Saturday, June 30, 2012

Kata Kawan


Kata kawan, perchintaan tu tak semestinya berpengakhiran dengan perkahwinan.
You feel me bro.

Saturday, 30 June, 2012, 12:29 PM

Friday, June 29, 2012

Aku Mahu


Kellie's Castle, March 2010


Aku mahu ke Australia, menjejak bumi yang tidak kesampaian.
Aku mahu ke Bandung, menyaksi live gig The S.I.G.I.T.
Aku mahu ke Medan, memborong di toko buku dengan jutaan rupiah.
Aku mahu ke Sumatera, kembali ke asalan.
Aku mahu ke Paris, meroman dengan empat poskad lama.

Aku mahu ke seluruh duniya.
Serupa Dajjal al-Masih.

Friday, 29 June, 2012, 7:15 AM

Thursday, June 28, 2012

Travel



We have time, but we have no money.
We have money, but we have no time.

Thursday, 28 June, 2012, 1:55 AM

Wednesday, June 27, 2012

Capati Corner


Semalam petang gua boring. Gua mati kutu. Gua tak tahu nak buat apa. Tipu je. Cerita betulnya, kebanyakan masa pun gua boring.

Ura-ura mengatakan, ada sebuah port torbayek capati di Batu Gajah. Memandangkan gua pun belum sempat layan lagi, dan member gua dengan gua pun memang tengah tercongok tak tahu nak buat apa, lebih kurang 6.15, kami pacu ke Batu Gajah. Member gua ni sebenarnya dah pekena sekali capati kat port Batu Gajah ni. Dan ulasan beliau mengenai ke-delicious-an capati ni agak menggoncang sukma gua. Serius.

Port capati ni berdekatan dengan Shell lama. Lu jangan buat serabut kepala. Ada dua petrol pump Shell, satu yang baru (dekat dengan Pizza Hut) dan satu lagi Shell old-school tu (berdepan dengan akak jual satay). Kalau lu dah jumpa Shell yang gua maksudkan, cergas lu signal kiri, kanan cari parkir. Deret kedai yang perlu lu tuju, yang sederet dengan Shell old-school tadi.

Lu selusur je kaki lima rumah kedai tu. Lu akan jumpa sebuah kedai kek dan pastri. Okay, sikit je lagi. Hah, sebelah tu port yang kita cari. Kalau lu was-was tak berapa nak sure betul ke tak port yang lu carik, lu pastikan papan sisi premis tu tertulis Kedai Makanan dan Minuman Kak Ros. Kalau lu naikkan sikit dongakan kepala pada sudut 45, lu akan nampak, 131 Capati Corner.

Masa gua jejakkan kaki, lengang. Kalau tengok, premis ni kecik je. Ada seorang akak yang akan ambil order makan, minum. Seorang lagi gua kira amah Indonesia yang akan buat air. Ada beberapa meja yang agak sesak susun atur. Dan observation kasar gua, bahagian atas rumah kedai ni memang diguna buat menginap. Kami pilih meja yang paling luar sekali. Yang best, sebab ni kedai lama. Maksud gua, sebijik macam yang lu boleh temukan di Ipoh, Georgetown dan Bandar Hilir.

Gua pilih capati satu, berkuahkan Ayam Masalla dan Teh O Ais. Member gua pulak laju-laju pilih capati satu, berkuahkan Kari Sardin dan Teh O Ais jugak. Hidangan sampai. Gua tengok piring kecik penuh berisi Ayam Masalla. Kalau Kari Sardin memang dapat sedebuk potongan sardin. Gua kira, sepiring kecik boleh buat makan 2 capati. Tak kedekut. Apa lagi, gua pun memang dah kebulur dari tadi.

Gua tak berapa nak bijak komen bab-bab capati ni. Roti canai, thosai, mungkin. Bagi gua, capati ni sedap. Capati ni harga seringgit je, murah. Kuah tu yang mahal sikit, tapi tak berapa nak mahal sangat lah. Kuah masalla dia memang mantop. Ni serius cakap. Ayam dia potong kecik-kecik, senang lu nak carik, nak ratah (gatah). Pedas, terasa kat hujung lidah lu. Tu memang gua suka ya amat, gua personally bagi two thumbs up. Lagi satu, kuah masalla dia memang pekat likat. Capati ni member gua cakap, ada mamak buat. Tapi, Ayam Masalla, gua tak berapa nak pasti.

Sejujurnya, yang se-institusi dengan gua, lu orang gua sarankan seratus peratus tanpa kompromi, lu orang kena cuba. Petang ni. Betul. Layan beb. Serius. Kalau lu rasa tak sedap pun, gua kesah apa. Janji sedap pada gua. Kahkahkah. Kalau member-member gua datang jalan-jalan cari makan, at least gua dah ada tambahan satu lagi port wajib dalam list gua. Gambar gua tak amek, gua pakai henset cikai je. Gua pun tak nak nampak batak usung ke hulu ke hilir D90 member gua, kahkahkah. Oh, lupa. Time gua nak blah, meja semua dah penuh.

Wednesday, 27 June, 2012, 2:16 PM

Tuesday, June 26, 2012

Ke Mana Hilangnya?


Jam 2.45. Enjin MyVI SE putih bernombor plat T pinjam dipanaskan. Isi ruang kokpit, empat orang jumlahnya. Sesi kembali ke asalan. Menjejak petak-petak pertama. Jauh nun ke selatan. Perjalanan yang bakal mengorbankan mimpi-mimpi indah di pagi Ahad. Berlaku muda, ya, itu pastinya.

Ameeth, Tronoh

Where are you guys heading to?
Seremban.
Ada apa?
Old boys. Ragbi.
Ish, lambatnya gerak?
Nak tengok Eupho dulu. Tu baru nak gerak ni.
Bila balik?
Hari ni jugak. Malam kot. Lepak-lepak semua dulu.
Okay. Drive safe(ly)!
Yeah, thanks!

Gopeng – Jalan Duta

Jauh sekali kantuk. Sebelum Eupho, dah berjam-jam bantai tidur. Weekend. Biasalah. Dua old boys di seat passenger belakang, sudah lama tewas. Sebelum Tapah. Berteman radio yang ditala pada frekuensi 89.9 FM dan member sebelah yang memang rare species lepas kumandang azan Suboh baru sibuk nak cari bantal, selimut.

Jalan Istana – Plaza Tol Sungai Besi

6 pagi. Dek limpahan cahaya lampu jalan jingga di kedua-dua belah hala highway, seiisi kereta segar, bugar. Bunyian kecoh gagak mula meninggalkan tempat peraduan, mencari rezeki yang entah mana kan halal, entah kan tidak. Siapa kisah. Cermin tingkap depan di belah pemandu dan co-pilot diturunkan luas. Memasing light Winston Light sebatang kecuali seorang. Hirup nyaman pagi Kuala Lumpur. Tercemar dengan polusi. Ah, tiada beza dengan sedut hembus; nikotina, tar dan 4000 yang lain.

Exit ke PLUS. Landmark premis Nirvana pada sisi kanan highway. Dari kejauhan, sebuah kapcai yang dipacu dibonceng oleh dua orang. Suami isteri. Eh, awal sangat lagi ni. Baru 6.05 pagi. Kereta dipacu pada kelajuan selamat melintas perlahan kapcai yang tak berapa nak pasti jenis apa dan edisi apa pagi-pagi buta ini.

Terlihat seorang budak lelaki sekitar 4-5 tahun berhelmet saiz kecil diapit oleh ibu dan ayahnya. Nyenyak tidur dengan sedikit bukaan pada mulut. Lalu kami palingkan pandangan kami kembali pada windshield dan jalan di hadapan, merasionalkan seribu satu rencah kehidupan.

Ke mana hilangnya nilai seorang kita (manusia)? Kurang rasa syukur dengan apa yang ada, selalu pula meminta-minta apa yang tiada. Memuja-muja apa yang ada di atas, dan jarang-jarang sekali menjenguk apa yang ada di bawah. Kita selalu lupa. Lupa untuk berlaku manusia. Lalu sisi kekitaan itu sedikit-sedikit terhapus. Kekitaan (kemanusiaan) sebagai seorang anak Adam.

Tuesday, 26 June, 2012, 9:42 AM

Monday, June 25, 2012

Esok Masih Ada



Kalau pun kau menangis 
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.


Budak Tua, 1970
By A. Ghafar Ibrahim
Taken from Titian Zaman, 1979


Monday, 25 June, 2012, 8:08 PM

Sunday, June 24, 2012

Kalau Aku Katakan Pada Kau


Kalau aku katakan pada kau
Kau seorang jawapan
Doa’ seorang ibu titipan buat seorang anak
Di hadapan Kaabah
Di bumi Makkah
Mahu kau percaya?

Jika aku berlaku insan
Kurang rasa syukur pada Zat yang Ringan Memberi
Tetapi masih ada sekelumit cuma kepercayaan
Dalam sukma roman aku
Pada bidadari duniyawi
Dan kau bidadari itu
Masih mahu kau percaya?

Kerna aku mahu
Menulis yang indah-indah
Untuk kau seorang
Dengan berpejam mata
Cukup cuma mendengar bisik halus kau
Yang membaca tulisan aku buat kau
Lalu terbit kuntum senyum
Pada bibir merah jambu itu
Dan momen itu aku capture
Menjadi yang abadi
Sudi kau percaya?

Kalau aku katakan pada kau
Aku percaya
Bahwa kau seorang jawapan
Yang pada aku
Bukan sahaja bidadari duniya
Tetap kau jua
Bidadari syorga

Bagaimana?

Mahu kau percaya?


Sunday, 24 June, 2012, 9:30 PM

Friday, June 22, 2012

autoBIOLgrafi


Pembacaan saya suatu ketika dahulu bersifat tertutup. Tertutup; boring, skema, penafian total terhadap permasalahan utama sebenar yang berlaku dalam masyarakat, penuh kisah cinta tangkap leleh golongan atasan, tiada langsung elemen pembangunan minda, penggunaan kosa kata yang terlalu terhad, perspektif terhadap sesuatu perkara yang terlalu jumud dan sempit, dan penceritaan yang terlalu jauh dengan kehidupan kita.

Nashkah pertama yang saya temukan yang menarik saya untuk terus mencari gali tulisan yang lebih mencabar minda dan mampu membuat saya untuk terus befikir dan befikir adalah kitab Kasut Biru Rubina oleh saudara Sufian Abas di toko buku Times, Pavilion beberapa tahun lepas. Bermula dari titik tolak itu, saya mula mengikuti penulisan beliau yang saya kira sungguh bebas gayanya dan kreatif penyampaiannya menerusi blogspot beliau.

autoBIOLgrafi, sebuah naskhah terbitan pertama SS Pub. Diskripsi di belakang nashkah ini, ‘memuatkan karangan-karangan autobiografi yang boleh dikatakan tidak masuk akal'. Antara penulis-penulis yang menyumbang karya dalam projek ini adalah Kucing Putih, Lang Rahman, Nama Nami, Pian Hamid, Luc Abdullah, Hazwan Ariff, Aril Sulaiman, Ashraf Rahman, Ocen Zahri, M. Faiz Syahmi, Hidayati Hamid dan Syahid Abdullah.

Atas cabaran, pelawaan dan kepercayaan yang diberikan oleh saudara Sufian Hamid, saya melakukan percubaan pertama dalam penghasilan penulisan yang lebih panjang sifatnya, berbeza berbanding kebiasaan gaya penulisan saya. Maka, terhasillah sebuah tulisan dengan tajuk Boxer Hijau Bercorak Kotak Kain Pelikat. Agak gelap sisi penceritaannya, tetapi bak kata seorang teman, jangan judge kalau nak maju.

autoBIOLgrafi ini yang perancanaan awalnya mahu dihasilkan dalam bentuk zine berkesudahan dengan naskhah yang lebih berkualiti mutunya. Kepada yang mahu mendapatkan naskhah terhad autoBIOLgrafi, sila tweet saudara Sufian Hamid, @pianHamid di laman sosial Twitter.

Friday, 22 June, 2012, 1:41 AM

Wednesday, June 20, 2012

UTP: The Project



Saya mahu bikin sebuah projek. Dengan kod sementara, UTP: The Project. Sebuah projek karya bebas. Sebuah projek kolaborasi.

Cetusan ide projek ini lanjutan daripada cakap-cakap bersama dengan beberapa orang teman yang sedang intern di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas.

Secara basis, UTP: The Project diangkat sebagai medium bebas untuk berkarya. Tidak hanya mencakupi lectures semata-mata, projek ini bertujuan utama dalam pembangunan minda (mind development) menerusi pendekatan seni.

Karya bebas. Sama ada dalam bentuk tulisan, foto, lukisan mahu pun klip video. Sebagai contoh, bentuk tulisan; cerpen, deskriptif, artikel, puisi, lirik lagu, madah kata dll, bentuk foto; potret, moment yang ter-captured dll. Bentuk lukisan sama ada potret, struktur, abstrak, strip komik dll dan bentuk klip video dalam format klip video rasmi band, dokumentari, cerita pendek dll. Terpulang. Tanpa sebarang had limitasi imaginari.

Perancanaan awal, karya bebas ini akan dimuatkan di sebuah blogspot yang bakal diperinci kemudian. Saya memohon jasa baik mana-mana individu yang mahir dalam selok-belok siber untuk mereka bentuk interface blogspot ini. Perancangan jangka masa panjang, mengabadikan karya bebas di dalam medium kitab yang boleh disentuh real dan dijadikan koleksi.

Untuk fasa pertama, saya akan meminta jasa baik beberapa teman untuk menghulur barang satu dua karya.

UTP: The Project mungkin suatu hari nanti menjadi sebuah memoir, sebuah memento dan tidak mustahil sebuah epitome. Ayuh berkarya bebas!

Sebarang karya bebas, komen, cadangan membina mahu pun kritikan sinis, sila lanjutkan ke utp.the.project@gmail.com

Sekian, terima kasheh yang abadi kepada semua.

Hazwan Ariff

Tuesday, 19 June, 2012, 8:48 PM

Tuesday, June 19, 2012

Konves


Istana Kesultanan Melayu Melaka (Replika)

Kau dan aku ber-Deeper Conversation oleh Yunalis Zarai di Pantai Ferringhi memerhati benam sang matahari dengan palitan refleksi jingga kekuningan pada muka biru laut.

Kau berkonves Inggeris. Dan aku berkonves Melayu. Atau cukup kau dan aku diam seribu lagu dengan kau melihat pada iris perang aku dan aku melihat pada iris perang kau.

Chemisty (Between Us) oleh kugiran Butterfingers itu bukan pada konves Inggeris-Melayu kau-aku. Tetapi pada iris perang kau-aku yang berkonves bahasa entah apa-apa.

Aku mahu menjadi seorang hopeless romantic untuk kau. Dengan kau berkonves Inggeris. Dan aku. Tetap berkonves Melayu.

Monday, 18 June, 2012, 8:53 PM

Monday, June 18, 2012

Si Bintang Batu


Ianya sesuatu yang berlaku tanpa sebab-munasab yang dapat dicerna logika akal dan tidak dapat dideskriptif dengan mana-mana perkataan bagaimana potret ini mencetus rembesan roman di dalam sukma dan secara literal, saya sedang tersenyum seperti seorang Joker, dari sisi kanan telinga membawa ke kiri.

Kita perlukan lebih momen bersama, Si Bintang Batu.

Monday, 18 June, 2012, 6:50 PM

Friday, June 15, 2012

Fasa


Ketika penghasilan tulisan ini, saya dalam suatu fasa panjang baca cerna.

Pecah oleh Khairulnizam Bakeri (pemilihan perkataan yang padu dan descriptive writing yang sungguh teliti) yang saya dapatkan daripada saudari Shahbinar, beberapa buah kitab yang dipinjamkan oleh saudara Sufian Hamid; Puisi-puisi Rendra oleh Wahyu Sulaiman Rendra yang saya ulang cerna buat kali kedua, Amerika oleh Ridhwan Saidi lanjutan daripada Mautopia dan Cekik yang saya kira begitu berani dan menarik hati, Di Balik Malaysia oleh Farish A. Noor yang lebih menjurus ke arah penulisan berbentuk penyelidikan terperinci dan sebuah lagi karya Farish A. Noor dari koleksi saya sendiri, What Your Teacher Didn’t Tell You yang belum sempat saya usaikan.

Saya juga dalam fasa perangkaan awal dan brain storming untuk menghasilkan sebuah projek yang diberi kod sementara, UTP: A Project yang bakal saya perincikan jika ada kesempatan.

Oh ya, saya juga dalam fasa penghasilan sebuah tulisan, Aku Bukan Syed yang judul Inggerisnya saya istilahkan sebagai It’s Me, Myself & I Against the World.


Membaca bukan untuk mengukuhkan suatu kepercayaan; tetapi untuk memporak-perandakan minda, ambilan dari Twitter yang dikongsi oleh saudara Sufian Hamid.

Friday, 15 June, 2012, 1:10 AM

Thursday, June 14, 2012

Muda



Muda itu berlaku muda.


Thursday, 14 June, 2012, 8:48 PM

Wednesday, June 13, 2012

Jahat

Private Collection: Dulu sini port makan legend

Jahat betul Kuala Lumpur!
- Sufian Hamid


Wednesday, 13 June, 2012, 2:39 PM

Tuesday, June 12, 2012

Macam



Macam roman tahun 70-an.
(Just like romance in the 70’s.)

Monday, 11 June, 2012, Maghrib

Monday, June 11, 2012

Epitome


Kau epitome. Aku mahu kau menjadi real daripada imaginari. Persis abjad kecil i mahu pun j dikuasa 2 menjadi bilangan -1.

Epitome kau; pada iris perang kau yang sama seperti iris perang aku, pada eyelashes kau yang masih belum aku pasti satu atau pun dua layer, pada hidung mancung kau yang terletak elok, pada kulit putih kau yang mulus, pada bibir nipis kau yang pink, pada senyuman tulus kau yang penuh keikhlasan, dan pada madah kau yang menjadi bunyian euphonious.

Aku mahu kau yang menjadi pelengkap kepada tagline aku; sweet, dark & handsome (ambilan dari tall, dark & handsome yang sebenarnya, haha). Karena kau Perempuan Melayu Terakhir aku yang bersusok lampai, berparas anggun descendant Arab dan fasih sekali bertutur Inggeris.

Aku menulis romantis yang ini untuk kau. Ya, untuk kau. Untuk kau seorang.

Sunday, 10 June, 2012, Maghrib

Biar



Biar momen itu sebati mati di situ
Lantas perlahan momen itu menjadi sebuah memoir agung
Yang selamanya abadi membawa ke Syorga

Pastikah?

Sunday, 10 June, 2012, 3:00 PM

Sunday, June 10, 2012

Patah


Captured by Nurza Atika Zakaria
Starbucks, Suria KLCC, 30 December, 2009

Patah hati itu adat.

Sunday, 10 June, 2012, 8:49 AM

Saturday, June 9, 2012

Kalau


Legend-legend dulu semua kurus


Kalau suka katakan suka.

Saturday, 9 June, 2012, 2:20 AM

Friday, June 8, 2012

From Tronoh with Love (Part IV)


Gua celik mata sudah jam tujuh. Ahmad awal-awal lagi sudah bangun. Fawwaz dan member beliau bersiap-siap mahu gerak menelaah di Library UIA Kuantan. Lunch gua dan Ahmad hari ini berteman komrad lama di kolej persediaan dulu. Gua kata pada Fawwaz jam 11.15 pagi gua pick up beliau di perpustakaan. Persalinan basahan semalam gua sidai. Gua hirup udara nyaman pagi Kuantan sambil periksa minyak enjin dan air radiator. Yang kurang gua tambah. Gua panaskan enjin barang lima belas minit. Biar kasik sedap tika memacu pulang ke Tronoh petang nanti.

Pagi ini gua dan Ahmad memilih untuk tidak bersarapan pagi. Jam 8.30 pagi gua capai bantal dan selimut busuk gua kembali. Ringtone Clove Doper, The S.I.G.I.T. dari henpon besi ungu gua berbunyi-bunyi. Text dari Cik Ashikin masuk. Gua balas dengan muka ketat menahan kantuk. Gua lihat jam pada henpon besi ungu menunjukkan tepat 10.30. Gua malas-malas pergi mendapatkan tuala tebal ungu yang gua sidai pada pagar rumah bujang Fawwaz. Selesai mandi harus, gua gerakkan Ahmad. Gua lipat semua persalinan basahan, baju, boxer, shorts, jeans, sweater dan kain pelikat bawa tidur lalu gua susun kemas-kemas dalam beg sandang hitam dan beg jaring gua.

Gua pacu Lumix lensa Leica

Ahmad pacu pula

Tempoh hari gua kata pada Ahmad gua mahu curi-curi masuk Kuliyyah UIA Kuantan. Saja gua mahu melihat-lihat ambians pembelajaran dan pengajaran di institusi lain. Sayang, jelajah kami tika mereka sedang bermati-matian berjuang menentang peperiksaan. Sebelum gerak tadi gua sudah hantar pesanan ringkas pada Fawwaz pinta tunggu di hadapan perpustakaan. Haram. Gua parkir kereta berdekatan entrance utama. Dari kejauhan di belah Brothers, kelihatan kelibat Fawwaz dan member rumah bujang beliau. Gua sumpah jakun lihat Library Kuantan dibahagikan pada bahagian Brothers dan Sisters.

Mabiq Restaurant, Kampung Peramu

Gua sudah janji sama Ashikin ketemu di stesen petrol Shell berdekatan Casper. Ahmad bilang Nadia belum lunch lagi. Lalu gua pinta pada Ahmad pelawa Nadia sekali. Molek lagi kalau ada member beliau yang lain. Kasik lagi meriah. Jam 12.15, MyVI SE putih Nadia dan Kancil kelabu kevioletan Cik Haffiza dan-dan tiba. Selesai berbasa basi, ketiga-tiga ride mula bergerak. Destinasi yang dituju Mabiq Restaurant yang berlokasi di Kampung Peramu. Ceruk. Kalau port makan seceruk ini pun orang jumpa, gua pasti seleksi hidangannya mampu menggoncang sukma.

Ashikin beritahu pada gua Daging Salai Masak Lemak Cili Api Mabiq Restaurant memang tangkap leleh. Gua memang sudah lama tidak pulang ke asalan Bonda dan Ayahanda gua di daerah kecil Gemencheh, Negeri Sembilan. Masak Lemak Cili Api dengan orang Minang ini bagi gua memang tidak boleh dipisah. Gua sekadar beralaskan Nasi Putih separuh berlaukkan Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Begedil Daging dengan Kopi O Ais. Sebagai descendant Minang bersuku Mungkal, gua iktiraf Daging Salai Masak Lemak Cili Api Mabiq Restaurant power selepas mana-mana port makan di Negeri Sembilan.



Power la akak!

Sambil menjamu selera, gua sibuk melayan kerenah komrad lama gua yang sedang mengaji di UIA Kuantan, Fawwaz, Ashikin, Fiza, Cik Nadiah, Cik Amira dan Cik Farah Ezzah. Borak-borak kami berkisar perihal komrad lama lain yang sedang mengaji di Australia, New Zealand, India dan Malaysia. Tidak mahu ketinggalan, gua turut join sekaki berborak bersama Ahmad dengan Nadia dan member beliau, Alia dan Cik Ili. Sempena Hari Kebesaran beliau, Fawwaz berbesar hati payung makan minum kami bersebelas. Lu memang power Fawwaz!

Potret menginterpretasi segala

Jam dua kami sudah mahu beransur. Keluarga Fawwaz yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Pilah sudah menunggu lama di rumah bujang Fawwaz dan member beliau. Sebelum gua pacu laju terus ke Indera Mahkota 6, gua, Ahmad dan Fawwaz dengan Nadia, Alia dan Ili sempat mengabadikan potret tanda kenang-kenangan berhadapan dengan entrance Zenith Hotel, Kuantan. Gua dan Ahmad bercadang mahu memacu pulang terus memandangkan perjalanan pulang kami masih jauh. Tepat jam 2.30 petang kami gerak meninggalkan Kuantan.

Gua dan Ahmad puas. Gua rating road trip kami solid ten. Elemen-elemen lengkap serba serbi. Sepanjang road trip kami hanya berpegang pada madah “Orang Muda Harus Berlagak Muda” ambilan dari Isham Rais. Kami juga telah buktikan pada diri kami, “We Need No Money to be Happy” ambilan dari seorang kenalan rapat gua beberapa tahun lepas. Gua gerak ke Kuantan tempoh hari hanya berbekal loan RM100 dari cukong kesayangan gua dan se-mug kopi berisi syiling. Pulang gua ke Tronoh hanya berbaki RM5, in case emergency. Harapan gua dan Ahmad, moga road trip ini menjadi injakan paradigma untuk jejak-jejak kami yang seterusnya.

Gua mewakili man in blood gua, Ahmad mengucapkan Terima Kasheh yang Abadi kepada individu-individu yang terlibat dalam road trip: The Bittersweet Jouney selama 4 hari 3 malam menjejak Kuantan, Pahang. Dimulakan dengan member trip gua, Encik Ahmad Faheem. Cukong kesayangan gua merangkap member kamar gua atas sokongan padu beliau, Encik Jawa. Tuan rumah, Encik Ahmad Fawwazuddin, Encik Izzat dan kesembilan member rumah bujang mereka yang lain, maaf, tiada kesempatan kita bergaul mesra. Cik Nadiatul Ajeerah, Cik Sharifah Alia al-Zawawi dan Cik Ili yang pasrah melayan repek gua. Tidak dilupakan juga, komrad gua dan Ahmad di Shah Alam dulu, Cik Ashikin, Cik Haffiza, Cik Nadiah, Cik Amira dan Cik Farah Ezzah atas kesudian meluangkan sedikit masa berharga kalian lunch bersama. Oh ya, yang ini perlu dikreditkan juga. Akak-akak, awek-awek plaza tol yang sudi menerima syiling dari se-mug kopi gua sebagai bayaran tol.

Terima Kasheh yang Abadi gua dan Ahmad sekali lagi ucapkan. Ada jodoh, kesempatan, masa, syiling dari se-mug kopi yang mencukupi, moga-moga ketemu lagi kita hendaknya. Jika kalian singgah-singgah di Perak, Kuala Lumpur mahu pun Terengganu, cergas roger kami. Tiada aral, pasti kami bawa pusing-pusing menikmati panorama dan delicacies.

Trip: The Bittersweet Journey (from Tronoh to Kuantan)
The Hoppers: Hazwan Ariff & Ahmad Faheem
Period: 4 nights & 3 days (31st May 2012 – 1st June 2012)
Kilometer: 1110 (return)
Total Cost: RM 400 +/- (for 2 Hoppers)
Theme Songs:
·         Kembali oleh Butterfingers
·         Selected songs from 1.2 Milligrams, Butter Worth Pushful, Transcendence, Malayneum & Selamat Tinggal Dunia by Butterfingers
·         Visible Idea of Perfection, Hertz Dyslexia Part 1 & Hertz Dyslexia Part 2 by The Super Insurgent Group of Intemperance Talent (The S.I.G.I.T.)
·         Selected songs from Mocca
·         Belaian Jiwa from “Innuendo Live at Planet Hollywood” performed by Innuendo
·         Yellow Ledbetter (Live) performed by Pearl Jam
·         The Man Who Sold the World (Live) & Smells Like Teen Spirit performed by Nirvana
·         Di Mana Kan Ku Cari Ganti oleh Sheila Majid
·         While My Guitar Gently Weeps (Live) performed by George Harrison & Friends
·         Oh Darling! & Till There Was You by The Beatles
·         Warisan Wanita Terakhir oleh Teacher’s Pet
·         Lagu, Malam & Cheers 2007 (Live) performed by Bo Amir Iqram
·         Atas Nama Cinta, Aku dan Kamu & Cinta oleh Flop Poppy
·         The Man Who Can’t be Moved (Live) performed by The Script
·         Stairway to Heaven by Led Zeppelin
·         Endless Rain by X Japan
·         Chinta (Original Version) oleh Monoloque
·         21 (Deluxe) by Adele
·         Selected songs from Talentime OST by Aizat
·         Another You by Cromok
·         Sabarlah by Urban Xchange
·         When You Were Young by The Killers

Thursday, 7 June, 2012, 5:02 PM

Thursday, June 7, 2012

From Tronoh with Love (Part III)

6.15 pagi. Lena gua terganggu, terima kasheh gua ucapkan kepada Ahmad. Jujur gua katakan, gua memang jenis liat sedikit nak gerak awal pagi. Mana tak nya kalau 4, 5 pagi baru mata gua mahu lelap. Kafeina dan Nikotina memang tak bersalah lansung. Pepagi buta lagi gua sudah bikin onar. Ahmad hanya mampu geleng kepala dalam gelap ruang tamu sambil belek-belek henpon. Gua tanya kenapa tempoh hari. Beliau bilang, “gaya lu sebijik macam menumpang rumah mak abah lu, torbayek”. Ha ha ha.

Gua kempunan Nasi Lemak Telur Mata semalam. Seorang hamba Tuhan ini bilang, beliau memang tak sengaja sepaikan Nasi Lemak Telur Mata bungkus gua semalam. Kenyataan beliau itu meragukan gua sebenarnya. Gaya sabotaj. Tetapi gua play cool sahaja. Dengan muka tenang gua pelawa beliau sekali lagi ke Taman Gelora bersarapan. Pukul 8.15 pagi gua pacu ride berplat Pahang sekali lagi memasuki Bandar Kuantan. Driving skill orang Kuantan ini boleh tahan juga. Kalah orang Penang, orang Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Telur Mata (Papadom siap)

Lot Nasi Lemak Telur Mata tutup. Pulak. Semalam Rojak Ayam hari ini Nasi Lemak Telur Mata. Malaun bertuah mana pula cergas berkonspirasi pagi bikin panas hati gua ini. Gua malas nak fikir sangat. Gua dan Ahmad tuju meja di sudut yang paling hujung. Akak ambil order pinta gua beri kata putus sama ada mahu Roti Bakar, Nasi Lemak Telur Mata atau pun Nasi Minyak Ayam Merah. Gua beritahu akak ambil order gua mahu Nasi Lemak Telur Mata dengan Kopi Suam dan Ahmad beritahu akak ambil order beliau mahu Nasi Lemak Telur Mata juga tetapi dengan Teh Tarik.

Gua hairan macam mana Nasi Minyak Ayam Merah boleh sesat dalam menu sarapan. Ahmad bilang, di Pantai Timur, Nasi Minyak Ayam Merah bukan dihidang di majlis perkahwinan sahaja. Untuk sarapan pun mereka hidang. Gua tak pernah tahu. Gua kira Nasi Lemak pun sudah cukup berat sebagai santapan pagi. Ah. Nasi Lemak Telur Mata lot ini tak berapa nak kick. Gua habiskan juga. Gua tak mahu secara tiba-tiba tumbuh dua tanduk kecil di atas kepala gua sebijik macam syaiton kerana habit membazir.

Telok Chempedak. Gua dan Ahmad hasilkan satu lagi klip video buat kenang-kenangan. Hari ini ramai orang. Kami lihat satu famili besar Tionghua kesukaan mandi-manda. Gua pandang Ahmad. Ahmad pandang gua. Kami kepingin nikmat mandi laut. Alang-alang menjuih kaki di gigi pantai, biar basah air laut satu badan. Kami tiada persalinan basahan. Kental Ahmad bilang, “kita redah je bhai. Mandi pakai boxer. Kang kita bersidai bawah terik mentari sampai boxer kering.” Lu memang padu Ahmad.

11.30 pagi. Matahari sedikit lagi nak cecah kedudukan 90 darjah betul-betul tegak di atas kepala. Gua dan Ahmad masih berkira-kira. Nak ke tak nak. Nak ke tak nak. Pap! Semalam member gua, orang Kuantan saran pergi mandi Air Terjun Sungai Pandan. Cun. Terus kami pacu pulang ke rumah Fawwaz. Deodoran, tuala, boxer, shorts dan baju buat basahan. Usai bertanyakan direktori lengkap dari member Fawwaz, kami pacu kembali mengarah ke Sungai Lembing.

Air Terjun Sungai Pandan


30 minit kemudian tiba kami di Zon Perkelahan Air Terjun Sungai Pandan. Layan mandi sungai tengah-tengah hari panas ini. Takjub gua dan Ahmad melihat panorama air terjun setinggi 150m. Siap ada titi gantung. Air sungai keruh habis. Tiada jeram yang boleh dibuat lipat beraksi ooo gaya Tarzan. Gua dan Ahmad berendam mandi manda ha ha sehingga jam tiga. Langit kelihatan murung. Petanda hujan bakal disusuli bah besar. Belum sempat kami tiba di ride, hujan lebat mencurah-curah bagai awek menangis air mata darah baru putus chinta.

Kami alas perut dengan cucuk-cucuk, kacang kuda rebus dan ais krim 50 sen. Gua dan Ahmad malas salin pakaian. Tuala dibuat alas duduk dan sandar mengelak kerusi daripada basah lalu menghasilkan aroma kepam. Semalam Nadia sempat menunjukkan port Nasi Kukus di Jungle Food Court tidak jauh dari Indera Mahkota 6. Sudah habis. Perut sudah mula berirama keroncong digaya fusion Another You oleh Cromok. Lantas kami memilih untuk menikmati Nasi Ayam Berempah dengan Kopi Suam Panas dan Teh Ais.

Hujan sudah berhenti. Matahari segan-segan keluar menjengah dari balik gemawan. Pintu ride dibuka. Haram. Kepam kaw-kaw. Kah kah kah. Kalau ada penyepit baju boleh juga buat sepit hidung. Kami kentalkan juga sambil open air masuk menuju ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah melalui pintu belakang UIA Kuantan yang tak ber-guard. Gua kenakan kain pelikat sebelum masuk ke perkarangan masjid. Tak pepasal ada yang bambu gua dengan ungkapan tak enak yang pastinya mampu buat telinga gua berdesing persis nyamuk sesat masuk telinga.

Kelihatan dari kejauhan susok MyVI SE putih berplat Terengganu. Kereta dipacu Nadia mengarah ke Taman Gelora. Lepas geram punya pasal. Gua dan Ahmad seboleh-bolehnya mahu menikmati Rojak Ayam yang membuat kami angau tak lena tidur malam dua tiga hari sebelum trip. Cantik! Lot Pak Lah kali ini buka. Jam 6.30 petang. Nadia order Rojak Mee tanpa taugeh. Gua dan Ahmad sekadar berkongsi Rojak Mee Ayam, juga tanpa taugeh. Gua elerjijik tumbuhan hijau sebijik macam kesan batuan kriptonit pada Superman.

Rojak Mee Ayam Pak Lah

Pergh. Penangan dia. Sedap Rojak Ayam Pak Lah dengan Rojak Ayam semalam macam langit dengan bumi. Yang langit itu Rojak Ayam Pak Lah. Yang bumi itu Rojak Ayam semalam. Senang cakap, lagi tinggi altitud lagi bagus. Gua pekena sekali Ais Batu Jagung. Gua hairan buat kali yang kedua, gua sebenarnya tak faham kenapa orang lagi ramai lepak di pantai Telok Chempedak berbanding pantai Taman Gelora. Sebelum pulang, gua pelawa Ahmad dan Nadia meneman gua bermain pasir sambil sepak-sepak buah kelapa di pantai Taman Gelora. Oh, patut lah.

Malam ini kami janji sama Fawwaz mahu belanja beliau makan. Sempena Hari Kebesaran beliau esok. Beliau tanpa segan silu pinta gua dan Ahmad organize surprise party feature badut sarkas hidung merah. Kalau maskot A&W, ribu-ribu pun gua sanggup payung, kah kah kah. Ahmad pelawa sekali member lama beliau masa mengaji di STAR Ipoh dulu, Encik Izzat. Nadia ajak member beliau, Cik Sharifah Alia al-Zawawi tag along bersama. Dengar kata, beliau dan Ahmad nak kenenkan kami bersama. Dengar katalah tetapi.

Banyak kereta di atas jalan Bandar Kuantan malam minggu ini. Jalan mengarah ke arah Telok Chempedak sesak macam sardin tin dipanas pada takat 100 darjah celcius tanpa bukaan penutup. Ride gua dipacu rapat-rapat di belakang ride Nadia. Ride kami dihalakan ke sebuah taman perumahan. Lalu ride diparkir bersebelahan dengan taman permainan yang diubah suai menjadi sebuah medan makan. Ujar Alia, seleksi makanan di sini agak boleh blah. Gua masih kenyang. Cukup sekadar secawan kopi ais buat penghilang dahaga dan pengelak kantuk.

Mee Kari dengan Taugeh

Char Keuy Teow dengan Cili Jeruk


Alia dan Izzat order Mee Kari. Nadia order Mee Kari tanpa Taugeh. Fawwaz order Char Kuey Teow. Gua order sekali French Fries buat kunyah celah gigi. Gua suka sangat ambians malam itu. Tetapi malas gua nak beri deskriptif terperinci. Jam 12 kami pacu ride kembali ke Indera Mahkota 6. Usai berbasa basi, kami hulurkan salam buat kali yang penghabisan kepada Alia dan Nadia. Gua dan Ahmad sebenarnya tak berapa nak pasti sama ada mahu pulang terus ke Tronoh pada malam itu juga atau bermalam semalaman lagi di Kuantan.

Bonda gua selalu pesan, don’t overstay your welcome. Cergas kau berlalu pergi sebelum orang meluat lalu kau dipersilakan keluar dengan penuh kehormat. Fawwaz dan Izzat pelawa bermalam sahaja di Kuantan. Pucuk dicita ulam mendatang. Malam ini ada game. England menentang Belgium. Tak habis pun game, Fawwaz ajak pulang. Sampai sahaja ke rumah bujang Fawwaz, gua cergas capai bantal dan selimut busuk gua. Fawwaz dan Ahmad borak-borak bawa ke pukul 4 pagi. 2 jam sebelum itu roh gua dah melayang nun jauh ke Bandar Romantis Paris. Tengah bercumbu gaya French dengan gadis ideal imaginari beliau.

Thursday, 7 June, 2012, 2:46 AM

Wednesday, June 6, 2012

From Tronoh with Love (Part II)


Kepala gua bingung. Tak gemar gua tidur dalam ride. Gua sikit-sikit terbangun. Gua bersihkan najis mata lalu gua pacu menyambung perjalanan ke Plaza Tol Kuantan yang berbaki kurang 5km. Terpisat-pisat mata gua menahan kantuk. Ditambah pula dengan halwa pagi meniup sempoi muka basi gua. Sejuk. Ahmad masih lena mati kaku macam bayi di seat passenger. 200m ke Plaza Tol Kuantan, gua gerakkan Ahmad. Gua settle duit minyak dan beliau settle duit tol.


Gua lalui jalan-jalan berliku penuh dengan construction. Berkabus betul pagi di Kuantan. Dan-dan, gua dan Ahmad menyanyikan lagu Kabus Ribut oleh Butterfingers dari album Selamat Tinggal Dunia. Tetapi dendangan kami off-key sedikit bahana tekak kering dan masih terlalu pagi. Jam menunjukkan 7.17 pagi. Kelihatan kenderaan masih belum lagi banyak di atas jalan. Gua pacu ride pada kelajuan medium 70km/jam, cuak terlepas simpang ke Bandar Kuantan. Destinasi yang kami tuju; Taman Gelora, bersarapan.

2,3 simpang juga gua silap masuk. Sense of direction gua dibatas oleh kekurangan daya gua untuk menggunakan otak pada kadar optimum. Lagi satu, jelajah kami yang gua sifatkan main petik dan jalan tanpa bantuan peta, Garmin mahu pun Papago. Signboard arah ke Telok Chempedak juga gagal kami kesan. Gua berhenti seketika di Maybank untuk melihat-lihat sama ada amaun RM595.00 sudah di-bank-in atau belum. Parah. Belum. Nampak gaya, Isnin baru masuk. Redah punya redah, akhirnya sampai kami ke Taman Gelora.

Memang nawaitu yang satu jelajah kami adalah untuk makan-makan. Tiada yang lain. Gua dengar cakap-cakap orang, Pak Lah bukan sahaja fames dengan Rojak Ayam, tetapi Roti Canai pagi dan Karipap petang beliau care juga. Mungkin pintu rezeki pagi liat terbuka untuk kami, lot yang kami tuju berbungkus rapi. Tiada option lain, lalu kami pilih meja yang paling hujung di lot membelakangkan lot Pak Lah untuk melabuhkan punggung. Gua tiada selera sangat untuk sarap. Mungkin lesu gua membuatkan perut gua tidak begitu berserakah untuk menerima makanan.

Seleksi hidangan pagi terbatas pada dua, Roti Bakar dan Nasi Lemak Telur Mata. Gua pilih Roti Bakar dengan Kopi Suam dan Ahmad pilih Nasi Lemak Telur Mata dengan Nescafe’ Panas. Roti Bakar dah tak panas, tak berapa nak layan. Gua kasik try sesuap Nasi Lemak Telur Mata Ahmad, pergh, terangkat beb. Sumpah sedap walaupun agak pedas sedikit. Laju gua pinta tambah lagi dua hidangan Nasi Lemak Telur Mata bungkus, satu untuk gua dan satu lagi untuk member kami yang mengaji di UIA Kuantan, Encik Ahmad Fawwazuddin.


Usai sarap, kami tuju ke destinasi seterusnya, Telok Chempedak. Sudah masuk kali ketiga kami menjejak Kuantan, tetapi belum pernah lagi kami ke Telok Chempedak. Saja gua dan Ahmad mahu menikmati nyaman pagi pantai. Bukan selalu. Tak berapa nak ramai orang. Kami pernah bercadang mahu mendokumentasikan road trip kami. Terus kami hasilkan satu klip video menggunakan Lumix berlensa Leica Ahmad. Lalu kami selusuri gigi pantai berpasir halus yang bercampur sebati dengan air masin bawaan dari laut lepas.

Puas kami menikmati keindahan panorama hutan yang di-syncronize-kan dengan laut lepas Telok Chempedak yang tak berapa nak biru. Kami hirup dalam-dalam semangat alam yang kami pasti turut sama merahmati trip kami. Kami perlukan rehat. Fawwaz sudah kami hubungi terlebih dahulu meminta barang tempat berteduh sehari dua. Memandangkan kami tidak begitu arif dengan selok-belok Kuantan, beliau bersetuju meluangkan sedikit masa menjemput kami di Secret Recipe berdekatan dengan UIA Kuantan.

Lama rasanya kami tidak ketemu. 4 tahun lepas, kami sama-sama mengaji di sebuah kolej persediaan di Shah Alam. Berborak sakan kami mengungkit cerita lama dan perkembangan terbaru masing-masing. Mata gua tetap tak mahu lelap. Seorang lagi member kami di UIA Kuantan, Cik Nadiatul Ajeerah menyeru kami untuk lunch bersama. Dengan tubuh yang lesu, kami layankan sahaja. Bersantap kami secara penuh istiadat di Warung Bay Route terletak tidak jauh dari Indera Mahkota 6. Gua pilih hidangan Nasi Putih, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak dan Sirap Ais.


Dek rehat yang tidak mencukupi, tersengguk-sengguk juga gua tika khatib sibuk berkhutbah dalam Bahasa Malaysia pada separuh masa pertama dan Bahasa Inggeris pada separuh masa kedua. Selesai kewajipan, Nadia berbesar hati membawa kami pusing-pusing sekitar Kuantan. Untuk melengkapkan lagi elemen road trip kami, kami tuju pula Pahang Art Museum untuk menghayati Pameran Koleksi Lakaran Etnografi “Upacara Peralihan” Datuk Lat. Semangat seni itu kami seru, pelengkap kepada semangat yang lain.

Jam 4.30 petang. Tiba masa untuk menikmati penangan Rojak Ayam Pak Lah. Kereta MyVI SE putih yang dipacu Nadia laju menghala ke Taman Gelora. Ah, bukan rezeki kami sekali lagi nampaknya. Lot Pak Lah sampai ke petang tutup. Punyalah hampa dan kecewa, gua dan Ahmad. Nawaitu ulung kami menjelajah sejauh 400km lebih dari Tronoh masih lagi belum kesampaian. Mahu tidak mahu, petang itu kami tetap juga menikmati Rojak Mee Ayam di lot bersebelahan dengan lot Pak Lah. Sedap, tetapi gua kira masih tidak sepadu Rojak Ayam Pak Lah.

Genap 6 petang. Kami tempuh sekali lagi Bandar Kuantan pada waktu puncak. Tidak sesibuk Kuala Lumpur. Ride kami diparkir betul-betul berhadapan dengan Mahallah sisters. Usai berbasa-basi, kami pulang ke kediaman bujang Fawwaz yang dikongsi bersama 10 member yang lain. Buat masa ini, road trip kami ke Pahang tidak sedikit pun mengecewakan. Walaupun kami masih gagal menikmati penangan Rojak Ayam Pak Lah. Gua seawal jam 9 malam sudah tewas di atas sofa empuk ruang tamu dengan kitab Islam Melayu Komunis terkulai di tangan kiri gua.

Tuesday, 5 June, 2012, 5:24 PM

Tuesday, June 5, 2012

From Tronoh with Love (Part I)


Jumaat cuti. Kalau gua kekal berada di Tronoh, gua pasti gua bakal mati kutu. Gua ada berkira-kira mahu kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi baru sangat rasanya gua menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Belum lagi terbit resah dan windu. Maka gua dan seorang member gua, Encik Ahmad, bercadang mahu road trip menjejak Pahang. Nawaitu ulung kami, untuk menikmati Rojak Ayam Pak Lah di Taman Gelora.

Jujur gua katakan, dalam akaun BSN gua, total simpanan kekal pada nilai RM13.42. Sejumlah RM595.00 sudah empat hari terlambat di-bank-in. Makan minum gua ditampung oleh se-mug kopi berisi syiling. Tetapi, firasat gua kuat menyatakan total simpanan gua bakal naik secara eksponan sama ada esok, lusa atau pun tulat. Gua dan Ahmad malas nak ambil pusing sangat. Sebagai langkah selamat, gua loan RM100 pada cukong kesayangan gua, Encik Jawa.

Kami hanya berbekal persalinan cukup untuk 3, 4 hari, sebotol air kosong, se-mug kopi berisi syiling, dua biji bantal dan dua helai selimut. Dan wang biaya perjalanan cukup-cukup RM300. Selesai mengisi RON95 RM60 dan 2 tin Nescafe’ buat bekalan Kafeina, kami tuju Lebuhraya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Gopeng. Sayang, frekuensi BFM agak kurang cantik di Perak, lalu kami mainkan cakera padat Butterfingers dari album Kembali. Untuk sing along.

Aral pertama perjalanan panjang kami menjejak Pahang bermula apabila kami terpaksa meredah jam sejauh 15km. Sebelum R&R Tapah. Dekat sejam juga sangkut. Sudah. Volume pemain cakera padat dikecilkan lalu mula kami berbicara mengenai kehidupan. Hidup memang, penuh dengan kepahitan. Tetapi di hujung perjalanan panjang pasti akan ada kemanisan. Lalu kami abadikan road trip ini sebagai; The Bittersweet Journey.

Ahmad masih belum lagi berkesempatan menikmati penangan Burger Bakar Wangsa Maju. Gua pernah berbasa basi dengan brader kaunter, ujar beliau mereka beroperasi hingga jam 2 pagi. Sudah jam 11.15. Gua berkira-kira baki perjalanan. Ah, sempat. Kenderaan di jalan pun bukan nak berapa banyak malam bukan malam minggu ni. Ride dipacu laju tetapi cermat pada kelajuan 110 km/jam melalui Jalan Duta lalu terus menghala ke Wangsa Maju.

Jam menunjukkan 1.20 pagi. Belum sempat kereta diparkir betul-betul berhadapan dengan stall, brader kaunter dari jauh melaung bertanya order. Sekadar alas perut, kami pilih laju-laju set beef, normal, single patty, soda oren dan soda mango. Lalu cergas kami bersantap sambil berborak kosong. Puas hati gua. Ahmad iktiraf Burger Bakar memang torbayek dan jatuh hukum wajib layan tiap-tiap kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.

Perjalanan masih jauh. Selesai urusan di tandas PETRONAS, perjalanan diteruskan dengan jam tepat memaparkan angka digital 1.45. Masuk sahaja Plaza Tol Gombak, rintik halus mula membasahi bumi. Simbolik semangat alam memberkati road trip kami. Lalu Butterfingers – Kembali diganti dengan seleksi yang lebih santai, didahului dengan Flop Poppy; Atas Nama Cinta, Aku dan Kamu, Cinta hingga membawa ke lagu tema, Warisan Wanita Terakhir oleh Teacher's Pet.

Rekti of The Super Insurgent Group of Intemperance Talent

Cadang kami untuk memacu terus ke Kuantan. Lalu berehat kami sehingga matahari naik di laman Masjid Negeri. Gua pacu se-racing mungkin. Gua khuatir keadaan jalan yang agak frictionless dan memungkinkan fenomena slip and hit. Gua perasan Ahmad secara tak tersengaja melelapkan mata lalu cergas gua menghulur salam. Salam dijawab. Ada ketika gua perasan beliau cekal mencoba sing along mengelak lena. Sebagai peneman, gua tune pula pemain cakera padat pada irama Rock & Roll dari The S.I.G.I.T.

Cermin hadapan penuh dengan jus serangga malam bersepai menghentam pada kelajuan 100 km/jam. 4 pagi. Toilet break di R&R Kuantan. Ahmad bilang molek lagi jika kami berehat sebentar hingga fajar menyising sebelum masuk ke bandar. Gua pancit. Lebih 7 jam gua fokus pada tahap paling optimum. Gua akur. Lalu gua capai bantal dan gua dapatkan selimut busuk gua sejak zaman sekolah.

Ahmad bilang, kalau tak biasa beradu di dalam ride, memang payah melelapkan mata. Gua positif gua mampu. Setengah jam pertama, gua mula ubah posisi ke kanan dan ke kiri, kejap dalam kedudukan bersila, kejap dalam kedudukan berjulur kaki. Ambians udara terkepung. Gua sudah mula rimas. Diikutkan jiwa muda gua, kental ber-boxer sahaja. Gua tidur-tidur ayam kurang dua jam. Jam 6.15 pagi, gua putus trip harus diteruskan. Ahmad lena mati kaku macam bayi. Ah.

Monday, 4 June, 2012, 12:15 PM

Monday, June 4, 2012

Lahirkan Kesakitan dengan Berkarya


Kata-kata ambilan dari Nam Ron sebenarnya. Menerusi temu ramah bersama beliau oleh The Nut Graph. Dimuatkan secara kompak dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam himpunan temu ramah bersama lain-lain personaliti tanah air. Kitab bertajuk Found in Malaysia. Naskah wajib ada dalam koleksi, Volume 1 dan Volume 2.

Gua bersetuju sangat-sangat dengan kata beliau. Gua ambil dan gua cerna.  Lalu gua lahiriahkan dalam empat bahagian penceritaan secara kronologi. Oh ya, satu bonus gua titipkan kepada pemberi inspirasi gua untuk terus menulis.


Ya, ayuh lahirkan kesakitan dengan berkarya.

Monday, 4 June, 2012, 1:44 AM