Sunday, December 29, 2013

Catatan Terakhir

Dedaun kering pada pohon rendang
Yang gersang dan sepi itu
Melambai longlai tidak bermaya
Di cumbu sang bayu senja
Yang menghangatkan getar yang tersisa

Mega sore yang masih terpalit
Di kaki langit Tuhan
Mengelam, menyapa tirai yang berlabuh
Meraikan hadir sang rembulan dan kerlipan jutaan bintang
Dalam pelukan dingin malam sendu yang syahdu

Luruh
Mengawang dalam perlahan
Tanpa rela di rentap graviti
Menyembah dan menyeranah bumi
Dengan momen2 dan memori2
Yang terhapus bersama sebuah kewujudan


Sunday, 29 December, 2013, 3:52 AM

Saturday, December 28, 2013

Monday, December 23, 2013

Cinta


Ada kala cinta milik kita
Selamanya punya Yang Esa
Kurniaan sementara
Buat mengisi kekosongan jiwa
Dengan sentuhan jemari bahgia
Dan baki2 yang tersisa
Dirona kelam derita
Namun nun jauh di sana
Masih punya sirna cahaya

Monday, 23 December, 2013, 10:04 PM

Selamat

Selamat Pengantin Baru pencinta2.
Moga dirahmati pelayaran bahgia.
Hingga ke cucu cicit hendaknya.
Berlabuh sampai ke syurga sana.

Monday, 23 September, 2013, 6:23 PM

Saturday, December 21, 2013

Benda2 yang Ada

Aku takde apa2.
Yang aku ada cuma;
Masa, cerita dan cita2.

Yang tak boleh aku bawa ke mana2.
Yang tak boleh aku jaja di mana2.

Dan sebatang rokok seludup murah sedekah member.
Yang aku hirup dan nikmati macam,
Aku punya segalanya.

Ah, memang satu benda pun aku takde.

Saturday, 21 December, 2013, 5:22 PM


Wednesday, December 18, 2013

Sampai

Sampai bila kan ku berbicara perihal dirimu Sayang?

Wednesday, 18 December, 2013, 12:41 AM

Sunday, December 15, 2013

Puisi

Andai untai puisi bisa mengembalikan dirimu padaku
Akan aku abadikan seluruh jiwa ragaku untuk itu

Saturday, 14 December, 2013, 10:27 PM

Saturday, December 14, 2013

Bicara Sama Tuhan

Dalam gelita malam
Sayup mendayu terdengar
Lenggok merdu muazzin
Mendendang syahdu seruan azan

Aku amati jauh kayangan
Di situ letaknya sang jelita rembulan
Berteman sepi
Dan tebaran kerlip indah bintang

Aku hembus
Jalin kepul asap mengawang
Sebuah kedukaan kepam
Segumpal kekecewaan gampang
Dan sekeping hati yang rawan

Kecewakah Dikau sama aku Tuhan?
Atau aku yang menista sebuah ketentuan
Apa lupakah Dikau pada aku Tuhan?
Atau mungkin aku yang
Alpa, leka, hanyut dalam ilusi dan bayangan

Terima kasih Tuhan
Atas kedukaan, kekecewaan dan hati yang rawan
Simbolik rahmat-Mu, rahim-Mu
Yang tersirat kurnia nafas kehidupan
Walaupun
Ah memeritkan

Dan aku masih di sini
Mengghairahi kekasih hati
Dalam kedegilan perilaku insani

Saturday, 14 December, 2013, 12:35 PM

Wednesday, December 11, 2013

Bidadari

Layang pandang
Pada sang rembulan
Dan kerlip jutaan bintang
Yang menghiasi kelam malam

Tercari-cari
Di balik arak gemawan
Dan lagu sendu bayu
Yang penuh mengasyikkan

Kapan ‘kan turun
Bidadari kurungan kayangan
Merahmati peroman
Yang mencintai sepi
Dan kedukaan

Kepingin
Pada elus mulus
Jemari halusmu
Yang menghapuskan
Gundah dan gulana

Dan pada kidung dan pesonamu
Yang memenuhi hakikatku
Dengan kecintaan


Wednesday, 11 Decmeber, 2013, 11:39 PM

Friday, December 6, 2013

Perempuan Minang

My gorgeous mother in her persalinan Minang (1)

My gorgeous mother in her persalinan Minang (2)

My gorgeous mother in her persalinan Minang (3)

My gorgeous mother in her persalinan Minang (4)

Friday, 6 December, 2013, 10:10 PM

Lena

Pabila lamun
Mengepak sayap
Melayang terbang
Lalu memilih untuk hinggap
Cantik pada dikau
Aku labuhkan sauh lena
Tenggelam, lemas
Di dalam lautan mimpi
Dengan di dasar gelap sana
Mengharap bahawa
Lena ini akan terus abadi
Dan tiba masa
Aku dikejutkan
Dengan hadir kau di sisi


Friday, 6 December, 2013, 5:33 PM

Wednesday, December 4, 2013

Qistina

“Comel lah awak ni. Kiss sikit pipi. Muah!” Amer hadiahkan sebuah ciuman kepada Qistina. Gebu. Harum tepek bedak wangi pada pipi Qistina menjajah bau. Mata bulat bayi perempuan 18 bulan itu berkerlip-kerlip memandang tepat pada Amer. Cuba berbahasa dengan lenggok mata, walau dalam bisu.

“Bila awak nak start cakap ni. Sebut, Uncle, Uncle,” ajuk Amer. Dukungan pada bayi montel itu dikemaskan. Ruang legar Menara Berkembar PETRONAS dipenuhi keramaian yang lalu-lalang pulang usai waktu pejabat. Amer tilik jarum jam di tangan. 5.50 petang. 10 minit lewat dari masa yang dijanjikan.

Amer lap cermat leleh air liur Qistina di dagu. Hari ini Puan Shamsiah kenakan sepersalinan bayi berona terang untuk cucu kesayangan. Kata Puan Shamsiah, biar nampak ceria, terserlah riang seorang bayi comel yang sihat. Baju rona biru langit dengan pasang seluar bercorak jejalur warna pelangi.

Dari kejauhan, seorang gadis datang menghampir dengan layang lambai dan ukir senyum. Amer balas dengan senyum sambil melambai-lambaikan tangan kecil Qistina. Rambut lebat Qistina yang mengurai menutupi dahi Amer singkap perlahan. Amer cium pipi Qistina yang mulus melepas geram sayang.

“Hye Amer. Long time no see. How are you?” sapa mesra gadis, anggun dalam persalinan kebaya nyonya.

“I macam ni je lah Zara. Biasa-biasa je. You?” seloroh Amer membalas tanya.

“I’m fine. Kerja lah banyak sikit. Biasa lah, berkais rezeki,” derai tawa gadis itu. “And who’s this lil’ cutey pie?” Zara mengagah-agah pada Qistina yang masih dalam pelukan Amer.

“Oh, kenalkan, my niece, Qistina. Comel kan? Nak dukung?” Qistina beralih dukungan.

“Bagusnya your niece ni. Tak takut dengan orang,” sebuah ciuman dengan lipstik merah garang lekat pada pipi gebu Qistina. Bayi comel itu balas dengan serang kerlip mata bulat pada Zara.

“Ha’ah. Anak buah I ni memang tak takut orang. Macam ni je lah. Diam je. Comel je,”  tersengih Amer. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang dalam sesak ramai.

“You tunggu siapa ni?” Zara membuah tanya menyedari tingkah Amer.

“I tunggu Raihan. Lambat pulak hari ni,” dalam tenang Amer, punya resah gelisah yang terpamer.

“Kejap je lagi tu. You ni, sabar lah sikit,” Zara mengembalikan Qistina pada Amer. “I have to go. Let’s catch up later okay? Lama tak dengar cerita you,” Zara cubit manja pipi gebu Qistina.

“Yeah sure. No problem,” sekali lagi Amer melambai-lambaikan tangan kecil Qistina pada Zara. Gadis itu berlalu hilang dalam keramaian di ruang legar Menara Berkembar PETRONAS.

“Hye,” sapa suatu suara lembut dari sisi belakang Amer.

“Laa awak. Kenapa dari belakang. Jenuh saya cari,” omel Amer pada gadis yang manis dengan senyum menawan menyeri muka.

“Lama dah saya tengok awak dengan Qistina tadi. Saya tengok je dari belakang tu. Hye Qistina. Meh kat Auntie,” Qistina seraya mendepa tangan pada gadis itu. Bibir mungil bayi itu tercoret senyum kecil.

“Kita nak pergi mana ni?” tanya Amer.

“Bawak Qistina jalan-jalan jom?” bilang Raihan melaga-laga hidung comel Qistina.


Wednesday, 4 December, 2013, 10:05 PM

Dingin

Dingin pagi menggigit
Dek derai rintik halus hujan

Jejari jingga matari pagi
Tidak kunjung tiba
Diselindung gemawan

Menanti dan menanti
Palit jejalur 7 rona pelangi
Pada kanvas langit
Yang cuma imaginari

Umpama sebuah harapan
Cita2 dan impi
Yang palsu

Namun
Masih menghangatkan
Hari dengan gemilang


Wednesday, 4 December, 2013, 6:47 AM

To The Moon & The Stars II

Malam 
Kau buat ku menari
Di bawah bulanmu
Dan di bawah bintang2mu

Selamat Datang Asmara - Gigi

Wednesday, 4 December, 2013, 6:13 AM

Monday, December 2, 2013

Rembulan

Pungguk2

Andai dua mewindui satu
Dengan kau
Yang satu itu
Dan aku
Satu daripada yang dua itu

Jangan kau bisikkan kecewa
Pada gerimis petang
Pabila aku menghilang
Usah kau keluhkan kesah
Pada senandung malam
Kerna aku membisu diam

Karena
Kau bukanlah sebuah cinta
Yang ingin aku julang

Kau 
Adalah cinta agung yang mahu aku kenang
Di kala malam rembulan anggun mengambang

Dan aku lah pungguk itu
Yang tersenyum dari kejauhan
Akan sebuah kebahagian
Yang tidak mampu aku berikan

Pungguk ini
Yang mencintai sepi
Lebih dari mencintai
Dikau sang rembulan

Ah


Monday, 2 December, 2013, 4:45 AM

Sunday, December 1, 2013

To The Moon & The Stars




Just take a moment, make sincere dua to Allah, to help and guide you. You would be amazed on how that would turn out inshaAllah.

I pray the best for you in this life and the next. 

Amin.

Sunday, 1 December, 2013, 8:06 PM