Friday, May 31, 2013

Pengorbanan

Kenapa you tak datang wedding I? You did get the invitation right? You’ve had specifically asked me to post the card which I did. But you never showed up.

Dilema. Undangan menghadiri majlis perkahwinan belakangan ini tidak putus kunjung tiba. Dalam Islam, meraikan Raja dan Permaisuri Sehari hukumnya, wajib. Dipetik dari sabda Nabi (P.B.U.H.), walaupun secara peribadi hadis ini belum saya temui sehinggalah tika saya menulis (belum lagi menyentuh sahih atau tidak hadis yang dinyatakan) atau yang paling teruk, hanya ungkap manis dari bibir-bibir bacul Nabi Palsu.

Menampakkan figura dengan rambut ber-wax yang disisir rapi serupa gaya terbaru Justin Timberlake, shades berlensa sedikit gelap dengan bingkai vintaj dari flea market hujung minggu di Amcorp Mall, kemeja checkered berkolar dari Topman dengan sepasang seluar khakis rona koko lembut dari Uniqlo dan padanan kasut kulit koko garang berjenama Zara Men di keraian sedemikian agak membebankan.

Apa yang membebankan? Soalan pertama, jika anda memunculkan diri berseorangan tanpa teman berlainan jantina, ‘Eh, sorang je?’ Soalan kedua yang pasti akan terpacul, ‘Kau bila lagi?’ Kita teruskan lagi dengan, ‘Kau buat pe sekarang? Kerja, belajar?’ Dan jika sosok-sosok yang turut sama menjayakan majlis adalah dari kalangan teman yang sudah lama anda tidak hubungi (atau anda malas hendak ambil port sebenarnya), questionnaire susulan boleh dikategorikan sebagai boring dan membuang masa.

Yang menjadi suatu kemestian, anda perlu menunjukkan ihsan anda dengan mengenakan topeng kebahagian dengan secangkir senyuman, untuk pasangan yang diraikan. Dan sepanjang anda duduk makan-makan dan borak-borak kosong dengan sembilan orang lagi teman semeja yang mungkin anda tidak kenali, secara automatis anda akan menjadi seorang pemikir terulung segera. Tentang keberadaan anda; ‘Cukup duit ke aku nak kahwin?’, ‘Aku dah ready ke ni aa?', dan ‘Damn, gua girlfriend pun tadak bro!’

Dan slot muhasabah diri ini akan berlanjutan dan berlanjutan sehinggalah menyentuh persoalan-persoalan serius lagi memeningkan (gampang). Mungkin perihal ayah anda yang akan pencen, balik kampung tengok ladang getah dan lembu on weekdays, dan balik menjenguk anak bini on weekends. Mungkin perihal tanggungjawab anda sebagai anak lelaki sulung dan lelaki tunggal yang berkerja walaupun ibu anda masih berbaki 9 tahun service dengan Gomen.

Mungkin perihal menampung segala pembiayaan adik-adik anda selama pengajian mereka di institusi pengajian awam di UiTM kerana anda percaya PTPTN itu sejenis fraud dan gerakan Ah Long dalam skala besar. Mungkin anda hendak membelanjakan sejumlah wang untuk membesarkan rumah keluarga supaya ibu dan ayah anda tidak jatuh air muka ketika menyambut menantu (untuk adik-adik anda yang bakal berkahwin). Mungkin anda bernawaitu murni untuk menghadiahkan sebuah Volkswagen Golf R untuk kemudahahan ibu dan ayah anda untuk ke kursus haji dan masjid di depan rumah keluarga.

Mungkin beban untuk memastikan Rukun Islam kelima ibu dan ayah anda dengan suksesnya anda langsaikan, menghantar kedua-dua insan yang banyak berjasa dan berbakti kepada anda sedari kecil ke Tanah Suci dan short vacay ke Istanbul dalam penerbangan pulang mungkin. Mungkin untuk kepuasan diri anda sendiri, gaji enam bulan pertama dihabiskan untuk memiliki sebuah Vespa lama, modify Satria perang anda, membeli weekend car seperti Mini Cooper atau Volkswagen Beetles vintaj atau pun menyewa sebuah apartment studio di Persiaran Hamshire, Jalan Ampang dengan panorama malam romantis KLCC.

Mungkin anda mahu meluaskan pandangan dan mengecap rasa carefree life, road trip ke Eropah (Prague wajib), Kashmir, weekend escapade ke bandar romantis, Bandar Bersejarah Melaka, Penang mahu pun Ipoh. Mungkin hujung minggu dihabiskan meneroka Pasar Seni, flea market Amcorp Mall di Petaling Jaya, car boot sale di Shah Alam, Pasar Karat Loken di Ipoh dan toko Second-Hand Book di Pasar Chowrasta, Jalan Penang. Mungkin anda mahu melihat-lihat sisi-sisi gelap di Chow Kit Road mahu pun Brickfield atau Champion Club.

Mungkin kerana, selama anda hidup menghirup nafas polusi Kuala Lumpur, hidup anda hanya untuk memenuhi expectation ibu, ayah dan orang di sekeliling anda. Mungkin sebenar-benarnya anda tidak mahu menjadi seorang engineer. Bukan disebabkan CGPA anda tidak mencecah 3.5 dan ke atas, bukan. Mungkin kerana hati anda bukan di situ. Mungkin kerana seorang lawyer old-timer pernah katakan pada anda, 'You patut jadi lawyer.' Mungkin anda rasa anda boleh push the limit jika anda seorang lawyer, mahu pun accountant. Atau seniman jalanan. Mungkin kerana anda tidak berpuas hati dengan tulisan tesis yang anda hasilkan dengan bertungkus lumus. Mungkin kepuasan itu sebenar-benarnya ada pada tulisan dan puisi anda; perihal kehidupan, cinta agung anda yang gagal, cerita masa lepas, dan cita-cita anda.

Mungkin anda mahu hidup dengan jalan cerita yang anda garap sendiri. Tanpa perlu mempedulikan luah rasa orang lain. Anda mahu bebas. Anda mahu berkelana. Melihat-lihat negara orang. Meladeni perit dan duka sepi dalam keramaian di negara asing. Menulis puisi-puisi cinta tentang si perawan yang tak kunjung tiba. Tentang keamanan. Tentang insan. Mengenal Tuhan. Mencari pengertian sebuah kewujudan.

Kerana mungkin. Mahalnya harga sebuah kebahagian itu, adalah pada sebuah pengorbanan.


Friday, 31 May, 2013, 6:51 PM

Wednesday, May 29, 2013

Hidup

Hidup ni pasal apa aa?

Ketentuan dan pilihan.

Maksud kau?

Tuhan dan manusia.

Apa kaitan?

Ketentuan Tuhan. Pilihan manusia.

Hm.

Tuhan tu adil. Kau tak percaya?

Aku percaya je.

Tapi sejauh mana kau percaya?

Entah lah bhai. Kau rasa?

Aku percaya Tuhan tu dah tentu kan semua benda dalam hidup. Dua ketentuan dari Tuhan, satu ketentuan untuk kita pilih. Atas kita.

Kalau salah macam mana?

Tu aku tak berapa nak setuju sangat kot.

Asal?

Pilihan yang tepat dan pilihan yang tak berapa nak tepat. Aku percaya dengan benda tu. Takde salah, betul.

Maksud kau?

Tuhan cipta kita tak perfect. Sampai ke mati, kau mungkin menyimpang sekali dua. Atau banyak kali. Tapi. Tuhan tahu kan. Dia cipta kita. Kau tak percaya Tuhan tu adil?

Aku percaya.

Tu lah hidup ni mengenai ketentuan dan pilihan. Ada temali yang menyambung antara Tuhan dan kita.


Wednesday, 29 May, 2013, 11:53 AM

Sunday, May 26, 2013

Duit

Duit bukan boleh bawak mati.

- Pelita, Jalan Ampang

Sunday, 26 May, 2013,10:35 PM

Saturday, May 25, 2013

Wahyu dari Tuhan

Remang petang sedikit hangat. Jarum jam mendikit menghampir tiga. Ayunan langkah kaki menderas berkiblat kompleks akademik. Rembes titis peluh di ubun kepala diseka perlahan. Lambat.
                                                                                  
Sampai.

Dewi Cinta sedang asyik menyalin nota. Ini kali ketiga aku ketemu Dewi Cinta. 1) Gelanggang Futsal 2) Kelas Tarian Moden dan 3) Kelas Tutorial Probability Statistics. Muka-muka yang mengisi kelas kompak, asing. Kecuali Dewi Cinta.

Aku ulit jam di tangan. 3.07. Tujuh minit lewat.

Dari balik telus daun pintu kaca, aku;

‘Prob Stat?’ aku lantun projeksi suara dalam mode bisu pada Dewi Cinta.

Aku cuba sekali dalam gerak mulut perlahan, masih dalam mode bisu, ‘Prob Stat?’

Dewi Cinta comel cuba memahami bahasa mulut aku. Dengan baik hati, Dewi Cinta membalas ayu dengan gelengan ‘I tak faham you cakap apa, Sayang’, mengenakan topeng muka serba salah.

Pada Dewi Cinta itu aku kuntum senyum yang paling ikhlas, dan aku balas (masih dalam mode bisu dan gerak mulut slow-mo), ‘It’s okay, Love. Really. Thanks tho. I appreciate it a lot. Yes I do!’

Aku jeling jarum jam sekali lagi. 3.15. Suku jam lewat.

Dari daun pintu kaca yang telus, aku lihat isi kelas mula berkemas-kemas. Pensyarah keluar. Dibontoti pelajar satu per satu. Ritma jantung aku mula berentak sumbang (off tempo).

Dewi Cinta melepasi aku. Dalam gerak perlahan, Dewi Cinta mengulum senyum. Dan aku turut tersenyum. Dan aku rasakan jiwa aku sehangat salju. Lagu Chinta oleh Monoloque pada bait ‘Terasa bahagia’ kedengaran jelas pada pendengaran aku.

Dalam sela masa singkat yang sama, bayu sepoi-sepoi bahasa membisik, ‘Jika tiga kali kau ketemu Dewi Cinta, maka itulah petunjuk dari-Ku; bahawa Dewi Cinta itu jodoh yang terbaik untukmu, dari-Ku.’

Tapi aku biarkan Dewi Cinta itu berlalu.


Saturday, 25 May, 2013, 5:21 PM

Friday, May 24, 2013

Used To Be

He used to be this beautiful, wonderful, sweet, caring man.

He found the love of his life and she slips through his hands.

Friday, 24 May, 2013, 11:32 AM

Wednesday, May 22, 2013

Duka

Aku mahu kau cintai aku seperti sang penyair mencintai fikiran dukanya.

Adaptasi oleh Sufian Abas
Sayap-sayap Patah Kahlil Gibran

Wednesday, 22 May, 2013, 1:22 AM

Monday, May 20, 2013

Kalimah

Bukan bisikmu pada telingaku, tapi sanubariku.
Bukan cumbumu pada bibirku, tapi jiwaku.

- Judy Garland

Monday, 20 May, 2013, 11:11 PM

Tuesday, May 14, 2013

Tiada

Kerana cinta sejati hanya menyapa sekali dalam hidup.

Tiada yang kedua.

Tiada yang ketiga.

Mahu pun yang kesekian kali.

Jika kau mencari sabda kebenaran dalam penafian dangkal.

Ini hakikatnya.

Ini hakikatnya.

Monday, 14 May, 2012, 16:32 AM

I Just Love the Way You Smile

I just love the way you smile
The kind of smile yang membuat hati aku kembang persis kuntum bunga
Yang di sapa matari yang menyapa sopan dalam kelam pelukan dingin dinihari
Atau umpama;
Segan kuncup semalu yang di sentuh lembut jemari halus cinta

I just love the way you smile
The kind of smile yang memberi kehangatan sukma yang menggetarkan
Semacam sejenis rejuvenasi eterniti
Pada jiwa gersang yang mendambakan kucupan Perancis sweet cinta
Daripada seorang perawan kepada seorang peroman

I just love the way you smile
The kind of smile yang membikin aku tersenyum  sendiri
Serupa orang hilang akal
Yang turut;
Berkomplot nakal dengan hati aku yang berkelakuan sumbang dengan gaya sama

I just love the way you smile
The kind of smile yang merembeskan sejenis sensasi
Yang lebih mesra dengan panggilan angau
Yah, aku angau
Kah kah kah!

Untuk gadis manis Level 23, Tower 1. Yang tak berani aku tegur walau dengan patah simple 'Hye!' sekali pun.

Tuesday, 14 May, 2013, 3:33 AM


Friday, May 3, 2013

Dewi

Andai kau tahu lara hati aku,
Kau tidak akan sesekali memuja Dewi Cinta.

Friday, 3 May, 2013, 11:11 AM

Thursday, May 2, 2013

Mati

Mati itu pasti.

Jadi apa yang ditakutkan?


Neraka?

Syurga?

Atau

Tiada yang mengenang?


Batu-batu nisan berlumut,

Dengan pusara yang terbiar tidak berpengunjung.

Umpama puing-puing peradaban lampau yang dilupakan.

Kembali pada Zat.


Tanpa;

Doa seorang anak soleh/solehah,

Amal jariah,

Mahu pun ilmu yang bermanfaat.


Di atas monumen kematian itu,

Percayalah,

Akan mekar tunas kehidupan,

Yang menyambung sisa-sisa sebuah kematian.


Thursday, 2 May, 2013, 1:53 AM