Saturday, January 5, 2013

Books II

Currently I'm reading a lot of books.

Done with:
i) Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani
ii) Cerpen oleh Khairulnizam Bakeri
iii) Fragranfrantik

I'm looking forward to finish a few books as well:
i) Lost in KL by Bernice Chauly
ii) Heavier than Heaven the Biography of Kurt Cobbain by Charles R. Cross
iii) Moving Forward by Nik Nazmi Nik Ahmad
iv) LZ-'75 by Stephen Davis
v) New Malaysian Essays 2

Ada masa, akan saya luangkan lebih banyak masa untuk sesi ulang cerna secara serius beberapa buah material:
i) Perempuan Nan Bercinta oleh Faisal Tehrani
ii) The Catcher in the Rye by J. D. Salinger (Thanks Chot!)
iii) "Yasmin How You Know?"
iv) Tapai by Hishamuddin Rais

Sejak beberapa bulan lepas, saya berada di sebuah persimpangan yang menyesakkan. Karier sebagai seorang jurutera yang saya kira kurang kena dengan jiwa saya. Mampu untuk dilunaskan dengan cemerlang, tetapi penjiwaan secara total mungkin sedikit terkucil. Sebetul-betulnya saya berada dalam suatu fasa yang mana saya mahu berjalan melihat-lihat negara orang. Tempat yang begitu asing. Tanpa pertembungan budaya malahan. Mempesonakan diri dengan ciptaan agung Tuhan. Mengagumi ragam dan karenah mortal. Menitip puisi romantis berkisar perempuan mungkin (haha). Dan mudah-mudahan, suatu hari nanti wang ringgit tidak menjadi aral yang wahid dalam menjejak setiap inci Bumi dan memperoleh material padat dengan penceritaan dan pemikiran.

Saturday, 5 January, 2013, 9:37 PM

No comments:

Post a Comment