Tuesday, October 30, 2012

Pandang

Pandang orang macam orang.

Tuesday, 30 October, 2012, 11:14 AM

Monday, October 29, 2012

Senyum



Sebarkan senyuman =)

Vandalisme dalam medium lukiran tulus marker pen pada petak pejalan kaki di Stesen LRT Star Hang Tuah.

Monday, 29 October, 2012, 9:30 PM

What?



Know what. Sometimes I think you love me more than I do.
That just doesn’t sound right okay.
What?
Nah, nothing.
It’s subjective okay. Are we gonna argue about this?
I’ll talk to you tomorrow. Good night.

Sunday, 28 October, 2012, 3:12 PM

Sunday, October 28, 2012

Orang

Orang macam kite ni Wan, tak kan kawen.

Dalam gelita malam tanpa bulan tanpa bintang di Rumah Panjang Sabah Tea, aku terangguk-angguk akur. Akur dengan ketentuan sebagai seorang ‘orang macam kite'.

Malam Bulan di Pagar Bintang oleh P. Ramlee

Thursday, 18 October, 2012, 8:49 PM

Friday, October 26, 2012

She's Not Coming Man

I’m getting married.
I'm gonna be really glad if you could come to my majlis.
But just if you want to.
It would be great you know.
Seeing you after years.
Get back to me a.s.a.p. please?
I’ll post you the invitation card.
Same address right?

While listening to It's So Hard to Say Goodbye to Yesterday by Boyz II Men

Friday, 26 October, 2012, 10:22 AM

Thursday, October 25, 2012

Bro

Bro.
Bro.
Bro.
Bro.
'R' tu. Grrr siket. Bro.
Bro.
Grrr lagi. Bro.
Bro.
Aa, macam tu la.

While listening to Don't Let Me Down by the Beatles

Thursday,  25 October, 2012, 10:43 AM

Wednesday, October 24, 2012

Pretty Rain

It's raining heavily.
And I bring no umbrella.

I hope for a miracle;

The time when you see me.
You come to me.
And with that lovely smile of yours.
You ask me.

'Care to join me?'

And I nod.

And I whisper to your ear.

'Romantic.'

While listening to Pretty Rain by Butterfingers

Tokio Marine Tower

Wednesday, 24 October, 2012, 6:33 PM

Coklat Cadbury

I tinggalkan you dekat sini. You jangan pergi mane-mane. Make sure kalau ada orang bagi you coklat Cadbury, you jangan amek okay? Pinky promise?

And she left.

Wednesday, 24 October, 2012, 5:18 AM

Raya

Hari-hari Hari Raya, kawan.

Wednesday, 24 October, 2012, 5:10 AM

Saturday, October 20, 2012

Kubur


Ahhh. Kubur kau nanti aku tabur rokok banyak-banyak.

Lalu gua balas gurau dan senda manja member gua itu dengan hilai tawa pada skala senonoh sambil kepul-kepul asap itu mula membentuk seekor naga yang menghamburkan hembusan api yang paling garang.

Bila dah sengkek bro.

Kota Kinabalu

Sunday, 23 September, 2012, 9:23 PM

Siket Je

Do you love me?
Yep.
How much?
Siket je.
How siket?
Siket ni je.

Until the End of Time (Wedding Song) & Hingga Akhir Pasti by Innuendo

Wednesday, 17 October, 2012, 8:16 PM

Sental

Kite sental babi tu sampai bersih.

Pabila gua dan tiga orang member gua berdebat ala-ala politikus di Parlimen perihal Bak Kut Teh di sebuah ruang isolated berpenghawa dingin berhampar tilam-tilam nipis di Kota Kinabalu.

Thursday, 18 October, 2012, 8:08 PM

Kencing

Bhai, kau rase ikan kesah tak kalau kite kencing dalam air?
Bro, kau rase kite kesah tak kalau ikan kencing dalam air?

Pabila sesi brainstorming gua dan seorang best buddy gua berkesudahan dengan dekah yang tak berpenghujung.

Island Hopping di Kota Kinabalu

Thursday, 18 October, 2012, 8:11 PM

Friday, October 19, 2012

Only Love Can Break Your Heart - Neil Young

You know that right? So now - whatcha gonna do?
Come at me. Bro.

While listening to Don't You Worry 'Bout A Thing by Stevie Wonder.

Friday, 19 October, 2012, 9:27 AM

Wednesday, October 17, 2012

Hanan

Hye. I need Ruby's phone number.
Oh, and you are?
Oh, I'm really sorry. I'm Joned, new internee with Schlumberger.
Jacob?
Yep. He's my supervisor.
Oh, okay.
And he asked me to get Ruby's phone number.
For MDR?
I'm not sure. He didn't say anything. He just asked me to get Ruby's phone number.
Oh, okay. Wait yea.
No prob.
...
You must be Cik Sharifah Hanan right?
Oh, no. Hanan only. She's a Sharifah.
Oh, okay then. Cik Hanan.

She seems interesting.
And her name is,
Hanan (without Sharifah).

Wednesday, 17 October, 2012, 1:57 PM

By the way, she just called me! And I just wrote a post about her. What a coincidence! See?


Friday, October 12, 2012

Asing II

Kilasan ringkas bersahaja. Kemudian sepenuh perhatian perempuan itu dikembalikan pada paparan skrin iPhone 4 di tangan. Aku dengan ekspresi muka ingin tahu yang tidak boleh blah mencuri-curi pandang apa yang disibukkan sangat dengan smart phone Steve Jobs itu sehingga aku tidak dipedulikan barang sekelumit. Jejari runcing perempuan itu ligat berdansa di atas butang kekunci memainkan aplikasi permainan menyusun blok.

Wahyu dari langit yang terbentang nan luas turun dalam bentuk melodi lagu Aku yang Asing oleh kumpulan gitar rancak (kugiran) Hujan pada pendengaran aku seorang dalam mode crescendo disusuli dengan paparan klip video rasmi yang direkod ketika jelajah Perancis seperti menyaksi filem 50-an hitam putih distortion secara solo di dalam panggung wayang gambar (pawagam).

Aku pasti. Pasti dengan perubahan air muka (baca: ekspresi) aku yang berubah secara drastik. Yang aku istilahkan sebagai Lu-Orang-Pun-Gerenti-Tahu-Ekspresi-Muka-Gua-Macam-Mana-Kan.

Dan sekali lagi. LRT kurang ajar dan lebih buruk berbanding LRT terdahulu tadi tanpa salam menerjah masuk ke platform tanpa sebarang indikasi signature seperti bunyi hon yang kuat atau getaran setempat pada frekuensi yang tinggi. Dan sekali lagi. Rutin boring (bosan) manusia berhimpit-himpit masuk secara berjemaah tanpa punya sedikit timbang rasa. Bauan harum metabolisme aktif badan mula memenuhi ruang isolated gerabak LRT. Aku lemas, aku rimas.

Perempuan itu menempatkan diri betul-betul di tempat duduk berdekatan dengan pintu masuk tadi. Dan ruang tempat duduk yang masih belum di-occupy rakus oleh marhaen Kuala Lumpur hanya tinggal pada sisi pintu keluar, bententangan dengan pintu masuk tadi. Dengan pandangan tenang (calm), aku perhati perempuan itu. Masih terkulit-kulit dengan telefon bimbit. Aku pasti perempuan itu sedar akan keberadaan aku di lokasi aku membuat pemantauan khas. Aku positif.

Entah di stesen mana, seorang malaun yang aku sudah lupa jantina (lelaki, perempuan, khunsa, pengkid, transgender, aku tak ambil pusing sebenarnya) menghalang pemerhatian mengkhusus aku terhadap spesimen (perempuan itu) tadi. Tetapi melalui cakap-cakap seorang yang tidak dikenali yang duduk betul-betul di sisi kanan aku, perempuan itu ada mencuri-curi pandang ke arah aku walaupun terhalang oleh titik buta. Oh, bunyi gesit sukma dari teras aku yang paling dalam.

Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Aku tiba ke destinasi yang aku tuju. Aku berjalan keluar lambat-lambat sambil ekor mata aku memerhati jika ada sebarang tindak balas dari perempuan itu. Tiada. Tidak mengapa. Seperti seorang anak kecil yang bermain sorok-sorok dengan Hantu Kopek, aku tempatkan diri aku di balik tembok berbentuk silinder berselindung. Aku menantikan saat dan momen LRT kurang ajar tadi yang aku pasti akan berlalu pergi juga tanpa sebarang indikasi signature seperti bunyi hon yang kuat atau getaran setempat pada frekuensi yang tinggi.

Dan aku menyaksikan perempuan itu mencari kelibat seseorang atau sesuatu. LRT? Aku?

Aku pasti Aku.

Aku labuhkan punggung pada tempat duduk batu yang aku fikir selekeh tanpa sebarang kemasan jubin marmar. Aku keluarkan sepuntung rokok yang aku sudah susun kemas-kemas di dalam tempat penyimpan rokok khas dengan spesifikasi kedap udara dengan fungsi mutlak mengelak lemau. Aku hidupkan dengan pemetik api. Dan aku teguk booze yang aku simpan secara rahsia di dalam flask air biru aku (ramai menyangka isinya kopi pekat cap Hang Tuah).

Hairan. Bukan kepulan asap yang keluar dari mulut aku membentuk seekor naga garang yang sedang menghembuskan tujahan api berkuasa tinggi dari celahan gigi-gigi kuning. Tetapi nama seseorang.

Rock Rolland.

Seorang perempuan yang pernah menjadi pujaan hati aku suatu tika dahulu. Dan rahasia perempuan itu berlalu pergi selama-lamanya (mungkin) dari hidup aku biarlah aku telan dan aku nikmati pahitnya seorang.

Dan untuk kali yang penghabisan, aku hantar satu lagi mesej ringkas ke iPhone 4 perempuan itu yang aku pasti tidak akan berbalas:

Happy to see u. U look great like always.

Tika butang send ditekan, corong-corong pembesar suara di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan sedang memutarkan lagu Too Much Love Will Kill You oleh kugiran Queens. BFM 89.9, aku pasti.

KLCC, Thursday, 11 October, 2012, Waktu-waktu Senggang

Thursday, October 11, 2012

Asing I

Rock.

Figura tabung pasir (atau mungkin seekor kerengga) seksi itu aku betul-betul kenal. Ditangkap secara nakal oleh minda bawah sedar aku mungkin. Tudung Aryani gaya-gaya bibik dari Indonesia berona jingga garang yang dipasangkan comel dengan blouse berasbstrak subjektif dengan manipulasi secara total jingga lembut dan putih bersih itu tampak anggun dikenakan dengan padanan seluar panjang lepas rona kelabu dan wedges. Oh, juga tas tangan yang terapit kemas sebagai pelengkap.

Aku secara automatis tanpa di-ignite oleh mana-mana butang push start terus memasuki fasa girang (excited phase) dalam jangka masa kurang 0.2 saat. Impressive. Not bad at all (Pemain MP3 berjenama Creative Zen Stone hitam bersaiz chibi dengan muatan 1 Giga memainkan lagu Something Stupid dendangan padu duet mendiang Nancy dan Frank Sinatra Jr sebagai muzik latar).

Aku mahu menghampir. Menyapa sopan. Just being polite. Sekadar bertanya khabar dan jika ada kesempatan, bertukar-tukar satu dua cerita mungkin. Cukup. Period.

Stesen LRT Putra KLCC.

Dalam kesibukan secara serius aku merencana cermat possible scenarios (senario-senario kebarangkalian) secara cergas dan cerdas, keretapi tiba secara mengejut tanpa sebarang indikasi signature seperti bunyi hon yang kuat atau getaran setempat pada frekuensi yang tinggi. Celaka. Aku matikan nawaitu suci lagi murni aku di situ. Aku laju-laju menaiki keretapi dan merapat ke pintu keluar bertentangan dengan pintu masuk tadi.

Stesen LRT Star Masjid Jamek.

Transit dari Laluan Hentian Putra ke Laluan Sri Petaling. Pancit kalau aku mendaki puluhan tangga, mahu lecak celah ketiak jadinya. Maka seperti golongan kelas pekerja (working class) Malaysia yang lain yang terpusu-pusu tanpa menghirau kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah, aku mengambil langkah selamat dengan memacu eskalator di laluan kiri. Jenis gopoh dan gapah serta tak menyempat kebiasaannya lebih cenderung untuk menggunakan laluan kanan eskalator. Firasat aku kuat mengatakan kehadiran aku di laluan kanan menghalang laluan bukan merupakan opsyen terbaik di waktu puncak keramaian pulang dari mencari rezeki halal (kalau haram pun aku serius malas nak ambil port).

Aku text: I saw u just now. Sambil menanti eskalator sampai ke puncak pada elevasi 0 meter dari aras bumi.

Hampa lagi kecewa. Tiada balasan masuk.

Perempuan itu aku lihat dengan penuh kesabaran sedang menanti sesuatu. LRT? Aku?

Seperti yang sudah menjadi ketentuan sejak di Luh Mahfuz, perempuan itu dan aku dipisahkan oleh seorang perempuan Tionghua berusia lewat 30-an. Dengan fikiran yang kosong lagi lompong, aku merapat ke belakang perempuan itu.


Hye Rock.

  
Hye.

KLCC, Thursday, 11 October, 2012, Waktu-waktu Senggang

Finding the One

Would you care to tell us how did you guys find each other?
 
We were in the same class during foundation. I used to tease her, like a lot. She went to Australia. And I continued my studies here in Malaysia. I still remember this one time when she came back to Malaysia for summer break. I texted her. She said she doest’t want to give me any false hope. And that was the very first time ever I was being rejected by a girl. After that, whenever I left a comment or liked her photos on Facebook, a lot of friends will woo us. When one of her housemates, a good friend of mine, tried to convince her that I was serious, she would just laugh her ass out. I did try to make decent conversations through Facebook, but she never replied, not once, haha. So, when my bestie went to Australia for a short vacay, I asked him to pass a card to her. I was hoping for a reply but once again, she did nothing, haha. To tell the truth, I was quite frustrated la. But a real man stops at nothing, right? So before she came back to Malaysia for good, once again, I left her a short note but this time, I asked for her hands. And for the first time, she replied and she said yes. Our parents wanted us to get married asap. We engaged for a week and now here we are, husband and wife.

Sunday, 7 October, 2012, 10:23 PM

Thursday, October 4, 2012

Sepi dan Sendiri

Dalam keramaian
Aku sendiri
Romantis

Signature Food Court, KLCC

Wednesday, 3 October, 2012, 7.00 PM

Monday, October 1, 2012

Free Fall


I see thousands of pretty faces
And I’m expecting for no one
But you
The moment that I’m truly waiting for
My free fall for that sweet dimple of yours
For one last time
Before I jump off KLCC

And I die - smiling

KLCC

Monday, 1 October, 2012, 3:18 PM