Monday, November 26, 2012

Barah


Gelita malam tanpa sang bulan dipagari bintang-bintang bergemerlapan gemilang. Di dalam ruangan kokpit pemandu sebuah jentera garang Satria R3 Second Stage dengan nombor unit 141 (edisi terhad dengan bilangan total 150) keluaran tahun 2005, berjantung model 4G93 dengan sesaran enjin 1.8 liter yang didatangkan khas bersama tempat duduk semi-bucket Recaro padanan rona merah dan hitam, tali pinggang keselamatan berona merah, steering sukan Momo, rim sukan berbilah lima dan spoiler dari gentian karbon dengan talaan istimewa dari divisyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton; Race, Rally, Research (R3), ruang fikiran aku kosong lagi lompong.

Di kompaun parkir berhadapan dengan mahallah siswi International Islamic University Malaysia kampus Kuantan, laungan lunak muazzin dari corong-corong pembesar suara Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang menandakan masuknya waktu Isyak bagi Bandar Kuantan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tenggelam dalam keasyikan petikan gitar si genius Jimmy Page, projektor suara emas Robert Plant, feel seorang bassist John Paul Jones dan ketukan set drum agresif John “Bonzo” Bonham menerusi lagu Stairway to Heaven. Dan aku pasti ketika itu, minda bawah sedar aku secara total di bawah pengaruh subliminal message oleh sebuah superband paling legend di abad ini; Led Zeppelin dari Britain.

Di bawah remang cahaya romantis jingga kekuning-kuningan pos lampu, terlihat susuk seorang gadis yang mengenakan busana gorgeous seorang Muslimah. Pintu penumpang bahagian belakang sebuah Perodua MyVI SE generasi kedua dengan kemasan putih mutiara yang diparkir betul-betul bersebelahan dengan pos lampu tadi dibuka. Sebelum meloloskan figura ke dalam mobil itu, kelihatan si gadis tadi berbicara sebentar dengan seseorang di ruang kokpit penumpang bahagian hadapan. Dengan palitan romantis pada profil tiga per empat si gadis itu tadi, terlukir sebuah senyuman yang paling tulus di dalam dunia dengan lambaian santai – pada aku.

Dan suara Jason, karektor Yasmin Ahmad dalam sebuah karya garapan beliau, Sepet terngiang-ngiang pada pendengaran aku seorang. You’re my poetry from God. Aku paling ke kanan. Aku paling ke kiri. Aku lihat refleksi cermin sisi belakang. Sumber datangnya kalimah suci itu gagal aku kesan. Momen itu aku rasakan magis sekali. Penuh dengan elemen supranatural. Track Stairway to Heaven tadi berhenti secara mengejut pada minit ke 6:66 dan pemain cakera padat mula memainkan lagu Feeling Good oleh Nina Simone.

Keberadaan aku di sebuah medan sunguh berselera di pinggir Bandar Kuantan itu ditemani dengan kehadiran lima individu yang lain. Seorang teman lelaki edisi jelajah dari bumi Tronoh, dua teman lelaki ketika program matrikulasi beberapa tahun sebelum, seorang teman rapat perempuan dan si gadis tadi. Elemen romantis tadi menjadi bertambah romantis dengan pelukan halwa angin malam dan renyai halus titisan hujan. Aku menjadi speechless. Kuil aku mula berteori nakal. Apa bisa butir-butir bicara dalam bentuk lisan itu terzahir hanya coma dengan renungan mata antara aku dan si gadis tadi? Ah, hopeless romantic.

Bhai, asal diam je?
Aku tak tau nak cakap ape.

Monolog pada kadar decibel rendah antara teman lelaki aku dan aku.

Aku mula mengatur bicara. Si gadis tadi mula membalas bicara.

Momen itu aku rasakan bagaikan hanya punya aku dan si gadis tadi. Dan bait-bait lagu kumpulan gitar rancak Mocca dari Indonesia, You and Me against the World mula mengisi ruangan latar. Bagai Adam dan Hawa. Umpama Laksamana Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Persis John Lennon dan Yoko Ono. Seperti Krishna dan Radha. Saling melengkapi. Dan untuk kali yang pertama dan penghabisan, aku menyaksikan secara live, perfection in imperfection. Seorang gadis yang menjadi kejadian Tuhan yang paling sempurna di sisi aku. Dan paparan pada mata aku memainkan babak dialog pembuka filem antara Rahul dan Pooja di dalam sebuah filem Hindi, Dil To Pagal Hai.

Dan malam itu aku didiagnos dengan sebuah barah yang paling berbahaya sejak kelahiran Adam alaihissalam.

Angau.

Monday, 26 October, 2012, 12:24 AM

No comments:

Post a Comment