Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru

Joned      : Pergh *******. Nampak jambu hari ni. Selamat tahun baru!
*******     : Hahahah. Bila nk belanja i niii

Kalau anda terlihat kelibat gadis berbaju kurung pink, sila try pick-up line di atas.

(Proven)

Monday, 31st December, 2012, 3:30 PM



Sunday, December 30, 2012

The Heart Wants What The Heart Wants


Tidur la jom. Vibrations esok dah la pukul lapan.
Lek lu. Kok tang.
Aku pancit ni bhai. Dari petang dok bertukang. Nak layan kau lagi.
Pergh. Cam tak biasa lak.
Dah tu. Tiap-tiap malam cam ni.
Aku serabut ni dowh. Kau tak sian kat aku ke?
Butoh. Dah tu aku kau tak sian lak.
Haha, cakap teman seranjang. Kau je tempat aku mengadu bhai.
Kau dok serabut menda pe lagi ni?
Menda semalam la.
Laa. Tak abes abes lagi?
The heart wants what the heart wants Rom.
Haha, fak apa.
Aku dok serabut lagi ni dowh. Nak buat camne ni syal.
Dah dah lah tu Ned.
Tak boleh dowh. Aku tak boleh.
Babi la kau ni. Aku cakap kau tak nak dengar.
Memang la. Aku nak kau dengar je. Takde pulak aku cakap aku nak dengar pe yang kau cakap.
Haha, gampang pe.
Psst. Syal la menda ni.
Kau tu. Selalu camni. Dulu pun camni gak.
Bukan pe dowh. Dah aku memang camtu. Nak buat camne.
Benda boleh ubah.
Dah memang macam tu taste aku. Nak buat camne.
Tak abes abes Arab kau.
Ah kau. Kita ada hak untuk memilih Rom.
Fak.
Haha. Betul pe apa aku cakap.
Memang la. Tapi kau tengok lu muka kau tu kat cermin.
Hari hari tengok bhai. Kacak hensem bergaya. Sape je tak minat. Kau cakap. Kau cakap.
Gampang, haha.
Bukan dowh. Kalau kau rasa kau minat awek tu. Tak kan kau nak biar je.
Memang la. Tapi dah dia tak minat. Kau nak buat pe. Tak kan kau nak paksa.
Dia tak bagi aku can langsung weh. Gila tak fair.
Kita ada hak untuk memilih Ned.
Fak. Amek ayat aku, haha.
Betul la. Macam kau la. Hari tu awek mana ajak kau kawen tu? Aa, tak nak pulak kau. Kau pun tak fair.
Bukan dowh. Banyak kali aku cakap. Cantik tu subjektif.
Haha, butoh.
Dah bukan taste aku nak buat camne. Cam kau la. Kau cakap Neelofa lawa. Aa, tapi bagi aku dia biasa je. Sebab bukan taste aku.
Kau tu. Taste macam anjing.
Puki. Siapa taste macam anjing. Gua ke lu? Haha.
Haha, tapi dia memang cun la.
Siapa? Neelofa?
Arab yang kau usha tu lah.
Haha, tau pun kau. Tengok orang la beb.
Haha, pe kaitan syal.
Bukan weh. Camne kalau she’s the one.
Dah kuar dah Ted Mosby dia.
Aku serius ni gampang.
Aa, yelah yelah. Aku dengar. Pe dia.
Macam mana kalau she’s the one. Dia tak tau. So tugas aku nak buat dia tahu semua tu.
Haha, menda syal.
Betul lah. Kau bagitau aku. Camne kalau kau nak tau she’s the one.
Entah lah weh. Mana aku tau.
Aa, tu la pasal. Tu aku ajak kau brainstorming ni.
Dah nak Subuh dah ni bangsat. Esok kelas.
Lek lu. Layan la aku jap.
Apa lagi Ned.
Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni. Serius.
Aku support je bhai.
Aku tanya kau ni.
Kang kau down ke, menda ke, aku gak kena dok melayan.
Dah tu. Cakap roommate. Tak kan kau nak biar je.
Yelah yelah. Kau ikut je kata hati kau.
Aa, betul la. The heart wants what the heart wants. Kan aku dah cakap.
Suka hati kau la Ned.
Aku nak kenal dia. Aku nak dia kenal aku. Bukan aku nak ajak kawen pun.
Tu la sebab dia tak nak.
Aku nak ajak dia bercinta je. Tak kawen pun takpe.
Menda syal.
Yelah. Selama ni. Takde aral pun benda tak jadi. At least ni dah tau memang tak boleh ke mana. Kita dah draw the line.
Masalahnya dia tak nak.
Aku tau. Tu la problem dia.
Kau tu. Pikir entah apa apa.
Kau dengar eh Rom. Kau bayangkan. Kau dah tau memang tak boleh kawen. At least kau dah tau bhai. Kalau orang orang lain tu. Kau tak tau. Takde benda certain. Menda nak jadi, jadi je. At least ni dah tau.
Kalau menda tak boleh pergi, buat pe nak teruskan. Kau cakap kat aku sikit.
Memang la. Memang sakit. Tapi. At least kau try. Kau sempat la merasa. Bila nak kawen. Kita stop. Sebab memang menda ni tak boleh pergi. Nak buat camne. At least ada benda yang sebelum tu. Yang korang share tu. Tu yang paling penting.
Kau ni Ned. Aku tak paham betul lah. Nak cakap bangang, pandai.
Betul la kan apa aku cakap.
Bukan semua orang rasa camtu Ned. Kau kena ingat.
Aku tau.
Dah la. Tidur. Aku lalok dah ni.
Weh. Lek lu.
Dah, dah. Aku nak tidur.
Woi. Woi.

Sunday, 30 December, 2012, 8:31 PM

Something Stupid


Aku exit dari Cheras Perdana ke LEKAS. Aku memacu slow and steady Mini Cooper aku. Aku sukakan feel pabila memandu mobil comey ini. Entah lah. Sukar untuk aku ungkapkan. Penuh nilai sentimental. Sama seperti shades yang aku kenakan di bawah terik matari. Sama seperti beg kulit vintaj yang aku bimbit ke pejabat. Sama seperti but Doc Mart low cut yang aku sarung ke hulu ke hilir.

Mini Cooper ini aku beli daripada seorang Haji pencen di Negeri Sembilan. Seorang peminat tegar Mini Cooper dan Mini Clubman. Haji pencen mahukan seorang pembeli yang punya jiwa entusiastik. Kondisi tip top dengan spesifikasi asal. Sebuah Mini Cooper model tahun 1969 dengan sesaran satu perpuluhan sifar liter. Direplikasi serupa dengan Mini Cooper watak komedi, Mr. Bean.

Projek asal aku mahu memodifikasi Mini Cooper ini dengan karekter yang lebih sukan. Rona merah garang dengan belang perlumbaan. Kit badan yang lebih lebih lebar pada arca keempat-empat sudut tayar. Saiz tayar yang lebih lebar. Rim sukan mangkuk yang klasik. Dikuasakan dengan enjin Passo Turbo satu perpuluhan tiga liter. Sistem suspensi yang lebih keras. Serta sistem perpaipan yang mengeluarkan bunyian garang.

Kesudahannya, projek asal itu aku komakan. Sebagai seorang yang berjiwa sentimental, aku terkenang akan sebiji kek homemade sempena ulang tahun kelahiran aku yang kedua puluh. Sebiji kek Mini Cooper. Palitan pewarna biru lembut secara total. Pewarna belang rona putih pada kedua-dua belah sisi bonet hadapan. Dan pewarna air brush bendera Union Jack pada bahagian bumbung. Reinkarnasi sebiji kek menjadi sebuah mobil pada skala sebenar.

Aku betul-betul mengagumi ambians malam ini. Sang purnama dipagar bintang-bintang. Melukis indah kanvas langit malam. Pada papan pemuka Mini Cooper ini, terletak elok sebuah kipas kecil. Yang paling moden dalam ruangan kokpit ini adalah sebuah pemain cakera padat cap Bose. Talaan pada frekuensi BFM 89.9. Memainkan lagu kegemaran sepanjang masa aku. Something Stupid dendangan mendiang Nancy dan Frank Sinatra Jr.

Aku terimbau momen penuh majis petang Jumaat yang lepas.

Aku berjalan beriringan bersama seorang teman. Tiap-tiap Jumaat akan aku sarungkan baju korporat dengan paparan besar jenama syarikat pada sisi belakang. Shades aku simpan rapi di dalam kocek kiri baju. Beg kulit vintaj aku genggam erat di tangan kanan. But Doc Mart low cut aku pijak gagah pada jubin-jubin berkilat lantai. Sepenuh perhatian aku tumpukan pada tiap-tiap butir bicara yang keluar dari mulut teman aku.

Dari kejauhan, aku terlihat suatu figura. Bagaikan bidadari terlepas dari kurungan syorga Tuhan. Umpama puteri kayangan menjejak kaki ke bumi noda. Entah lah. Sukar untuk aku ungkapkan. Aku terpana. Mesmerized. Bersusok lampai. Berparas descendent Arab. Dan aku kira. Mungkin sekali fasih bertutur Inggeris. Momen yang sama, melodi Something Stupid versi asal mula bermain pada pendengan aku seorang.

Figura itu mengulum sebuah senyuman yang paling menawan. Sebuah senyuman besar yang paling menawan. Mata yang bergemerlapan terang secerah bintang kejora. Dalam gerak perlahan, figura itu melambai mesra. Melodi Something Stupid itu secara mengejut jeda. Bersilih ganti dengan kalimah suci ‘Hye’ yang menjadi suatu bunyian yang paling euphonious. Yang paling mengkhayalkan. Lebih mengkhayalkan daripada sedutan marijuana perubatan.

Aku kulum senyum. Kelibat figura itu berlalu laju di sisi kanan aku. Aku berhenti melangkah. Aku paling. Dan figura itu pup. Lesap. Aku kulum senyum kembali. Aku geleng kepala. Dan aku tertawa kecil. Halusinasi. 

Gampang.

Sunday, 30 December, 2012, 2:55 AM

Saturday, December 29, 2012

Syayang

Bumbung, Pasar Seni


Di sebelah yang satu lagi itu, pasti ada yang merindu pada Sang Purnama yang sama, Syayang.

Saturday, 29 December, 2012, 1:04 AM

Friday, December 28, 2012

Rai dengan Sebutan Rai dan Bukan Ra-e

Kuala Sepetang, Perak

Meraikan kehidupan. Dan sebab itu hari-hari Hari Raya. Tidak hanya tertakhluk kepada Raya Puasa, Raya Korban, Deepavali, Tahun Baru Cina mahu pun Krismas. Rukun dan tata dalam meraikan? Terpulang. Seperti tema Cantik itu Subjektif simposium di BRJ Alam Damai bersama member-member yang singgah sebentar di Kota Sepi Lagi Jahat Kuala Lumpur, Rai itu juga Subjektif. Terpulang pada pendefinisan masing-masing. Itu pun salah satu cara untuk meraikan kehidupan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagak seorang muda-mudi penyantun, aku lebih selesa memilih untuk berdiri di dalam STAR mahu pun PUTRA. Empat beranak baru menaiki tren. Seorang bapak, seorang akak dalam 12 tahun, 2 orang budak perempuan dalam 5, 6 tahun. Berseragam sekolah dan tadika. Expatriate Indonesia. Aku lihat auntie Cina bangun mengalah seat. Dua orang budak perempuan tadi duduk. Dan si akak berdiri sambil bergayut tangan memastikan adik-adik tidak bikin onar. Semua memerhati keletah dua orang budak perempuan tadi. Dengan kulum senyum gumbira pada tiap-tiap pasang mata. Dan tiap-tiap bentuk muka.

Aku swipe Touch n Go dan aku melintas jalan di depan STAR Masjid Jamek. Aku perhati pengemis-pengemis jalanan. Aku tak mahu ambil pusing apa yang dikemis. Duit kertas kah? Syiling kah? Nasi lemak bungkus kah? Paper The Sun kah? Sebatang rokok kah? Lantak kau orang. Aku perhati seorang mak cik Melayu beli nasi lemak bungkus lalu disedekahkan secara bertamadun pada seorang pengemis yang bersandar pada tiang. Seorang pemuzik jalanan buta bermain biola meraikan Saiyiddul Ayyam. Aku berdiri tegak memerhati dekat. Penghormatan kepada seorang pemuzik jalanan buta. Habis lagu aku berlalu dan swipe Touch n Go menuruni eskalator PUTRA Masjid Jamek.

Aku nampak Nyonya yang sibuk melayan cucu dalam stroller. Nampak comel. Dan aku. Cemburu dengan sesuatu yang aku tidak ada. Tidak punya. Nyonya perasan aku. Nyonya senyum. Dan aku pun senyum. Senyum persefahaman antara dua manusia tanpa sebarang prejudis, tanpa unsur rasis, tanpa perlu singkap selidik pegangan akidah. Aku dapat tangkap sirat senyum Nyonya. “Sampai masa nanti, lu pun punya anak." Terima kasih Nyonya.

Aku perhati gathering dua family friends di Signature Level 2. Sebuah famili Indonesia dan sebuah famili Bosnia mungkin. Bersefahaman dalam tutur Inggeris. Bapak-bapak perinci perihal vacation di Langkawi. Budak-budak laki-laki di satu meja lain bergebang hal budak laki-laki. Geng mak-mak dan anak perempuan mengitar seorang bayi lelaki di satu meja yang satu lagi sambil borak-borak kosong pasal benda-benda orang perempuan.

Mata aku tertangkap pada gadis Bosnia yang menge-cak-nge-cak bayi lelaki itu yang kini berada dalam pelukan. Sweet 16 mungkin. Pada raut muka itu, tersurat sesuatu yang sukar sekali untuk aku ungkapkan (serius). Keikhlasan. Ketulusan. Kebahgian. Dan entah. Kesemua itu menjadi sesuatu yang blend dan perasaan gadis Bosnia yang sedang menge-cak-nge-cak itu dapat aku rasakan (serius) dari kejauhan.

Aku paling kepala. Aku dapatkan briefcase kulit vintaj aku di kerusi sebelah. Dan aku berlalu pergi.

Kau Tuhan. Hanya satu yang aku pinta. Sebelum jasad ini sebati mati dengan bumi, Kau kurniakan perasaan gadis Bosnia itu ke dalam sanubari aku yang sakit ini.

Amin.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, 28 December, 2012, 10:40 AM

SiGi

Excellent student akan bicara pointer yang tinggi mewujudkan peluang yang lebih untuk memulakan karier dengan pemain-pemain besar.
Pelajar biasa-biasa akan bilang keseimbangan dalam bidang akademik dan benda-benda lain penting dalam pembangunan kendiri manusia kamil.
Pelajar cukup-cukup makan akan gebang result tak penting, tiada kaitan dengan performance time bekerjaya.

Lantak kau lah nak sedap kan hati kau macam mana.

Friday, 28 December, 2012, 5:44 AM

Thursday, December 27, 2012

Perempuan


Hari ini aku bunuh obsesi aku pada perempuan.
Yang bersusok lampai, berparas descendant Arab dan fasih sekali bertutur Inggeris.
Yang berbusana baju kurung dari material cotton dengan motif fauna yang dipasang anggun bersama tudung bawal.
Yang mempertaruhkan kebaya Nyonya rona putih dikenakan bersama kain songket hitam dengan sanggul sang Morpho Didius.

Hari ini aku tamatkan obsesi aku pada perempuan.
Pada si jurutera perempuan yang mengirim salam di Kuala Lumpur Convention Centre.
Pada si perempuan muda beruniform memegang metal detector yang mengulum senyum.
Pada perempuan-perempuan yang lalu lalang di hadapan kubikel sepi seorang aku.

Perempuan.
Ah.

Hari ini aku noktahkan obsesi aku pada perempuan.

(Puisi ini menceritakan secara jujur tentang kekecewan seorang laki-laki terhadap perempuan2)

Thursday, 27 December, 2012, 2:57 PM

Saturday, December 22, 2012

Teaser


Aku tuju ke meja yang lazim aku singgahi. Sebuah meja mini bergeometri bulat dengan padanan sebuah kerusi berona putih bersih dilengkapkan dengan couch hijau lembut betul-betul menghadap keramaian yang berlalu naik dan turun dari eskalator medan selera Signature Level 2. Aku labuhkan punggung perlahan-lahan pada couch empuk hijau lembut itu dan aku letakkan cermat briefcase kulit vintaj aku di sisi kanan aku. Panorama yang aku jamahi secara raw ini sungguh mengasyikkan.

Secara serius, gadis-gadis dengan pakaian sendat merah garang menampakkan lurah dendam dengan lentuk tubuh hour glass yang mengghairahkan tidak langsung mampu menjentik berahi apatah lagi mencanak-canakkan syahwat aku. Aku lebih gemar mencari-cari dalam keramaian pesona seorang puspa Melayu yang berani mempertaruhkan busana baju kurung dari material cotton dengan motif ringkas fauna yang dipasang anggun dengan tudung bawal. Tiada hasil hari ini. Aku pasrah dalam kekecewaan.

Aku setkan dial lock keselamatan pada kedua-dua belah briefcase kulit vintaj aku pada digit 11. Klik. Aku buka briefcase kulit vintaj aku dan aku keluarkan sebatang pena Pilot G2 0.7 biru dan sebuah buku nota nipis yang aku dapatkan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu, Sabah. Aku tutup kembali briefcase kulit vintaj aku tanpa mengunci kembali lock keselamatan. Dalam hiruk-pikuk dan keriuhan keramaian, aku memerhati ligat dan gelagat tiap-tiap individu. Fikiran aku, kosong lagi lompong.

Aku tekan picu pada pena Pilot G2 0.7 biru aku. Aku tumpukan sepenuh perhatian pada muka surat berona coklat yang masih lagi kosong tanpa sebarang limpahan dakwat biru dari pena Pilot G2 0.7 yang aku genggam pada tangan kanan aku. Aku dongakkan kembali kepala aku pada sudut 0 darjah. Aku pejamkan mata aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Dan aku lepaskan kembali perlahan-lahan. Dua sedutan inspirasi dari Super Fine Clove Cigaratte tadi masih tersisa. Menerjah-nerjah rakus reseptor-reseptor kreatif seorang aku.

Dan tangan kanan aku yang menggenggam pena Pilot G2 0.7 biru itu secara alami mencoret sebuah puisi kontot pada muka surat berona coklat yang kosong tadi. Menzahirkan apa yang terbuku di dalam sukma aku yang paling seni.

Dalam keramaian
Aku sendiri
Romantis

Kejam.

Pada momen itu, aku terkenang akan dikau. Seorang perempuan bersusok lampai, berparas descendant Arab dan fasih sekali bertutur Inggeris. Jika kau sudi, akan aku nurkilkan kau sekeping kad dengan ilutrasi ringkas rama-rama dengan ‘Hey, wanna grab a drink someday? =)' Jika kau sudi, sebelum kita mengakhiri janji temu kita yang pertama, akan aku pinjamkan kau “Yasmin How You Know?” supaya aku punya excuse untuk janji temu kita yang kedua. Dan akan aku selitkan di celah-celah muka surat buku itu sepucuk nota, supaya pabila kau selak, sepucuk nota itu jatuh, kau kutip, kau tatapi dan akan kau cuba fahami intipati.

And now we took time to learn each other
For sometimes now I see
I knew you were the right one for me
So stay with me forever and you see

Aku tersenyum. 

Keseorangan dalam keramaian.

Aku tersenyum.

Hanya pabila mengenangkan dikau.

Saturday, 22 December, 2012, 9:15 PM

Wednesday, December 19, 2012

When You Are Gone by Yasmin binti Ahmad

But if only God
would grant me
a piece
of His courage,
I might face
your absence
without dying.
But if only you would
take me
with you
wherever you go,
I would find
home
in a million different
places.
And I would sweeten you
in a million different
ways.
Before you are sleepy,
I will have already placed
a thigh
under you falling
head.
Before you are hungry,
I am already peeling
onions.
When you are
angry with me,
I shall 
kiss you.
When you are not,
I shall kiss you
twice.
If you should die
before me,
I shall lie down 
beside you.
Whisper a joke
into your half-listening ear.
Promise
the ultimate promise
of eternal companionship.
When you are gone,
I do not die,
But I am forever
dying.

(Beautiful)

Tuesday, December 18, 2012

Kau Tahu

Kau tahu banyak benda dalam dunia ni tak adil.
Kau tak rasa macam nak mencarut?

Tuesday, 18 December, 2012, 7:47 AM


Sunday, December 16, 2012

Tersyasyul

Jumaat lepas, seperti Jumaat-Jumaat sebelumnya, tepat jam 12.06 tengah hari, gua dah terpacak menanti member-member gua, Ber sama Zem di ruang legar lobi. Kebiasaannya, sebelum gua turun, gua akan pastikan gua dah hantar pesanan ringkas pada Ber sama Zem. Simple tapi padat, "Turun woi." Dengan tangan kiri dalam kocek, tangan kanan pegang henpon, sandar sama dinding dan berdiri dengan gaya kaki silang, mahu dua puluh minit juga tiap-tiap kali Jumaat gua melangut menanti Ber sama Zem. Konspirasi Yahudi ke apa ni bhai?

Dalam keasyikan gua mengusha-usha jika ada mana-mana makwe yang berani mempertaruhkan busana baju kurung cotton dengan motif ringkas flora dikenakan sama tudung bawal dengan kemasan pin tudung cap Avon di hari penuh barokah ini, gua perasan mak kepada kenalan perempuan gitu-gitu gua berlalu laju-laju di hadapan gua.

Semayang mane ni? - Mak kepada kenalan perempuan gitu-gitu gua
Suria. - Gua jawab konfiden habis macam biasa

Gua ambil masa untuk bermusahabah diri dalam sela masa kurang daripada 0.2 saat.

Eh, Asy-Syakirin. - Sambil kepala gua ligat berfikir betul ke tak betul nama masjid yang gua petik ni

Dan plan asal gua untuk menyaksikan tayangan The Hobbit tepat pada jam 1.06 petang di Suria gua tunda ke waktu yang lebih sesuai, 8.45 malam di JJ berdekatan dengan rumah mak abah gua.

Cilanat.

Old habits die hard, bru.

Sunday, 16 December, 2012, 8:36 PM

Saturday, December 15, 2012

Sunyi

Ned. Mak kau tu nampak die sunyi. - Ber
Asal lu cakap cam tu? - Joned
Aku rase mak kau kene ade perempuan teman die. - Ber
Oh. - Joned

Ratu Hati oleh Innuendo

Saturday, 15 December, 2012, 11:20 AM

Friday, December 14, 2012

Nais

I am nais to everyone.
But I am naisest to yuo.

Only yuo.

Yes.

Yuo.

Friday, 14 December, 2012, 7:57 PM

Wednesday, December 12, 2012

Free Fall II


Aku lapar.
Aku ajak member aku teman aku pergi Mesra.
Aku beli kerepek pedas dengan Skittles hijau.
Awek cashier tanya aku,
‘Nak plastik?’
Aku jawab,
‘Nak.’
Member aku nak aku belanja kacang.
Aku balas, 
‘Ahhh. Kau ingat aku cop duit?’
Member aku merajuk.
Aku pujuk,
‘Meh lah aku bayar.’
Member aku tak nak.
Lantak kau lah.

Aku jalan dengan member aku sambil gelak-gelak.
Aku pandang depan.
Dan aku nampak kau.
Serius aku tak tahu nak buat apa.
Nak senyum ke tak nak senyum.
Babi.

Aku nampak kau senyum.
Sekali dengan lesung pipit kau.
Orang tak ramai.
Aku pasti kau senyum dekat aku.
Sambil swipe access card aku,
Aku balas senyum kau.

Aku tahu.
Kita tak kan senyum untuk satu sama lain macam dulu.
Tapi cukup.
Bila kita bersua,
Kau senyum pada aku.
Dan aku senyum pada kau.

Aku nak tulis puisi ni dalam Bahasa Inggeris.
Lebih romantis.
Tapi.
Entah lah.

Okay.
Aku nak terjun KLCC.
Aku dah puas.
Aku pasti.
Aku mampu mati sambil tersenyum.

Inspired from Tell Me by Innuendo

Wednesday, 12 December, 2012, 8:53 PM

Saturday, December 8, 2012

Books

Salinger a Biography by Paul Alexander
Billy Brown, I'll Tell Your Mother by Bill Brown
Karma and Other Stories by Rishi Reddi
Moving Forward by Nik Nazmi Nik Ahmad
A Thousand Kisses The Letters Georg and Frieda Lindemeyer to their Children
Pink Floyd by Marie Clayton
Led Zeppelin by Chris Welch
An Illustrated History of Crusades and the Crusader Knights by Charles Phillips
Heavier than Heaven the Biography of Kurt Cobain by Charles R. Cross
Led Zeppelin Revealed by Jason Draper
1001 Escapees to Experience before You Die by Helen Arnold
1001 Natural Wonders You Must See Before You Die by Michael Bright
1001 Movies You Must See Before You Die by Steven Jay Schneider

Saturday, 8 December, 2012, 7:26 PM

Tuesday, December 4, 2012

The Special Person


It’s a wonder how a single person could turn your life that you thought wasn’t worth living anymore, into something that brings you more happiness than you could have ever imagined. As they say, life is full of ups and downs, but what if the ‘downs’ were more than you can take? What then? You turn to your loved ones but instead they turn their back on you and disappoint you even more. This is the time when God will grant you a gift, for you have prayed for a miracle, and that miracle came to you as silent as falling snow and as sweet as honey when you least expect it.

It all happened during the final year of high school. As usual, the major exam was coming up and everyone was stressing out. Including me, the person with mediocre grades and having to juggle my studies with the extra-curricular activities around me, I was incredibly stressed. And surprisingly enough, now that I think back, I realize that my studies weren’t the top priority at the time, and as usual, the pang of regret would be felt in my heart. I was always running around, busy with my public speaking competition, band wind orchestra and I was shock when I was told that I was chosen to go for the UIA debate-ing championship. To me, I totally sucked at debating but I guess I was cool and hot as they say ‘all over the place’. Maybe that was why I passed the audition. Moreover, the French Club, which included me, finally got the taste of France (not to mention exciting snow!) when our dream of flying to France came true during February.

The positive side of these activities were that I never had as much fun as I did at the time. But looking at another point of view, my results suffered horribly. I went lower than ever because I was barely in class and couldn’t really find myself to focus. And whenever I turned to two special people that I hoped would help me mentally, I was disappointed more than ever. And the second person I turned to, was the person who managed to straighten the crumpled and clustered strings in my brain. I never doubted his worth, even though I only knew him a year before my senior year. But being oblivious for what I should be grateful for, the problems that I faced during my senior year opened my eyes to what an amazing person he was. People can call us best friends, special friends, guy and girl, or anything that they preferred, but to me, we weren’t like normal people who had relationships and lived to love each other, we were special in the sense that we supported each other, smiled for each other and most importantly, understood each other. I was introduced of his existence last year, during a particular summer camp. I was excited to go as I was incredibly looking forward to have absolute fun with new friends. And yet, little did I know, what was offered to me was more than just ‘friends’. The days of camp passed by and I had so much fun, and during the last day, I received a note from a stranger. I never noticed him because he never came up to me to say even ‘hye’. So I was slightly surprised at how deep his note to me was. Until now I’m still in wonder why did I look twice at his note when I simply dismissed all the other notes given to me. Was it his neat handwriting? Or perhaps his neatness in writing on a test pad rather than a simple A4 paper? Or his sincerity? Or maybe it was as simple as chemistry. Whatever it is, it made me say ‘wow’. And as normal as any other person who received a ‘love note’, I was instantly curious and really wanted to know who this guy was. And as planned by the heavens above, his friend came up to me and told about his interest to get to know me better.

One thing that needs to said, is that I have been through a couple of problems that involves my family. The result of that is my lack of easily trusting people, in this case, especially guys. Obviously I’ve learnt that guys can’t be trusted and that their sincerity can be fully doubted. I’ve heard of numerous stories of lies being made and gazillions of hearts being broken by supposedly their ‘loved one’. But I guess time passed by fine as I kept that particularly sweet memory in this small brain of mine. I didn’t give him any contact number because it is really un-***ian like to do so. But I gave him my e-mail through the net. But honestly, not a second thought was laid on that subject.

A few months afterwards, I was at home (my usual rule-breaking period of time) surfing the net when he said ‘uitz’. Actually I deleted him from my contacts because it’s been months and no word. And I decided that he wasn’t sincere after all. But we chatted that night and I got to know him a little better, and we exchanged stories and as everyone says ‘talk crap’. But I also got a lot of other information as well. I was starting to get hints that he liked me more than a friend. Somehow I detected it with his words but again ‘can guys be trusted? No!’ But as time flew by, we chatted more and in the end, a particular incident involving the subway made my heart to open up and give him my number. But of course with the strict rule that it’s not something that can be passed around like hot cakes.

So as time passed by, I kept getting more and more hints of him liking me and in the end, he confessed of what I thought was true. I wasn’t surprised but I didn’t know what to say. We contacted each other normally and he became one of the most closest people in my life. And to my least expectation, I found myself falling for him, which in fact was something that I was trying my best not to do! But honestly, who was there when I was extremely pressured with my family problem? He was. Who was there to comfort me when I was having a conflict with my best friends? He was. Who supported me during the time I was disappointed of not getting the scholarship that I targeted for? All in all.. He has been there by my side through thick or thin for nearly two years. Not only that, he made and is still making my days brighter than it would have been two years ago. Surprises were constantly made to make me smile until my face hurt. He was such a nice person. And sweet as ever, with a sudden rose propped in front of me given by him, and a card posted to me spontaneously just ‘because’. He made the little things in life seem bigger than the universe. Whenever we hung out to watch a movie or eat lunch, he would do the simplest things just to make me smile. And gosh, did I smile then! I think I must have looked like a maniac grinning from ear to ear. And I noticed that whenever I came back from hanging out with him, I’d be extremely happy and there would be this glow around me, like everything was going my way. He spoilt me horribly and I felt like a little child given everything I wanted.

And during the worst time of my senior year, the time I didn’t get the scholarship I wanted, and cancelled what I promised. I promised to meet him to break our fast together as it was after all the first time of Ramadhan to spend together and it was fun to experience it together. He was so excited and was so eager to see me. And I also promised a date after Raya wearing our national costumes, because dressing up and doing different things would make life more interesting. But due to my horrible disappointment, I vowed to change more than ever to pass my examination. And even though I knew how big these two dates meant to him, I cancelled it and apologized greatly. And instead of feeling down and showing me his disappointment, he gave his full support in my exam and said there would be other times to hang out. He reminded me to pray and study balancely and he gave me the strength by feeling inferior to his achievements. His belief in me boosted my spirits and I know that he is the cause of my determination.

I daresay that this single human has made a drastic change in my life. He has been my best friend, my companion, my worst opponent and the most amazing person in my life. Even though I can be paranoid and grumble and get angry at such petty things, he would be patient and calm me down and tell me that everything would be alright. He sacrificed being scolded just to see me. And he didn’t even mind meeting me even though he was suffering from flu due to him missing me too much. And whenever I fell sick, he would be extremely worried and he would the one who reminded me to eat my medicine and to enjoy life. I still keep everything he gave to me; every single rose, card and even the wrapper of the first chocolate bar he gave me. People say that you can never forget the first love in your life. I can say this statement is true. I know that I’ll never forget this amazing person who came into my life at my time of sorrow, turning my frown upside down, giving me hope when I thought nothing would come through, and giving my tree of life a drink to rejuvenate. And for that, these memories I keep close to my heart. Locked that can’t be freed for my gratefulness and appreciation is larger than infinity itself.

(Inspired from Growing Up with Ghosts by Bernice Chauly)

Tuesday, 4 December, 2012, 10:06 AM  

Monday, December 3, 2012

Spy


Untuk ke aras ganjil, ambil elevator di aras mezanin (M).
Untuk ke aras genap, ambil elevator di aras tanah (G).

Opis gua di aras ganjil. Untuk ke aras mezanin (M), gua perlu memacu eskalator dari aras tanah (G).

Sambil memacu dengan cermat eskalator dari aras tanah (G) ke aras mezanin (M),  gua coba curi-curi pandang awek yang lincah berjalan betul-betul di belakang gua sedari turun dari LRT tadi. Gua syak awek ni seorang spy dengan cover seorang awek kelas pekerja yang boleh blah.

Gua usha. Awek tadi perasan dan usha gua balik.

Gua laju-laju paling ke depan sambil buat bodoh.

Syal. Sah awek ni spy.

Monday, 3 December, 2012, 10:57 AM

Saturday, December 1, 2012

Sudut Pandang


Enche’ Zachariah: Joned. Aku nak tanya kau. Dan aku nak kau jawab dengan jujur.

Joned: Silakan Enche’ Zachariah.

Enche’ Zachariah: Dalam ramai-ramai orang kat department ni, dengan siapa yang kau rasa betul-betul selesa?

Joned: Sejujur-jujurnya, Enche’ Zachariah.

Enche’ Zachariah: Dan kenapa tu Joned?

Joned: Sebab Enche’ Zachariah pandang saya sebagai saya. Sebab Enche’ Zachariah pandang saya macam orang.

Enche’ Zachariah: Okayh.

Joned: Sebab Enche’ Zachariah the only person yang defend saya dengan hak saya untuk memilih. Di kala ramai yang mempersoalkan human rights saya untuk bergaya rock dengan berambut panjang dan mengenakan sebentuk copper wristband pada pergelangan tangan kanan pada hari pertama saya report duty, you have gained my respect Enche’ Zachariah. Elemen hormat itu bukan suatu yang total bagi opinion saya Enche’ Zachariah, tidak boleh dipinta, dan begitu jauh sekali untuk dipaksa. Ianya sesuatu anugerah. Sesuatu yang datang dengan alami, datang dengan sendirinya. Pabila Enche’ Zachariah mewaraskan keselesaan saya untuk berambut panjang dan mengenakan sebentuk copper wristband pada pergelangan tangan kanan saya tanpa sebarang unsur prejudis, saya dapat rasakan the sense of acceptance as a human being. Saya berasa lebih selesa, lebih comfortable.

Enche’ Zachariah: Teruskan.

Joned: Dan saya berasakan golongan muda-mudi seperti kami perlu diberikan sedikit ruang untuk bernafas, kami mahu suara kami didengari walaupun sekelumit. We’ve got no bills Enche’ Zachariah. Dan kami tiada kepentiangan politik yang ingin kami canang-canangkan ke seluruh dunia. Tetapi tidak bermaksud kami tidak punya the sense of responsibility. Kami ada, tetapi mungkin kurang atas faktor limitasi tanggungan atau tiada sebarang permasalahan serupa politikus yang perlu kami pertimbangkan. Kami kurang selesa pabila ada segelintir generasi yang lebih berusia (exact words) melabel mudah kami dengan tag spesies yang suka ber-hu-hu-ha-ha, bersuka ria dan merapu. Kami muda Enche’ Zachariah. Dan bagi sudut pandang humble saya, we should behave like one. Sorry. I insist to replace the word ‘should’ with ‘must’.

Enche’ Zachariah: Please. Elaborate more on that Joned.

Joned: Saya akui. Kami idealis. Walaupun dalam dunia sebenar (baca: realiti), it’s not that applicable. Tetapi saya memandang ianya sebagai suatu proses yang perlu. Kami punya energy, kami suka sekali bereksperimentasi dan kami gemar ya amat berfoya-foya dengan idea. Tidak usah bersusah payah mengambil contoh yang jauh dengan diri kita Enche’ Zachariah. Saya misalannya. Obsesi saya memilih untuk berambut panjang yang rock saya tegakkan atas dua premis, pertama, hak saya sebagai warga merdeka yang bebas untuk memilih dan secondly, it’s a must process. Mungkin, setelah saya punya bini dan anak, saya lebih selesa dengan penampilan segak dengan potongan rambut yang lebih kemas, it’s a maybeTo tell you the truth, I don’t give a damn what people say. Kenapa saya perlu serabutkan diri saya untuk keselesaan orang lain, sedangkan keselesaan itu patut diraikan oleh diri saya sendiri. Itu hak hakiki seorang saya.

Enche’ Zachariah: But it’s in our culture Joned. Apa kau rasa pasal benda tu?

Joned: Yes, we must admit that, it’s our culture. Suka untuk saya tekankan, mungkin dari sebelah yang satu lagi, kami kurang menitikberatkan perihal impikasi atau consequences.That’s when the experienced people like you Enche’ Zachariah, come into the equation. Untuk mengelakkan kami daripada misleading, we need your experiences. Kami punya idea yang kreatif, tetapi at the same time, kami kurang pengalaman. Seperti yang saya perkatakan tadi, kami kurang diberikan ruang untuk suara kami didengari, dan kekadang, hak kami yang satu itu dinafikan secara total. Saya percaya, dengan adunan tenaga dan cetusan idea-idea berani daripada kami muda-mudi disempurnakan dengan tunjuk ajar daripada golongan yang lebih berpengalaman, kita pasti dapat menggembleng suatu paradigm shift untuk membawa Malaysia lebih jauh ke hadapan.

(Diskusi ringan-ringan bersama seorang lawyer yang begitu loyar dan begitu sempoi perihal isu-isu semasa, perundangan dan perlembagaan, masa hadapan sebuah negara dan lain-lain di sebuah mercu tanda kebanggaan sebuah negara bernama Malaysia bersempena dengan malam sambutan Tahun Baru Islam.)

Saturday, 1 December, 2012, 11:46 PM