Sunday, September 2, 2012

Mak Su


Gua setting helmet cermat-cermat atas seat vespa. Gua berlenggang kangkung ke satu meja terperosok di Ameeth. Malam ni Farouk & Sithick tutup, celaka. Belum sempat gua panas punggung dan order Milo Suam Gelas Kecik, dalam kelam malam gua lihat satu lembaga semangat terlambai-lambai sambil kuat-kuat menyahut, Kecik, Kecik. Ah, sudah. Gua cam sangat  pemilik suara parau ni. Mak Su.

Dulu gua selalu lepak warung Mak Su sama member-member gua. Harga murah, kuantiti banyak, sedap pulak tu. Dalam seminggu, ada lah 3,4 kali gua sama member-member gua layan. Sabtu malam tutup. Gua selalu order Mee Goreng Campur Kuey Teow Tak Nak Taugeh. Sedebuk dapat. Biasanya memang gua tak habis. Gua ikhlas sedekah pada member-member, tambah amal buat bekal orang cakap.

Gua tuju meja Mak Su dan Mak Tam. Gua sudah segan. Tahun ni je, boleh kira pakai jari kanan kiri berapa kali gua lepak warung Mak Su. Gua bilang sama Mak Su, gua sibuk sikit. Biasalah, dah senior. Mak Su tanya sama gua bila habis paper. Gua bilang Jumaat, gua balik Sabtu, gua gerak Sabah Isnin. Mak Su bilang sama gua, beliau mahu jamu budak-budak Tronoh yang selalu lepak warung beliau makan-makan. Gua bilang, set.

Sebelum gua blah, gua tuju meja Mak Su dan Mak Tam sekali lagi. Gua bilang sama Mak Su, pape nanti roger sama gua. Gua dan-dan teringat satu janji lama Mak Su pada gua. Gua mahu tuntut. Gua tanya secara serius sama Mak Su bila beliau mahu adjust gua sama anak angkat beliau. Beliau gelak terkekeh-kekeh. Gua bilang sama Mak Su gua sudah serabut Mak gua gasak cari calon. Beliau bilang nanti beliau text gua berdiskusi lanjut.

Gua kick start vespa. Belum sempat mencicit gua pergi, vespa mati betul-betul depan Ameeth. Gua lupa buka valve. Celaka.

Kepala biar keras

Sunday, 2 September, 2012, 1:19 AM

No comments:

Post a Comment