Sunday, December 16, 2012

Tersyasyul

Jumaat lepas, seperti Jumaat-Jumaat sebelumnya, tepat jam 12.06 tengah hari, gua dah terpacak menanti member-member gua, Ber sama Zem di ruang legar lobi. Kebiasaannya, sebelum gua turun, gua akan pastikan gua dah hantar pesanan ringkas pada Ber sama Zem. Simple tapi padat, "Turun woi." Dengan tangan kiri dalam kocek, tangan kanan pegang henpon, sandar sama dinding dan berdiri dengan gaya kaki silang, mahu dua puluh minit juga tiap-tiap kali Jumaat gua melangut menanti Ber sama Zem. Konspirasi Yahudi ke apa ni bhai?

Dalam keasyikan gua mengusha-usha jika ada mana-mana makwe yang berani mempertaruhkan busana baju kurung cotton dengan motif ringkas flora dikenakan sama tudung bawal dengan kemasan pin tudung cap Avon di hari penuh barokah ini, gua perasan mak kepada kenalan perempuan gitu-gitu gua berlalu laju-laju di hadapan gua.

Semayang mane ni? - Mak kepada kenalan perempuan gitu-gitu gua
Suria. - Gua jawab konfiden habis macam biasa

Gua ambil masa untuk bermusahabah diri dalam sela masa kurang daripada 0.2 saat.

Eh, Asy-Syakirin. - Sambil kepala gua ligat berfikir betul ke tak betul nama masjid yang gua petik ni

Dan plan asal gua untuk menyaksikan tayangan The Hobbit tepat pada jam 1.06 petang di Suria gua tunda ke waktu yang lebih sesuai, 8.45 malam di JJ berdekatan dengan rumah mak abah gua.

Cilanat.

Old habits die hard, bru.

Sunday, 16 December, 2012, 8:36 PM

No comments:

Post a Comment