Thursday, January 31, 2013

Ajaib


5.37 pagi.

Ni parking kompem takde ni bhai. Menapak jauh la syal camni. - Minang
Ada punya. Lu lek je bro. - Jawa
Mana parking kosong, mana? - Minang
Tu hah. Kan aku dah cakap. - Jawa
Ah, babi  lah. – Minang
Cilabet. - Jawa

Bila Kancil jadi babi.

Thursday, 31 January, 2013, 9:48 PM

Wednesday, January 30, 2013

Andai Kau Berlalu Pergi


Andai kau berlalu pergi pabila kunjung tiba musim panas
Maka bisa kau membawa pergi bersama sang matari
Unggas yang berterbangan di horizon musim panas
Pabila chinta kita berputik dengan jiwa kita yang mekar kembang
Pabila hari masih hangat dan malam-malam itu berlalu tersangat perlahan
Dan sang purnama yang asyik pada dendangan sang pungguk
Andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi

Tetapi jika kekal kau di sini, akan aku benderangkan harimu
Seumpama tiada hari yang seakannya sebelum ini, atau akan hari ini kita singgahi lagi
Akan kita dihangati sang mentari, akan kita dibasahi rintis hujan yang melebat
Dan kita berbicara dengan pohon-pohon dan memuja sang bayu
Tetapi jika kau masih tetap berlalu pergi, akan aku fahami
Berlalu kau meninggalkan aku dengan titis-titis chinta yang diempang tangan-tanganku
Andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi

Andai kau berlalu pergi, seperti mana aku tahu akan kau
Khabarkan pada sang bumi untuk berhenti berputar
Hingga saat kembali kau lagi, andai kau masih sudi,
Apa perlu chinta tanpa menchintai dirimu?
Apa bisa aku ungkapkan pada kau, setapak kau melangkah pergi
Sukma aku perlahan-lahan sebati mati hingga tika sapaan kau yang mendatang
Andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi

Tetapi jika kekal kau di sini, akan aku gemilangkan malammu
Seumpama tiada malam yang seakannya sebelum ini, atau akan malam ini kita lalui lagi
Akan aku igaukan senyummu, akan aku sentuh lembut mulus kulitmu
Akan aku berbicara dengan matamu dengan bahasa-bahasa chinta
Tetapi andai kau masih mahu berlalu pergi, pasti tiada titis air mataku
Walaupun ucap selamat itu hilang selama daripada ungkapan selamat tinggal
Andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi

Andai kau berlalu pergi, seumpama mana aku pasti kau
Terhapus sudah kepercayaan aku kepada dunia
Cuma jiwa kosong, yang tinggal hanya ruang-ruang lompong
Seperti wajah kau yang berekspresi tiada
Akan aku menjadi bayang kepada bayangmu
Cuma jika kau mahu aku senantiasa dekat di sisimu
Andai kau berlalu kau pergi, andai kau berlalu pergi, andai kau berlalu pergi

Adaptasi daripada If You Go Away oleh Dusty Springfield dan Ne Me Quitte Pas oleh Nina Simone

Wednesday, 30 January, 2012, 9:59 PM

Tuesday, January 29, 2013

Poskad


Aku pulas bilah kunci dua, tiga kali. Mini Cooper tahun ’69 ini lazimnya agak liat untuk dihidupkan. Tambahan, malam tadi hujan turun mencurah-curah sehingga ke Subuh. Dalam dakapan dingin malam, aku mengulang tayang filem Talentime buat kesekalian kalinya. Koko panas dan gebar tebal menjadi peneman setia dalam sepi malam. Sambil menghadam karya garapan Yasmin Ahmad, aku cuba mengingat-ingat tulisan Amir Muhammad menerusi naskhah Yasmin Ahmad’s Films yang aku dapatkan di toko buku Kinokuniya tempoh hari.

Aku meminati filem-filem yang ditulis dan diarah oleh Yasmin Ahmad, sungguh. Ketika aku bersekolah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh Kesemua Lelaki di Seremban dahulu, aku pernah meluangkan sehari outing Sabtu dengan menyaksikan filem Gubra di panggung wayang gambar Terminal One. Cakera padat filem Mukhsin aku beli daripada seorang lanun cetak rompak di kaki lima kedai serbaneka 7 Eleven SS15 Subang Jaya ketika aku mengaji di Taylor’s College dahulu. Filem-filem selebihnya, Sepet, Muallaf dan Talentime aku muat turun dari laman sesawang. Sehingga kini, aku masih belum berkesempatan menonton dan masih tercari-cari filem Rabun.

Jika aku sedang menduduki sebuah peperiksaan dan salah satu soalan meminta aku untuk menyatakan sebuah filem Yasmin Ahmad yang paling aku minati, dengan senang hatinya aku pasti akan menghitamkan abjad untuk pilihan jawapan filem Talentime pada borang OMR dengan pensil mata karbon 2B Noris. Secara jujurnya, ceritera chinta antara Melur lakonan Pamela Chong dan Mahesh lakonan Mahesh comel sekali bagi aku. Lari jauh dari norma kebiasaan. Babak-babak perchintaan antara watak seorang gadis Melayu yang dilakonkan oleh seorang gadis Cina dengan karektor seorang pemuda India terasa seakan-akan begitu harmoni, begitu blend.

Lebih menghuru-harakan lagi plot filem Talentime, komunikasi antara seorang yang bertutur secara lisan dan sebelah pihak lagi hanya mampu untuk berbicara dengan bahasa isyarat. Sejujurnya, sehingga kini, aku hanya dapat mengagak-agak tanpa kepastian yang jitu apa yang cuba disampaikan oleh watak Mahesh kerana tiada sari kata dan aku tidak tahu berbahasa isyarat sebenar-benarnya. Realitinya, butir bicara antara dua individu yang mampu berkomunikasi secara lisan ada ketika disalahertikan dan tidak sampai maksud malahan. Menerusi filem Talentime, mesej sebenarnya jelas, cakupan elemen chemistry luas walaupun berbeda metode penyampaian dan penerimaan.

Selepas enjin dibiarkan suam kira-kira sepuluh minit, aku meloloskan badan ke dalam kokpit kecil mobil. Aku tekan butang ‘Power’ pemain cakera padat bercap Bose. Frekuensi radio telah aku tetapkan pada talaan BFM 89.9. Lagu yang berkumandang menerusi pembesar suara adalah Sunday Morning oleh kumpulan gitar rancak Maroon 5. Seleksi yang begitu cocok sekali aku kira pada pagi Ahad. Mobil mula bergerak perlahan dari aras basement ke aras tanah. Aku sentuhkan kad akses pada mesin pengesan. Palang automatis bergerak naik seraya aku mengangkat tangan kanan dengan anggukan kecil dan senyuman nipis pada mamat Bangla di pos pengawal.

Dari Persiaran Hampshire, aku susur keluar ke jalan utama, Jalan Ampang. Kemudian, aku menghala ke Jalan Istana melalui Jalan Tun Razak. Kipas kecil pada papan pemuka sengaja tidak aku hidupkan. Pagi ini cuaca begitu baik sekali. Deru dan tiup angin pada kelajuan mobil 50 km/j mengibar-ngibarkan rambut ikal aku yang ditocang gaya Samurai. Aku kenakan shades yang sinonim sekali dengan John Lennon. Cahaya matari tidak begitu terik, tetapi aku sukakan perspektif di balik lensa shades yang sedikit perang ini. Kelihatan begitu nostalgik seperti menyelak foto-foto kusam dari album lama.

Aku berlagu bersama Martin Luther McCoy menerusi lagu While My Guitar Gently Weeps sambil menikmati lengang jalan raya pagi minggu Kuala Lumpur. Secara personal, versi ini kedengaran lebih soul jika hendak dibandingkan dengan versi asal dendangan kugiran The Beatles dari Liverpool. Pilihan aku hari ini ringkas. Aku kenakan baju tee berkolar Fred Perry rona violet yang dipasangkan bersama jeans Levi’s 501 biru pekat kepala kain dari Nippon. Tali pinggang kulit aku pasangkan dengan but potongan tinggi Doctor Martens rona maroon yang agak rare. Amanat Emak lama dahulu, aku betul-betul pegang. Penampilan, kena kemas.

Rutin hari Ahad aku adalah menghabiskan sehari suntuk di Amcorp Mall. Dari Jalan Bangsar, aku melalui Lebuhraya Persekutuan sebelum susur keluar di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Jika bernasib baik, aku akan dapat parkir percuma di tempat letak kereta A&W berdekatan dengan Amcorp Mall. Jika tidak, aku terpaksa parkir mobil comel aku di ruang tempat letak kereta berbayar di dalam bangunan Amcorp Mall. Fakta menarik, A&W Petaling Jaya merupakan antara outlet terawal A&W di Malaysia selain A&W Lake Garden, Seremban. Fakta menarik tambahan, A&W Petaling Jaya juga menyediakan perkhidmatan istimewa yang mana pengunjung boleh menempah makanan dari dalam kereta dan alas makanan yang dihantar akan disangkut pada tingkap kereta.

Hari ini aku bernasib baik. Paparan digital pada telefon pintar menunjukkan 10:35 pagi, ruang tempat letak kereta di A&W masih banyak kosong. Sebelum aku melangkah pergi meninggalkan mobil kesayangan aku, aku pastikan kedua-dua sisi pintu telah dikunci. Aku berjalan menyulusuri bahu jalan sebelum berhati-hati menyeberangi jalan berhadapan Amcorp Mall. Lazimnya, aras yang akan aku tujui terlebih dahulu adalah aras Lower Ground (LG). Di aras ini, pelbagai jenis barang yang boleh ditemukan, terutamanya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana keantikkannya.

Tetapi hari ini aku mahu lari dari kebiasaan. Aku memilih untuk memacu eskalator ke aras atas terlebih dahulu. Di aras Satu, aku terpandang sebuah gitar akustik Yamaha yang disandarkan pada pendiri gitar. Di sebelah gitar akustik itu, sebuah bangku tinggi dengan tampalan sebuah nota bertulisan marker merah berbunyi, ‘anda dipersilakan untuk memetik gitar ini’. Tanpa teragak-agak, aku gapai leher gitar akustik itu dengan berhati-hati sebelum melabuhkan punggung pada bangku tinggi. Jari-jari aku mula memetik tali-temali gitar akustik itu memainkan intro lagu Stairway to Heaven oleh Led Zeppelin dari Britain.

Setelah puas, aku letakkan kembali gitar akustik itu pada pendiri gitar. Aku berlalu dari satu meja kecil ke satu meja kecil yang lain. Pada suatu meja kecil di aras Dua, aku berhenti. Di meja kecil ini terlambak poskad-poskad lama yang makin mengusam dengan rona kuning keperang-perangan. Aku mula membelek satu persatu poskad-poskad lama itu sambil diperhatikan oleh peniaga perempuan sekitar 50-an itu. Kebanyakkan poskad lama ini tidak aku fahami kerana bukan ditulis dalam Bahasa Inggeris.  Aku pilih empat poskad lama yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tulisannya begitu kemas digaya italik. Peniaga perempuan itu tidak mahu menerima not jingga Ringgit Malaysia yang aku hulurkan. Peniaga perempuan itu mahu aku memilikinya dengan percuma. Aku hairan. Aku berlalu setelah mengucapkan terima kasih.

Aku tidak sempat untuk menjamah sarapan pagi tadi. Aku berkira-kira mahu ke SS15 Subang Jaya untuk menikmati Rojak Telur dan Cendol Pulut Extra Manis di bawah teduhan rendang pokok. Tetapi pada masa yang sama aku kepinginkan kelazatan Jackson’s Burger. Aku langsung memacu mobil dari susur keluar Hotel Hilton, Petaling Jaya menembusi Lebuhraya Persekutuan mengarah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman. Sambil menikmati keenakan Beef Burger Extra Chilli Sauce dengan bilasan minuman tin Kickapoo, aku mula memahami inti pati poskad-poskad lama yang makin dimamah masa itu.

Poskad Lama Satu

To: Love
February 6th 2006
Paris, France.
dear love,
heyya. it’s 9.20 pm and i’m doing some last minute practises for joget tomorrow’s performace. In 3 days, we went to the eiffel tower, arch de triomphe, notre dame, and river seine. It’s so cold, thought of you. And when I was on the eiffel tower, i wished you were there too. Seriouly miss you. The notre dame was nice. Evertything is beautiful but it’d be greater if you were here with me. anyway, I’ll write later =)
p/s: miss you & wished you were here!
p/s: the portrait of Mona Lisa, saw this dkt Lourve
lotsa love,
love

Poskad Lama Dua

February 10th 2006
Colmar, France.
dear love,
heyya. i’m in the hotel room and dora’s sleeping beside me. Tomorrow we’re going to Switzerland, leaving france already. The last few days, best ahh gak. Yesterday I played with snow =) best sangat!! Cold sangat, the temperature: -7C. Went to this international school, best sangat coz org kat that school respect all religious. Orang Islam bley pakai tudung and bulan puasa diorang sediakan food for buka puasa. Buat that dance, hehhe and ajar diorang main congkak. Susah sangat nak explain in French hehhe. but last2 diorang bley maen ahh. The school visit tu 7th february. And on the 9th of february, baru played with snow =). cay then, next ->
p/s: Went up the eiffel tower =)
lotsa love,
love

Poskad Lama Tiga

To: Love
10th February 2006, Colmar, France
dear love, heyya. 2 days ago was my birthday, thanks for messaging me =). Can’t wait to open the card you gave me when dah balik coll. so how are you? miss you loads and i guess you’re busy heh? Hehhe, xpe2, study hard =) The snow is FREEZING cold. but i’ve been sleeping a lot dowh, mesti mama marah sangat. I bought some stuff for you. We went to the science museum yesterday, the wine & cheese factory gak. I’m darn sleepy dowh now ni, nak tido already. More snow outside. Miss you, wish you were here, good night =)
p/s: lourve, a museum, famous sangat.
lotsa love,
love

Poskad Lama Empat

To: Love
Zurich, Switzerland 12/2/2006
dear love, heyya. actually i’m in the plane already. Nak balek Malaysia =). This is my last postcard to you. 4 je, sowwy. So anyway, yesterday i tried calling your phone but it was off, tido hehhe 3:30 am, Malaysian time. Kitorang ada snowball fight yest, sejuk SANGAT. i’m gonna miss France & Switzerland sangat, hehhe, but best ahh gak balek Malaysia. I got your msg, but xde cred laa, xbley reply. And you know what? When i got your msg, i tgh miss you sangat gak.. a few hours lg sampai Malaysia, nak msg you, neway, 1 conclusion, nak sangat gi Paris with you 1 day =). Miss you loads.
lotsa love,
love

Aku termenung. Aku terasa seakan-akan mahu menyanyi secara tiba-tiba. Jadi aku menyanyi.

Ne me quitte pas | Il faut oublier | Tout peut s'oublier | Qui s'enfuit déjà | Oublier le temps | Des malentendus | Et le temps perdu | A savoir comment | Oublier ces heures | Qui tuaient parfois | A coups de pourquoi | Le coeur du bonheur | Ne me quitte pas | Ne me quitte pas | Ne me quitte pas | Ne me quitte pas

Tuesday, 29 January, 2013, 1:12 AM

Sunday, January 27, 2013

Interracial


Kau tak pernah fikir fasal kahwin?

Pernah. Tapi lama dulu lah. Sekarang ni, takde dah.

Kenapa?

Entah, susah lah nak cakap. Tapi aku nak tunang.

Haha, macam tu pula. Tunang nak, tapi kahwin tak nak. Macam tu?

Aa, lebih kurang lah. Sebab aku rasa tunang tu macam sweet. Bagi aku lah, haha.

Pelik, haha. Tapi layan je lah. Asal aa?

Sebab bagi aku percintaan tu tak semestinya berpengakhiran dengan perkahwinan.

Maksud kau?

Sebab takde benda certain. Aku tak nampak point kenapa kita kena kahwin. Bercinta boleh putus. Tunang pun boleh putus. Kahwin lagi lah. Cerai. Macam Mak aku cakap, perkahwinan ni sejenis perjudian sebenarnya. Apa yang sebelum mungkin tak sama dengan apa yang selepas. People change.

Tapi kahwin tu menghalalkan hubungan lelaki perempuan.

Hubungan seksual? Dalam agama, ya. Kalau tu maksud kau. Tapi bercinta tak semestinya kena raikan macam tu kan? Takde pun takpe. Kau tak mengharapkan sesuatu dari pihak yang lagi satu. Aku prefer lagi konsep tu. Ikhlas lagi lah maksud aku.

Kalau satu hari, dijadikan cerita kau kahwin, apa expectation kau?

Aku prefer interracial marriage sebenarnya.

Kenapa?

Sebab aku suka kot idea tu. Aku suka idea, dua individu yang betul-betul berbeza, takde langsung persamaan kalau boleh, tapi mustahil lah kan. Boleh terima satu sama lain seadanya. Seadanya tu is a strong word actually, tapi aku suka. Benda tu luas tapi sempit juga kalau kita nak cakap fasal benda tu. Opposite attraction. Tapi, ada chemistry. Benda tu macam magic lah bagi aku.

Kau rasa family kau, Mak kau tak kisah?

Haha, kisah. Mak aku prefer lagi kalau aku kahwin orang Melayu juga sebenarnya. Tapi aku tak berapa nak sokong idea tu. Tak payah tengok jauh, dalam Malaysia lah. Aku suka cakap fasal benda ni. Sebab it’s happening around us. Kita tahu benda ni macam tak berapa nak betul. And individu-individu yang terlibat pun most probably tahu benda ni tak berapa nak betul. But still, they done nothing.

Apa kes ni?

Macam ada lah segelintir, tak semua lah. Aku tak nak stereotype kan orang. Tapi benda ni ada jadi. Ada macam certain family akan decide dengan siapa anak diorang boleh kahwin. Bloodline reason bagai lah. So call nak preserve family punya bloodline, lebih kurang macam tu lah. Ni bukan sekarang kita dah moden ke apa punya sebab. Bagi aku tu bukan persoalan pokok. Tapi bagi aku dah macam sistem kasta. Serious shit. Macam double standard, kau rasa kau lagi bagus dari orang lain. Kau tak rasa macam tu?

Oh, benda ni. Aku pernah ada kawan macam ni. Family yang oppose. Pada hal, the fact that this young lad yang nak kahwin and ngadap awek ni sampai mati kan. Aku tak faham kenapa family pula yang kena decide and menyibuk dengan siapa yang kau boleh kahwin, dengan siapa kau tak boleh kahwin. And sebab family name je. Aku rasa agak ridikulus. In my opinion lah.

And the fact that nama tu is nothing, but orang selalu nak agung-agungkan sangat pun aku tak faham. Nama je pun. Aku pernah baca lah Rafidah T3 yang dekat TV3 tu tulis somewhere, kau lahir dalam which family ni just kebetulan je. Kau tak boleh decide pun semua tu. So kalau kau nak fikir sangat dengan benda-benda kebetulan, macam kau lahir dalam family yang kurang mampu, kaya sangat ke apa, macam buang masa je lah.

Hm, betul juga. Apa yang penting, yang dekat dalam lah bagi aku. Aku tak suka cakap bab-bab agama nak kaitkan dengan benda ni, tapi ada point yang betul juga dengan benda ni. Iman tak dapat diwarisi. Betul lah. Kalau Abah kau pembunuh ke apa, for example lah, tak bermaksud kau pun jadi pembunuh juga. Atas kau lah. Macam mana kau nak corak hidup kau.

Oh, cakap fasal benda ni, ada juga benda yang aku duduk fikir je sejak dulu. Kan ada cakap, perempuan itu dikahwini kerana perkara yang empat; harta, kecantikan, keturunan (nasab) dan agama, maka pilih lah yang beragama. Orang biasa ingat yang agama ni, maksud dia, kalau kita nak pilih perempuan, carilah yang bertudung, cukup agama serba serbi. Tapi aku rasa, kau nak ambil secara general pun, tak salah.

Maksud kau general tu macam mana?

Pilihlah yang beragama. Pilih lah yang beragama Islam. Bukan merujuk kepada ilmu agama. Kita boleh ambil macam tu. Sebab jiwa manusia tu berbolak balik atas kehendak Tuhan. Iman pun boleh berkurang bertambah. Maksudnya, tiada yang statik. Perempuan yang mungkin so call tak cukup agama ni kita tak boleh rendah kan macam tu. Bukan tempat kita. Kita tak tahu depan Tuhan tinggi rendah darjat kita. Hidayah tu hak hakiki Tuhan. Tuhan tak judgemental macam kita.

New perspective. Aku ingat lagi member lecturer aku ni. Dia Muslim Indonesian. Dia kahwin dengan Christian French. Aku tak sure lah Protestan, Catholic ke apa. Tapi simple gila dia ambil. Sebab kan ada cakap, lelaki Muslim dibolehkan berkahwin dengan perempuan Ahli Kitab, yakni Yahudi dan Nasrani. Tapi tu lah. Sekarang Taurat dan Injil dah takde yang authentic lagi kan.

Haha, macam tu lagi layan. Eh, fasal interracial marriage tadi. Tak habis lagi.

Aa, teruskan. Sila sila.

Sebab aku fikir, hidup ni is a learning process. Hari-hari kau akan belajar benda baru. So bagi aku. Kalau boleh lah kan. Kalau boleh. Aku nak cari someone yang aku boleh belajar banyak dari dia. Maybe she’s Christian, Hindu, Buddhist, Atheist or even Jewish pun, aku tak kisah. Sebab banyak benda aku boleh belajar. Culture for example. Sebab buat benda lagi  interesting. Lain. Norma tu lain. Budaya tu lain. Buka perspektif kau terhadap dunia lain bagi aku.

Hm, betul, betul. And scientifically pun, sebab gene kau jauh, so that, resesif akan di-counter oleh benda-benda dominan. So apa-apa yang resesif tu makin lama makin hilang. Pertembungan dua gene yang totally different or jauh ni, akan hasilkan kacukan yang lebih superior. Anak lawa, anak pandai, genius. Penyakit-penyakit keturunan berkurang. Banyak kelebihan sebenarnya.

And agama-agama samawi macam Islam, Christian and Yahudi pun kita percaya, semua umat manusia datang dari Adam dan Hawa. Kau tak rasa kita semua ni adik-beradik ke? So macam sumbang mahram dah.

Haha, mind fuck dowh. Tapi malas lah aku fikir fasal tu.

Tapi betul lah. Susah kita nak apply interracial marriage dalam culture kita. Boleh. Tapi. Kau kena fikir Mak Abah kau lagi. Family kau lagi. Mulut orang lagi. The fact that maybe dua individu ni susah nak adapt dengan cara hidup satu sama lain. Kekadang, aku suka juga doktrin Komunisme yang aku pernah baca ni.

Fasal apa tu?         

Tak silap aku lah. Ada state yang kalau ikut pegangan diorang ni, untuk membawa manusia lebih jauh ke hadapan. Setiap individu yang lahir ke bumi ni, kita perlu putuskan hubungan kekeluargaan diorang. Maksud aku, kita kena abaikan perasaan berterima kasih dan mengenang budi kita kepada ibu yang melahirkan kita. Macam putuskan teruskan hubungan kekeluargaan tu. Sebab relationship ni yang mengekang kau dari terus maju ke hadapan.

Ada pros and kons kot.

Aa, terpulang atas orang. This side of the world, bukan culture kita lah. Interracial marriage pun jarang jadi. Doktrin-doktrin macam ni aku fikir kes yang terpinggir lah.

Sunday, 27 January, 2013, 9:11 PM

Friday, January 25, 2013

Kalau Tuhan Berikan Aku Dua Tahun Lagi, Aku Sudah Cukup Bersyukur

Aku tak nak jadi;
Si tua yang kerepot.
Si tua yang nyanyuk.
Si tua yang berkedut.
Si tua yang menyusahkan.
Si tua yang kuat merungut.
Si tua yang terlantar tak berdaya.
Si tua yang kencing berak dalam pampers.

Aku enggan  menjadi si tua yang;
Tiada anak yang sudi menjaga.
Tiada cucu yang mahu menjenguk.
Yang;
Mengharap belai kasih anak kesayangan.
Sedangkan kebenaran yang paling benar dan tiada yang paling benar selain itu adalah,
Anak kesayangan itu berasa  geli dengan aku.

Dari Sirah Rasul Allah;
Tanya seorang perempuan tua kepada Nabi,
Ya Rasul Allah, apakah aku punya tempat di Syurga Allah kelak?
Lalu Nabi memberikan kebenaran yang paling benar dan tiada yang paling benar selain itu,
Sesungguhnya Syurga Allah itu tidak dihuni oleh orang-orang tua seperti dirimu.
Perempuan tua itu terkedu tanpa bicara.
Lalu humor Nabi,
Kerana Syurga Allah itu hanya dihuni oleh muda-mudi diulit bidadari.

Adakah di perbaringan busuk kepam itu,
Yang tanpa peneman bicara.
Si tua itu meminta nyawa daripada Sang Pencipta,
Atau si tua itu meminta Mikail mencabut nyawa?

Kata orang, seorang ibu itu betah membesarkan sepuluh orang anak kecil.
Tetapi sepuluh orang anak kecil yang sudah dewasa itu?

Friday, 25 January, 2013, 4:04 PM

Thursday, January 24, 2013

Wish

If I had one wish,
I would wish to see you again.

If only once,

Before I die.

Thursday, 24 January, 2013, 4:05 PM

Wednesday, January 23, 2013

First Love II

It can do what the rest are not yet able to do:
unremembered
not even dreamt of
it accustoms me to death.

Wednesday, 23 January, 2013, 3:03 PM

Zher (III)


Kejap. Panaskan enjin.
I don’t get it why you like these old stuffs.
Maksud you?
Your Vespa and your Mini. Why don’t you just buy the new one?
Because they’re classic, Gorgeous.
But selalu rosak. You have enough money to get the new generation lagi pun kan.
I don’t know. I just like it I guess. No specific reason. Why? You tak suka naik Mini and Vespa I?
I do, I really do. But I just don’t get it.
It’s a matter of taste, Love. Like you lah.
Are you saying that I’m old? – Zher tumbuk manja bahu kiri Joned. Joned mengaduh dengan ekspresi muka.
Aa, haha.
Ish, you ni. Tak nak kawan.
Eh, eh, I’m kidding je lah. Nak I explain?
Please do, my Rockstar.
Sebab sentimental value I rasa. Tak payah bawa laju-laju. You bawa steady je. But you rasa best bila drive or ride. And diorang paling true. To me lah kan, the new gen macam dah tak berapa nak original. I suka je. But macam feel tu, lain sikit I rasa. And tak silap I, the new Vespa kan auto. Tak macam the old one, manual. The feeling nak shift gear kat tangan tu, lain macam. Best lah. Kena pulas. Kadang-kadang, kalau you silap budget, nak shift from first gear to second gear, termasuk natural gear balik. Macam tu lah. Atas orang juga.
My new Beetle? Reincarnation of the original one with Boxer engine from Porsche tau. You don’t like it?
Oh, yang tu sumpah style. I suka. But Beetle lama pun I suka juga.
Semua pun you suka kan?
Of course. Tapi I paling suka you lah.
Ohhh, really? How much?
This much.
Sikit tu je?
Okayyy lah. This much. – Joned depang tangan kanan kiri luas-luas.

Wednesday, 18 January, 2013, 2:43 PM

Tuesday, January 22, 2013

LRT


Dari poket beg kulit bimbit vintaj itu, aku keluarkan sebuah booklet yang aku curi-curi cetak di pejabat beberapa minggu lepas. The Prophet oleh Khalil Gibran. Koleksi puisi yang memperihalkan The Coming of The Ship, Love, Marriage, Children, Giving, Eating and Drinking, Work, Joy and Sorrow, Houses, Clothes, Buying and Selling, Crime and Punishment, Laws, Freedom, Reason and Passion, Pain, Self-Knowledge, Teaching, Friendship, Talking, Time, Good and Evil, Prayer, Pleasure, Beauty, Religion, Death dan The Farewell.

Aku pernah membuat carian untuk pembelian naskah The Prophet di laman sesawang. Tetapi aku kira barangkali harganya terlalu mahal dan mungkin sekali mencapai ratusan ringgit. Suatu ketika dahulu, untuk mendapatkan sebuah buku sekitar harga RM30 ke RM40, kekadang aku perlu berdikit-dikit menabung dua hingga ke tiga bulan. Walaupun kini aku mampu untuk mendapatkan sebuah buku pada variasi harga itu setiap minggu, tetapi untuk membuat pelaburan mendapatkan buku dengan tag harga ratusan ringgit di Kinokuniya, aku kira aku masih perlu berdikit-dikit menabung seperti lazimnya dahulu.

Jadi apa yang aku lakukan ialah aku membuat carian sekali lagi di laman sesawang. Tetapi aku mencari The Prophet oleh Khalil Gibran dalam format PDF. (Pernah suatu ketika dahulu aku terkeliru antara penggunaan PDF dan PDA yang merujuk public display of affection, aku masih geli hati memikirkan perihal itu sehingga sekarang.) Aku muat turun dan aku buka fail itu dan aku berpuas hati. Akhirnya. Pada suatu pagi yang hening pasti sepi, selepas memastikan tiada seorang pun rakan sekerja di pejabat, aku curi-curi cetak fail PDF tadi. Untuk memudahkan di bawa ke hulu ke hilir, aku cetak dalam bentuk booklet.

Dan kini, aku sedang membaca puisi Khalil Gibran, "Love" yang bertemakan cinta atau mungkin sayang. Terpulang kepada pendefinisian kau. Jika kau merujuk kepada penggunaan perkataan ‘love’ dalam Bahasa Inggeris (UK), ianya boleh digunakan untuk ditujukan kepada Tuhan, Nabi, famili, sahabat handai, individu yang dicintai atau seorang asing. Tetapi dalam alam Melayu, ‘cinta’ itu kebiasaanya khas ditujukan kepada individu yang dicintai, Tuhan atau Nabi dan ‘sayang’ itu lazimnya ditujukan kepada yang selain itu (kurang romantis sedikit tetapi boleh juga digunakan untuk merujuk kepada individu yang dicintai).

Tali beg bimbit kulit vintaj itu aku sangkutkan pada bahu kanan aku. Aku bersandar pada belah pintu LRT yang hanya akan dibuka di satu stesyen sahaja, iaitu Stesyen Chan Sow Lin. Tangan kanan dan kiri aku memegang booklet The Prophet oleh Khalil Gibran. Telinga aku dikedap bunyi dengan fon telinga. Lagu yang berkumandang ini sengaja aku pilih supaya cocok dengan tema “Cinta di Udara”. Ikhlust/Ikhlast versi akustik oleh Radhi OAG atau kumpulan gitar rancak OAG. Aku tidak ambil pusing sebenarnya. Aku percaya bahawa Radhi itu adalah OAG dan OAG itu adalah Radhi. Atau line-up asal itu sebenar-benarnya OAG.

Lagu Ikhlust/Ikhlast dihasilkan dalam dua versi, versi yang bukan akustik dan versi akustik. Aku kurang pasti ejaannya Ikhlust/Ikhlast. Dan aku kurang pasti versi mana yang terdahulu dan yang terkemudian. Mungkin versi bukan akustik yang terdahulu. Atau mungkin versi akustik yang terdahulu. Atau pun mungkin kedua-dua versi dihasilkan pada masa yang sama. Okay, itu mustahil. Pasti ada yang terdahulu dan yang terkemudian. Apa-apa pun, aku sukakan kedua-dua versi. Tetapi sejujur-jujurnya, aku lebih sukakan versi akustik. Lebih “feel” bagi aku. Dan tajuk lagu ini sebenarnya agak menarik bagi aku. Perkataan ‘ikh’ dalam Bahasa Melayu dikacukkan dengan ‘lust/last’ dalam Bahasa Inggeris (UK). ‘Lust’ yang merujuk kepada nafsu dan ‘last’ yang merujuk kepada akhir. Sebutan ‘ikhlust’ mahu pun ‘ikhlast’ menghasilkan sebutan yang sama iaitu ikhlas dalam Bahasa Melayu.

Tetapi aku tidak rasa ‘ikhlust/ikhlast’ ini benar-benar merujuk kepada perkataan ‘ikhlas’ atau ‘sincere’ dalam Bahasa Inggeris (UK). Mungkin. Sama ada lagu ini berkisar perihal ikhlas sincere, ikhlust nafsu atau ikhlast akhir, aku berasakan bahawa lagu ini boleh diinterpretasi dalam gaya yang pelbagai. Ya, ikhlas itu elemen penting dalam percintaan. Ya, ikhlust itu mustahil sekali untuk dielakkan antara dua merpati sejoli yang bercinta. Ya, ikhlast itu suatu pendefinisian yang membawa pengharapan kepada sebuah percintaan yang eternal, sehingga ke syurga hendaknya. Atau juga mungkin membawa ke neraka jika elemen kedua itu tidak menerusi saluran mengikut garis panduan Tuhan. Mungkin.

Berbalik kepada lagu Ikhlust/Ikhlast versi akustik tadi, aku sukakan petikan gitar akustik dari permulaan sehingga ke pengakhiran lagu. Kedengaran bersahaja dan santai dan elemen ikhlas (bukan ikhlust/ikhlast) dalam menyampaikan ‘sesuatu’ itu sampai ke jiwa aku. Projeksion suara Radhi menerusi versi akustik ini merupakan campur aduk suatu yang teknikal dan tidak teknikal. Kedengaran bercelaru dan tidak menentu mungkin. Tetapi, ya. Cinta itu sejenis kegilaan. Suatu fasa yang begitu cliché dan acap kali dikaitkan dengan ‘makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’.

Kebiasaannya, rutin ini aku raikan pada hari-hari tententu. Dari tika aku menaiki LRT STAR dari Bandar Tasik Selatan jam 7 pagi sehingga di eskalator aras bawah tanah di LRT Putra Masjid Jamek. Dalam sela masa lebih kurang 30 minit itu, itu sahaja masa yang aku luangkan dalam rutin 24/7 aku. Mungkin ini bukan perihal cinta, sayang dan lain-lain. Perihal ‘crush’ (aku kurang pasti apa alih bahasa perkataan Bahasa Inggeris (UK) ini dalam Bahasa Melayu) secara lebih tepatnya. Aku sukakan perasaan ini. Walaupun aku hanya luangkan masa lebih kurang 30 minit. Cuma jika aku bernasib baik pada hari itu.

Ya, ini perihal crush aku pada seorang gadis muda, kawan.

Tuesday, 22 January, 2013, 11:33 AM 

Sunday, January 20, 2013

Seksualiti


Isu ni menarik actually. Serius.
Isu apa?
Oh, seksualiti maksud aku.
Haha, asal tetiba?
Takde lah. Bukan apa. Aku terfikir je.
Fikir apa?
Aku rasa kita ni hipokrit lah bhai.
Asal kau cakap macam tu?
Kita ni judgemental. Kau tak rasa ke?
Susah kot kalau tak nak judgemental. Tapi kita boleh try nak kurangkan.
Tu lah.
Apa kaitan dengan seksualiti?
Ye lah, pasal gay, lesbian, bi, transgender ni semua.
Teruskan.
Bukan apa. Diorang jadi macam tu pun semua atas kuasa Tuhan kan.
Tak clear bhai, tak clear. Cakap kasik habis lah.
Benda ni kan dah tulis dekat Luh Mahfuz. Apa yang akan jadi dalam hidup kau. Kecuali ajal, yang lain tu kau ada opsyen nak memilih.
Tu aku tau. Point kau?
Maksud aku, diorang tu semua kejadian Tuhan, makhluk Tuhan. Bila orang nak kutuk-kutuk diorang ni, aku rasa tak best lah. Sebab diorang ni pun makhluk Tuhan juga. So bila kau kutuk diorang, maksudnya sama lah macam kau kutuk Tuhan.
Betul juga cakap kau tu. Tapi fitrah lumrah manusia Tuhan memang dah bentuk. Laki-laki pasang dia perempuan.
Memang lah. Semua orang tahu benda tu. Kau ingat diorang tak tau pasal benda tu?
Mesti lah tau. Benda basic kot.
Tapi sebab nurani diorang dah macam tu, nak buat macam mana.
Tapi benda boleh kawal bhai.
Memang, memang boleh control. Tu guna kita beragama. Ada landasan. Ada dos and donts.
Dah tu? Tak kan tak boleh nak betul kan?
Boleh. Memang boleh. Tapi kau cakap senang lah.
Asal. Kau minat laki ke apa?
Haha, mana ada. Asal? Kalau aku kisah pasal benda-benda ni, maksudnya aku minat laki ke?
Takde lah. Aku tanya je. Mana lah tau kan.         
Tu lah orang cakap. Kalau ibadah kau diterima Tuhan, dia akan refleks balik dalam hidup kau, ada perubahan positif. Kalau takde perubahan, kau masih dekat takuk lama, senang cakap, Tuhan tak terima atau belum terima lah ibadah yang kau buat.
Asal kau tetiba fikir sangat benda ni?
Member aku ada cerita pasal member dia. Belajar kat UIA. Tapi mamat ni gay. Solat semua cukup. Benda-benda agama dia buat lah. Tapi tu lah, still gay. Dia tak boleh ubah. Tapi dia boleh tahan sebab ada landasan agama.
Hm, tu pun aku baru terfikir. Aku serius tak pernah terfikir.
Bukan apa. Aku pernah fikir satu benda ni. Kau nak tau?
Cerita je lah.
Aku rasa kalau kita nak minat someone, kita kena suka sebab diri dia kan? Kau faham maksud aku?
Ye lah, konsep terima seadanya lah ni kan?
Aa, tapi bila kau dah stick to the idea, laki kena minat perempuan, perempuan kena minat laki, benda ni dah tak valid.
Macam tu pula?
Ye lah, sebab idea asal dia. Kau kena minat diri dia. Kau kena tolak ke tepi soal gender. So kalau kau ambil separuh-separuh je, jadi don’t judge a book by it’s cover and don’t be judgemental tu akan jadi suatu benda yang bangang. Benda bodoh.
Hm, kau ada point kat situ.
So idea aku, aku kena pandang laki macam aku pandang perempuan juga. Sebab diri, bukan sebab gender. Apa yang dekat dalam tu. Jiwa dia maksud aku. Tu yang patut jadi keutamaan.
Haha, benda syial.
Tu je.
Kau pernah apply tak teori kau ni?
Pernah beb.
Hasil dia?
Tak boleh dowh. Aku memang minat perempuan, haha.
Tu gampang, haha.

Sunday, 20 January, 2013, 12:04 AM

Saturday, January 19, 2013

Mendung


Langit Kuala Lumpur mendung. Matari menghilang entah ke mana sedari pagi. Terlihat berat seakan-akan Kuala Lumpur bakal dirudung hujan bila-bila masa. Di toko buku Kinokuniya, aku membuat carian buku fotografi ‘I Wrote This For You’. Membelek dan membelek rak-rak buku di aras mezanin tetapi malang sekali yang di cari tidak ketemu. Aku sedikit kecewa. Paparan di mesin carian tadi meyakinkan aku buku itu ada, cuma terselit entah di celah-celah rak buku yang mana.

Aku berjalan dan terus berjalan. Tanpa punya arah tuju. Mengusung beg kulit vintaj yang isinya hanya sebuah novel tulisan J. D. Salinger, The Catcher in The Rye. Menuruni eskalator dari satu aras ke satu aras. Aku melangkah dan terus melangkah. Muka dan figura bersilih ganti. Ada ketika aku berasa seakan-akan aku seorang halimunan. Di tengah keramaian manusia ini, tiada seorang pun yang aku kenali. Tiada seorang pun. Mustahil. Ini lucu. Benar-benar lucu.

Aku keluar dari premis Suria KLCC mengarah ke kafe Starbucks. Aku pesan pada Barista amoi itu; Hazelnut Hot Choc without Whipped Cream, tall, to go. Aku berlalu dari kafe Starbucks mengarah ke tempat duduk yang lazim aku singgahi.  Panorama lanskap hutan konkrit. Yang paling dekat, Menara Maxis. Kemudian, Menara Berkembar PETRONAS dan Tower 3. Dan simbol korporat Mandarin Oriental. Selalunya, rendang pokok menghalang aku dari bahang mentari. Tetapi senja ini begitu mendung sekali.

Aku keluarkan paket rokok dari kocek kanan Dockers aku. Aku nyalakan sebatang. Aku hisap dalam-dalam. Dan aku hembus bebas. Dari poket kiri, aku seluk telefon pintar. Lagu yang sedang berkumandang, Labour of Hate oleh Carburetor Dung. Aku mainkan pula sebuah lagu yang aku baru muat turun. A, B & CP oleh Phlowtron. Rima dan puisi lagu ini benar-benar sampai ke jiwa aku. Bait-bait puisi permulaan lagu ini yang dideklamasi dengan tona bass, kedengaran tulus sekali.

Baby
Every night I gaze to the heaven and stars above
Wondering when my angel will fall so I can feel that true love
The love ever is so sweet I’ve searched for but never had
Live should have been rough at times and very bad
Why did you run?
Why did you hide?
Must I travel to the sun?
Must I fight that fight?
It shows to prove that
I’ll do anything
Just to have you by my side

Aku sedut dan aku hembus. Aku sisip perlahan Hot Choc panas aku. Aku cari lagi. Deeper Conversation. Pertama kali aku menyaksikan persembahan ‘live’ Yunalis Zarai, lima tahun lepas. MMU, Cyberjaya. Aku suka versi demo lagu ini. Tetapi aku lebih suka versi studio sebenarnya. Lebih jelas. Maksud aku, penyampaian itu lebih jelas. Aku dapat tangkap perasaan Yunalis Zarai tika menulis lagu ini. Dan tiap-tiap kali mempersembahkan lagu ini. Paparan lirik pada telefon bimbit menjadi sesuatu yang mengasyikkan.

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outer space?
Now I’m learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone take a portion of your heart?
And now I’m learning you

And if you don’t mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
                         
I’ve let my guard down for you
And in time you will too

Titis halus hujan mula turun. Tanpa lengah, aku capai beg kulit vintaj aku. Aku gapai cawan kertas Hot Choc aku. Dan aku mengarah kembali ke Suria KLCC. Hari ini mendung. Dan senja ini, hujannya lebat sekali.

Saturday, 19 January, 2013, 7:04 PM

Thursday, January 17, 2013

Zher (II)

Zher yang cuma mengenakan bra dan panties polka dot biru lembut memberikan sebuah ciuman kejap pada pipi Joned. Peluk rangkul terurai dengan renungan menggoda Zher. Joned memberi reaksi  lopongan mulut ditutup telapak tangan. Lalu mereka tertawa. Joned dapatkan tali pinggang kulit yang diletakkan di atas meja komputer peribadi. Dua buah telefon bimbit ditempatkan di kocek kiri hadapan. Tempat penyimpan kad dan kepukan helaian not Ringgit pada poket sisi kanan belakang dan gugus kunci Vespa dan apartment pada belah kiri.

Hari ini Jumaat. Joned memilih untuk mengenakan baju melayu hitam. Tampak serasi bagaikan dua merpati sejoli dengan baju kurung yang dikenakan Zher. Kedua-dua belah lengan dilipat kemas hingga ke atas paras siku. Butang biru yang cuma mengisi lubang butang ketiga itu dikancing. Shades bingkai plastik dan dawai disangkut pada kocek kiri Baju Melayu. Rambut hitam yang ikal mengurai dikemas dengan sikatan tangan. Di hadapan cermin panjang, Joned tersenyum, berpuas hati.

Ketika Joned mendapatkan topi keledar, Zher sudah terpacak berdiri di belakang. Joned paling. Joned terpana dan masa seakan-akan berhenti menafikan Hukum Masa. Zher tampak ayu dengan sepersalinan baju kurung bermotif fauna daripada fabrik kapas. Lilitan selendang rona putih yang menutup sebahagian rambut potongan paras bahu Zher itu padan sekali. Dengan padanan mata bundar di balik shades bingkai besar dan senyuman menawan, Zher menjadi ciptaan teragung Tuhan di mata Joned.

Wah, Perempuan Melayu Terakhir!
That’s racist okay!
Okay, okay. Perempuan Cina Terakhir. Sounds good?
Hehe. Hey Sayang, how do I look?
Biasa je.
Hey.
You look gorgeous like always.
Really?
If you’re wearing your Cheongsam pun lawa juga.
But I know you like me wearing baju kurung.
And kebaya nyonya. You know Belaian Jiwa kan?
Yea. Why?
Hanya bidadari sebagai ganti. You are that bidadari.
How sweet, haha.
I’m serious okay. Ada ke gelak pula.
Okay, okay. Sowee.
Eh, kejap, ada bulu mata dekat pipi you.
Where?
Kejap aa. You know what. Orang cakap kalau bulu mata kanan kita gugur, tandanya ada orang suka kita.
Really? Siapa suka I?
Duh.
Hehe, what?

Derap but Doc Mart kulit potongan tinggi dan flip flop saling bertingkah di ruang kosong koridor. Semasa mengunci pintu utama unit apartment duplex, Too Much Love Will Kill You oleh kugiran Queen sayup-sayup kedengaran dari pembesar suara Eacan. Butang elevator ke aras bawah ditekan. Mini Cooper 1969 dan Vespa 1974 diparkir di aras B1. Untuk ke aras B1, residen Hampshire Residences perlu menukar elevator di aras ruang legar.

Wednesday, 16 January, 2013, 12:32 PM

Wednesday, January 16, 2013

Zher (I)


Lagu Oh! Darling oleh kumpulan gitar rancak The Beatles dari Great Britain berkumandang memenuhi ruangan unit apartment duplex. Joned berlagu bersama sambil menyarung jeans Levi’s Premium rona biru pudar dengan sentuhan vintaj. Koyakan pada kedua-dua belah sisi lutut jeans membibitkan perasaan semacam seorang bintang batu beraksi ‘live’ di atas pentas sebuah stadium berkapasiti seratus ribu orang fanatik.

Zher memerhati keletah Joned dengan senyum besar, secara literal. Sambil menyeterika sepersalinan baju kurung bermotif flora daripada fabrik kapas, Zher mula berdansa santai mengikut tempo ketukan set drum. Menyedari itu, Joned dengan gaya memegang mikrofon imaginari perlahan-lahan merapati Zher. Dengan penuh perasaan, Joned menyanyikan rangkap, When you told me you didn’t need me anymore | Well you know I nearly broke down and cried | When you told me you didn’t need me anymore | Well you know I nearly fell down and died.

Zher tertawa melihatkan Joned yang secara mengejut berbaring melentang di atas hamparan permaidani dengan mata tertutup dan lidah yang terjelir. Zher dengan reaksi simpati menghulurkan kedua-dua belah tangan pada Joned. Joned sambut. Dengan berdiri menghadap Zher, haruman Pure Seduction oleh Victoria's Secret mula menerabak rakus reseptor bau Joned. Pada bait I’ll never do you no harm, Joned menghadiahkan sebuah ciuman manis pada pipi gebu lagi mulus Zher.

Zher buka mata dan mengulum senyuman menawan memandang ke dalam mata Joned. Lalu Zher kunci kedua-dua belah tangannya pada leher Joned. Yang kemudiannya di balas Joned dengan rangkulan longgar pada pinggang ramping Zher. Apabila berdiri, Zher kelihatan lebih tinggi sedikit daripada Joned. Untuk satu minit yang seterusnya, Zher dan Joned kekal pada posisi intim. Meraikan momen penuh majis itu dengan balas senyuman tanpa bicara.

Your eyes are so brown.
Really?
Yeah. And you have double eyelashes too. Do you know that?
Haha, no! I’m not that vein okay.
But hey, I like the way you look at me.
You tak nak bagi tahu I kenapa?
Because it’s so sincere. And lembut.
Wow. Serious?
Yep. And in that iris of yours, the only thing that I could see is, me.
Memang la, duh.
I don’t know how to explain it. But that’s how I feel.
Alaa, try please?
It feels like, I’m the only one in that big world of yours. That’s how you know if that person is the one for you I guess.
Am I the one?
You think?
You’re the one for me. I think.
Ish, you think?
Haha, nah. I’m kidding.
Breakfast?
You tak jawab lagi.
Cupcakes?
You jawab dulu.
Okay, fine. Sure you’re the one for me.
Hehe, okayyy. Wondermilks, shall we?
Jom!

Wednesday, 16 January, 2013, 12:32 PM