Sunday, September 30, 2012

Mati

Pabila kau pergi
Separuh jiwa aku mati

Sunday, 30 September, 2012, 5:33 AM

Ipoh II



Sunday, 30 September, 2012, 5:30 AM

Saturday, September 29, 2012

Thursday, September 27, 2012

Biru


Gua mahu melawat Masjid Biru.

Tetapi malang sekali, gua tidak membawa kain pelikat.

Mungkin sudah tiba seru.

Gua perlu rajin-rajin mengenakan seluar panjang.

Atau usung ke sana ke mari kain pelikat siap-siap.

Gua pilih opsyen kedua lah macam tu.

Jangan tidak tahu.

Masjid Biru ada eskalator.

Kelas gitu.

Ahaks.

Thursday, 27 September, 2012, 2:48 PM

Tuesday, September 25, 2012

Prince Court


Hey, are you okay?
I’m fine. I’m just visiting my friend’s dad.
I was really worried okay. 
I’m sorry. I just wanna see you. Tu je.
You should’ve told me at least.
Susah sangat nak jumpa you.
I know. I’m very busy lately.
Tengok, kite jumpe pun dekat hospital kot.
On weekends I need to see my parents.
Yea I know. Takpe lah. Nak buat macam mane kan.
How are you?
I’m doing great. Boring dudok kat rumah. Pergh, lawa giler Prince Court. Jakon I.
Haha, right? I’ve been here a few times already. Hantar Kaisa.
Oh, aa. Lupe pulak I. Takpe ke you lame-lame ni? Kesian you penat.
It’s okay. Alang-alang dah jumpe.

Kuala Lumpur

Sunday, 23 September, 2012, 9:14 PM

Hilang


Jari telunjuk dan jari hantu yang mengapit sepuntung wisdom itu aku lihat bergetar-getar pada frekuensi yang jarang-jarang sekali dapat ditangkap pandangan mata.

Mata itu aku pejamkan.

Lalu segala gundah dan gulana itu luput menghilang persis hari-hari semalam.

Dan aku betul-betul mengharap akan limpahan sinar matari nun jauh di horizon untuk hari-hari esok.

Kuala Lumpur

Tuesday, 25 September, 2012, 3:33 PM

Monday, September 24, 2012

Kau


Kau masih yang di hati, Tun Teja.

While listening to Di Mana Kan Ku Cari Ganti by Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Kuala Lumpur

Sunday, 23 September, 2012, 10:08 PM

Sesat


Gua pandang kanan. Jawa. 
Gua pandang kiri. Pian.
Gua pasti. Gua pasti sepasti-pastinya.

Dalam kantuk pagi, sempat mata gua melilau nakal ke kanan dan ke kiri. Mencari-cari jika ada mana-mana pramugari yang boleh dijadikan sarapan pagi. 

Gua pandang kanan. Tiada.
Gua pandang kiri. Tiada.
Gua pasti. Gua pasti sepasti-pastinya.

Jawa sama Pian sudah ghaib. Pelik ben Ajaib. Baru 5 saat.

Gua buat pusingan 360 darjah mengikut arah jam. Untuk kepastian yang lebih, gua buat pusingan 360 darjah melawan arah jam pula. Tiada dan tiada. Gua sudah mula gelabah.

Tanpa membuang masa, cergas gua mendail henset Pian.

Tidak berangkat.

Gua tarik nafas panjang. Gua pandang 200 meter ke hadapan ke arah tuju asal gua, Jawa sama Pian sebentar tadi.

Dari kejauhan, gua perhati Pian sudah pandang slek sama gua dengan henset di tangan kanan. Tangan kiri beliau mengisyaratkan, “Kau ni pehal?” 

Dalam gegas gua mendapatkan Jawa sama Pian, gua bermuhasabah diri. Ni baru dekat LCCT. Kalau dekat Mekah, pergh. Tak jumpa Kaabah gua gamaknya. Cibai.

Itulah kisah gua menaiki kapal terbang buat pertama kali dengan membawa hasrat suci lagi murni mahu menyunting mana-mana Sumandak dari Negeri di bawah Bayu untuk dijadikan tunang.

Fin.

Sunday, 23 September, 2012, 9:47 PM

Sunday, September 23, 2012

Phone Number


Can you give me ten reasons why I can’t have your phone number?
Because you never asked.

And yes. He waited six month long.

Saturday, 22 September, 2012, 4:51 PM

Saturday, September 22, 2012

Sumandak

Deru bayu di Kinabalu,
Sumandak, lu memang bikin hati gua celaru!

Saturday, 22 September, 2012, 11:25 AM

Tunang


Uncle, Uncle.
Iye.
Uncle.
Ye saye.
Auntie yang lawa tu girlfriend Uncle ke?
Bukan girlfriend la. Tunang.
Tunang tu ape?
Tunang tu orang yang kite nak kawen.
Ohhh. Girlfriend Uncle la Auntie ni?
Tunang.
Ohhh. Tunang.
Lawa tak tunang Uncle?
Lawa. Macam artis.
Nak cakap hye kat Auntie tak?
Malu la.
Ape nak malu pulak. Meh.
Hye Auntie Lawa!
Hey Tunang Lawa!

Saturday, 22 September, 2012, 11:05 AM

Wednesday, September 19, 2012

Keluh Resah Seorang Hamba


Wan, start kumpul duit. Nanti boleh tunang.

Gagalist serba-serbi serupa hamba ini mana kan layak punya angan-angan Mat Jenin mahu berpujangga hati, apatah lagi mensisip secangkir madu bahgia serupa tuan hamba.

Congratulations on your engagement! I am happy for you. I really do. Do send me an invitation card for your Walimatulurus, no Facebook invitation please. I know, I am so old school.

Kuala Lumpur.

Tuesday, 18 September, 2012, 2:32 PM

Tuesday, September 18, 2012

Aku dan Seorang Perempuan


Ini cerita aku dan seorang perempuan di Traders Hotel Kuala Lumpur betul-betul bersebelahan Exxon Mobil.

Di Traders Hotel Kuala Lumpur ini dahulu, pernah aku menanti di lobi seorang perempuan. Seorang perempuan yang tidak lokek berkongsi ceritera dengan seorang delegasi asing yang menghadiri sebuah konvensyen di Kuala Lumpur Convention Centre perihal pujaan hati beliau yang bakal menyambung pengajian tertiary dalam jurusan kejuruteraan di Australia.

Di Traders Hotel betul-betul bersebelahan Exxon Mobil ini dahulu, pernah aku bersusah payah membuat tempahan di Sky Bar seawal jam sepuluh pagi. Walaupun cadangan asal aku untuk menempah couch tidak kesampaian, aku sudah cukup berpuas hati. Aku setting meja kecil bersisi empat sama dengan sehelai pembalut hadiah berona merah hati dari Memory Lane, sekeping cakera padat oleh Yunalis Zarai yang aku sudah lupa dari album mana tapi masih aku ingat kulit albumnya yang aku dapatkan dari Super Sunday dengan bantuan seorang kawan, kek cawan custom made berlukiran rama-rama dengan tulisan italic Happy Birthday ******** yang aku dapatkan dari Wondermilk sehari sebelum, kad custom made dengan potongan besar rama-rama yang aku tempah dari seorang artis di Setiawangsa serta pixelette custom made bercorak rama-rama lengkap dengan tulisan nama berona putih, ungu dan merah jambu berlatarbelakangkan hitam yang aku dapatkan dari seorang artis di Amcorp Mall. Dan aku menanti seorang perempuan di hadapan elevator Sky Bar dengan sekuntum ros merah garang mengeluarkan bauan romantis di tangan kanan dipasangkan dengan kuntum senyum aku yang paling manis.

Ini kisah chinta aku yang tidak kesampaian. Bukan nawaitu aku mahu mengemis simpati kau, kau dan kau, cuma aku mahu berkongsi. Hidup berpaksi realiti, bukan berkiblat mimpi.

Katakanlah kau tersadung menyembah bumi di pertengahan, pandai-pandai kau merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan terbang kembali kawan.

Kuala Lumpur

Tuesday, 18 September, 2012, 1:38 AM

Monday, September 17, 2012

Untuk


Untuk tak suka orang yang kita betul-betul suka,
Susah kan?

I do like you alot.
Do you know that?

Monday, 17 September, 2012, 7:02 PM

Saturday, September 8, 2012

Wok


Nak ke mane tu Wok?
Keluar dengan Girlpren jap Indok.

Wok – panggilan manja yang ditujukan kepada yang tersayang
Indok – merujuk kepada emak saudara dalam masyarakat Minang Negeri Sembilan
Girlpren – entiti asing dari Planet Marikh atau Bintang Pluto

Saturday, 8 September, 2012, 2:40 PM

Friday, September 7, 2012

Mana?


Weh, bangun.
Ape jerit-jerit ni? Tak nampak ke die tengah tidur. Mane akidah kau?

Maki hamun yang sempat gua curi-curi dengar tika azan pertama solat fardhu Jumaat sedang lunak berkumandang menerusi corong-corong speaker Eacan.

Friday, 7 September, 2012, 8:06 PM

Thursday, September 6, 2012

Tekad


Pernah suatu ketika dulu gua terperangkap tanpa punya sekelumit opsyen. Lalu laju-laju gua bertekad secara bersungguh-sungguh mahu menjadi seorang pembikin kad custom made handalan.

Sunday, 2 September, 2012, 9:35 PM

Wednesday, September 5, 2012

Kenyit


Balik makan semalam malam, gua tanya sama member gua. Apa kalau gua kenyit mata kanan sama gadis beruniform biru gelap gua boleh kena saman sampai kena seru naik court. Member gua bilang beliau tak tahu.

Sampai ke sudah gua tak berapa nak pasti kalau mana-mana politikus pernah perdebal fasal kecelaruan gua ni di Parlimen.

Sunday, 2 September, 2012, 9:20 PM

Tuesday, September 4, 2012

This is How the Story Ends


Hey.
Hey.
This is it.
Em?
Let’s end it here.
End what?
What we have.
You mean, our relationship?
Yea.
Why?
I’m not gonna get married. Not now.
Look, I’m sorry okay. I don’t want you to wait for me.
But I’m willing to.
That’s not the point.
That's exactly the point.
I have so many responsibilities. And my saving is not enough.
My saving is more than enough.
I know. But… I don’t know.
Now you tell me you do not know?
I want you to be happy.
I’m happy now.
I don’t have anything to give.
What are you trying to say?
You’re just gonna waste your time.
No.
I’m sorry.
You’re not sorry.
Yes I am.
This is totally bullshit.
You know what. If this is what you want, so be it. Goodbye Alligator.
(I’ll cherish every single moment that we had. You’ll always be the love of my life Gorgeous.)

Seperated by Usher Raymond.

Monday, 3 September, 2012, 10:33 PM

Monday, September 3, 2012

Can You?


Can you give me two years?
I don’t know.
Please?
...
I need to save up some money.
I know.
...
One year.
One year?
Yea.
I don’t think that will be enough.
It’s gonna be more than enough.
Okay.
Are you okay?
Yea.
Good then.
Are you sure?
Not really.
Why?
The money.
It’s okay. We’ll manage. Don’t worry okay?
Yea.
Hey.
Yea?
Thank you.
It’s okay.
I mean it.
I know.
Really?
Yes Alligator.

Money can’t buy me love.

Bullshit.

Sunday, 2 September, 2012, 1:57 PM

Sunday, September 2, 2012

Mak Su


Gua setting helmet cermat-cermat atas seat vespa. Gua berlenggang kangkung ke satu meja terperosok di Ameeth. Malam ni Farouk & Sithick tutup, celaka. Belum sempat gua panas punggung dan order Milo Suam Gelas Kecik, dalam kelam malam gua lihat satu lembaga semangat terlambai-lambai sambil kuat-kuat menyahut, Kecik, Kecik. Ah, sudah. Gua cam sangat  pemilik suara parau ni. Mak Su.

Dulu gua selalu lepak warung Mak Su sama member-member gua. Harga murah, kuantiti banyak, sedap pulak tu. Dalam seminggu, ada lah 3,4 kali gua sama member-member gua layan. Sabtu malam tutup. Gua selalu order Mee Goreng Campur Kuey Teow Tak Nak Taugeh. Sedebuk dapat. Biasanya memang gua tak habis. Gua ikhlas sedekah pada member-member, tambah amal buat bekal orang cakap.

Gua tuju meja Mak Su dan Mak Tam. Gua sudah segan. Tahun ni je, boleh kira pakai jari kanan kiri berapa kali gua lepak warung Mak Su. Gua bilang sama Mak Su, gua sibuk sikit. Biasalah, dah senior. Mak Su tanya sama gua bila habis paper. Gua bilang Jumaat, gua balik Sabtu, gua gerak Sabah Isnin. Mak Su bilang sama gua, beliau mahu jamu budak-budak Tronoh yang selalu lepak warung beliau makan-makan. Gua bilang, set.

Sebelum gua blah, gua tuju meja Mak Su dan Mak Tam sekali lagi. Gua bilang sama Mak Su, pape nanti roger sama gua. Gua dan-dan teringat satu janji lama Mak Su pada gua. Gua mahu tuntut. Gua tanya secara serius sama Mak Su bila beliau mahu adjust gua sama anak angkat beliau. Beliau gelak terkekeh-kekeh. Gua bilang sama Mak Su gua sudah serabut Mak gua gasak cari calon. Beliau bilang nanti beliau text gua berdiskusi lanjut.

Gua kick start vespa. Belum sempat mencicit gua pergi, vespa mati betul-betul depan Ameeth. Gua lupa buka valve. Celaka.

Kepala biar keras

Sunday, 2 September, 2012, 1:19 AM

Saturday, September 1, 2012

Al-Kisah Seorang Rocker yang Legend


Gua betul-betul baru pulang dari majlis persandingan akak member gua. Memandangkan mak abah member gua berstatus Dato-Datin, merasalah juga gua menjejakkan kaki ke Royal Perak Golf Club, Tiger Lane, Ipoh. Gua sama member-member gua sampai pun tak berapa nak awal sangat. Catering pun dah siap berbungkus nak balik. Dengan hati yang tak berapa nak ikhlas, terpaksalah gua sama member-member gua berkongsi meja dengan sepasang suami isteri dalam lingkungan awal 60-an yang gua syak berstatus Dato-Datin juga.

Sebagai muda-mudi yang teramat kaya dengan khazanah kesantunan Nusantara yang begitu rare, gua sama member-member gua pun dengan penuh timbang rasa meringankan mulut berborak-borak kosong perihal belajar dan prospek kerja sama pasangan Dato-Datin tadi. Tiba-tiba, topik perbualan bertukar menjadi terlebih hangat daripada kebiasaan dalam seram sejuk penghawa dingin dengan semua perhatian tertumpu pada gua seorang.

Tadi time awak datang, Uncle dari jauh dah perhati awak atas bawah. Uncle cakap kat Auntie, teringat. Dulu ade sorang mamat rocker ni, rambut panjang same macam awak nak masok meminang cousin Auntie. Teros mamat rocker ni datang jumpe Uncle, Auntie nak mintak permission. Uncle teros tak berkenan. Die tengok mamat rocker ni atas bawah, atas bawah. Dengan rambut panjangnye. Kasut tumit tinggi lagi. Sekarang die dah jadi millionaire. Ade Ferrari. Dulu die belajar jadi Cikgu. Tapi dah rezeki die, sampai ke Harvard die belajar. Agaknya susah dulu, tu die berjaye sekarang, kite ni tak ke mane jugak, haha. Uncle berkenan pun sebab die PR bagus, belajar pun pandai.

Tersengih besar gua. Tika itu, gua mengenakan gaya rambut George Harrison era 70-an, baju kemeja kolar berlengan pendek putih dengan cerutan sedikit di belah pinggang, jeans Levi’s 501 tanpa custom made button berona biru pudar yang digaya bersahaja tanpa sisipan tali pinggang, stokin jingga terang paras bawah buku lali, berkasut kulit perang gelap dengan muncung sedikit mengunjur dan tinggi tumit yang agak senonoh serta aksesori tambahan, copper wristband di pergelangan tangan kanan bertempa Soho Foundary Sovereign Hill Ballarat Australia.

Door gift tadi gua buat ashtray baru. Usher tadi pun boleh tahan lawa. Saje je gua tujukan kaseh gua pada usher tadi dengan sebutan Inggeris, ‘Thank you.’ Terima kasih Dato, Datin. Bila saya dah jadi zillionaire nanti, insya-Allah saya kenang jasa dan budi Dato, Datin berkongsi cerita dalam doa. Amin.

Gua tengah into secara serius Something Stupid versi Diandra & Narmi dan versi Nancy & Frank Sinatra Jr.

Saturday, 1 September, 2012, 5:02 PM