Friday, August 31, 2012

Merdeka


National Monument

Apa yang merdeka?

Friday, 31 August, 2012, 6:22 PM

Thursday, August 30, 2012

Alligator


Hye Gorgeous!
Hey Alligator!
Alligator?
Hehe, yep.
Cute lah jugak, haha.
Hehe, kan?
I’m starving! Makan jom?
Where to?
La Boheme?
Yeah sure. Then?
Lepak Coffee Bean? Shift Sheila starts at 5. Okay?
Jom!

Thursday, 30 August, 2012, 4:31 PM

Wednesday, August 29, 2012

Selipar Jamban


Sembilan minit lima puluh enam saat berlalu tenang, aman dan sentosa.

You ni memang suka pakai selipar?

Gua hairan. Dengan penuh timbang rasa, gua balas dengan sengih besar. Gua toleh kanan kiri. Gua kilas seiisi dewan mengenakan selipar. Ada lah seorang dua budak skema sarung kasut. Gua tenung dalam-dalam mata lecturer gua. Masih gua kekalkan senyum teran penuh ikhlas pada muka.

Pakai lah kasut raya. Baru smart siket.
Bukan ape Dr. Kasut raye pakai time raye.

Gua balas bersahaja, tanpa sekelumit elemen kurang ajar. Hilai besar serupa langsuir lecturer gua. Gua sengih lagi. Lalu terus gua salin laju-laju jawapan dari buku teks yang gua sembunyi di bawah meja serupa lecturer gua seorang bunian di dalam dewan peperiksaan.

Sepang Gold Coast

Demikianlah al-Kisah gua dengan selipar jamban gua sebelum raya. Dan sejak itu gua menjadi feveret student seorang lecturer.

Wednesay, 29 August, 2012, 10:50 AM

Tuesday, August 28, 2012

Tun Teja


Who’s the author?
Meg Cabot.
Great author.
Yea.
I like the way you style your scarf.
Oh, really? May I know why?
It looks different. Unique I guess.
Oh, I see.
You remind me of Tun Teja actually.
Haha, really? How come?
I don’t know. You just look, gorgeous with that style.

Tribute to the old MPH, Mid Valley.

Tuesday, 28 August 2012, 3:30 AM

Monday, August 27, 2012

Arep

Weh Arep, lame tak jumpe.
Aku bukan Arep dowh. Aku Azmi.

Insiden celaka yang berlaku di pekarangan masjid selepas menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah beberapa tahun lepas.

Monday, 29 August, 2012, 4:29 PM

Raya


Usai menziarah pusara selepas tertunainya solat sunat Aidil Fitri, MyVI SE hitam berplat pangkal W itu dipacu cermat menghala ke pekan kecil Gemencheh. Harus berhati-hati. Ada ketika, melulu keluar famili babi dari semak-samun di bahu jalan melintas tanpa memandang ke kanan dan ke kiri terlebih dahulu. Begitu fitrah babi. Menyondol tidak kira apa dan siapa yang menghalang di hadapan. Terus maju dan maju. Bagus juga babi ini.

15 minit kemudian, tiba di Pekan Gemencheh. Kereta terus dihalakan ke kedai serbaneka 24/7, 7 Eleven. Kelihatan jelas deretan laki-laki dan perempuan segak lengkap berbaju melayu sepersalinan dan anggun mengenakan baju kurung/baju kebaya/jubah beratur secara tertib menunggu giliran membayar di kaunter. Sebotol Kickapoo sejuk yang luar biasa mahal harganya berbanding caj yang dikenakan di kedai-kedai lain dicapai dari peti menyimpan minuman.

Mencari, mencari dan mencari. Ah, jumpa.

Segera kaunter dituju. Gadis kaunter comel tampak berbaju kurung tergesa-gesa memasukkan produk-produk yang dibeli oleh seorang pelanggan ke dalam plastik disposable. Apa agaknya rasa hati gadis kaunter comel ini perlu melunaskan tanggungjawab di pagi satu Syawal, di kala Muslimin Muslimat yang lain sibuk menikmati juadah lomang, rendang maman ayam/daging dan sirap ais bersama sanak-saudara sambil menyaksi rancangan magis di kaca tivi.

Tika baki wang bertukar tangan dalam bentuk kepingan syiling baharu, laki-laki Melayu berjubah tidur Arab dengan potongan lengan tee perempuan itu menguntumkan senyum yang paling macho di pagi raya dengan ucapan, “Selamat Hari Raya.” Tersengih kesukaan menampakkan susunan gigi putih bersih pastinya gadis kaunter comel itu. Terubat sedikit kedukaan terpaksa berpagi raya di 7 Eleven menanti shif yang bakal berganti dua, tiga jam lagi.

Ya, di pagi raya  laki-laki Melayu berjubah tidur Arab dengan potongan lengan tee perempuan  itu mencari kuaci Chacheer serupa hamster.

Thursday, 23 August, 2012, 2:29 PM

Sunday, August 26, 2012

Uncle


Uncle tu siape?
Uncle tu boyfriend Auntie.

Dan hari-hari esok itu berlalu dengan terlebih gemilang dari hari-hari yang sebelumnya.

Saturday, 25 August, 2012, 1:10 PM

Dinner di Hari Raya


Teh O Ais satu.
Teh O Ais.
Extra Joss Susu Ais. Kuning punye.
Milo Suam gelas kecik.
Nasi Goreng Ayam Madu.
Maggi Goreng Kosong.
Roti Canai Banjir. Kari sama dal, sambal tamau.
Lemang sama Rendang Ayam. Kerak tamau.

Saturday, 25 August, 2012, 9:28 PM

Saturday, August 25, 2012

Duit Raya


Gua suka Hari Raya, lagi-lagi Aidil Fitri. Sebab dapat Duit Raya.

Gua ingat lagi. Beza Hari Raya sebelum dan selepas ’98.

Sebelum ’98.

Not Satu Ringgit edisi lama. Karekteristik not yang gua kira paling legend sekali; font besar, kaler biru pekat, kompem ronyok/konyok dan yang paling best sekali kalau dapat yang elok lagi, kesan lipat wallet pun takde, tu yang paling rare. Lagi satu, syiling Satu Ringgit yang kaler emas tu. Kalau kumpul banyak-banyak dalam tabung, pergh, rasa macam simpan emas betul dah.

Teknik nak letak Duit Raya dalam Angpau pun kena ada art. Tu penting, serius, buat apa-apa benda pun kena ada art. Lagi-lagi kalau nak selit syiling. Biasanya, syiling dueposen, limeposen, singgit tu orang kepilkan pada satu kadbod kecil yang ada potongan khas untuk selit syiling. Nampak senonoh sikit, takde lah berkecang-kecing bunyi syiling tu berlaga dalam Angpau.

Selepas ’98.

Polisi Bank Negara yang gua paling gemar sekali. Pengenalan not RM2. Sekarang not tu nak carik pun susah. Boleh buat collectible item siap. Rare tak rare. Baru berapa tahun lepas sangat. Orang pun dah tak main dah selit syiling dengan not Satu Ringgit lama. Main taruk not RM2. Mana tak happy budak-budak berHari Raya. Paling koman pun RM2 kompem dah dalam tangan.

Tapi paling cibai sekali, bila Bank Negara keluarkan not Satu Ringgit. Aa, yang not sebelum not edisi paling baru ni. Sebab apa cibai? Sebab semua orang dah jadi kedekut ya amat nak selit not RM2 dalam Angpau. Masing-masing dah jadi bijak (baca: kedekut ya amat) pesen selit not Satu Ringgit. Budak dok merasa Angpau pun konpius, singgit ke dueinggit ni. Ah, sudah.

Policy maker gua kira perlu betul-betul menitik beratkan isu ini dalam pengenalan not-not baru. Apalah erti Hari Raya tanpa Duit Raya, kan?

Saturday, 25 August, 2012, 12:28 PM

Friday, August 24, 2012

Girlfriend


Pak Long ade girlfriend ke?
Ade la, ape pulak takde. Girlfriend Pak Long orang Arab.
Tu Pak Long paham ke ape die cakap?
Kitorang cakap English la.
Lawa ke girlfriend Pak Long?
Lawa. Macam artis.
Boleh percaye ke Pak Long ni?

Pabila melayan keletah anak sepupu gua. Ah, sudah.

Thursday, 23 August, 2012, 12:34 PM

Thursday, August 23, 2012

Perihal Gadis di Hari Raya


Macam ni Wan. Kau bila raye, kau ajak ramai-ramai member pompuan kau datang beraye kat ghumah sekali. Semue pompuan pun suka budak. Semue pompuan pun bagos ngan budak. Ramai je pompuan peramah. Tapi kau jangan tengok macam tu Wan.

Kau tengok. Sape yang lepas salam Mak Abah kau je, ikot masok dapor sekali ngan Mak kau. Cukup la die tanye Mak kau, Mak Cik, ade ape-ape yang saye boleh tolong ke? Kalau Mak kau dah cakap tade bende nak die tolong, pepandai la pompuan tu gi depan balek.

Lagi satu kau tengok. Lepas abes makan je, die amek semue pinggan die bawak masok dapor basuh. Tak yah nak tunggu, tak yah nak bersuroh. Memang la kadang orang cakap, eh, apasal masok dapor macam ghumah sendiri. Tapi memang ade Mak Abah dari kecik dah train anak diorang macam tu Wan.

Macam tu kalau kau nak carik pompuan yang boleh buat bini. Jangan dok asek carik yang cun je Wan.

Tika member gua bersungguh-sungguh meninggalkan amanat, gua dengan penuh tertib dan khusyuk mendengar tanpa membuahkan sepatah butir bicara. 

Interesting.

Thursday, 23 August, 2012, 11:49 AM

Saturday, August 18, 2012

Untitled


She’s so sophisticated. Complicated for sure. Yet, you still wanna read her like a book. In this case, a very thick one. It’s gonna be hard man. But still. You feel like, this is it. You know what you want in your life. You want her to be a part of it. And not just only a chapter. If you can replace every single word written in the book with her name, you’re gonna do it. That’s exactly how you feel.

In the dark, you can barely see her waving at you. Maybe at the first glance, you might think, nah, there’s nothing extraordinary about this girl. She’s not even your type. Yeah, you know you have one. But she is. Fortunately or unfortunately, she IS your type. After talking for hours, wow, you can talk to her about everything. You’re mesmerized by her. In an unexplainable way. How strange.

The way she talks. You feel like you just can’t keep up looking at her eyes and her lips at the same time. The way she looks into your eyes. It feels like, how dare you, haha. They might ask, how is it possible to like someone just after talking less than a few hours? What about love at the first sight? What about you need no single reason to like someone? To love someone?

You feel like you wanna share with her how you spend your weekends. Get up early on Sunday morning. Pick her up. Drive her to Shah Alam for the car boot sale. At noon, you'd drive her again to Amcorp Mall. You know she’d enjoy the flea market as much as you do. And you end the day by treating her your favourite Choc A Lot at Wondermilk. Maybe a photo or two, captured by using your polaroid.

What if she’s the one?

What if there’s nothing can be done. You can't do anything about it. You’ve decided to forget every single thing about her. And yes, you’ve tried so hard. 

But. You just simply can’t.

How?

Kuala Lumpur
Saturday, 18 August, 2012, 5:06 AM

Tak


Tak semua yang kita nak kita dapat.
-          A childhood friend of mine.

In the mood of You’re So Fine by Guba featuring Yuna.

Saturday, August 18, 2012, 4:09 AM

Just


Just so you know. I like you more.

Dan hari-hari esok itu berlalu seperti hari-hari yang sebelumnya.

Saturday, 18 August, 2012, 4:00 AM

Wednesday, August 15, 2012

Noktah


Aku mahu bercerita. Apa sudi kau mendengar? Tapi aku perlukan sekelumit cuma masa kau. Barang 2, 3 minit pun, jadilah.

Aku menghidap kanser. Ya. Aku menghidap kanser.

Ini cerita betul. Aku tak tipu.

Aku mahu terus hidup. Seperti kau, kau dan kau.

Tapi itulah. Aku kini penghidap kanser. Stage four. Surgical removal, chemo dan marijuana bukan lagi opsyen.

Aku tak punya opsyen.

Jadi aku letakkan noktah di sini

.

Tuesday, 14 August, 2012, 7:24 AM

Tuesday, August 14, 2012

Hoki


Kau tau Singh tu maen ape?
Entah. Maen ape?
Sah-sah die maen hoki.

Observasi dan borak santai ketika on the way berbuka puasa gaya bujang.

Tuesday, 14 August, 2012, 12:20 AM

Monday, August 13, 2012

Ashtray


Nazim. Berusia 20an. Berambut panjang hitam ikal mayang melepas bahu persis aktres legend siri drama Charlie’s Angles, Farrah Fawcett. Sering mengenakan tee rare biru pekat kesukaan yang makin lama makin memudar berilustrasi 5 ekor ikan jerung di sisi hadapan bersaiz small yang didapatkan di bundle ketika sesi jelajah Tanah Melayu bersama 9 orang lagi member beliau.

Setting rambut. Dikeringkan menggunakan kain tuala tebal berwarna ungu kerana beliau kuat berpegang pada teori yang sebarang jenis heat treatment akan menjahanamkan struktur basis rambut. Selalunya, gaya rambut beliau akan digaya biasa hanya dengan menggunakan jejari runcing kerana sikatan rambut terlalu kemas bagi beliau.

Zahara. Berusia 20an. Tua setahun daripada Nazim. Seperti ceritera chinta cliché yang lain, Zahara dan Nazim berkenalan di perpustakaan institusi pengajian tertiary mereka, sebuah school of thought yang mana mereka mengejar scroll of degree mengikut minat masing-masing. Faktor usia memang bukan halangan, begitu bilang mereka berdua.

Deodorant kegemaran Nazim tentunya Dashing Speed. Laju. Zas zas zas. Tetapi bukan jenis roll-on deodorant, jenis stick, sebab tidak terlalu lecak armpit jadinya. Dengan alasan suka-suka, Zahara dengan berbesar hatinya telah menghadiahkan Nazim perfume berjenama Christian Dior yang Nazim pun tak berapa nak pasti jenis harumannya.

Jodoh dan ajal, macam kata orang tua-tua yang bijak pandai, memang telah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali. Jodoh mereka memang ada, tetapi tidak lah hingga ke jinjang pelamin. Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Atas persetujuan tanpa bertulis, Nazim dan Zahara memilih untuk membawa jalan hidup masing-masing.

Sebagai tanda kenang-kenangan momen bersama Zahara, Nazim menjadikan perfume case berjenama Christian Dior pemberian Zahara tadi sebagai ashtray, simbolik ceritera chinta yang tidak kesampaian. Memang, every smoker has a story to tell. Dan ini kisah Nazim. Berusia 20an.

Sunday, 12 August, 2012, 4:54 AM

Sunday, August 12, 2012

Sebuah Catatan Jujur Berkenaan Aidil Fitri


Gua suka Hari Raya. Lagi-lagi Aidil Fitri.

5 tahun belakangan ini, gua tak berapa nak feel sangat pagi satu raya. Faktor utama menyumbang mungkin disebabkan gua bukan berada di Bandar Sydney dengan telinga disumbat kedap earphone berdendang sayu lagi pilu Dendang Perantau oleh P. Ramlee atau Kepulangan Anakmu oleh Aman Shah menghadiri kuliah pagi tepat jam sembilan di University of New South Wales.

Pernah gua suarakan krisis crucial ini pada beberapa orang member. Penemuan kami sungguh sungguh mengejutkan. Feel raya itu kemungkinan besar (dengan peratusan ralat kurang 0.00001 peratus) akan kembali pabila kami sudah punya tunang, raya kali pertama dengan bini baru dan raya kali pertama dengan kehadiran orang baru yang pastinya comel dan montel (sihat).

Tapi itulah. Gua secara jujurnya kureng sikit pabila 1 Syawal jatuh mengejut pada hari Jumaat. Sebab perlu ke masjid dua kali dalam satu hari. Dan ketika khatib menyampaikan dua bahagian khutbah dengan jeda sebentar antara kedua-duanya, otak gua pasti ligat memikirkan kenapa dan kenapa tengah hari 1 Syawal gua perlu menunaikan solat fardhu Jumaat serupa otak gua ligat memikirkan perlu atau tidak gua study untuk paper Vibrations yang gua pasti tanpa kompromi gua tak kan dapat nak jawab.


Ini sebuah pengakuan jujur. Jangan judge kalau nak maju.

Wallahu'alam.

Sunday, 12 August, 2012, 1:29 AM

Saturday, August 11, 2012

Rumit


Rumit proses menjadi orang. Apatah lagi manusia.

Alexander Zulkarnain seorang laki-laki Muslim. Rajin ke masjid. Tak pernah miss usrah. Beliau memasang angan-angan mahu bernikah awal. Lagi awal, lagi bagus. Lagi afdol kalau dapat bernikah sebelum grad. Memandangkan beliau seorang laki-laki Muslim yang rajin ke masjid dan tak pernah miss usrah, beliau berkira-kira mahu menggunakan perkhidmatan Baitul Muslim untuk mencari calon isteri mithali lagi solehah. Beliau sebenarnya pernah berangan Mat Jenin mahu menjadikan gadis hot Bangsar sebagai penyeri hidup. Tetapi apakan daya, beliau punya kredabiliti yang perlu dijaga rapi. Beliau tidak punya opsyen lain. Jadi dengan memejamkan sebelah mata (belah kanan), beliau menggunakan perkhidmatan Baitul Muslim untuk menyunting seorang gadis usrah junior bertudung litup sehingga ke paras dada (mengikut syariah) yang hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Famili, kawan-kawan dan umat manusia seluruh duniya (Muslim world terutamanya) menyanjung tinggi ke langit nawaitu suci beliau. Antara respon-respon positif yang diterima beliau adalah:

·         Bagus kau kawen awal ni. Apa orang cakap. Aa, menjauhi zina (Walatakrobuzzina).
·         Patut sangat lah kau nikah. Kau pun dah lengkap serba-serbi.

Harun atau lebih glemer dengan panggilan Ron seorang laki-laki Muslim. Ke masjid hanya pada hari Jumaat. Itu pun, kalau tak miss. Usrah memang jauh sekali. Pernah beliau bambu seorang naqib usrah kerana naqib usrah berkenaan ajak meeting usrah tepat-tepat 3 jam sebelum. Beliau text pada naqib usrah berkenaan, “Apa lu ingat gua takde komitmen lain ke? Lu kalau nak buat usrah, cakap awal-awal. Jangan last minit macam ni. Mangkok.” Sejak insiden itu, hati beliau terus jauh-jauh sekali dengan usrah. Seperti Alexander Zulkarnain, beliau juga punya cita-cita mahu bernikah awal. Bahana terlalu terpengaruh dengan sebuah karya kugiran Hujan, Ahmoi Chantek lewat tahun 2007, beliau dengan suksesnya telah menekel seorang amoi Mutiara Damansara yang mengambil jurusan Bisnes di Taylor’s Business School, SS15, Subang. Tetapi hati kecil beliau selalu berkata, layan jugak kalau nikah awek tudung labuh. Insya-Allah, selamat gua duniya akhirat. Beliau ada juga research sikit-sikit berkenaan Baitul Muslim. Apabila nawaitu suci beliau itu diwar-warkan pada famili, kawan-kawan dan umat manusia seluruh duniya (Muslim world terutamanya), antara respon-respon ‘positif’ yang diterima beliau adalah:

·         Kau semayang pun tak cukup. Nak kawen? Ha ha ha ha ha.
·         Jangan bawak jahanam sekali anak dare orang bhai.
·         Spender pun mak basuh. Ada hati nak kawen. Ha ha ha ha ha.
·         Camne lu nak lead famili, lu cakap siket. Lu pun bukan nak berapa betul sangat bro.

Alexander Zulkarnain akhirnya bernikah ketika tahun akhir pengajian dengan gadis usrah junior bertudung litup sehingga ke paras dada (mengikut syariah) yang hanya menampakkan bahagian mata sahaja, terima kasih atas perkhidmatan Baitul Muslim.

Harun atau lebih glemer dengan panggilan Ron hanya bernikah di usia 32 tahun dengan seorang gadis hot Bangsar dan impian suci lagi murni beliau mahu bernikah dengan seorang gadis bertudung labuh hanya tinggal kenang-kenangan sahaja.

Bukan Alexander Zulkarnanin

Sungguh. Rumit proses menjadi orang. Apatah lagi manusia.

Friday, 10 August, 2012, 10:09 PM 

Friday, August 10, 2012

Aidil Fitri

Private Collection I

Private Collection II

Private Collection III

Friday, 10 August, 2012, 7:07 PM

Sama


Kesukaan gua di bulan Ramdhan dua, tiga tahun ni adalah men-download klip video komersial raya di Youtube. Gua berkenan sangat dengan iklan BERNAS tahun ni. Memang padu. Memang power. Scene yang paling gua gemar, minit ke 7:25. Dengan subtitle Inggeris, ‘My mother is your mother too’.

Terus gua teringat pada Mak gua, Puan Shamsiah Kassim di Kuala Lumpur. Beliau dulu selalu pesan benda sama pada member-member gua yang datang bertandang atau tumpang tidur di rumah. Bilang Mak gua, “Semua mak sama je”.

Friday, 10 August, 2012, 3:21 AM

Thursday, August 9, 2012

Kau Perempuanku


Aku kira
‘Kau Perempuanku’
Untuk seorang perempuan
Macam




Entah.
Tak berapa pandai aku nak explain.

Tapi, itulah.
Kedengaran begitu.

Kau pun fahamkan maksud aku?

Kau Perempuanku.

Ya, Kau.

Thursday, 9 August, 2012, 1:01 AM

Tuesday, August 7, 2012

Art













Buat kopi pun kena ada art. – Coffee Maker, 2008.

Wednesday, 1 August, 2012, 3:36 AM

Monday, August 6, 2012

Kasut


Dik, kasut tu memang style macam tu ke?
Eh, takde lah bang.
Mahal?
Murah-murah je ni bang.
Laa, abang ingat style die memang macam tu.
Takde lah bang. Rabak sebab lenjan ni.

Al-Kisah seorang Pengaman AMAN yang mengganggu gugat kosentrasi gua menyarung kasut di Suria. Celaka.

Sunday, 5 August, 2012, 4:41 AM

Sunday, August 5, 2012

Whisper Words of Wisdom

Masjid Terapung, Kuala Terengganu

1. Dude. Apasal blog sedih sangat.

2. Jangan bersedih atas sesuatu yang tak sepatutnya kita sedihkan. Jangan bersedih atas kegagalan kita dalam hidup. Kerana kita masih memiliki banyak kenikmatan. Kenikmatan yang tidak terhitung banyaknya. Dan maafkanlah orang yang berbuat kesedihan dan kelukaan kepada kita. Jangan bersedih. Ingatlah Allah menyayangi kita. Hilang cinta manusia bukanlah segalanya. Hilang cinta Allah hilanglah segalanya. Bantulah diri kita untuk menyayangi diri sendiri. Agar kita lebih kuat menghadapi kesedihan dan kelukaan.

Thanks dude! Long time no see man.

Sunday, 5 August, 2012, 2:18 AM

Saturday, August 4, 2012

Refleksi


Gelita malam dek selindung segan sang purnama di balik gemawan. Esok hari sang bumi bakal dibarokahi rintik halus hujan, mungkin. Bintang-bintang yang lazimnya terang bergemelapan tiada tanding tidak satu pun terlukis pada kanvas langit malam. Pandangan dihalakan pada skrin tingkap yang kejap-kejap menayangkan panorama mengasyikkan Kuala Lumpur diremang cahaya jingga romantis pos lampu dan kejap-kejap memalit refleksi isi koc.

Sepasang mata beriris perang itu lalu tertangkap pada satu refleksi yang terus menenggelamkan langsung scenery-scenery pada skrin tingkap tadi. Pemandangan luar yang menjadi latar belakang the captured reflection tadi kini mengilusikan sebuah koc yang menyelusuri terowong masa dengan kelajuan yang seakan-akan menunggang Buroq. Refleksi berupa seorang gadis. Manis.

Senyum. Melihatkan refleksi berupa seorang gadis tadi yang pada anggapan aku sedang bermain hide-and-seek dengan sang purnama. Dan-dan melodi euphononious dan bait-bait perfecto Gemawan oleh Innuendo berkumandang secara crescendo pada pendengaran aku seorang menerusi corong-corong earphone. Kolaborasi blend ambians secara majisnya menghasilkan renjatan cas-cas positif-negatif nakal di dalam sukma.

Tiba-tiba mata bundar milik refleksi berupa seorang gadis tadi memandang tepat ke dalam iris perang aku. Pada momen yang sama, kesemua organ terpana secara mengejut dengan Hukum Masa yang tanpa sebab-munasabab turut menjadi total invalid. Senyum. Hairan. Refleksi berupa seorang gadis pada skrin tingkap tadi menghadiahkan aku kuntum senyum yang paling menawan? Meruntun sukma. Dub dab dub dab. Ah.

Telefon bimbit di tangan refleksi berupa seorang gadis tadi ditala pada darjah bersesuaian. Menangkap refleksi berupa seorang gadis dan refleksi berupa seorang laki-laki yang rapat duduk sebelah-menyebelah; potret utama pada skrin tingkap koc yang berlatarbelakangkan pekat malam.

Friday, 3 August, 2012, 8:56 PM

Friday, August 3, 2012

Propaganda

The Super Insurgent Group of Intemperance Talent


Lama Dulu

S.I.G.I.T., S.I.G.I.T., S.I.G.I.T.. Takde CD lain ke? - Seorang kawan.
Aku toleh dan aku sengih.
Dan aku buat bodoh seperti biasa.

Tak Berapa Nak Lama Dulu

Yes only love can break your heart (Nyanyi). Sial la kau Wan. Kau la ni. – Seorang kawan. Yang sama.
Aku toleh dan aku sengih.
Dan aku buat bodoh sepeti biasa.

Tiga tahun bhai, tiga tahun.

Wednesday, 1 August, 2012, 3:57 PM

Thursday, August 2, 2012

Iced Tea


Hye! Welcome to Coffee Bean!
Hye.
Your order miss? (Senyum besar)
One iced tea please.
Yeah, sure. Southern Blend or Sweedish Berry?
Err. Come again?
Southern Blend is like the normal iced tea. And Sweedish Berry is a fruit tea.
Which one taste better?
I’d say the fruit tea miss.
Okay, give me one fruit tea then.
Medium or large?
Medium one.
Having here or take away?
Take away.
One medium fruit tea to go!

Kalau customer gua seorang awek, gua dengan bermurah hatinya akan tambah skrip gua dengan:

You need to add some sugar syrup miss.
Oh, okay, thanks.

Kalau customer gua seorang mamat, gua akan biar dan lihat sahaja mamat itu berlalu pergi sambil menghirup Sweedish Berry Iced Tea yang gua pasti pahit ya amat tanpa tambahan air gula.

Malu bertanya sesat jalan, bru.

Wednesday, 1 August, 2012, 3:18 AM

Wednesday, August 1, 2012

Si Bintang Batu (Sebuah Cerita Betul)




Get a haircut, grow up. Rockstar dah basi.

Sejak insiden itu, gua tak toleh ke belakang lagi.

Tuesday, 31 July, 2012, 11:17 PM