. Ini bukan kesah kedai makan Cina. Ini kesah jalan-jalan cari makan. Malaysian style. Pertembungan dua budaya, Mamak dan Cina. Port Nasi Ganja Ipoh torbayek sejak dua tahun setengah gua mengaji di Perak. Sejak mula sem baru, baru sekali gua sempat layan. Kalau zaman muda-mudi dulu, nak kata tiap minggu layan takde lah, tapi kerap lah juga.

Salam perkenalan dengan port Nasi Ganja Ipoh ini kesah dua tahun setengah sebelum. Pencarian budaya lain daripada yang lain di Ipoh. Bandar lama. Seni bina bangunan yang penuh sentimental dan punya budaya unik tersendiri. Macam Ipoh White Coffee. Atau Telur Goyang. Atau pun Roti Bakar. Sama kes juga dengan Nasi Ganja Ipoh. Tapi gua memang tak berapa nak layan Nasi Vanggey Ipoh, sorry. 

Nasi Ganja Ipoh. Atau nama lain yang tertulis pada papan menu di Yong Suan; Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh. Eh, bukan, bukan. Bukan diorang letak ganja ke, marijuana ke, spender ke dalam nasi lu. Hidangan basic Nasi Ganja Ipoh adalah nasi putih, ayam merah, kuah campur, telur masin separuh, bendi dan mentimun. Dan yang ganjanya adalah hampas kelapa yang diperap dengan campuran rempah-ratus. Itu ganjanya.

Nasi Ganja Ipoh bagi gua, macam Ipoh juga, punya pembawaan budaya unik tersendiri. Dari kejauhan lu menapak kaki lima, memang nampak kelibat orang berdiri panjang. Kalau lu jenis malas nak beratur panjang, dipersilakan cergas mencari meja kosong, maaf, maksud gua, kerusi kosong. Style sini, makan kongsi meja. Jangan lu bajet Kenamaan pula nak meja clear untuk lu makan sorang. Memang kirim salam dan boleh pergi mampus.

Ambians dalam Yong Suan memang mengasyikkan. Muhibbah, terpulang kepada penafsiran personal lu. Melayu, Cina, India dan Lain-Lain tarahal kongsi meja. Sini makan style dah habis makan, sila jadi bijak dengan memberi ruang untuk penggemar Nasi Ganja Ipoh yang lain pula. Light rokok sebatang, cergas ke kaunter untuk membayar. Minuman pada aunty Cina di kaunter kiri dan makanan pada mamak di kaunter kanan.

Gua kalau datang layan sini, suka berbaris, tak kesah panjang mana pun. Feel. Tengok mamak sauk nasi putih berwap panas fresh dari periuk tanah liat. Ayam merah kepak yang memang padu. Telur masin separuh. Kuah campur tambah yang disauk begitu style dengan tangan (mamak ini pakai glove plastic). Bendi dan mentimun yang hanya sekadar penyeri tetapi gua memang jenis baik hati suka sedekah dekat member. Dan tidak dilupakan, ganja.

Cergas gua cari kerusi kosong, tapi kesukaan gua berkongsi meja dengan strangers. Boleh beramah mesra macam tempoh hari. Tapi anak gadis beliau tak berapa nak cun, hampeh. Nanti terkedek-kedek amoi favourite gua (kesah dulu) datang ambil order air. Kata member gua, minuman torbayek nak bilas rasa pedas adalah limau ais. Limau ais dia gua cakap lu, tak jumpa kat tempat lain. Manis dia lain macam, campuran limau kasturi dan limau nipis. Nak layan lagi, order sekali Roti Bakar dengan Caramel Castard, terangkat.

Lupa nak bagitau, lokasi Yong Suan ini berdekatan dengan Balai Polis Pasir Puteh Ipoh. Senang-senang, nampak Esso belah kiri, cergas lu mencari parking. Jangan lupa gores dan menang tiket parking. Deret kedai sebelah sini Saleem (mamak juga) dan yang di sebelah sana tu Yong Suan. Confirm jumpa. Kalau lu dah rasa macam gegaya sesat tu, jangan malu, jangan segan, cergas roger gua, haha.

Geng Nasi Ganja Ipoh (dulu-dulu)

Friday, 27 April, 2012, 5:34 PM

Wednesday, April 25, 2012

Kau Aku Tinggalkan


Memang. Aku akui. Tidak lama perkenalan kita. Sedetik cuma. Bagai renyai hujan di siang hari. Membasahi panas bumi lalu meruap cergas kau pergi. Oh, jangan kau tidak tahu. Sudah lama aku memerhati. Tetapi dari jauh cuma. Saat aku tidak memerlukan. Ketika aku tidak memahami. Aku serik disakiti, kau tahu? Aku tidak mahu kau berlaku sama. Ah, persetan semua itu! Tidak kenal, maka tidak Chinta bukan?

Yoko Ono

Kau Chinta aku. Kalau aku Lennon, maka kau Yoko Ono aku. Jika aku Tuah, nescaya kau Puteri Gunung Ledang aku. Kau. Kau meresap laju ke dalam sesalur darah merah aku. Lalu kau renjatkan cas-cas, kencang mengepam jantung aku. Dub dab, dub dab. Kau begitu mengasyikkan. Kau begitu mengkhayalkan. Kau sensasi aku. Sensasi sebuah Chinta. Chinta yang lain daripada yang lain. Hah!

Kau peneman setia. Di kala tiada yang sudi. Tidak pernah aku dengar keluh kau. Tidak kau kenal lelah meneladani aku. Memang! Semua sanggup aku berikan. Demi kau! Kata kan, kata kan apa yang kau mahu. Masa, wang ringgit? Aku berikan. Kerana kau Chinta aku. Money can’t buy me love. Apa kau tahu, itu bukan hanya sekadar siulan muda-mudi ketika gemilangnya The Beatles?

Ini semua salah aku. Jangan, jangan, kau tidak pernah berlaku apa. Tiada salah kau di mata aku. Semua yang aku lihat pada kau indah belaka. Kau bagai bidadari duniyawi. Mempesonakan. Tapi aku terpaksa memilih. Kerana takut aku pada kutukan Tuhan. Kau bukan yang halal bagi aku. Aku tahu selama ini! Tetapi hidup aku dalam penipuan, cuba aku sembunyi di balik bayangan kebatilan. Kau. Kau aku tinggalkan.

Tidak akan aku sesekali berpaling. Tidak. Kau bukan yang terbaik untuk aku. Tetapi. Kau perlu tahu yang satu ini. Buat kali yang penghabisan. Tidak akan sesekali pernah aku melupakan kau. Sensasi sebuah Chinta. Walau gagal, sampai ke akhir hayat aku, kau tetap aku kenang.

Kerana di celah zarah yang terkecil, kau tetap ada meresap laju di dalam sesalur darah merah aku.

Lalu kau renjatkan cas-cas, kencang mengepam jantung aku.

Tuesday, 24 April, 2012, 9:42 PM

Monday, April 23, 2012

Liburan


Seorang member kempunan burger Batu Gajah. Ajaran Abah, jangan sampai kempunan. Tak elok. Hujan renyai di luar. 12 tengah malam. Orang Malaysia takut sangat basah. Hujan tanda Tuhan memberkati alam. Memberkati kita. Tapi itu lah, orang Malaysia tetap tak suka basah, bukan tak suka hujan. Bukan ride pun, drive. Baru 10 km lebih, bukan menapak pun. Apa ada hal.

12.15 pagi. Ah, kelibat brader burger menolak burger stall. Bukan member je kempunan, gua pun sama. Member saran bernas ambil nombor brader burger, senang nak roger awal lain hari. Haha, lain hari lah gua ambil bro. Pop! Teringat satu port burger, di Batu Gajah juga. Tapi ini port sebelum ditemukan dengan burger stall berdekatan KFC. Bukan semangat burger je dekat port sebelum ini, semangat lain pun ada. Ini yang nak dikesahkan ini.

Dulu ada seorang brader burger berkaca mata, rambut panjang tocang belakang niaga sini. Kata akak si pengganti beliau, abang ini lama dah pindah niaga tempat lain. Burger abang ini boleh blah juga, burger akak ni belum pasti lagi. Harus cuba. 5 biji burger. 3 kiriman member, macam biasa. Malam hujan renyai, memang layan pekena kopi suam. Nampak kiub ais cepat-cepat lebur, torbayek, tampak ada usaha si pembancuh kopi. Order kan kopi suam, bukan kopi panas.

Semangat selain semangat burger ini jarang-jarang nak jumpa di tempat lain. Kali pertama semangat ini menerobos masuk ke pengetahuan gua, dalam 3, 4 tahun lepas. Karaoke, lakon Zahiril Adzim. Nun jauh ke Cannes filem ini, tapi itu lah, lengang pawagam besar Malaysia. Rata-rata tak layan filem yang dekat dengan diri kita, hidup kita, budaya kita. Sikit-sikit korporat, sikit-sikit elitis.

Karaoke liburan ambilan negara matahari terbit. Open karok style, itu sahaja liburan Kebanyakan di Batu Gajah. Shogun rate mahal sangat, busuk, sofa lapuk berdebu, bilik kecil, lagu tak update. Kontrasnya, satu lagu seringgit, open, mampu mem-boost-kan keyakinan diri. Sambil menyelam geleguk-geleguk air orang cakap. Ada harmoni di situ, sorakan semangat si pengunjung kepada si penggila mic.

Tersengih aku. Seleksi lagu yang tak aku tahu diperoleh dari ceruk mana. Pak cik-pak cik si penghirup kopi O berjiwa muda. Tak kerja ke esok pagi cik oi? Haih, anak bini kat rumah? Paling rare, kelibat mak cik bercelana yang ada ketika naik pentas mengiramakan seleksi 80-an. Bagus juga port macam ini. Patut dikekalkan. Bagus untuk Kebanyakan pendiam Batu Gajah berlibur dan orang seperti gua bertanya mengapa dan mengapa.

Burger daging sos banjir dah siap. Challo!

(P/S: Observasi santai di Medan Selera, Jalan Gopeng, Batu Gajah)

Monday, 23 April, 2012, 7:32 PM

Sunday, April 22, 2012

Dilema Si Pengusha Awek Kilang


Kalau biasa lalu Jambatan Pulau Pinang (susur ke Lebuhraya Damansara-Puchong), baik nasib kau, kau akan perasan pada masa tertentu, akan ada ramai awek jalan berderet kekadang dengan uniform, kekadang tidak. Selama lapan bulan mengaji di Subang Jaya dan masa-masa lain lalu kawasan situ, itu panorama wajib. Awek kilang baru habis shif, mahu pulang ke flat sewa berhampiran. Kebiasaannya kelibat mereka dikesan pada sebelah pagi (matahari belum naik).

Awek kilang pernah menjadi topik perbualan hangat bersama dengan beberapa teman. Isunya, “kenapa kau tak keluar dengan awek kilang?” Kenapa pilihan hanya mencakupi awek-awek insititusi tempatan, luar negara mahu pun promoter KLCC. Malam itu kami usulkan sebab munasabab dari mata muda-mudi kebanyakan dengan kata kunci; ekspektasi sendiri dan ekspektasi mak abah.

Seorang member memberi hujah bahawa dalam kes kami, rata-rata mak abah mengharapkan anak lelaki mereka yang bakal berprofesion jurutera berbinikan jurutera, doktor atau profesion yang sewaktu dengannya. Senang cakap, kalau boleh, cari lah yang setaraf (sekufu), walaupun tidak termaktub di mana-mana calon bini yang baik hanyalah jurutera, doktor atau profesion yang sewaktu dengannya.

Memenuhi ekspektasi sendiri; typical ideal woman yang kebiasaanya perlu mempunyai background education yang mantop dan profesion yang stabil. Mahu berbinikan gadis yang well-educated, fasih cakap omputih dan layan branded brand. Rata-rata mahu begitu. Tapi, itu pun bukan jaminan bahawa tanggungjawab sebagai seorang bini dapat dipikul dengan baik.

Konklusi kami pada pagi itu (matahari belum juga naik-naik), solusi torbayek terletak atas diri sendiri, mak abah dan paling penting si awek kilang tadi. Ambil masa untuk kenal hati budi, ada rasa serasi dan pergi mampus benda-benda lain. Oh ya, berkat mak abah jangan sesekali dilupa. Semua benda boleh dibawa berbicang, kipas-kipas sikit mak abah, tabur janji manis sana-sini sikit, hah, settle. Sekian.

Awek Kuning memang tengah hot sekarang

Kami pemuja wanita, tidak kira derajat, tapi mesti mahu cun, haha.

Sunday, 22 April, 2012, 3:08 AM

Friday, April 20, 2012

Sentimental yang Tercuit


Belakangan ini ada momen dan ketika saya akan terkenang pada insan-insan yang pernah mewarnai masa lepas saya. Mereka ini adalah yang saya istilahkan sebagai “benda-benda lepas” menerusi beberapa entry saya sebelum ini. Saya akui, mereka memainkan peranan penting dan meninggalkan impak yang amat besar dalam pembawakan, pemikiran dan personaliti saya pada hari ini. Begitu terkesan sekali. Syukur saya, walaupun mereka tidak lagi berada dalam lingkungan sekitar saya, sedikit sebanyak, apa yang saya pelajari sepanjang bersama dengan mereka masih relevan untuk saya gunapakai dalam kehidupan sehari-hari.

Paling menjadi keutamaan, kepentingan dalam melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan. Dalam erti kata lain, “do it because you feel like you want to, and not because you need to”. Antara sebab saya menulis adalah kerana saya berasakan ada sesuatu yang boleh saya kongsikan bersama. Dan ramuan terahsia yang saya temukan untuk memastikan sesebuah perceritaan tercapai matlamat dan intipatinya adalah dengan menulis menggunakan rasa hati yang juga turut diadun dengan keikhlasan dalam penyampaian. Inspirasi saya secara personal, 4 keping poskad yang ditulis pada Hari Kekasih di Paris beberapa tahun lepas (ditujukan kepada saya), terasa semangatnya yang masih terus hidup, kerana ramuannya yang begitu tepat dalam penyampaian. Nah, itu bukti menerusi penulisan, rasa dan ingatan seseorang individu tidak akan luput dek peredaran masa dan mamahan ulat kertas.

Pelajaran yang turut saya cuba dan cuba untuk praktikkan dalam kehidupan saya sehari-hari sehinggalah momen dan ketika saya menulis entry ini adalah untuk sentiasa bersangka baik terhadap semua. Dalam bahasa mudah, “don’t judge a book by its cover”, “don’t be judgemental” dan yang seumpama dengannya. Saya akui, bukan suatu perkara yang mudah. Tetapi barang diingat bahawa setiap individu mempunyai hak untuk berlaku begitu dan begini. Dan jika kita mampu untuk menghormati hak ini, pasti akan terlahir suatu sensasi kepuasan yang terbibit dari hati kecil kita. Khatamnya saya sebuah kitab yang bertajuk Punk Rock Di Sebalik Fesyen dan Muzik Bising baru-baru ini, saya begitu tertarik dengan intipati yang cuba disampaikan sehabis baik kepada khalayak umum mengenai persepsi negatif masyarakat terhadap Punk Rock oleh beberapa Punk Rockers tanah air.

Suka untuk saya tuliskan di sini bahawa ingatan ikhlas pada seseorang individu juga mampu untuk mencuit sentimental dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap seseorang individu yang lain. Sempena ulang tahun kelahiran saya tempoh hari, tanpa disangka-sangka seorang insan yang pernah hadir dalam masa lepas saya telah sudi untuk menghubungi saya. Kesudian insan yang boleh dikatakan tidak lagi berada dalam lingkungan sekitar saya ini saya rasakan sebagai suatu penghormatan teragung untuk momen dan ketika yang pernah kami kongsi bersama. Jujur saya katakan, walaupun masa yang diluangkan sekelumit cuma, tetapi ingatan dan pengharapan seorang individu kepada seseorang individu yang lain, lebih-lebih lagi yang tidak ada langsung hubung kait dengan kehidupan kita pada hari-hari mendatang, membuatkan terdetik suatu perasaan untuk lebih menghargai momen dan ketika dalam kehidupan dan menjadi lebih baik bukan pada hari esok, tetapi, detik yang mendatang.

Hidup saya dengan beberapa pegangan dan perspektif yang mampu berubah tanpa mengenal momen dan ketika bergantung kepada pengalaman yang pernah saya lalui. Obsesi saya pada penceritaan. Kerana penceritaan seseorang individu berlainan dengan penceritaan seseorang individu yang lain. Dan dari penceritaan seseorang individu, banyak perkara yang boleh kita gunapakai selain penceritaan yang kita alami sendiri. Tiada salah untuk kadang kala mengenang momen-momen dan ketika-ketika yang meninggalkan kesan dalam cara kita memandang kehidupan. Kerana momen-momen dan ketika-ketika ini juga merupakan sebuah penceritaan. Dan boleh menjadi perkongsian dengan individu asing di sebelah kita ketika di dalam LRT misalannya, atau sesuatu yang boleh dikongsikan bersama teman-teman atau menjadi sebuah ceritera kepada anak cucu cicit kita kelak.

Ada keindahan pada sebuah senyuman

Terima kaseh saya yang tidak terhingga kepada kalian yang menjadi inspirasi dan semangat untuk saya terus menulis tentang sebuah penceritaan yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan saya pada masa lepas mahu pun hari-hari mendatang.

Mohd. Hazwan bin Mohd. Ariff

Friday, 20 April, 2012, 10:51 PM 


Monday, April 16, 2012

Semoga Kau Tabah Teman


Aku dan beberapa teman ke Kampar tempoh hari. Nawaitu kami untuk melawat seorang teman. Perkhabaran mengenai teman ini aku bawa dari Pelita Bangsar minggu sebelum. Dan aku sampaikan kepada teman yang lain.

Dalam perjalanan, banyak aku berfikir. Apa yang perlu aku katakan. Kata aku pasti tiada bawa perbezaan. Perlukah kau simpati aku. Atau perlu aku berlaku seperti tiada apa yang berbeza.  Aku sendiri tak pasti. Tapi janji aku, tak kan aku berlaku seperti aku memahami. Sebab aku tahu, walaupun sejauh mana cuba aku, memang tak kan aku faham rasa kau. Itu janji aku. Itu sekelumit penghormatan yang boleh aku beri untuk rasa kau.

Kau sambut dengan senyuman. Tabah kau di situ. Pilih aku, untuk tidak bertanya apa. Datang aku hari ini untuk mendengar, rasa kau. Bukan untuk berlaku seperti aku faham, rasa kau. Omel kau, makin berkurang rambut kau. Jujur aku katakan, kau masih seperti yang aku ingat. Tidak berubah sejak kali yang terakhir, 4 tahun dulu.

Kata kau, lama masa kau ambil untuk bangkit kembali. Tabah kau di situ. Kagum aku dengan gelak tawa dan senyum kau. Tak kan aku bertanya apa ada duka yang cuba kau sembunyikan. Atau pilih kau untuk tidak ambil pusing dengan tuntutan suratan. Ah, cemburu aku. Cemburu aku dengan kekuatan kau. Dengan ketabahan kau. Semoga kau tabah teman.

(P/S: Teman ini kenalan di Shah Alam suatu ketika dulu. Didiagnos dengan kanser nodus limfa peringkat empat Februari yang lepas selepas 4 bulan menderita penyakit yang tidak diketahui. Gurau ibu beliau, dunia hari ini sudah terbalik, orang muda pula berteman orang tua untuk rawatan chemo. Moga datang kami menceriakan sedikit sebanyak hari kau. Terima kaseh atas kesudian pengkongsian rasa kau teman.)

Monday, 16 April, 2012, 4:45 AM

Sunday, April 15, 2012

Di Bench Besi Ini


8.30 malam. Awal lagi. ETS 54 Silver pukul 9 malam baru berangkat. Aku minta pada Si Perempuan Melayu Tak Berbudi Bahasa yang Bermuka Masam dan Tak Reti Senyum serta Servis Macam Sampah di kaunter ETS KL Sentral 3 hari sebelum diberi seat tepi tingkap dan bukan coach makanan. Coach C (C untuk makanan) seat 13C (C untuk aisle). Sampah. Part mana ‘seat tepi tingkap dan bukan coach makanan’ yang dia tak faham pun aku tak faham.

Aku perhati bench besi betul-betul di tepi tong sampah besi itu kosong. Aku tuju. Aku letakkan beg galas dan beg plastik Kinokuniya berisi kitab-kitab pinjam aku di seat sebelah. Aku labuhkan punggung. Hujan dah tak berapa nak lebat. Boleh tahan juga sejuk malam di Kuala Lumpur ini. Aku gapai sweater biru berzip merah dari plastic Konikuya. Aku keluarkan pek Winston merah dan lighter BIC. Aku nyalakan. Aku hisap dalam-dalam dan aku hembus perlahan-lahan.

Di bench besi ini.

Di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL. Lawa view yang aku tengah pandang ini. Macam view oversea pun ada. Buat penat je aku berhempas pulas dulu, haha. Tercuit sebuah sentimental. Ada kesah aku di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL ini lama dulu. Lama sangat dah, sampai aku pun dah tak berapa nak ingat lama mana dah.

Di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL ini dulu aku pernah berjanji. Berjanji pada seseorang. Ya, macam janji yang kau beri. Janji yang ringan mulut kau beri tapi ringan juga kau mungkiri. Aa, janji yang itulah. Tapi, bukan janji yang ringan mulut kau berikan tapi ringan juga kau mungkiri itu yang aku janjikan. Janji betul-betul berjanjilah.

Ah, tu janji lama, lama sangat dah, sampai aku pun dah tak berapa nak ingat lama mana dah. Tapi tak pernah aku lupa janji yang betul-betul aku berjanji. Sebab lama sangat dah, sampai aku pun dah tak berapa nak ingat lama mana dah, tak bermakna janji yang betul-betul aku berjanji jadi invalid disebabkan sebuah pengakhiran. Itu bukan Hukum Berjanji yang aku anuti.

8.55 malam. Masa dah time. Aku gapai beg galas dan beg plastic Kinokuniya berisi kitab-kitab pinjam aku. Aku layan view lawa di depan mata aku dan aku synchronize-kan dengan view lawa di depan mata aku lama dulu buat kali terakhir. Tak sama. Sebab ketika itu aku menghadap view lawa di depan mata aku lama dulu dengan betul-betul berjanji pada seseorang.

Taman Tasek Titiwangsa

Kalau satu hari kau kembali untuk menuntut janji aku di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL lama dulu, akan aku tunggu kau di bench besi ini. Sebab janji tetap janji. Dan janji itu tak kan sesekali luput oleh peredaran masa yang lama mana pun berlalu mahu pun sebuah pengakhiran. Dan lagi satu, sebab kau yang hak atas janji yang aku beri di bench besi ini.

Sunday, 15 April, 2012, 3:58 AM

Friday, April 13, 2012

Dedikasi Teragung untuk Seorang Emak


Saya ada emak. Shamsiah binti Kasim nama beliau. Timangan manja yang diberi oleh anak jiran rumah sebelah, Che’ Sham. Adik kecil saya pun menggunakan timangan manja yang sama sebagai panggilan. Tapi saya panggil emak saya Mak. Hari ini hari lahir beliau. Oh ya, beliau lahir 50 tahun yang lepas.

Mak saya lahir di sebuah daerah kecil, Gemencheh di Negeri Sembilan. Tapi orang Negeri Sembilan sebut Gmocheh (G didiamkan dan e dibunyikan e'). Abah beliau suku Biduanda, Mak beliau suku Mungkal. Jadi, Mak saya ikut suku Mak beliau, Mungkal. Kami tiga beradik juga sama, suku Mungkal walaupun Abah kami suku Seri Melenggang. Oh, lupa pula, sepupu saya panggil Mak saya Induk, adik-beradik panggil beliau Siah. Kawan-kawan panggil beliau Sham dan jiran-jiran pula, Kak Sham.

Orang cakap rupa saya macam Abah saya. Tapi saya tahu mata saya salinan mata Mak saya. Mak saya suka senyum, sebab itu beliau nampak sentiasa muda dan sentiasa cun. Jangan hairan kalau nampak saya sentiasa senyum besar, sebab saya anak Mak saya, jadi sebab itu juga saya nampak sentiasa muda dan sentiasa hensem. Masa saya Darjah Dua, Cikgu Faridah cakap ‘Muka emak Hazwan bulat-bulat’. Tapi muka Mak saya takde lah bulat-bulat sangat pun.

Mak saya seorang penyabar. Masa saya kecil, jenuh Mak saya ajar jangan bazir elektrik. Sebab itu hobi waktu senggang saya adalah tutup lampu bilik air, lampu bilik, kipas dan yang sewaktu dengannya. Mak saya juga rajin berpesan (bukan berleter). Antara pesan beliau, jangan tinggal solat, rajin ke masjid, belajar rajin-rajin dan jangan boros sangat. Saya suka dengar pesan beliau, tapi kadang-kadang liat juga kalau nak diikutkan.

Mak saya penaja besar saya. Beliau penaja besar dalam koleksi komik, majalah, bacaan ringan, bacaan ringan-berat, bacaan berat, permainan, makan minum, duit tak cukup hujung bulan, duit belanja girlfriend, duit minyak keluar dengan girlfriend, duit minyak keluar dengan kawan, kereta pinjam, benda-benda merapu, benda-benda tak berapa nak merapu, benda-benda bukan merapu dan sebagainya. Mak saya memang seorang yang tersangat kaya. Kaya dengan budi bahasa, kaya lah jugak kan?

Paling best, Mak saya seorang psikik (macam Mewtwo dalam Pokemon). Masa saya sekolah di Seremban dulu, kalau saya kempunan masakan beliau ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, pasti makanan yang saya kempunankan itu sudah sedia terhidang di atas meja. Kadang-kadang, apabila saya terasa nak berborak dengan Mak saya, dan-dan, call beliau masuk. Betul, tak tipu, Mak saya psikik.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mak saya, Puan Shamsiah binti Kasim atau timangan manja beliau, Che’ Sham. Moga beliau sentiasa dikurniakan Tuhan kesihatan yang berpanjangan, dibukakan pintu rezeki yang melimpah ruah dari langit, dikurniakan kecerdasan akal dalam memahami ilmu Tuhan duniya akhirat dan yang paling penting dikurniakan menantu-menantu yang sangat cun serta sangat baik dan cucu-cucu yang sangat comel serta sangat montel (sangat sihat).

Mata Masuk Habuk - Credit to Mr. Ahmad Faheem

(P/S: Dedikasi teragung saya kepada seorang emak kepada 5 orang cahaya mata, Arwah Muhammad - 13 April 1988 (hari jadi beliau), Mohd. Hazwan - 9 April 1989 , Mohd. Zulhilmi - 25 April 1992, Mohd. Farid Hafiz - 12 April 1995 dan Arwah Siti Hajar - 26 Julai 1999. Kaseh, sayang, doa', berkat, air mata dan pengorbanan beliau hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas.)

Thursday, April 12, 2012

Mungkin Juga


Seorang member mengiktiraf aku sebagai Pukimak of the Year.

Duduk aku bersama seorang member berdiskusi pelbagai isu; politik negara, tiap butir bicara individu yang menjadi rujukan kami, pengalaman beliau selama berada di Kuala Lumpur, member-member lama, cita-cita kami ketika kami masih di kolej persediaan (aku dah buktikan bhai, haha), kenapa itu dan kenapa ini, perihal keluarga, ulasan buku yang sudah dan sedang kami baca dan cerna, legend-legend muzik, obsesi masyarakat Melayu belakangan ini dan juga Boboi Boy.


Aku rasa hayat lepas kan, kau ni sekor babi ah bhai.
Weh, bukan dowh.  Babi yang dalam Lion King tu, smart siket, haha.

Berdekah-dekah kami ketawa. Mungkin juga. Perkara-perkara yang tidak berapa best yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini (the present) berkemungkinan besar disebabkan salah silap kita di mana-mana pada masa lepas (the past).

Tapi aku heran ah, kalau hayat lepas kau babi, macam mana hayat ni kau jadi orang lak? Aku rasa hayat lepas ni, kau jadi babi balek ah, haha.

(P/S: Konsep Reinkarnasi dan Hukum Karma yang digunapakai jangan diambil pusing sangat.)

Wednesday, 11 April, 2012, 2:13 AM

Wednesday, April 11, 2012

Si Pemuzik Jalanan (Part II)


Mamat rambut afro usung gitar kapok ni pun start petik nyanyi Mati Hidup Kembali oleh Butterfingers. Lagu tema, haha. Aku dengan member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur memang minat sangat-sangat dengan lagu ni. Ada sentimental value. Lagi-lagi part kreng-kreng penutup lagu.

Loque at Music Pursuit Workshop, Universiti Teknologi PETRONAS (Private Collection)

Bang, lagu lagi?
Boleh jugak, Chinta boleh main?

Beliau petik sekali lagi. Chinta oleh Monoloque. Aku dengan member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur tanpa segan silu sing along dengan mamat afro usung gitar kapok ni. Aku pun tak nak kalah, nyanyi kena biar kasik sedap, penghormatan untuk semangat lagu. Sambil tu, aku sedut benda-benda lepas aku di Kuala Lumpur dalam-dalam, kemudian aku hembus balik benda-benda lepas aku di Kuala Lumpur perlahan-lahan. Feel.

Lagu lagi bang?
Cukup lah, kitorang pun nak gerak dah ni. Terima kaseh, sedap nyanyi.

Jam dah pukul 2 pagi. Kami gerak ke rumah sewa bujang member Palong tadi, dekat je, 2 minit drive. Tujuan aku nak berjumpa beliau adalah untuk melihat-lihat kalau ada kitab yang boleh beliau pinjamkan. Ah, cun. 4 kitab beliau pinjamkan, bukan amek terus. The Catcher in the Rye by J. D. Salinger, Mautopia oleh Ridhwan Saidi, Punk Rock: Di Sebalik Fesyen & Muzik Bising oleh Dhani Ahmad & Nizang dan Puisi-puisi Rendra oleh W.S. Rendra.

Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Aku dengan member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur dan-dan pulak nak buat kerja gila pepagi buta ni. Kitorang nak gerak balik Mali’s Corner, nak interview siket mamat afro usung gitar kapok tadi.

Kino, kino. (Panggil dari kereta je, malas pulak nak keluar, haha.)
Sorry amek masa kau siket. Tadi ni hah, kitorang terpikir, nak tanya siket kat kau ni. (Aku tolak kat member aku, dia tolak balik kat aku. Sudah. Nak tanya pun susah.)
Kitorang dok perhati kau dari tadi, gerak dari satu meja ke satu meja. Orang reject kau. Aku rasa banyak kali jugak kau kena reject tadi. Kitorang nak tahu ah, apa perasaan kau kene reject. Apa bagi kau kekuatan ah nak pergi meja-meja lain lepas kena reject.

Cerita beliau, biasalah, tak semua orang suka kau nyanyi. Beliau cakap lagi, kalau lu tak suka muzik gua, takpe, takde hal, banyak lagi orang lain yang suka. Orang lain ramai je yang nak dengar. Betul jugak cakap beliau ni kan. Kesah apa orang kata. Lepas berbasa basi siket, good luck siket, kami pun beransur, tak sopan kacau orang carik rezeki lama-lama. Macam tu rupanya apa yang beliau rasa, baru tahu.

(P/S: Si Pemuzik Jalanan atau mamat afro naik vespa mata petak usung gitar kapok yang di-interview ini, Kino nama beliau. Dulu memang selalu main dekat Mali’s Corner ni. Tapi dah lama dah tak busking kat sini, dalam 4, 5 bulan jugak, sibuk kerja kata beliau. Mempunyai sebuah kugiran, Piring Hitam. Untuk mengikuti muzik kugiran beliau, sila search di YouTube dan like page mereka di Facebook.)

Monday, 9 April, 2012, 7:38 PM

Tuesday, April 10, 2012

Si Pemuzik Jalanan (Part I)


Mali’s Corner Wangsa Maju. Port aku layan Char Kuey Teow sejak dua menjak ni. Tapi ni bukan Mali’s Corner yang dekat area mall baru bukak tu. Ni Mali’s Corner yang dekat shop lot area kawasan perumahan tu. Betul-betul berhadapan dengan Cyber Café Orange, yang charge 50 sen kalau kau nak tumpang kencing berak tu.

Member aku cakap, area Wangsa Maju ni dah macam area bebudak muda baru nak bertapak, nak mencari ruang bernafas di tengah KL ni. Genap dua purnama, akhirnya berpeluang jugak aku melepak dengan dua member ni, sorang dari Palong, Negeri Sembilan, sorang lagi datang nun jauh dari negeri Pantai Timur. Key Yell katanya, haha.

Dari jauh, terlihat kelibat sorang mamat naik vespa mata petak, siap usung gitar kapok. Rambut afro, ikat style sebijik macam Bo Amir Iqram, musician dalam The Hoppers & Ahli Muzik. Ada style.

Dah lah beratur panjang, seat pulak takde. Aku dengan member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur tanpa segan silu join sorang brader yang tengah layan Nasi Lemak Ayam tak hirau orang keliling. Lapar kot. Yang member Palong ni pulak tengah lepak makan kat Murni SS2 dengan abang beliau yang baru balik dari Jepun dengan sorang lagi member sekampung beliau yang tengah sibuk main teater. Takpe, layan dulu, karang bukan tak boleh jumpa.

Mamat afro usung gitar kapok tadi aku perhati start gerak dari satu meja ke satu meja. Oh, busking rupanya. Kental. Aleh-aleh, aku perhati mamat ni end up dekat satu table, duduk, nyanyi lagu apa entah kat dua mamat clear table, sorang brader yang aku tumpang meja tadi, yang sorang lagi pulak yang pinjam lighter aku tadi. Alhamdulillah, beliau masih mengekalkan budi bahasa orang Melayu dengan ungkapan ringkas Terima Kaseh.

Assalammualaikum bang. Ada lagu apa-apa nak request?
Waalaikummussalam. Lagu Hari Raya di Kuala Lumpur tahu?
Sape nyanyi ah?
Butterfingers.
Tak tahu la bang. Lagu lain?
Ah, ni hah. Warisan Wanita Terakhir? (time ni meja sebelah ada sorang awek tengah lepak dengan boy beliau. Tak gentleman betul ah brader ni, tak dedicate lagu untuk awek. Tapi takpe, ni hah aku dedicate lagu untuk kau, special punye.)
Ingat-ingat lupa la bang. Mati Hidup Kembali boleh?
Pergh, lagu tema!

Pernah nampak abang ni time merayau kat Dataran Merdeka

Monday, 9 April, 2012, 7:38 PM

Monday, April 9, 2012

Terima Kaseh Daun Keladi


To tell the truth
There is no single doubt in me
That you will forget this day

It is me after all
Who dares to forget?
(Haha)

Thank you for remembering this day
Thank you for giving a little time to wish
Thank you so much for the Doa’ (that really means a lot to me)
Thank you so much for the Faith (that you have in me)
Thank you so much for the Forgiveness
            For all the promises that I have made (to be broken)
            For all the hopes that I have given (that I have no chance to fulfil)

May you find the Truth (that you are truely looking for)
May you find the Happiness (that I am not able to give)
May The One hear my Doa’ for you (sigh)
And
May The One hear your Doa’ for me

This is my last poem
That I would love to recite for you
On this day
The day for me to remember

(At this very moment, Belaian Jiwa, my all-time favourite song, keeps repeating in my head. I choose not to sing along. I always do, but not this time. Let me feel every single word written. Let me drown in its beautiful melody. It is raining. Thank You for all the blesses, may You forgive all my sins and wrong doings. It is the day for me to remember after all.)

Monday, 9 April, 2012, 5:26 PM

Friday, April 6, 2012

Pak Lah Rojak Ayam yang Terangkat


Rojak + Ayam + Mee Extra


Ah, sudah. Dan-dan pulak port patin gulai tempoyak torbayek ni tutup. Dah la time kat Kuala Rompin tak sempat pekena. Bajet sampai Kuantan boleh layan. Aleh-aleh, keciwa. Wakil dari Pahang pulak takde dalam Pregio ni. Kitorang lost. Di tengah-tengah bandar yang sape pun tak tahu mana nak cari port makan torbayek.

Belek punya belek phone book, teringat kat member sorang ni, budak Kuantan. Penyelamat. Aku call dan aku suruh beliau cerna laju-laju musibat yang melanda kitorang. Kata beliau, di Taman Gelora, ada port rojak torbayek, tak jumpa kat tempat lain. Memang kalau singgah Kuantan, wajib pergi, cari dan nikmati. Kami pun pe lagi. Key-in dalam Garmin ‘Taman Gelora’, tak sampai 10 minit, sampai kami ke destinasi.

Kenang-kenangan bersama tuan rumah Kuala Rompin

Kelibat member yang rumah beliau 5 minit drive dari Taman Gelora tak kelihatan. Ah, berkecamuk hati gua ni bro. Rasa macam nak ngamok pun ada. Last makan before gerak dari Kuala Rompin, terima kaseh kepada tuan rumah yang menjadi host semalaman kami kat sana. Ah, sampai pun kau, haha.

Pak Lah Rojak Ayam

Pak Lah Rojak Ayam. Pergh, rojak  ayam. Aku pernah try rojak ayam kat food court Seksyen 2 Shah Alam. Ayam ngan rojak macam tak berapa nak masuk bagi aku. Ah, kebulur nye pasal, bedal je ah, haha. Pilihan banyak. Tapi untuk first time try, aku suka dihidangkan basic je. Rojak + ayam + mee extra. Kena charge lagi singgit. Ape ada hal, berkepuk-kepuk duit dalam poket ni hah, cakap pun jelajah mencari port makan torbayek.

Sekor-sekor terangkat wa cakap lu

Pergh, memang terbaek. Mee bapak banyak, aku rasa kalau tak mintak extra pun cukup. Ayam rebus dia bagi sedebuk, tak main hiris-hiris, dia pisau sikit je, biar kau ratah sendiri. Ada cucur dihiris lawa-lawa di situ. Dan tauhu walaupun aku bukan big fan. Ah, lagi satu. Elemen penting dalam penyediaan rojak. Kuah kacang. Uish, gua cakap lu, terangkat beb. Kacang tu tak di-blend habis, jadi time kunyah, bunyi kruk-kruk gitu. Kuah pekat, nisbah air cun. Ni aku iktiraf, keikhlasan dalam penyediaan makanan.

Setahun kemudian, sekali lagi aku ke sini. Sepupu nikah di Jengka, alang-alang, ziarah member foundy aku yang tengah mengaji Farmasi di UIA. Jauh jugak Jengka ke Kuantan, mahu 2 jam, haha. Harga dah naik siket, tapi rasa dia, pergh, siket pun memang tak berubah. Kata member lain aku yang mengaji di UIA, Pak Lah ni bukan jual rojak ayam torbayek je, nasi ayam, roti canai ngan karipap dia pun torbayek.

Member lain aku tu pun dah seru-seru dah aku menjejakkan kaki sekali lagi ke Kuantan. Aku nak try karipap pulak. Susah nak carik karipap resepi teragung ni. Silap-silap, kena masuk kampung ceruk mana entah nak carik karipap resepi teragung punya pasal. Ape ada hal, memang perut aku ni deserve jugak benda-benda torbayek.

Thursday, 5 April, 2012, 9:57 PM

Thursday, April 5, 2012

Kuala Lumpur


Kuala Lumpur, 2009.
Dah, cukuplah. Aku nak berambus dari tempat ni. Nak tak nak aku kena usahakan jugak ke Australia. Bukan takde placement, 5 university offer aku ada. Apa bangang diorang tak bagi aku pergi. Aku yang berhutang, tahu lah aku nak bayar. Biar lah aku bawak diri jauh-jauh dari tempat ni. Aku nak lupakan benda-benda lepas. Mana-mana ceruk aku pergi, memang, aku tahu aku tak dapat nak lari. Sesak nafas aku. Berpusing-pusing kepala otak aku. Berpinar-pinar mata. Bertubi-tubi dia masuk kau tahu. Tolonglah, bawak lah aku berambus dari tempat ni.

Perak, 2012.
Nak masuk tahun ketiga dah aku kat sini. Tempat ni memang takde apa-apa. Nak drive ke Ipoh, boleh tahan jugak jauh. Tapi aku tenang dekat sini. Jauh dari benda-benda lepas. Aku tak lari dah. Aku pilih untuk berhenti. Aku pun tak berapa nak ingat sangat dah benda-benda lepas. Benda yang lepas, jangan dikenang orang cakap. Aku ambil dan aku cerna. Semua benda yang berlaku, ada hikmah. Tu pun orang cakap. Tu pun aku ambil dan cerna jugak.

Kuala Lumpur, 2012.
Lama jugak aku tak balik. Part paling best bila balik naik ETS, bila dah start nampak PWTC, area Megamall. Sampai ke KL Sentral memang tak beralih aku dari tingkap. Tiap-tiap kali aku balik, ‘sekali lagi aku kembali ke Kuala Lumpur’. Sentimental di situ. Mungkin sekali-sekala aku perlu tengok balik semua benda-benda lepas yang aku tinggalkan dekat sini. Bukan nak kenang. Tapi supaya aku selalu ingat. Benda-benda lepas ni jugak yang menjadikan aku seperti yang sekarang.

Malaysian Studies Project: Kuala Lumpur 2009

Ah Kuala Lumpur. Kau simpan betul-betul benda-benda lepas aku. Benda-benda lepas tu biar kau dan aku je yang tahu.

Thursday, 5 April, 2012, 3:32 AM

Wednesday, April 4, 2012

Ingatan pada Kaisa


Renungan pelik awak berikan. Memang, ini kali pertama kita berjumpa.


Pipi londeh, mata bulat, hidung comel, bibir basah, rambut lebat.

Ketawa awak pada ajukan saya. Cuba saya memahami bahasa awak. Cuba juga awak memahami bahasa saya. Ah, kita berbahasa dengan bahasa hati sahaja, senang.

Bersyukur awak selalu dikelilingi orang yang mencurahkan kaseh dan sayang. Usah meminta kepada yang tiada sudi memberi. Senantiasa hargai sepenuh hati kepada yang sudi.

Cekal awak mengharungi hari mendatang. Tuhan tidak menimpakan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hamba-Nya. Jangan risau, ramai yang sudi memimpin tika awak jatuh bertatih.

Doa saya kepada Tuhan, moga diberkati hidup awak selalu. Diberikan kesihatan yang berpanjangan, dibukakan hati untuk kebaikan, dikurniakan kecerdasan akal dalam memahami segala isi ukhrawi duniawi.



Saya tahu, luput ingatan awak pada saya. Tapi tidak saya. Moga jika bertemu kita suatu hari nanti, akan saya berikan koleksi memori awak dan saya. Sebagai hadiah kepada awak yang cekal memahami bahasa manusia.

Tuesday, 3 April, 2012, 1:39 PM

Tuesday, April 3, 2012

First Love


First love. Cinta pertama. Aku panggil cinta agung. Cinta yang mana lautan api pun sanggup kau redahi. Kau sanggup buat semua. Hilang cinta agung, kau patah hati. Kau rasa macam lepas ni kau tak kan bercinta lagi. Kau rasa hati kau mati. Bukan kau tak nak bercinta lagi, bukan kau tak nak buka hati kau, tapi mungkin sebab kau tak tahu macam mana nak buka hati kau lagi. Kau ambil masa. Ambil masa nak heal orang kata. Time will heal all wounds. Memang heal. Tapi ambil masa. Mungkin sebulan, mungkin 2, 3 tahun, tak siapa tahu lama mana kau perlu. Dan kau selalu akan teringat. Macam yang pernah aku baca. Bila ada orang sebut nama first love kau time kau tengah jalan-jalan kat tengah kota raya, confirm kau akan paling. Sekali lagi kau teringat. Sekali lagi semua memori tu datang balik at that very moment. Tapi kau jangan lupa, hidup kena terus. Macam yang pernah kawan aku cakap, Tuhan tak bagi apa yang kita nak, Dia bagi apa yang kita perlu. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau, kau mana tahu, kau bukan Tuhan. Berterima kasih lah kerana kau pernah bercinta. Walaupun perit, but that is life bro. Life is such a bitch. Ni bukan syurga, diulik bidadari iras Rozita Che Wan. Kau boleh doa. Moga dijodohkan dengan dia yang terbaik untuk kau. Terima kasih cinta agung. Moga ketemu di alam sana.

Malam sejuk aku hembus udara panas

Chinta pada-Nya
Chinta Satu
Chinta Selamanya
-          Chinta by Monoloque

(P/S: Dulu mati-mati aku ingat lagu ni lagu Butterfingers. Cinta Tuhan je Cinta Agung kau, kau pun tahu kan?)

Kuala Lumpur, November 2011