Saturday, July 21, 2012

Kalau Aku Tahu

Pijar badan gua kena sental dengan kapur barus. Seminggu jugak nak hilang.

Kalau aku tahu aku akan mati esok hari,
Akan aku kelamkan kamar aku. Langsir biru itu aku tutup rapat-rapat mengelak masuk sinar mentari simbolik hari esok yang pasti tiada lagi untuk aku. Dua biji bantal pada perbaringan bujang itu aku tepuk-tepuk dengan tangan kanan aku menaikkan partikel-partikel halus kekabu ke udara. Kebiasannya, partikel-partikel halus kekabu itu akan terlihat dipanah cahaya rembulan atau matahari yang masuk menerusi bukaan sedikit celahan langsir. Dalam gelita itu, naikkan partikel-partikel halus kelabu itu hanyalah menerusi janaan minda aku. Aku baring dengan dua biji bantal tadi yang kini mengalas kaki-kaki aku. Aku kenakan headphone berjenama Sonic Gear dengan performance bass yang terbaik dalam kelasnya pada kedua-dua belah telinga aku. Aku cari lagu If I Die Tonight oleh Too Phat (bukan versi asal oleh Tupac Shakur) dalam pemain MP3 hitam aku berjenama Creative Zen Stone yang aku beli di Low Yat Plaza pada harga RM180 beberapa tahun lalu dan aku setkan lagu itu pada butang repeat. Blanket itu aku tarik menutup kesemua inci badan aku kecuali leher dan kepala aku. Aku tutup rapat kedua–dua kelopak mata aku lalu biji mata itu aku bawakan ke atas. Serupa bangkai di perbaringan dicium diratap seisi keluarga dan handai.

Kalau aku tahu aku akan mati esok hari,
Akan aku tuliskan dua pucuk surat. Aku tidak mahu memberitahu secara bersemuka atau on the phone disebabkan kemampuan otak manusia yang masih punya limitasi. Yang bisa menangkap tiap patah butir bicara aku, tona suara aku, emosi aku dan ekspresi muka aku hanyalah sub-conscious mind, bukan conscious mind manusia. Dan untuk memanggil data itu kembali dari sub-conscious mind merupakan suatu kerja yang leceh dan hampir mustahil. Aku mahu mesej itu kekal. Alzheimer lagi, darah beku lagi, nyanyuk lagi. Payah, payah. Tulisan itu, selagi tak dimamah ulat kertas atau minta dielak, terbakar dek konspirasi jahat Zionis, kekal selama sifatnya. Dan sebab itu aku mahu mesej itu dalam bentuk tulisan.

Satu aku tujukan kepada Mak aku. Aku mahu meminta maaf atas segala salah silap aku. Maaf kerana aku punahkan harapan-harapan beliau. Maaf kerana aku pergi terlebih dahulu sebelum beliau. Maaf kerana aku tidak sempat berikan beliau seorang menantu perempuan yang paling cun dan yang paling baik dan cucu-cucu yang paling comel dan yang paling montel (sihat). Harapan terakhir yang aku pinta daripada beliau juga hanya satu, bangkai aku minta dihanyutkan ke lautan lepas yang tidak dilalui kelasi, biar dibaham oleh jaws, bersebati dengannya yang lalu mati membusuk di dasar laut yang paling dalam. Aman. Lalu segala benda yang bersangkut-paut dengan aku minta dibakar (jika dalam bentuk fizikal yang boleh disentuh) dan di-delete (jika dalam bentuk data di dunia maya). Abu tadi, sama juga seperti bangkai aku, minta dihanyutkan ke lautan lepas yang tidak dilalui kelasi.

Satu lagi aku tujukan kepada gadis yang paling aku berkenan. Aku mahu meminta maaf kerana aku menulis yang ini. Maaf kerana tidak menulis lebih awal. (Atau) maaf kerana aku menulis. Maaf jika membuat kau traumatize. Tetapi aku tidak kira. Apa yang mahu aku katakan, aku sudah lama memerhati. Aku segan. Okay, itu tipu. Sebenarnya aku tidak berani mendekat. Senyum, menganggukkan kepala, menyapa ‘hye’ atau whatsoever. Aku mahu kenal kau. Dan aku mahu kau kenal aku. Okay, itu pun tipu. Aku mahu bercinta dengan kau. Dan aku mahu kita bertunang, tentunya, rasionalnya hanya pada satu cuma, period bertunang itu bagi aku, sweet sungguh. Tetapi aku tidak mahu kita bernikah. Okay, yang ini betul. Sebab aku tidak mahu jalan cerita ini bercanggah dengan jalan cerita yang aku sampaikan kepada Mak aku tadi. Lalu aku tutup tulisan aku pada gadis yang paling aku berkenan tadi dengan, “We need no single reason to like (in my case, love, ahaks) someone.” Deodorant pada ketiak kiri itu lalu aku gosokkan secukup rasa pada muka surat yang punya tulisan. Dengan harapan kau akan dekatkan hidung mancung kau menghidu surat itu yang mengeluarkan bauan wangi Dashing Speed.

Thursday, 19 July, 2012, 11;18 PM

No comments:

Post a Comment