Thursday, March 28, 2013

Tipikal

Usai project review session petang tadi, aku berbasa-basi sama engineer-engineer project. Dalam senda tawa sambil menyuap gugusan anggur, Engineer Mechanical/Piping projek aku spontan berkata,

"Kau ni memang tipikal budak Mechy la bro. Buat kerja last minit, gebang nak power, goreng nak sedap, padahal satu  hapak pun tak tau. Ni lagi satu, selebet, haha."

Aku tersengih dalam bangga. 

Thursday, 28 March, 2013, 5.23 PM

Wednesday, March 27, 2013

Pujangga


“Ai, nak exam baru nak gi masjid?”

Aku pamer senyum besar menyeringai menampakkan baris susun gigi yang teratur. Berhati-hati aku melangkah menuruni anak tangga berselisih dengan member-member yang lencun dengan peluh jantan. Jersi yang dikenakan dengan shoe bag di tangan memberi indikasi bahawa mereka baru pulang dari beriadah petang seperti mengusha awek-awek di taman sambil berjogging, futsal mahu pun bola padang. Kumandang azan yang memenuhi ambians senja rona jingga membibitkan halwa romantis di dalam taman jiwa yang kusut lagi serabut.

“Aa bhai. Mencari rahmat dari Yang Maha Pemurah,” falsafah aku pendek sambil tertawa comel.

Rambut panjang yang basah aku biar bebas bernafas tanpa songkok mahu pun kopiah. Jubah tidur lengan baby tee dari Semenanjung Arab yang Ache’ Ain hadiahkan beberapa tahun sudah aku kenakan. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah surau dengan harapan moga-moga bilas wudhuk dan langkah-langkah kecil ini melayakkan diri hina ini ke syurga Tuhan. Dalam sela masa yang sama, cepu kepala aku berkitar memikirkan sapaan member aku sebentar tadi.

Seminggu yang seterusnya berlalu tersangat perlahan. Aku masih memikirkan perihal yang sama dalam gelumang berjuang mengejar gred bodoh A dalam setiap subjek kritikal. Sesungguhnya subjek Variations terlalu lahanat. Kepayahan subjek ini membuatkan seorang itu mati akal dan putus harap dan lebih cenderung untuk ponteng lecture dan tutorial melayan series di hostel sambil bergolek santai di atas empuk katil. Sesal itu betul-betul terasa pabila bahana menimpa dalam kerah memahami solution untuk soalan-soalan tutorial mahu pun assignment dua hari sebelum paper.

Bunyi bingit vespa mengisi lompong sunyi jalan raya. Di dewan masjid, kelihatan jemaah sudah mula bersolat Jumaat. Dalam kocoh dan geleng kepala, kami berlari deras mengejar saf di belakang. Hairan, solat Jumaat hari ini mulanya agak awal. Atau kami yang lena dalam pelukan dosa. Lemas dalam lalu masa yang mengkhayalkan. Solat fardhu dua rakaat berkesudahan empat rakaat tanpa khutbah. Aku dan Polan memandang satu sama lain penuh makna menzahirkan keinsafan yang sementara sifatnya.

“Jom blah weh,” ajak Polan dalam gesa.

“Lek dulu bhai. Haha, kita baru je sampai kot. Balik kang tidur petang je pun,” pujuk aku dengan sisa-sisa keinsafan yang masih berbaki.

Di ruang belakang dewan solat yang terbuka pengudaraannya, deru sejuk penghawa dingin terasa dimuntahkan pintu automatis yang kejap terbuka kejap tertutup. Repek dan tawa kami teratur dan agak moderate, luar biasa daripada kebiasaan, semacam penghormatan kepada keberadaan kami di dalam rumah ibadah. Dalam asyik kami bergebang perihal-perihal yang tak berapa nak patut dibualkan di dalam rumah Tuhan, kami didekati sopan oleh seorang lelaki 30-an yang berjambang lebat.

Lelaki Pakistan itu memperkenalkan diri sebagai seorang pelajar ambilan baru yang melanjutkan pengajian dalam kedoktoran falsafah. Interaksi kami dalam bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris yang agak fluent. Intipati diskusi kami menyentuh perihal keTuhanan, Islam, usaha dakwah, makanan dan cuaca di Malaysia dan pengkursusan kami di universiti. Berperwatakan dan berpakaian serupa seorang tabligh, kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu lancar dengan sentuhan hadis dan petikan potongan kitab suci di sana sini.

Jiwa aku dalam masa yang sama bergolak bagaikan bahtera yang dilanda badai di tengah laut yang bergelora ganas. Kata-kata dari member aku seminggu sebelum terngiang-ngiang dengan kekerapan yang agak menjengkelkan seakan-akan ada syaitan yang membisikkan nista itu ke lubang telinga aku. Dalam kapai, aku mencari-cari petunjuk dan hidayah dari yang Maha Esa untuk membunuh kalimah-kalimah yang mengganggu tenteram dan damai hati. Seakan-akan dapat menilik rintih naluri aku, lelaki Pakistan itu tiba-tiba membuahkan pujangga,

“It is fine when you only start going to the mosque when the examination is approaching. At least you are seeking for him, depending on Him. He knows when you are in difficulties; you are still going to look for Him. You pray and you pray. And He will listen to your prayers. Not because you forgot Him most of the time, but when you face difficulties, you pray, and you are sincerely looking for His forgiveness and His blessing.”

Bayu tasik yang berlalu tenang mengerbangkan rambut aku semacam merefleksikan tenteram hati aku tika kalimah itu terzahir dalam bentuk kata-kata.

Walaupun hati aku acap kali disentuh cinta gadis-gadis berparas arab (mata bundar, hidung sedikit mancung, lemparan senyum yang besar dan menawan yang menghangatkan jiwa dan berperwatakan lampai) panahan syaitonnirrajim, hati aku juga pernah disentuh cinta Tuhan.

Wednesday, 27 March, 2013, 11:10 AM

Sunday, March 24, 2013

Pencerahan

Mana kau nak tahu benda yang kau percaya tu betul?

Hari ini saya muat naik sekeping gambar koleksi buku Faisal Tehrani yang berada di dalam simpanan saya di laman sosial Facebook. Untai kata yang tertulis mendeskripsi di bawah gambar itu mungkin kedengaran sedikit provokatif, “Mana kau nak tahu benda yang kau percaya tu betul?” Sejujurnya, bukan itu niat asal saya. Nawaitu saya sejernih kristal. Saya mahu mengajak dan mengajak lebih ramai sekalian umat yang tertulis pada kad pengenalannya, Warganegara Islam, yang lebih mesra dengan julukan Islam Keturunan atau pun bahasa kasarnya Islam pada IC untuk menyelak-nyelak sendiri karya garapan Faisal Tehrani.

Masuk tahun ini, genap tujuh tahun saya meladeni segala idea mahu pun ideologi yang dicurah dan dikongsi menerusi puluhan karya oleh Faisal Tehrani. Selepas tamat pengajian di sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Seremban, saya mula menyelongkar isi rak di toko buku MPH Mid Valley dan Kinokuniya KLCC dalam sebuah pencarian panjang dalam menemukan material-material yang tidak hanya mengetengahkan tema-tema cinta mahu pun picisan. Kerana realitinya, terlalu banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan jika hendak dibandingkan dengan dilema remeh-temeh mudi-mudi yang terlalu menyesakkan.

Kontroversi yang dicanang-canang media arus perdana sudah tentunya berkenaan tulisan beliau yang berbau fahaman Syiah. Naskhah Karbala sudah terang lagi kan bersuluh berkisar perihal Saidina Hussein putera kepada Saidina Ali Kamarallahuwajhah. Pada permukaannya, pada dasarnya mungkin bukan begitu. Melalui karya terbaru beliau terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Perempuan Nan Bercinta, secara personal saya begitu gemarkan dialog Dr. Siti Fatimah di laman 409, “Saya seorang Muslim. Mazhab sama sekali tidak penting lagi buat saya. Mungkin dapat dikatakan saya Muslim generasi baharu. Saya generasi supramazhab. Bapa saya seorang Sunni. Ibu saya seorang Syiah. Nah, sekarang beritahu… di mana salahnya kami?”

Berbalik kepada sebab munasabab saya mencoret tulisan ini. Buat masa ini, saya menerima satu ‘Like’ dan satu ‘Comment’ untuk foto koleksi buku saya itu. ‘Like’ saya ambil mudah sebagai rasa kagum individu tersebut pada skill saya memacu lensa, intensiti pencahayaan, pemilihan sudut, susun letak dan sebagainya. Atau pun rasa takjub pada jumlah karya Faisal Tehrani yang berada dalam posesi saya. Mungkin juga pada hiris tajam kata-kata saya berkenaan sensitiviti pada perkataan ‘percaya’. Tiada siapa yang mahu ambil pusing kerana basically ‘Like’ itu begitu positif sifatnya.

Yang menarik hati saya untuk menulis adalah komen dari seorang teman yang berada jauh di perantauan, di benua Eropah sana. Saya akan frasakan kembali komen beliau. Dan ianya kedengaran lebih kurang begini, “Jangan baca Faisal Tehrani.” Saya tipu, ini adalah sebenar-benarnya apa yang beliau amanatkan pada saya beribu-ribu kilometer jaraknya menerusi laman maya. Tiada masalah bagi saya. Setiap individu punya hak untuk menyatakan pendapat. Setiap individu wajib memberi ruang untuk mendengar. Setiap individu punya hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju pada pendapat tadi. Debat sihat sangat-sangat dialukan tanpa penglibatan kata kaya cacian dan makian. Tetapi sedikit kelakar, maaf.

Saya percaya bahawa bait-bait yang ditaip deras di atas papan kekunci memberi konotasi bahawa cakap-cakap yang Faisal Tehrani seorang Syiah dan gemar menyelit subliminal message sampai ke pengetahuan beliau. Saya bukanlah seorang yang mahir selok-belok Islam. Lepak-lepak mamak saya dipenuhi dengan persoalan saya pada member-member perihal mengapa dan mengapa seorang anak kecil yang diajar sedari kecil (kekadang sebelum usia tujuh tahun); tertib mengambil wuduk, tata cara dalam solat, pada umur 18 tahun dan ke atas tanpa sekelumit rasa bersalah meninggalkan solat lima waktu dan ponteng solat Jumaat. Pendekatan itu kurang kena mungkin, konklusi kami di kala embun pagi mula membasahi bumi.

Saya menentang lembut dengan kata-kata kerana tegah teman saya itu penyataannya tanpa sebab, tidak kedengaran rasional, pendekatannya kurang kena dan kedengaran seakan-akan memerintah. Fitrah pada kejadian manusia, kita kebiasannya kurang dapat menerima teguran yang memenuhi kriteria seperti yang saya nyatakan di atas. Sisi gelap kita akan timbul dan kemungkinan besar kita mahu membalas kembali penyataan itu dengan kalimah-kalimah provokatif. Jadi saya matikan dengan menekan butang ‘Like’ pada komen teman saya itu tadi. Dan saya matikan cadang asal saya untuk membalas hujah dengan potongan ayat dari kitab suci Al-Quran (Kerana untuk idea-idea yang tidak boleh diterima dan dibalas bidas oleh sesetengah individu, idea-idea itu dikuburkan dengan ayat ini atau hadis itu. Anggapan lapuk bahawa jika orang membalas dengan ayat ini atau hadis itu perkara yang sebaik-baiknya dilakukan oleh orang yang dibidas adalah dengan berdiam diri, tunduk dan pasrah sahaja).

Selain itu, mungkin kerana ego saya sedikit tercalar. Semacam saya tidak mempunyai akal dan jujur alang menurut sahaja apa yang tertinta di dalam setiap bahan bacaan yang saya tatapi. Itu alasan bodoh, mungkin. Bagi saya, agama ini sifatnya peribadi. Jika di sesetengah negara Barat misalnya, melontar tanya perihal kepercayaan (agama) seseorang dianggap ofensif dan rude (kurang ajar). Di dalam culture kita (budaya setempat), ianya normal. Saya cenderung pada pegangan bahawa kepercayaan itu antara individu dan Tuhan. Tiada penglibatan entiti ketiga, keempat mahu pun seterusnya. Bak lirik kugiran kegemaran sepanjang masa saya, Butterfingers menerusi lagu Tentang Tentang, ‘Dosa dan pahalaku, Tuhan saja, Tuhan saja yang tahu.’

Saya tidak berapa pasti sama ada teman saya mahu pun anda pernah menyelak apatah lagi meghadam cerna buku-buku Faisal Tehrani. Apa yang saya boleh pinta dari anda adalah untuk berlaku adil. Adil itu sebahagian dari anjuran Islam (cubaan nakal saya menyuntik dogma dan doktrin agama). Berikan diri anda peluang untuk menilai sendiri. Tak kenal maka tak cinta. Tak baca maka tak tahu. Elakkan dari mendengar kenyataan-kenyataan media (kita tahu dan sedar media arus perdana cekap sekali dalam memutar belit dan memanipulasi fakta) dan cakap-cakap individu tertentu kerana mungkin mereka punya kepentingan dan agenda tersendiri (hadis Rasulullah ada menyentuh perihal golongan yang paling korup di akhir zaman adalah agamawan. Saya pasti paling kurang anda pernah mendengar dan berasa hairan dengan hadis ini paling tidak sekali dalam hidup anda). Anda tekun sendiri. Penerbit buku segah ITBM tidak akan mengambil sebuah karya untuk diketengahkan jika tiada elemen unik pada seseorang penulis dan materialnya untuk dikapitaliskan (harga buku ini sedikit mahal tetapi berbaloi-baloi).

Apa yang mungkin saya boleh nampak dari kaca mata saya dari apa yang cuba disampaikan oleh Faisal Tehrani mungkin ini; sejauh mana kita percaya bahawa apa yang kita percaya ini adalah yang sebenar-benarnya, yang paling lurus, tiada yang paling benar selain daripada apa yang kita percaya. Sejauh mana keyakinan kita bahawa di antara 72 pecahan Islam itu, hanya satu yang paling benar, dan 71 yang lainnya tidak diterima Tuhan, dan kita tergolong di dalan pecahan yang berbaki satu itu. Untuk memahami tema-tema itu dan selainnya, saya persilakan anda untuk mendapatkan naskhah Perempuan Nan Bercinta kerana isinya padat dengan muatan falsafah, agama dan idea.

Dan jika saya seorang Ustaz bertauliah yang sedang menyampaikan ceramah agama mahu pun tazkirah pasca solat Maghrib dengan rata-rata jemaahnya lebih gemar memilih untuk duduk menjauh di belakang berbanding memenuhi saf-saf di hadapan, saya akan lontarkan bait-bait pujangga ini sebagai penutup, “Tepuk dada tanyalah iman” kepada anda sekalian.

Sunday, 24 March, 2013, 1:31 AM

Tuesday, March 19, 2013

The Hardest Thing


I wasn’t so sure if you realized it or not, but the ‘barang yang lepas jangan dikenang’ was actually referring to you. Yep.

I’m writing this because I need you to know the truth. Don’t worry, I’m not expecting anything out of this. I’ve given up on so many things that I’m becoming numb. However, I’ve made a promise to myself, from now on; I will not have any regrets when I reminisce back about the past. And, this is one of those things I don’t want to regret later in my life.

I still remember the things you said a few years ago, about the false hope thing if you can recall? Gosh! How stupid am I to expect you to reply the messages I sent randomly on the FB.

I’ve been waiting for you for the past years, kept on talking and talking about you. This funny thing is that, you have a certain feeling towards somebody, and you think that the person is the one but then you figure that you’re no good for that person and you have to let go of that person, just because ‘something’ is not even there in the beginning. And it sort of give you a tight slap on the face. The feeling is just, I don’t know. Deep inside, you just regret because you know nothing about anything. And yes, this is to clarify on all those messages and card I gave you. It might seem like I’m giving excuses, and you can think that way if you want to.

So now, I guess I should stop dreaming and start keeping up with the reality. You can remember this that this thing will never be mentioned again, not the slightest hint of it, I promise. The least thing I should do is pray for your happiness.

Looking back, while hanging out with one of our friends, I drafted on a crumpled tissue with a pen that I borrowed from her. I was drafting a proposal to you at the warung. It was crazy and exciting at the same time. That’s how serious I was back then. By far, this is the most sincere I’ve written and I’m glad that I wrote this for someone like you.

Then, like you said, just let it go. So, that’s exactly what I’m going to do, to let it go. So long, goodbye.

Monday, March 18, 2013

Rima & Puisi

Pergi mampus semua benda. Aku nak travel satu dunia. - Anonymous

Katakan kita bertemu di kaki langit, mari kita bercumbu Perancis. Biar bumi saksikan gegak gempita dan panah petir; kerna murka Tuhan.

Melihat2 negeri orang: Doc Mart, Levi's 501, Lagi Cerpen2 Underground & tiket penerbangan.

Aku terbang ke langit. Tetapi di mana kan ku cari kelibatmu wahai dewi kayangan.


Monday, 18 March, 2013, 11:06 PM

Sunday, March 17, 2013

Pilihan

Aku punya pilihan.

1. Teruskan apa yang sedang dan akan aku lakukan. Dijanjikan helaian not Ringgit, keselesaan materi dan sanjung orang.

2. Tinggalkan 'apa yang sedang dan akan aku lakukan'. Berkemas ala kadar. Cukup dengan hanya berbekalkan beberapa helai persalinan, buku nota handmade (conteng rasa dan fikir), telefon berkamera (untuk menangkap momen) dan keping not Ringgit dua tiga helai dalam kocek jeans, aku mahu keluar dari zon selesa ini dan hidup.

Kerana dalam kekurangan itu aku lihat ada kesempurnaan.

Kesempurnaan dalam mengisi persoalan, 'Apa arti kewujudan?'

Moga suatu hari nanti aku dikurniakan Yang Maha Esa untuk tetap pada pendirian, berpaut pada impian.

Dan ini langkah pertama untuk langkah-langkah yang bakal menyusul.

Hari ini aku berkelana ke tempat orang.

Sunday, 17 March, 2013, 9:20 AM

Thursday, March 14, 2013

Tuhan dan ‘Benda-benda Cool’


Lapangan kerja saya memberikan saya kesempatan untuk melihat-lihat ragam manusia yang pelbagai.

Sebagai seorang jurutera muda, rata-rata individu yang lebih berpengalaman yang saya temukan lebih selesa memilih topik keTuhanan dan falsafah kehidupan untuk dibualkan. Saya tidak begitu faham mengapa pada mulanya, tetapi begitulah realitinya.

Apa yang menarik dan kadang kala agak melucukan dalam pengamatan saya; individu yang berkongsi perihal keyakinan kepada Tuhan dan kepentingan sebuah institusi kekeluargaan bisa sahaja berceritera perihal liburan hujung minggu yang diistilahkan sebagai PP (Private Party) dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.

Memikirkan ini, saya lihat ada dua senario kebarangkalian. Pertamanya, Tuhan dahulu, enjoy kemudian. Berbicara fasal keTuhanan supaya saya mempunyai persepsi individu ini mampu berhujah dengan baik serupa seorang agamawan. Suatu masa lagi, bergebang perihal ‘benda-benda cool’ mungkin dengan nawaitu supaya saya memandang individu ini sebagai seorang yang 'cool'. Masih dalam konteks yang sama; tetapi kita enjoy dahulu, Tuhan kemudian. Tiada masalah.

Tetapi apa-apa pun, sebagai seorang jurutera muda saya perlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal serta pengurusan, kawan. Bukan rahasia antara individu dan Tuhan. Itu biarkan saya teroka sendiri-sendiri.

Thursday, 14 March, 2013, 10:17 AM

Wednesday, March 13, 2013

Penyedap

"Kau nak sedapkan hati aku kau cakap lah macam tu."

Wednesday, 13 March, 2013, 9:30 PM

Tuesday, March 12, 2013

Nampak


Dering telefon bimbit memecah sepi malam. Getar telefon bimbit senada dengan rentak pembuka lagu New Generation oleh kugiran The S.I.G.I.T. Pada paparan skrin, nama yang tertera menjentik imbau ingatan lama pada si pemanggil.

“Ramon,” getus aku dalam diam.

Jerit telefon bimbit jeda sebentar. Menyambung getar dan bunyi, panggilan masih tetap diendah dalam sedar. Aku sudu suap Nasi Goreng dan kunyah perlahan. Panggilan mati. Tika aku menghabiskan sisa jus tembikai yang berbaki dalam gelas, satu kiriman pesanan ringkas masuk.

“Salam wan. Korang ada rumah ke? Aku ingat nak datang malam ni.” Baca pesanan ringkas itu padat.

“Ramon,” aku mula bicara pada Wahyu.

“Asal ngan dia?” Wahyu membuah tanya.

“Dia nak datang umah jap lagi,” satu per satu kalimah itu keluar.

“Alah. Cakap lah kita busy,” Wahyu canang idea.

“Tapi siang tadi aku cakap kita free,” aku merasionalkan.

“Suka hati kau lah. Kang kau layan dia,” Wahyu beralah.

Kerlipan cahaya Genting Highland menjadi panorama malam ruang balkoni unit apartment di Tingkat 23. Usai makan malam, Wahyu dan aku bilas dengan sedutan ringan nikotin. Sedang berbual kosong di balkoni melihat sesak Lebuhraya Persekutuan, loceng berbunyi. Aku berjalan malas mendapatkan pintu.

“Assalammualaikum Wan, pe khabar?” sapa Ramon mesra.

“Waalaikumsalam. Sihat, macam ni je lah. Kau amacam?” tanya aku sambil membalas peluk erat Ramon.

“Biasa je lah bhai,” Ramon kuntum senyum.

“Masuk lah. Sepah je umah kitorang, sorry ah. Bebudak ni tak sabar nak jumpa kau,” aku mempersilakan Ramon masuk.

Kehidupan seorang pelajar di bumi Perth menyesakkan. Ramon mencari sedikit ruang untuk bernafas, lari dari rutin. Cuti musim sejuk digunakan sehabis baik pulang menjenguk asalan.

Sehingga malam menjengah pagi, kami bergebang di ruang tamu. Dingin penghawa dingin menggigit sehingga ke tulang putih. Kantuk mula mengisi lompong perbualan.

“Bhai, tidur jom. Esok aku ada kelas pagi ni,” ajak aku.

“Lupa pulak ni weekday. Tidur lah dulu. Aku tak ngantok lagi ni,” balas Ramon.

“Kang kau selit lah celah tilam aku ngan Wahyu. Muat,” pelawa aku.

“Takpe-takpe, aku tidur kat sofa ni je. Assalammualaikum,” Ramon ucap selamat.

“Waalaikumsalam,” sahut aku perlahan.

Gebar tebal membaluti batang tubuh di dalam deru sejuk penghawa dingin kamar tidur.

“Wan, Wan. Bangun Wan, Subuh,” kejut Ramon lembut.

“Aa, aku dah bangun dah ni,” dalam kantuk aku pisat mata.

“Budak lain aku kejut dah, gi lah amek wuduk,” bilang Ramon.

Aku capai helai kain pelikat yang aku campak pada penjuru bilik. Usai mengambil wuduk, aku hampar sejadah menghadap kiblat. Kami duduk bersila menanti Ramon mengimamkan Subuh.

“Ramon, kau imam,” pinta Wahyu.

“Aku solat dah tadi. Kat bawah,” jawab Ramon jujur.

“Eh, ada surau ke kat bawah?” tanya aku lurus.

Wahyu mengimamkan Subuh kami. Selesai wirid dan doa, Ramon yang sedari tadi menunggu di bibir katil turun sama bersila sambil mengeluarkan senaskhah buku tebal dari sebuah beg kertas. Kitab tebal itu diselak pada satu muka yang sudah ditanda.

“Wan, tolong bacakan,” Ramon hulur kitab Fadhilat Amal itu pada aku.

Dalam rangkak, aku baca tiap patah yang tertulis pada kitab tebal itu. Aku ulang tiga kali seperti mana yang biasa dilakukan oleh jemaah tabligh di masjid berdekatan dengan rumah aku dahulu. Ramon memberi ulas ringkas mengenai hikmah di sebalik hadis yang dibacakan tadi.

“Wan, kitab ni aku amanahkan kat kau. Kalau boleh, baca satu tiap-tiap kali lepas solat. Insya-Allah, ilmu tu kita boleh kongsi sesame kita,” amanat Ramon pada aku.

Dalam Ramon, aku nampak Tuhan. Dalam pandangan Ramon, aku nampak refleksi seorang yang melupakan Tuhan.

Tuesday, 12 March, 2013, 1:16 PM

Sunday, March 10, 2013

Paling Jujur

Peaches by Yasmin binti Ahmad

Bathing,
in the blossom
of our love,
I am suffocated by
its rotting.

It happens
that it happens.

When a man and woman
first meet,
they are at their
kindest,
most polite,
most
considerate.
Never again,
from that moment on,
will they be
as sweet,
or will their
smiles be
as genuine,
or will their eyes be
as playful,
or will their longing be
as pure
or as powerful,
as on the first
accidental meeting.

It is as though
a heart that falls 
in love
were 
a peach
at the peak of
its ripeness;
plump
and velvet to the touch,
but destined
to decay 
and decay.

Would it that
the heart could love
a lover
with as much
conviction,
and as few
conditions.
as when it loves
a friend.

Sunday, 10 March, 2013, 8:02 PM

Lara 2

I’ve caught you again. And you still won’t admit you love me?
I love you. I’ve loved you from the moment I saw you.
How much?
Very much. There’s never been a day that I don’t think about you.
How long will you love me?
1000 years. 10000 years.
10000 years. That’s too long. Just love me now.

Degup jantung itu perlahan menghilang. Mata kuyu itu perlahan pejam. Air mata itu perlahan mengalir kering. Bidadari syurga itu perlahan mengepak ke awangan. Senyum ria itu perlahan terhapus. Seri dunia itu perlahan suram.

Sunday, 10 March, 2013, 1:00 PM

Thursday, March 7, 2013

Nostalgia: Outing Bermalam


“Terima kasih Cikgu,” ucap selamat satu kelas, semangat.

Berlenggang kangkung, aku berjalan santai pulang ke dorm. Blok rumah kediaman dengan blok kelas aku dekat. Dalam 20 tapak. Satu blok kediaman ada 2 tingkat; Ground Floor, First Floor, Second Floor. Dorm aku dekat Second Floor. Warna rasmi rumah kediaman aku, biru. Nama rasmi rumah kediaman aku, Lekir. Warna rasmi rumah kediaman lain; merah, kuning, hijau. Nama rasmi rumah kediaman lain; Tuah, Kasturi, Jebat. Tapi sekolah aku dekat Negeri Sembilan, bukan Melaka.

Kasut kulit hitam aku buka sambil merehatkan punggung di bahu katil. Lepas buka pad lock loker, aku on henset yang aku sorok dalam kopiah belakang cermin muka.

Aku message Padil, “Mana?”

Sambil tunggu Padil reply, aku salin baju outing dengan seluar slack hitam. Seragam baju putih dengan seluar hijau sekolah aku campak dalam baldi yang aku simpan dalam loker kosong sebelah. Sebab aku nak cepat, aku tak sempat nak ambil towel dekat ampaian.

“Kat public phone,” Padil reply, sweet and precise.

Tergesa-gesa, aku capai backpack dalam loker. Barang semua aku dah pack siap-siap. Lepas selamat kunci loker dengan sarung kasut, aku salam member-member yang sempat dalam on the way turun.

“Kad outing aku mana?” tanya aku sambil seka peluh.

“Ni hah. Aku dah amek siap-siap dah tadi. Kau pesal lambat sangat?” Padil sambil buka butang atas baju batik rasmi sekolah.

“Lah, baru pukul 12 suku. Kau cab dah call?” kitorang ambil short cut melalui blok kelas Form Four.

“Settle dah,” Padil jawab, bangga.

Buku outing kaler hijau kitorang bagi pada Pak Guard. Dekat depan pagar sekolah sebelah, satu teksi kuning hitam dah cantik-cantik parking. Kitorang duduk seat belakang.

“Uncle, Terminal One.” Padil sopan memberi arahan pada pak cik teksi.

“Kita tak singgah Masjid Negeri dulu ke ni?” aku tanya Padil dengan penuh prihatin.

“Musafir,” Padil matikan soalan aku dengan konfiden.

Aku perasan pak cik teksi pandang kitorang pakai cermin sisi belakang. Pak cik teksi tu seorang India.

Aku dengan Padil terbungkam dalam kata sampai ke Terminal One.

Thursday, 7 March, 2013, 5:11 PM

Nostalgia: Prep


“Wan, buatkan aku sekali,” dengan kuasa veto seorang senior Padil mengarah.

“Air kau nak sekali?” penuh sopan santun aku bertanya.

“Sekali ah. Duit kau amek dalam loker aku nanti,” Padil pura-pura baik macam nabi. 

Dorm kitorang dorm besar. 14 katil double decker. Dalam satu-satu masa boleh muat 28 student, atas bawah. Sebab besar, dorm ni pecah 2. 7 double decker Side A, 7 double decker Side B. Macam Side A, Side B kaset. Pembahagi 2 side ni, deretan loker yang disusun sebelah-menyebelah. Laluan menghubungkan kedua-dua belah side ni, muat-muat seorang bersaiz gempal lalu. Aku dan Padil belah Side A. Aku double decker belah bawah sebelah pintu masuk Side A. Padil double decker belah bawah sebelah double decker aku. Belah atas double decker kitorang kosong.

Ketak.

Bunyi water heater. Aku jalan slow-slow pergi Side B. Dalam dorm kitorang ada satu suiz, buat charge henset dengan jerang air. Water heater aku ambil letak antara double decker aku dengan Padil.

“Awek Katak kau amacam?” aku berbasa basi sambil carek dua pek Mi Sedap. Time ni Mi Sedap memang tengah naik.

“Okay je lah. Apsal kau tanya?” Padil baring-baring malas atas katil aku sambil selak-selak Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima.

“Saje je. Apsal, tak boleh?” air panas aku curah berhati-hati dalam dua mangkuk memang khas untuk buat Maggi.

“Boleh lah. Apsal tak boleh pulak,” Padil balas gaya tak puas hati.

Dorm kosong. Budak-budak lain turun prep. Biasanya, lepas Solat Maghrib, kitorang gerak prep terus. Solat Isyak lepas prep. Tapi malam ni malam Jumaat, kena baca Yassin. Tapi Solat Isyak tetap lepas prep macam malam-malam sekolah lain. Jadi malam Jumaat biasanya turun prep lambat sikit. Aku dengan Padil suka lepak dorm time prep. Hobi.

“Mana kau letak Discman kau?” tanya Padil sambil mengarah ke loker aku di sebelah pintu masuk ke Side A.

“Dalam laci,” aku jawab pendek sambil bancuh minuman panas Cadbury dalam dua termos.

Aku keluar dorm mencangkung dekat salur air kaki lima depan pintu Side A. Mulut mangkuk Maggi aku tutup dengan bontot pinggan plastik. Sambil mengelak panas wap air, aku tos air dengan cermat. Mi kembang secukup rasa macam biasa.

“Gaul aku punya Maggi tu sekali,” sambil sumbat sebelah telinga dengan earphone.

“Yelah, yelah,” dengan tekun aku gaul perencah Mi Sedap sampai sebati.

“Ni esok nak balik bila?” tanya aku, lurus.

“Lepas habis sekolah. Kita call cab terus gerak Terminal One. Dalam pukul dua, sampai CM. Nanti mak aku pikap,” jawab Padil dengan selamba.

Dalam remang cahaya kalimantang di kaki lima Side A dan sahut cengkerik, kitorang makan Mi Sedap sambil hirup minuman panas Cadbury dekat bahu katil masing-masing.

Nota: Katak merujuk kepada KTK (Kolej Tunku Kurshiah).

Thursday, 7 March, 2013, 11:13 AM

Wednesday, March 6, 2013

Ekspresi

Hazwan muka sedih sebab girlfriend dia dah kahwin. - Aiza

Ambians tegang ruang kerja terburai dengan tawa.

Aku balas dengan senyum dalam duka.

Wednesday, 6 March, 2013, 8:11 PM


Tuesday, March 5, 2013

Meant to Be


Di luar dingin Menara Berkembar, terik matari menghangat Jalan Ampang. Aku gapai beberapa naskah kitab di dalam plastik indigo Kinokuniya. Lost in KL oleh Bernice Chauly, Sayap-sayap Patah oleh Kahlil Gibran (Adaptasi oleh Sufian Abas), Jiwa Berontak oleh Kahlil Gibran (Adaptasi oleh Ana & Nabilah Bentaleb), The Broken Wings oleh Kahlil Gibran dan The Prophet oleh Kahlil Gibran. Dari aras ganjil 23, aku memacu lif turun ke aras genap 20.

Dari ruang lif aras 20, aku sentuh kad akses pada mesin pengesan. Aku belok ke kanan menuju ke kubikel kerja seorang gadis. Senyap aku mampir dan naskah-naskah itu aku letak perlahan di atas meja yang ditimbun helaian lukisan isometrik dan rekaan paip & peralatan. Seperti yang dijanjikan, aku persembahkan koleksi material bacaan yang ulang kali aku jamahi lewat ini. Perihal seorang genius yang menyentuh halus jiwa suci setiap peroman.

Di dalam penafian bebal, aku akui kita memerlukan sentimental yang disuntik duka untuk menulis.

Di dalam ketahuan sakti, aku yakini setiap dari kita punya dendang sendu tersendiri untuk diperdengarkan.

Tuesday, 5 March, 2013, 3:53 PM