Saturday, August 25, 2012

Duit Raya


Gua suka Hari Raya, lagi-lagi Aidil Fitri. Sebab dapat Duit Raya.

Gua ingat lagi. Beza Hari Raya sebelum dan selepas ’98.

Sebelum ’98.

Not Satu Ringgit edisi lama. Karekteristik not yang gua kira paling legend sekali; font besar, kaler biru pekat, kompem ronyok/konyok dan yang paling best sekali kalau dapat yang elok lagi, kesan lipat wallet pun takde, tu yang paling rare. Lagi satu, syiling Satu Ringgit yang kaler emas tu. Kalau kumpul banyak-banyak dalam tabung, pergh, rasa macam simpan emas betul dah.

Teknik nak letak Duit Raya dalam Angpau pun kena ada art. Tu penting, serius, buat apa-apa benda pun kena ada art. Lagi-lagi kalau nak selit syiling. Biasanya, syiling dueposen, limeposen, singgit tu orang kepilkan pada satu kadbod kecil yang ada potongan khas untuk selit syiling. Nampak senonoh sikit, takde lah berkecang-kecing bunyi syiling tu berlaga dalam Angpau.

Selepas ’98.

Polisi Bank Negara yang gua paling gemar sekali. Pengenalan not RM2. Sekarang not tu nak carik pun susah. Boleh buat collectible item siap. Rare tak rare. Baru berapa tahun lepas sangat. Orang pun dah tak main dah selit syiling dengan not Satu Ringgit lama. Main taruk not RM2. Mana tak happy budak-budak berHari Raya. Paling koman pun RM2 kompem dah dalam tangan.

Tapi paling cibai sekali, bila Bank Negara keluarkan not Satu Ringgit. Aa, yang not sebelum not edisi paling baru ni. Sebab apa cibai? Sebab semua orang dah jadi kedekut ya amat nak selit not RM2 dalam Angpau. Masing-masing dah jadi bijak (baca: kedekut ya amat) pesen selit not Satu Ringgit. Budak dok merasa Angpau pun konpius, singgit ke dueinggit ni. Ah, sudah.

Policy maker gua kira perlu betul-betul menitik beratkan isu ini dalam pengenalan not-not baru. Apalah erti Hari Raya tanpa Duit Raya, kan?

Saturday, 25 August, 2012, 12:28 PM

No comments:

Post a Comment