Sunday, December 29, 2013

Catatan Terakhir

Dedaun kering pada pohon rendang
Yang gersang dan sepi itu
Melambai longlai tidak bermaya
Di cumbu sang bayu senja
Yang menghangatkan getar yang tersisa

Mega sore yang masih terpalit
Di kaki langit Tuhan
Mengelam, menyapa tirai yang berlabuh
Meraikan hadir sang rembulan dan kerlipan jutaan bintang
Dalam pelukan dingin malam sendu yang syahdu

Luruh
Mengawang dalam perlahan
Tanpa rela di rentap graviti
Menyembah dan menyeranah bumi
Dengan momen2 dan memori2
Yang terhapus bersama sebuah kewujudan


Sunday, 29 December, 2013, 3:52 AM

Saturday, December 28, 2013

Monday, December 23, 2013

Cinta


Ada kala cinta milik kita
Selamanya punya Yang Esa
Kurniaan sementara
Buat mengisi kekosongan jiwa
Dengan sentuhan jemari bahgia
Dan baki2 yang tersisa
Dirona kelam derita
Namun nun jauh di sana
Masih punya sirna cahaya

Monday, 23 December, 2013, 10:04 PM

Selamat

Selamat Pengantin Baru pencinta2.
Moga dirahmati pelayaran bahgia.
Hingga ke cucu cicit hendaknya.
Berlabuh sampai ke syurga sana.

Monday, 23 September, 2013, 6:23 PM

Saturday, December 21, 2013

Benda2 yang Ada

Aku takde apa2.
Yang aku ada cuma;
Masa, cerita dan cita2.

Yang tak boleh aku bawa ke mana2.
Yang tak boleh aku jaja di mana2.

Dan sebatang rokok seludup murah sedekah member.
Yang aku hirup dan nikmati macam,
Aku punya segalanya.

Ah, memang satu benda pun aku takde.

Saturday, 21 December, 2013, 5:22 PM


Wednesday, December 18, 2013

Sampai

Sampai bila kan ku berbicara perihal dirimu Sayang?

Wednesday, 18 December, 2013, 12:41 AM

Sunday, December 15, 2013

Puisi

Andai untai puisi bisa mengembalikan dirimu padaku
Akan aku abadikan seluruh jiwa ragaku untuk itu

Saturday, 14 December, 2013, 10:27 PM

Saturday, December 14, 2013

Bicara Sama Tuhan

Dalam gelita malam
Sayup mendayu terdengar
Lenggok merdu muazzin
Mendendang syahdu seruan azan

Aku amati jauh kayangan
Di situ letaknya sang jelita rembulan
Berteman sepi
Dan tebaran kerlip indah bintang

Aku hembus
Jalin kepul asap mengawang
Sebuah kedukaan kepam
Segumpal kekecewaan gampang
Dan sekeping hati yang rawan

Kecewakah Dikau sama aku Tuhan?
Atau aku yang menista sebuah ketentuan
Apa lupakah Dikau pada aku Tuhan?
Atau mungkin aku yang
Alpa, leka, hanyut dalam ilusi dan bayangan

Terima kasih Tuhan
Atas kedukaan, kekecewaan dan hati yang rawan
Simbolik rahmat-Mu, rahim-Mu
Yang tersirat kurnia nafas kehidupan
Walaupun
Ah memeritkan

Dan aku masih di sini
Mengghairahi kekasih hati
Dalam kedegilan perilaku insani

Saturday, 14 December, 2013, 12:35 PM

Wednesday, December 11, 2013

Bidadari

Layang pandang
Pada sang rembulan
Dan kerlip jutaan bintang
Yang menghiasi kelam malam

Tercari-cari
Di balik arak gemawan
Dan lagu sendu bayu
Yang penuh mengasyikkan

Kapan ‘kan turun
Bidadari kurungan kayangan
Merahmati peroman
Yang mencintai sepi
Dan kedukaan

Kepingin
Pada elus mulus
Jemari halusmu
Yang menghapuskan
Gundah dan gulana

Dan pada kidung dan pesonamu
Yang memenuhi hakikatku
Dengan kecintaan


Wednesday, 11 Decmeber, 2013, 11:39 PM

Friday, December 6, 2013

Perempuan Minang

My gorgeous mother in her persalinan Minang (1)

My gorgeous mother in her persalinan Minang (2)

My gorgeous mother in her persalinan Minang (3)

My gorgeous mother in her persalinan Minang (4)

Friday, 6 December, 2013, 10:10 PM

Lena

Pabila lamun
Mengepak sayap
Melayang terbang
Lalu memilih untuk hinggap
Cantik pada dikau
Aku labuhkan sauh lena
Tenggelam, lemas
Di dalam lautan mimpi
Dengan di dasar gelap sana
Mengharap bahawa
Lena ini akan terus abadi
Dan tiba masa
Aku dikejutkan
Dengan hadir kau di sisi


Friday, 6 December, 2013, 5:33 PM

Wednesday, December 4, 2013

Qistina

“Comel lah awak ni. Kiss sikit pipi. Muah!” Amer hadiahkan sebuah ciuman kepada Qistina. Gebu. Harum tepek bedak wangi pada pipi Qistina menjajah bau. Mata bulat bayi perempuan 18 bulan itu berkerlip-kerlip memandang tepat pada Amer. Cuba berbahasa dengan lenggok mata, walau dalam bisu.

“Bila awak nak start cakap ni. Sebut, Uncle, Uncle,” ajuk Amer. Dukungan pada bayi montel itu dikemaskan. Ruang legar Menara Berkembar PETRONAS dipenuhi keramaian yang lalu-lalang pulang usai waktu pejabat. Amer tilik jarum jam di tangan. 5.50 petang. 10 minit lewat dari masa yang dijanjikan.

Amer lap cermat leleh air liur Qistina di dagu. Hari ini Puan Shamsiah kenakan sepersalinan bayi berona terang untuk cucu kesayangan. Kata Puan Shamsiah, biar nampak ceria, terserlah riang seorang bayi comel yang sihat. Baju rona biru langit dengan pasang seluar bercorak jejalur warna pelangi.

Dari kejauhan, seorang gadis datang menghampir dengan layang lambai dan ukir senyum. Amer balas dengan senyum sambil melambai-lambaikan tangan kecil Qistina. Rambut lebat Qistina yang mengurai menutupi dahi Amer singkap perlahan. Amer cium pipi Qistina yang mulus melepas geram sayang.

“Hye Amer. Long time no see. How are you?” sapa mesra gadis, anggun dalam persalinan kebaya nyonya.

“I macam ni je lah Zara. Biasa-biasa je. You?” seloroh Amer membalas tanya.

“I’m fine. Kerja lah banyak sikit. Biasa lah, berkais rezeki,” derai tawa gadis itu. “And who’s this lil’ cutey pie?” Zara mengagah-agah pada Qistina yang masih dalam pelukan Amer.

“Oh, kenalkan, my niece, Qistina. Comel kan? Nak dukung?” Qistina beralih dukungan.

“Bagusnya your niece ni. Tak takut dengan orang,” sebuah ciuman dengan lipstik merah garang lekat pada pipi gebu Qistina. Bayi comel itu balas dengan serang kerlip mata bulat pada Zara.

“Ha’ah. Anak buah I ni memang tak takut orang. Macam ni je lah. Diam je. Comel je,”  tersengih Amer. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang dalam sesak ramai.

“You tunggu siapa ni?” Zara membuah tanya menyedari tingkah Amer.

“I tunggu Raihan. Lambat pulak hari ni,” dalam tenang Amer, punya resah gelisah yang terpamer.

“Kejap je lagi tu. You ni, sabar lah sikit,” Zara mengembalikan Qistina pada Amer. “I have to go. Let’s catch up later okay? Lama tak dengar cerita you,” Zara cubit manja pipi gebu Qistina.

“Yeah sure. No problem,” sekali lagi Amer melambai-lambaikan tangan kecil Qistina pada Zara. Gadis itu berlalu hilang dalam keramaian di ruang legar Menara Berkembar PETRONAS.

“Hye,” sapa suatu suara lembut dari sisi belakang Amer.

“Laa awak. Kenapa dari belakang. Jenuh saya cari,” omel Amer pada gadis yang manis dengan senyum menawan menyeri muka.

“Lama dah saya tengok awak dengan Qistina tadi. Saya tengok je dari belakang tu. Hye Qistina. Meh kat Auntie,” Qistina seraya mendepa tangan pada gadis itu. Bibir mungil bayi itu tercoret senyum kecil.

“Kita nak pergi mana ni?” tanya Amer.

“Bawak Qistina jalan-jalan jom?” bilang Raihan melaga-laga hidung comel Qistina.


Wednesday, 4 December, 2013, 10:05 PM

Dingin

Dingin pagi menggigit
Dek derai rintik halus hujan

Jejari jingga matari pagi
Tidak kunjung tiba
Diselindung gemawan

Menanti dan menanti
Palit jejalur 7 rona pelangi
Pada kanvas langit
Yang cuma imaginari

Umpama sebuah harapan
Cita2 dan impi
Yang palsu

Namun
Masih menghangatkan
Hari dengan gemilang


Wednesday, 4 December, 2013, 6:47 AM

To The Moon & The Stars II

Malam 
Kau buat ku menari
Di bawah bulanmu
Dan di bawah bintang2mu

Selamat Datang Asmara - Gigi

Wednesday, 4 December, 2013, 6:13 AM

Monday, December 2, 2013

Rembulan

Pungguk2

Andai dua mewindui satu
Dengan kau
Yang satu itu
Dan aku
Satu daripada yang dua itu

Jangan kau bisikkan kecewa
Pada gerimis petang
Pabila aku menghilang
Usah kau keluhkan kesah
Pada senandung malam
Kerna aku membisu diam

Karena
Kau bukanlah sebuah cinta
Yang ingin aku julang

Kau 
Adalah cinta agung yang mahu aku kenang
Di kala malam rembulan anggun mengambang

Dan aku lah pungguk itu
Yang tersenyum dari kejauhan
Akan sebuah kebahagian
Yang tidak mampu aku berikan

Pungguk ini
Yang mencintai sepi
Lebih dari mencintai
Dikau sang rembulan

Ah


Monday, 2 December, 2013, 4:45 AM

Sunday, December 1, 2013

To The Moon & The Stars




Just take a moment, make sincere dua to Allah, to help and guide you. You would be amazed on how that would turn out inshaAllah.

I pray the best for you in this life and the next. 

Amin.

Sunday, 1 December, 2013, 8:06 PM

Sunday, November 24, 2013

Mimpi yang Indah2

CakCuk Keronchong Laut

Kita
Saling tentang mata
Menduga lenggok jiwa
Dalam sela masa
Yang serasa, lama
Panah mata menguja
Menusuk ke sukma
Bikin sanubari bergelora

Kalih
Kalih pandang mata
Biar jiwa lara
Hanyut dalam idea
Yang kita tidak 'kan bersama
Walau hanya 'tuk seketika
Meroman kita sejiwa
Pada suci kalimah cinta

Pada suci kalimah cinta

Sunday, 24 November, 2013, 4:48 AM

Thursday, November 21, 2013

Laung Fuck You dan Layang Jari Tengah (Teaser)


It's me, myself and I against the world, bru! - PTT, 2013

Thursday, 21 November, 2013, 6:13 AM

Monday, November 18, 2013

Sunday, November 17, 2013

Susah, Senang


Susah, senang
Kita tetap kita

Sunday, 17 November, 2013, 12:58 PM

Saturday, November 16, 2013

Benda2 yang Buat Kita Happy-wee~

Abang amek part ni, Farah amek part ni.

Saturday, 16 November, 2013, 7:38 AM

Thursday, November 7, 2013

Apa Perlu Punya Teman (Kekasih Hati)

Apa perlu punya teman
Jika mahu di ajak berbicara
Akan di cari teman
Menikmati cangkir kopi
Dan hisap hembus rokok
Mengisi selang-seli
Hilai tawa geli hati
Di kafe Pak Li

Apa perlu punya teman
Jika mahu pasang menari
Akan di cari teman
Beraksi ligat di atas pentas dansa
Di Zouk Kuala Lumpur
Sehingga Subuh mengetuk pintu hari
Mengikut rentak dan irama
Yang dipacu padu Disk Jockey
Dengan deret gelas kaca
Bergelimpangan di muka meja

Apa perlu punya teman
Jika mahu menghangat sepi
Akan di cari teman
Di Brickfields, Champion Club
Jalan Pudu mahu pun Hotel Armada
Bergelinjang sejam bersama China Doll
Yang mulus, montok dan gebu
Di atas hampar katil nipis yang kepam
Dengan cahaya merah yang berbalam-balam
Di balik putar ghairah kipas siling
Memandu jalan senggama

Apa perlu punya teman
Jika mahu di kongsi duka
Akan di cari teman
Buat mendengar segala
Keluh, kesah dan resah
Dengan bayu laut yang manja
Menampar-nampar muka
Dan bunyi lambung ombak malam
Yang mengasyikkan
Mengubat hiris parut luka semalam
Di pantai halus Sepang Gold Coast

Apa perlu punya teman
Jika mahu merasa cinta
Akan di cari teman itu
Di manakah?
Di Pak Li kah?
Di Zouk Kuala Lumpur kah?
Di Brickfields, Champion Club
Jalan Pudu mahu pun Hotel Armada kah?
Di Sepang Gold Coast kah?

Di hati

Di syurga dunia


Thursday, 7 November, 2013, 10:18 AM

Saturday, November 2, 2013

The Captured Moment 2

Dalam sirna lampu limpah
Yang gemilang 
Menghalwakan nafas kehidupan
Pada gelita lanskap malam

Aku lihat
Berderai perlahan 
Rintik halus hujan

Dan aku tersenyum
Aku tersenyum

Suria KLCC

Saturday. 2 November, 2013, 11:56 AM

Friday, November 1, 2013

Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir & Yang Batin

In the deepest silence of the night
I can still hear that sweet voice of yours
Lingers in my admiration of your beauty
And
The warm smile that fills my fond memories of you
Healing
All the sorrows
And the pains
Of losing you

I pray to the moon and the stars
To always keep looking after you
Even after the day that I die
As I am just a mortal 
But my love for you is forever

And ever

Friday,1 November, 2012, 12:09 AM

Monday, October 28, 2013

Dua, Tiga

Dua, tiga, kucing berlari,
Mana kan nak sama si kucing belang;
Dua, tiga, boleh kucari,
Mana kan nak sama si cik adik seorang.

Monday, 28 October, 2013, 8:27 PM

Sunday, October 27, 2013

Berani


Ada benda yang kita impi
Tapi kita tak berani

Kecewakah kita?

Sunday, 27October, 2013, 8:33 PM

Hujan


Dalam dingin malam kuratib namamu,
Apa kau dengar bisik jiwaku, sayang?

Sunday, 27 October, 2013, 8:18 PM

Sunday, October 20, 2013

Kita Nyanyi Lagu yang Kita Suka

'we just don't care
just who you are
just shout it loud
that you are made
in malaysia'

Laung fuck dan layang jari tengah untuk polan-polan yang mengkronikan muzik.
Bermuzik untuk fame, glory and that Rockstar attitude.

Tabik salut untuk polan-polan yang bermuzik atas nama passion, showmanship dan fun.

Kerana kita nyanyi lagu yang kita suka.

Dengan member-member yang kita suka.

(Tanpa buruk sangka yang mencelakakan mudah-mudahan, hahaha)

Sunday, 20 October, 2013, 2:45 PM

Tuesday, October 15, 2013

Cinta Pandang Pertama di Aidil Adha

Lemang ni sebatang berapa bang?
8 Ringgit. Tapi kalau amek dua batang, abang bagi enam belas.
Bagi dua batang lah macam tu bang.
Orang sini-sini ke dik?
Takde lah bang. Belajar sini.
Tak balik beraya?
Tak balik lah bang.
Oh. Belajar mana?
Belajar kat Tronoh.
Oh budak UTP. Budak pandai-pandai lah ni.
Takde lah. Biasa-biasa je.
Ni nanti kerja dengan PETRONAS lah ni.
InysaAllah bang, kalau ada rezeki.
Bagus lah.
Ramai jugak orang datang beli sini eh bang.
Boleh lah. Orang lalu lalang nak balik kampung.
Rugi pulak tak balik raya rasanya. Rasa tak best tak beraya dengan family ni.
Tu lah. Adik abang pun tahun ni baru balik beraya. Dok belajar overseas.
Oh. Adik abang belajar mana?
Nun kat Ireland tu hah. Royal Surgeon ke ape tah tempat dia belajar.
Uish. Susah nak masuk tu bang. Buat medic lah tu kan.
Aa. Ni pun baru je habis belajar ni. Baru je balik dalam sebulan.


Tuesday, 15 October, 2013, 2:50 AM

Monday, October 14, 2013

Ter-cun

Kekadang, seorang perempuan tak perlu sangat pun untuk cun, untuk ayu, untuk jambu, untuk hot.

Cukup sekadar sedap mata memandang.

Cukup dengan membuatkan jiwa-jiwa serabut (dengan perihal berkait duniawi tentunya) kita berasa tenang, aman dan makmur.

Cukup hanya dengan menjadi yang ter-cun di mata kita.

Di hati kita (tentunya).

Selamat Hari Raya.

Monday, 14 October, 2013, 9:32 AM

Saturday, October 12, 2013

Kau

Kau suka kawan kau.
Kau terjatuh cinta dengan kawan kau.
Tapi bukan kau sengajakan.
Tak.
Kau memang tak sengaja.
Mungkin bukan apa yang kau mahu kan.
Pada mulanya.

Tapi apa salahnya, kalau kau dah suka.
Apa yang pada mulanya bukan apa yang kau mahukan.
Takde masalah.

Tapi masalahnya sekarang.
Kau tak tahu kau nak bagi tahu ke tak.
Sebab kau takut hilang kawan.
Sebab kau takut canggung.
Sebab kau takut dia tak rasa apa yang kau rasa.
Sebab kau takut renggang.

Tapi kalau kau bagi tahu.
Paling tidak.
Kurang beban kau.
Terhapus sudah penantian kau.
Kau tahu jawapan.
Kalau ya, Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.

Kata orang, jodoh tu di tangan Tuhan.
Kalau kau tak dapat menyulam cinta dengan kawan kau pun.
Bidadari dambaan taman larangan syurga pun ada lagi.
Apa ada hal?

Saturday, 12 Oktober, 2012, 1:44 PM

Saturday, October 5, 2013

I See You When I See You

Umat manusia bersesak-sesak keluar dari perut keretapi. Seakan-akan punya hala tuju dan destinasi yang pasti. Tewas pada kantuk, sepanjang dua jam setengah perjalanan, aku hanyut dibawa arus lena yang panjang. Kepala aku sedikit bengang. Tapi aku gagahkan juga mendaki puluhan anak tangga menuju ke puncak. Eskalator sepadat tin sardin sebenar-benarnya.

Aku singgah sebentar di tandas membuang air. Di dalam kubikel tandas, beg sandang yang sendat dengan persalinan dua, tiga hari aku punggah cermat. Aku salin baju yang sudah kepam dek basah peluh dengan sehelai kemeja hitam. Padan dengan Levi's 501 biru lusuh dan but Doc Mart koko. Di basin, aku basahkan muka, memberi rejuvenasi pada riak wajah yang lesu.

Menerusi refleksi pada cermin dinding, aku lihat seorang lelaki yang cengkung tidak bermaya. Dengan rambut yang sedikit serabai tidak bersisir. Rona hitam yang terkesan di bawah soket matanya menambah sisi kemurungannya. Dan yang paling menyedihkan, pasang mata itu seperti hilang cahaya, hilang serinya. Hilang sirna kehidupannya.

Aku lantas meninggalkan tandas, turun ke aras bawah, bergegas deras menuju ke arah LRT. Aku semak lalu masa pada telefon pintar. 17:37. Waktu puncak. Detik dan ketika jalan dan keretapi dipenuhi dengan proletar yang mahu pulang ke habitat. Aku kira masih terlalu awal untuk aku pulang. Aku mahu melihat-lihat kehidupan di belantara konkrit.

Kad Touch 'n Go aku sentuh pada sensor mesin pengesan. Berbaki 7.20. Cukup untuk biaya perjalan pulang. Memacu eskalator, mata aku melatari sekeliling, pada perubahan Sentral Kuala Lumpur yang selari dengan gerak masa dan arus kemajuan. Pandangan aku tertancap kejap pada hijau terang Panneton. Cepu memori dijentik momen semalam.

Kafe ini pernah aku singgahi lapan tahun sudah. Bila mana mata yang suatu ketika dahulunya terang segemilang bintang kehidupan di kanvas langit malam bertentang dengan pasang mata bundar yang setanding. 'Dari mata ia datang, barulah ke hati.' Senyum aku disambut dengan geleng kecil. Manusia suka mengenang pada masa-masa lepas yang indah. Dan aku tidak terkecuali.

Dengan tertib aku susun langkah menuju ke garis putus pintu gerabak keretapi. 1 minit lagi ketibaan keretapi. Sental Kuala Lumpur ini menjadi saksi pada momen semalam yang ingin aku kuburkan. Yang ingin aku selindung di balik ceritera girang seorang hedonis Kuala Lumpur. Yang pernah suatu ketika dulu aku bersumpah tidak akan lagi aku singgahi.

Sentimental pada jiwa kekadang menyeksakan. Membikin seseorang pegun pada satu titik yang sama. Toleh pada lalu masa lepas dengan dendam yang berbaur sayang. Memeluk erat tanpa lepas, menghalang keterusan hidup maju ke hadapan. Mengaburi jiwa daripada cita-cita dan harapan yang menjanjikan. Terperangkap dalam jeriji penjara momen-momen semalam, pemisah di antara garis halus sebuah ketentuan dan pilihan.

Langkah-langkah ini aku gagahi. Cuba mengutip keping-keping momen yang berderai di sana-sini. Atau pada pasak keyakinan pada janji Tuhan yang suci. Kerna aku cuma insan hina yang lemah di kaki arasy Ilahi. Menuntut sebuah harapan hakiki. Atau cuma sekadar mimpi mainan syaitan di malam hari?

Saturday, 5 October, 2013, 3:14 AM

Wednesday, September 25, 2013

Ia

Yang cantik tu kekadang untuk ditengok.
Bukan untuk dipetik.
Cantik di mata kita, cantik juga di mata orang.
Kalau dipetik, layulah ia, matilah ia.

Tapi kalau kita masih berdegil.
Maka tanamkan ia.
Berikan ia sentuhan matari.
Curahkan ia air.

Biar ia kembang mekar.
Biar ia bahagia.
Biar ia lebih cantik daripada cantik untuk ditengok.

Wednesday, 25 September, 2013, 11:24 AM

Monday, September 23, 2013

On Rockstar (2009)



It's unexplainable how this picture is able to warm the cockles of my heart and literally make me smile from ear to ear =). We need to hangout more Rockstar! \m/

Monday, 23 September, 2013, 10:21 PM

Saturday, September 7, 2013

Janji yang Dicapati

Janji tinggal janji.

Ada janji boleh bawak mati.

Ada janji kau simpan sorang cukup lah.

Saturday, 7 September, 2013, 12:47 PM

Monday, September 2, 2013

Datang dan Pergi

Perempuan datang dan pergi.

Yang tinggal hanya lah kita yang ditemani sepi dan puing-puing ceritera semalam.

Dan hilai gurau senda member-member yang entah apa-apa tetapi berdaya menghiburkan.

Memberi coret senyum pada wajah kedukaan.

Kita masih menikmati hangat matari pagi dan deru bayu petang.

Bersyukurlah.

Hidup kena terus.

Menoleh, tetapi dengan senyum, bukan dengan dendam.

Kerana kedukaan membawa nafas kehidupan.

Selamat Pengantin Baru.

Monday, 2 September, 2013, 12:31 PM

Friday, August 30, 2013

Haram Jadah

Ada orang suka flush lepas berak.

Ada orang tak.

Seni katanya.

Suka hati kau lah.

Friday, 30 August, 2013, 3:59 PM

Tuesday, August 27, 2013

Dying

the moment i am dying
i wonder
will i leave the world with name and fame
or be forgotten in the time frame

Tuesday, 27August, 2013, 3:02 AM

Saturday, August 17, 2013

Back to Square One


"Jiwa-jiwa kosong kita ni kita nak isi dengan apa?"

Saturday, 17 August, 2013, 11:32 AM

Thursday, August 15, 2013

Falsampah II

1. Kekadang yang cantik di mata zahir kita, di mata hati kita; yang ingin kita perdengarkan puisi keindahan, yang ingin kita bisikkan ratib kecintaan, yang ingin kita padamkan segala gundah, yang ingin kita petik bintang dan gapai rembulan di langit malam, yang ingin kita terangi dengan sirna hangat matari, yang ingin kita payungkan dari rintik halus hujan yang menggigit, hanya cuma untuk dipandang dari kejauhan. Kerana posesi itu memudarkan. Dan tiba suatu ketika nanti, terhapus sudah dan menjadi sesuatu yang paling asing. Jadi, kita membiarkan?

2. Jika sampai pada kurniaan pasang telinga pinjaman Tuhan panggilan untuk mengEsakan, wajib kita sujud pada pasak bumi yang melaungkan. Menyedari itu, kenapa kita masih leka dan alpa dalam keramaian. Dan kekadang, kita enggan dan terus meninggalkan. Lambai bidadari syurga makin sayup dengan raung ahli neraka gegak gempita membikin jiwa-jiwa kosong kita ketar dan gentar. Tapi kita masih degil. Lebih keldai daripada keldai. Manusiakah kita dengan memanusiakan diri kita?

Thursday, 15 August, 2013, 1:59 PM

Lensa & Potret

Menerusi lensa
Yang ku pacu
Senyum mu
Menyentuh sukma ku
Yang sedia terlukir
Perihal keindahan mu

Yang ku capture
Agar bisa ku bawa
Berpergian jauh
Ke bumi asing
Untuk menemani
Sepi malam ku

Di bawah remang rembulan
Dan kerlipan bintang
Ku perdengarkan
Pada sang bayu
Yang berlalu
Sebuah syair
Tentang keanggunan mu

Walaupun untai kata
Yang menjalin rima
Dan puisi
Tidak seindah
Tidak seanggun
Senyuman mu

Momen terhenti
Tika kau
Kuntum kan senyum mu
Pada ku
Menerusi lensa ku

Seperti kau tahu
Di hari esok
Kau tidak lagi bisa
Mengukir senyum mu
Pada ku
Seperti hari semalam

Potret kusam mu itu
Sebuah momento
Untuk aku tatapi
Supaya bisa aku
Tersenyum
Dan terhapus
Segala sepi dan ratap ku

Pabila

Jiwa ku
Masih mengenang kan mu


Thursday, 15 August, 2013, 2:02 AM

Falsampah



1. Kerja tak kan habis. So kau relax je.

2. Duit banyak mana pun, mati nanti bukan boleh bawak masuk kubur.

3. Usha awek cun, boleh dapat pahala apa. Syukur dengan nikmat mata yang kau dapat. Dengan keindahan yang dijamah rakus mata. Alhamdulillah.

4. Kalau kahwin pun makan luar, baik tak payah kahwin. Bujang pun rutin hari-hari macam tu jugak.

5. Awek cun. Sayang, dia main phone time dating.

Thursday, 15 August, 2013, 12:36 AM

Tuesday, August 13, 2013

Travel



A traveler am I and a navigator, and every day I discover a new region within my soul. 
- Kahlil Gibran

Tuesday, 13 August, 2013, 1:48 AM

Syawal


Kosong. Kosong.

Tuesday, 13 August, 2013, 1:46 AM

Sarah

Malam diterangi sirna rembulan. Bintang-bintang di kayangan yang memagari sang purnama berkerlip gemilang menambah seri keindahan pada lanskap malam Kuala Lumpur. Metallurgical oleh Cromok berkumandang mengisi ruangan kokpit vintaj mobil. Deruman garang Volkswagen Beetle dengan talaan istimewa Rauh-Welt Begriff bergema mengisi sepi malam Jalan Tun Razak.

Dari Jalan Tun Razak, mobil menyusur ke Persiaran Hampshire. Melepasi pos kawalan kediaman mewah Hampshire Park, Bettle merangkak perlahan-lahan. Apartment duplex yang menjulang tinggi ke awangan seakan-akan menongkat langit yang luas terbentang memayungi bumi. Dalam remang cahaya pintu utama ke ruang legar Hampshire Park 1, seorang gadis sudah menanti.

Jonni teguk liur. Jarum jam Swatch pada tangannya mendikit ke angka 9.05. Untuk temujanjinya yang pertama ini, Jonni sedikit terlewat. Spoil. Resmi si gadis untuk lambat, bukan lelaki. Kewajarannya pada si gadis yang mengambil lebih banyak masa untuk bersiap bersiap untuk digulai sang teruna. Ini tidak adil. Double standard. Getus sukma Jonni cuba menghapus serba salahnya.

Jonni amati rawak figura gadis itu. Kebaya nyonya rona putih dengan motif fauna nampak cocok sekali dengan songket hitam yang dipadankan.  Rambut hitam panjang gadis itu tersanggul rapi dengan sentuhan kuntum bunga kamelia. Pada raut wajahnya yang penuh kelembutan, tercoret sebuah senyuman yang berhalwa keikhlasan. Melengkapkan keindahan sebuah kejadian Tuhan.

Puji-pujian kepada Tuhan. Cun.

Volkswagen Beetle diberhentikan di hadapan gadis itu. Dalam gesa, Jonni turunkan tingkap di sisi penumpang.

“Sarah?” kedu Jonni menjengah dari tingkap belah penumpang.

“Yea. I’m Sarah. Em, Jonni?” balas lembut Sarah yang masih dengan coret senyum yang memaniskan lagi keayuannya. Jejari halusnya mengemaskan rambut hitamnya yang mengurai bebas disapa nakal bayu malam.

“Oh, sorry, sorry. Kejap eh,” mati lamunan Jonni. Jonni terkocoh-kocoh keluar mendapatkan pintu untuk Sarah. Haruman yang dikenakan Sarah memenuhi ambians romantis malam. ‘Pure Seduction, Victoria’s Secret,’ getus nakal sukma Jonni dengan anggukan kecil.

“Dipersilakan, Tuan Puteri,” seloroh Jonni.

Sarah tertawa kecil. Panah lirik mata bulatnya membuatkan Jonni terkesima.

“Okay. Dah ready?” Jonni memperlahankan lagu yang memainkan Feelin’ Good oleh biduanita Nina Simone tanpa menoleh kepada Sarah.


“Yep, yep,” ucap Sarah pendek. Sedikit gugup.